|
1. MATLAMAT
Matlamat Kelab komputer adalah untuk mempertingkatkan tahap intelektual
di kalangan ahli dan melahirkan insan bermaklumat serta mempunyai daya
kreativiti yang tinggi.
2. OBJEKTIF
Dengan menyertai Kelab Komputer pelajar-pelajar dapat :-
1. Menikmati pelbagai pengetahuan aplikasi komputer.
2. Mengukuhkan lagi kemahiran-kemahiran berkaiatan dengan komputer yang
sedia ada.
3. Mengamalkan semangat toleransi di kalangan pelajar dan guru.
4. Menjadi pengguna komputer yang berpengetahuan, berkebolehan dan berpotensi.
5. Membentuk sahsiah diri yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ciri-ciri
nilai murni.
6. Mengenal bahagian-bahagian dalaman dan luaran komputer secara lebih
dekat.
7. Meningkatkan pengetahuan komputer di kalangan ahli seterusnya menyebarkan
kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain terhadap kepentingan
dan penggunaan komputer.
3. PENGURUSAN AKTIVITI
3.1 Pegawai / Ahli Jawatankuasa Kelab Kelab ini akan diuruskan oleh
2 orang guru penasihat serta sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada
:-
|
PENGERUSI
|
|
NAIB PENGERUSI
|
|
SETIAUSAHA
|
NAIB SETIAUSAHA
|
BENDAHARI
|
|
4 orang ahli jawatankuasa yang dilantik
|
3.2 TUGAS-TUGAS PEGAWAI
3.2.1 Guru Penasihat:-
1.1 Memastikan kelancaran aktiviti kelab
1.2 Memberi khidmat dan nasihat
1.3 Memastikan kelengkapan bagi aktiviti kelab dilengkapi.
1.4 Mengurus dan merancang aktiviti kelab
1.5 Memastikan/melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dijalankan
dengan sempurna.
1.6 Membimbing segala aktiviti dijalankan.
1.7 Bertanggungjawab memastikan keselamatan kelab
1.8 Sentiasa berusaha menaikkan prestasi dan imej kelab.
3.2.2 Pengerusi:-
2.1 Menjadi ketua yang bertanggungjawab di atas kesempurnaan perjalanan
kelab.
2.2 Memangil dan mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kelab.
2.3 Mengawasi disipli ahli-ahli mematuhi peraturan kelab bersama jawatankuasa
kelab.
3.2.3 Naib Pengerusi :-
3.1 Membantu tugas-tugas pengerusi.
3.2 Memangku jawatan pengerusi dan menjalankan tugas-tugas pengerusi
semasa ketiadaannya.
3.2.4 Setiausaha :-
4.1 Menjalankan urusan kelab menurut perlembagaan kelab dan melaksanakan
arahan-arahan Mesyuarat Agung Tahunan (Sekiranya ada).
4.2 Menyimpan semua minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung.
4.3 Menguruskan hal-hal surat-surat menyurat , menyimpan semua dokumen
, buku dan lain-lain rekod kepunyaan kelab.
4.4 Menyediakan laporan untuk dibentangkan pada setiap kali mesyuarat.
3.2.5 Penolong Setiausaha :-
5.1 Membantu menjalankan tugas-tugas setiausaha kelab.
5.2 Memangku jawatan setiausaha dan menjalankan tugas-tugasnya semasa
ketiadaannya.
3.2.6 Bendahari :-
6.1 Menjaga segala urusan kewangan kelab.
6.2 Memungut segala wang kelab dan mengeluarkan resit rasmi bagi penerimaan
wang.
6.3 Membayar segala perbelanjaan dan menyediakan baucar bagi setiap
pembayaran yang dibuat. 6.4 Menyimpan rekod yang kemaskini bagi setiap
penerimaan dan pembayaran.
6.5 Membuat/menyediakan laporan/penyata keewangan tahunan kelab dan
di bentangkan pada Mesyuarat Agung.
3.2.7 Ahli Jawatankuasa :-
7.1 Berhak mengambil bahagian yang aktif dan menentukan keputusan-keputusan
jawatankuasa kelab.
7.2 Mengetahui bahagian dan biro yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung.
7.3 Bersama-sama bertanggungjawab bagi memastikan kejayaan segala rancangan
dan aktiviti kelab serta menjaga/mengawal disiplin ahli.
3.3 Kewangan :-
3.3.1 Derma kebajikan (Tertakluk kepada pihak pentadbiran sekolah dan
kelab).
3.3.2 Derma ikhlas dari ahli-ahli.
3.3.3 Derma dari PIBG.
3.3.4 Derma perseorangan /pertubuhan/badan-badan dan institusi tertentu.
4. AKTIVITI
4.1 Objektif:-
4.1.1 Meningkatkan keupayaan pembelajaran ahli-ahli kelab.
4.1.2 Mengasah bakat dan minat pelajar terhadap komputer dan diperkembangkan
ke arah kecemerlangan
4.1.3 Menerima pendidikan komputer secara formal di samping mendapat
kemahiran bagi meningkatkan keupayaan diri.
4.2 Jenis-Jenis Aktiviti :-
4.2.1 Mengenal bahagian luaran komputer dan dalaman yang mudah.
4.2.2 Kemahiran mengunakan aplikasi word.
4.2.3 Kemahiran mengunakan asas Power Point.
4.2.4 Membina persembahan yang mudah (PowerPoint) secara berkumpulan.
|