NoorSham's Journals

 

Januari | Februari | Mac | April | May | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

 

Dikemaskinikan Pada : Isnin, 18 Ogos 2003 09:32 Pagi


 

Isnin, 18 Ogos 2003

08:14 Pagi - Bukak intenet kejap. Check emel. Pastu masuk ruangan Jokes kat www.cari.com.my . Lepak kat sana jap sambil berforum. Hantar fail flash kat sana. Belajo hantar fail flash.... Pergh... jadi gak akhirnyer.... Ingat aku baru belajo. Rupanyer bebudak kat situ pun tak pandai nak uploadkan fail flash. Ish..ish... Jadi aku yang pertama buat cam tu ler.... Tul ke nih.....? Bestnyer.... Jap lagi nak update laman web ni sebelum aku uploadkan yang baru. 

 

Jumaat, 15 Ogos 2003

11:30 Pagi - Bukak internet, check emel jap. Banyak emel yang tah apa-apa ntah.... Pas tu aku buat perubahan kat laman web ni sikit. Sikit....? Banyak woi.... Banyak page lagi yang nak diubahsuai nih.... Nak setting kaler dia jer....

 

Rabu, 13 Ogos 2003

10:19 Malam -  Baru balik dari main badminton di Stadium Tertutup Likas. Malam ni main biasa sahaja. Ada yang main untuk perlawanan. Aku dah terkeluar. Lawan hari isnin lepas. Menang satu perlawanan sahaja. Oklah tu... Nak keluarkan peluh jer. Untuk kesihatan diri. Kami main dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.

 

Isnin, 11 Ogos 2003

01:30 Petang - Hari ni cuaca cerah sangat. Panas pulak tu. Macam biasa ler kalau setiap hari isnin. Pagi - pagi   memang malas nak bangun. Nak kena hantar cikgu Noor ke sekolah lagi. Jalan jam pulak kalau terlewat keluar. Ni baru balik dari ambil cikgu Noor di sekolah. Panas betul cuaca kat luar tu. Langit biru, cantik dan berangin pulak tu. Kawasan dekat denmgan pantai katakan. Selalu berangin. Kalau hari hujan tu, angin kuat jugak.

 

Ahad, 10 Ogos 2003

03:50 Petang - Cuaca mendung dan kadangkala hujan hari nih. Masa tengah menaip ni pun hujan renyai-renyai kat luar tu. Tadi chit chat ngan adik sekejap. Dia kat tempat kerja di Subang Airport. Mekanik enjin pesawat kat sana.  Boring katanya. So, godek komputer ler. Cikgu Noor pulak tidor kat ruang tamu. Letih pulak katanya. Perut meragam. Tadi baru lepas makan tengah hari. Kami masak kari daging dan ayam masak merah.  Cikgu Noor mengidam nak makan masakan orang kahwin. Pagi tadi abang Sham pergi pasar cari bahan-bahan untuk masak.

 

Hari minggu ni kalau tak ada perogram atau rancangan nak keluar kemana-mana, kami lepak kat rumah jer. Tido ataupunm tengok TV. Tengoklah rancangan apa yang menarik kat Astro tu. Kekadang tu kalau dah banyak sangat siaran, tak tahu mana satu nak tengok. Pening jugak dibuatnya.

 

Hantar SMS kat handphone anak sedara, Hidayah. Dia kat kampung sekarang nih. Cakap ngan Mumy jap. Mumi cakap Hidayah bawak balik pak we. Kerja polis katanya. Umur baru 20 tahun. Baru habis latihan polis.

 

10:57 Malam - Bukak internet. Chit - chat ngan Pok Teh jap. Hantar emel kat handphone dia. Tak boleh hantar banyak sebab SMS box dia dah penuh.

 

Jumaat, 8 Ogos 2003

07:37 Pagi - Baru balik dari hantar cikgu Noor ke sekolah. Perut meragam pulak. Kena jumpa Dr. Tan la nih. Abg Joe telefon dari rumah mak di Pasir Mas. Nak habiskan prepaid yang dah nak lupus katanya. Petang ni lepas sembahyang jumaat nak pergi ke Klinik Kesihatan di Luyang. Ada temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan cikgu Noor. Orang mengandung katakan. Banyak sangat yang nak diperiksa.

 

Semalam tak boleh nak lelapkan mata. Bukak internet kejap. Cari bahan pasal prinsip akaun. Jumpa beberapa soalan tahun yang lepas-lepas. Pindah turun terus dari internet. Boleh cikgu Noor buat rujukan.

 

Rabu, 6 Ogos 2003,

09:12 Pagi - Hari ni cikgu Noor dah boleh ke sekolah setelah dua hari cuti. Tapi masih tak lalu nak makan. Nak makan pun memilih. Nak buat macamana.... Cik abang jugak yang tembam. Semalam abang Sham goreng bihun. Ok lah.... Boleh ler makan sikit. Cikgu Noor masih alahan lagi. Alahan kat bau paling sensitif. Bukan setakat bau busuk tapi kekadang tu bau sedap pun boleh meloyakan tekak cikgu Noor nih. Kasian dia..... Tapi tak apa. Abang Sham ada menemani dan melayan....

 

Isnin, 4 ogos 2003

02:10 Petang - Hari ni cikgu Noor tak ke sekolah. Badan penat sangat. Nak pergi klinik ibu dan anak. Pagi - pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya. Nak keluar macam mana? Kami keluar dalam pukul 11.00 lebih. Sampai kat klinik ibu dan anak tu, kaunter dah tutup untuk pendaftaran. Pendaftaran cuma pagi sahaja. So, kami pergi la ke Klinik Mutiara kat Inanam. Lama gak tunggu seba orang ramai. Dekat satu jam tunggu. Minta ubat tahan muntah dan MC untuk hari ni dan esok.

 

Ahad, 3 ogos 2003

11:16 Pagi - Hari ni tak ada program special. Dok belajar AutoCAD. Dah lama tak godek perogram tu. Cikgu Noor ajak pergi piknik kat waterfall, Kionsom. Tak ada mood nak keluar gi sana. Dok godek PC nih. Boring pulak. Upadate laman web nih. Rasa malas pulak. Ingat nak keluar ronda-ronda ngan motor bersama cikgu Noor.

 

Sabtu, 2 Ogos 2003

07:08 Malam - Baru lepas sembahyang magrib. Hari ni kami buat nasi kerabu. Best..... Sebab dah lama tak jumpa nasi kerabu kat Sabah ni. Pagi - pagi lagi kami pergi ke pasar cari barang-barang untuk buat nasi kerabu. petang tadi dah 2 kali makan nasi. Tapi keropok tak ada la. Yang ada pun dah rosak sebab dah lama. Dah lebih tarikh luput. Malam ni makan nasi kerabu lagi. Tapi malam nih nak tengok siaran langsung Konsert Akademi Fantasia kat Astro Ria. Petang tadi pun kami tak keluar. Tengok Astro, chanel 17. rancangan ulangan konsert Akademi Fantasia.

 

Oh ya, lupa plak. "Selamat Datang Ke Bulan Kemerdekaan". Nak pergi cari bendera nih. Nak taruk kat motor. Bulan ni kita pakat kibar bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Hosted by www.Geocities.ws

1