5.2 Strategi P&P
Home Up 5.0 Teori Pembelajaran 5.1 PPBK & Teori Pembelajaran 5.2 Strategi P&P 5.3 Instrumen Penilaian Rujukan

 

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Mereka Bentuk Perisian PPBK

5.2.1 Pembelajaran Koperatif

5.2.2 Pembelajaran Kolaboratif

5.2.3 Pembelajaran Anjal (fleksibel)

5.2.4 Pembelajaran Aktif

5.2.5 Pembelajaran Reflektif

5.2.6 Pembelajaran Penemuan Berpandu

5.2.1 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada strategi mengajar dalam satu kumpulan kecil. Dalam kumpulan kecil ini pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kebolehan, di bawah  aktiviti pembelajaran yang terancang. Setiap ahlli kumpulan bertanggungjawab untuk belajar tetapi juga membantu rakan-rakan sekumpulan dalam pelajaran. Sifat kerjasama penting dalampembelajaran koperatif. Penyelidikan banyak dibuat mengenai pembelajaran koperatif di mana pembelajaran ini dapat membaiki pencapaian akademik, meningkatkan rasa keyakinan dalam diri dan motivasi serta memupuk perasaan suka terhadap sekolah dan rakan-rakan sekumpulan.

        Menurut Johnson & Johnson (1991) dan Salvin (1983) pelajar yang bekerjasama  antara satu sama lain dalam satu kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan mampu meningkatkan  prestasi masing-masing.

5.2.2 Pembelajaran Kobolaratif

Pembelajaran kolaboratif adalah satu pembelajaran di mana pelajar-pelajar bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang tipikal atau komplek yang memerlukan pencarian maklumat oleh pelajar. Interaksi di antara pelajar dan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru akan berlaku ketika pembelajaran kolaboratif. Pelajar-pelajar ini akan membahagikan tugas-tugas tertentu untuk  mencari maklumat bagi menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung pelajar akan membina pengetahuan yang lebih bermakna berbanding dengan belajar secara individu. Pelajar-pelajar bekerjasama sebagai satu kumpulan dalam menyelesaikan masalah. Kumpulan pembelajaran kolaboratif akan berubah menjadi sekumpulan pelajar heterogenus yang berbeza tahap kebolehan dan kepakaran.

        Menurut Schwartz, Black & Strange (1991) pelajar-pelajar yang bekerja dalam satu kumpulan melalui proses pembelajaran bukan sebaliknya pasif apabila mendengar penerangan guru. Pasangan pelajar yangbekerjasama menunjukkan interaksi yang efektif. Begitu juga tiga atau lebih daripada tiga orang pelajar. Kagan (1986) menyatakan bahawa pelajar yang saling bantu membantu antara satu sama lain akan membina menyokong komuniti yang meningkatkan prestasi setiap ahli kumpulan.

5.2.3 Pembelajaran Anjal (fleksibel)

Anjal membawa makna mudah berubah sama ada bertambah atau berkurangan. Dalam pendidikan, masa belajar seseorang pelajar bergantung kepada ketetapan jadual waktu belajar yang telah ditentukan oleh pentadbir sekolah. Dalam PPBK, pelajar bebas, menggunakan PPBK mengikut keselesaan masa pelajar. Pembelajaran anjal mengaitkan masa belajar pelajar.

5.2.4 Pembelajaran Aktif

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung, pelajar-pelajar bukan setakat mendengar sahaja tetapi mereka mesti membaca, berbincang dan terlibat dalam penyelesaian masalah. Pentingnya bagi pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif.. Pelajar mesti terlibat dalam 'high order thinking', menganalisa tugasan, sintesis dan menilai. Oleh itu pembelajaran aktif adalah satu bentuk 'instructional' aktiviti melibatkan pelajar melakukan tugasan dan memikir tentang apa yang mereka lakukan.

5.2.5 Pembelajaran Reflektif

Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang suka memikir, memerhati dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Dalam  pembelajaran reflektif, pelajar mempunyai ide sendiri, suka memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Gaya-gaya pembelajaran reflektif ialah : 

mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
suka menafsir dan menilai sesuatu perkara, keputusan serta membuat refleksi kendiri.
berhati-hati dan sentiasa memikirkan pilihan dengan teliti.
belajar membuat kerja secara sistematik.
suka mencari hakikat sebenar.

5.2.6 Pembelajaran Penemuan Berpandu(Inkuiri-Penemuan)

Pembelajaran Inkuiri-Penemuan merupakan gabungan dua kaedah iaitu kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Pembelajaran Inkuiri-Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan,  hipotesis, mengumpul maklumat melalui pemerhatian, membuat rujukan atau melakukan eksperimen, mengkaji dan menganalisis maklumat dan membuat generalisasi. Pembelajaran Inkuiri-Penemuan melatih pelajar berusaha memperoleh jawaban bagi sesuatu masalah. Dalam pembelajaran ini guru bertindak sebagai pembimbing yang memandu pelajar ke landasan pembelajaran yang betul.

 
Hosted by www.Geocities.ws

1