NoorSham's Journals


Khamis, 31 Julai 2003

07:44 Pagi -  Hari ni tak tahu lah kenapa aku rasa letih sangat. Nak bangun sembahyang subuh pun malas. Tapi bangun jugak sebab dah kewajipan.

 

Lepas hantar cikgu Noor ke sekolah pagi tadi, makan dahulu kat kantinsekolah. Lepas tu terus balik kerumah. Tido atas kerusi kat ruang tamu. tersedar bila ada panggilan telefon. Panggilan temuduga dari syarikat Bristeel Corporation. Suruh dia faxkan peta sebab aku tak tahu mana tempat tuh. Temuduga pukul 3 petang.

 

02:25 Petang - Aku ke tempat temuduga setelah ambil cikkgu Noor di sekolah tadi. 2 kali pusing baru jumpa syarikat tu. Dekat jer. Ingat jauh sangat. Tiap - tiap hari aku dok lalu depan syarikat tu. Isi borang dahulu. temuduga sebagai Droughtman. Mereka bagi test kat aku. Waduh..... Dah lama aku tak guna AutoCAD nih. Gelabah sikit tapi oklah. Aku boleh buat jugak sikit. Mereka bagi aku 15 minit untuk siapkan satu gambarajah. Aku tersilap ukuran pulak. Buat balik. Tu yang tak sempat masa tuh. Tapi oklah. Aku dah cuba sedaya upaya. Kalau dapat kerja nih, rezeki anak aku lah.

 

Rabu, 30 Julai 2003

10:11 Pagi - Hari ini redup lagi sebab semalam hujan lebat. Pagi tadi check emel. Dapat emel dari kak Ruzana. Malam nanti baru balas. Suruh cikgu Noor saja yang tulis sebab dia lebih rapat dengan kak Ruzana.

 

Balik dari hantar cikgu Noor ke sekolah tadi rasa mengantuk sungguh. Tidur sekejap. Sebelum tu baca surat khabar dahulu. Tak ada berita yang menarik.

 

Semalam nak log in ke internet tak boleh. Tm.net buat hal lagi. Tengah malam sikit baru boleh masuk. Line lembab pulak tu. Boring betul.

 

05:02 Petang - Pergi ke Tamu KPD cari sayur bayam. Puas cari tapi tak jumpa. Beli sayur pucuk manis jer. Lepas tu terus ke pasar kat KK. Petang -petang ni dah banyak kedai yang tutup. Puas aku pusing cari sayur bayam tak tak jumpa. Mana nak cari nih? Apa nak cakap kat bini bila balik nanti? Argh...... Kacau dibuatnya..... Ya Allah ya tuhan ku.... Tolonglah hambamu ini.... Akhirnya jumpa juga setelah 3 kali ronda kat dalam pasar tu. Lepas beli semua sayur yang dipesan, terus pecut motor balik kerumah. Berasa lega sedikit kerana balik kerumah tak menghampakan isteri tersayang. Kalau tak jumpa sayur bayam tu, tak tahulah apa nak cakap kat bini. Tak makan la dia malam nih.

 

Selasa, 29 Julai 2003

08:02 Pagi - Semalam hujan lebat wo....Tapi semalam main badminton tak berapa best. Panas sangat. Ramai yang balik awal. Stamina pun tak berapa malam nih. Main tah apa-apa. Audrey datang main gak. Tapi aku tak larat. Main 3 game dah letih. Tak macam minggu lepas. Main sampai 5 game, direct sampai habis. Ok lagi tu. Mungkin kat luar hujan. Sebab tu kat dalam ni panas. Nak tunggu hujan reda lambat gak. So, aku balik jer dalam hujan. Baju memang dah basah ngan peluh. Dah lama tak main hujan nih. Tapi risau jugak sebab kilat dan guruh kuat.

 

04:33 Petang - Lepas sekolah tadi kami pergi kee klinik. Cikgu Noor nak periksa tekana darah. Haru ahad lepas kami persi periksa dekat Gaya Street. Tekanan darah cikgu Noor rendah. Tapi buat test kat klinik dah ok sikit. Cuma makan tak lalu jer. Lepas tu tekak rasa loya dan muntah. Doktor bagi ubat tahan muntah. Buat scanning perut sekali. Nampak embrio tu baru sebesar batang mancis. 2 bulan lagi kami datang scan lagi. Nanti kalau dah nampak ok, boleh taruk gambar scan tu kat laman web ni.

 

Sekarang ni banyak membaca dan bercerita tentang ibu mengandung, bayi, hal-hal bersalin serta perkara yang berkaitan dengannya. Tak sabar nak lihat muka anak sendiri. Cam muka bapak dia ke cam muka mak dia. Tapi kalau dah campuran tu, mesti ada iras mak bapak ler...

 

Isnin, 28 Julai 2003

09:57 Pagi - Ingat nak pergi baiki motor. Tadi dah lalu depan kedai motor tu tapi tutup pulak. Belom bukak lagi kot sebab pagi sangat aku lalu tadi. Motor tu nak buat hal lagi ler. Cepat sangat mati enjin. Takkan kaburator dia nak kena servis lagi? Huh...!! Borign ler cam nih. Tapi tengok kat enjin tu, mungkin ada kebocoran kat bahagian piston. Camana la mekanik tu buat? Buat sambil lewa kot?

 

Kerja pun susah. Hari ada terbaca beberapa iklan kerja. Hantar jer resume dan surat melalui fax atau emel. Senang ler cam nih. Petang ni mungkin nak pergi ke Wawasan Plaza. Ronda sikit. Cari apa yang patut. Dengar khabarnya ada syarikat nak pakai pekerja kat sana. Boleh cuba la. Kalau dapat, rezeki anak la ni.

 

Cikgu Noor pulak asyik tak lalu makan jer. Semalam dia ngandam nak makan pizza pulak. So, telefon je lah. Biasalah tu kalau 3 bulan pertama. Bab bau tak leh cakap ler. Ada la bau yang dia tak boleh hidu tu. Kalau terhidu, terus muntah.

 

Ahad, 27 Julai 2003

12:50 Tengahari - Pagi tadi keluar pergi sarapan kaat restoran. Makan roti canai jer. Lepas tu kami pergi ke Tamu dekat Gaya Street. Beli buah rambutan dan tembikai susu. Nak jalan-jalan jauh, cikgu Noor tak larat. So, kami pergi ke KK Plaza. Beli hadiah untuk kaan yang baru bersalin minggu lepas. Beli kasut untuk Adam sepasang. Sampai kat Indah Court, terus pergi rumah kawan yang baru bersalin tu. Lepas tu cikgu Noor dah tak larat nak jalan. Kami terus balik ke rumah.

 

Dok pikir, nak buat apa lagi nih. Nak update apa lagi. Selalunyer tambah bahagian journals jer. Tulis cerita terbaru. Kalau tak pun bukak internet, masuk www.cari.com.my kat bahagian jokes. Baca jokes kat sana. Kalau ada idea terbaru, hantar gak jokes kat sana tu.

 

Sabtu, 26 Julai 2003

07:49 Pagi - Hari ni Cikgu Noor ke sekolah. Budak - budak sekolah macam biasa hari ni sebab ada ujian setara. Pagi - pagi bagun, malasnyer.... Tapi apakan daya. Sebab ada tugas yang perlu diselesaikan. Kena bangun la jugak.

 

Semalam mimpi nak pergi ke Mekah mengerjakan ibadat haji dengan abang Din. Tak sempat nak pergi, cikgu Noor dah kejutkan nak sembahyang subuh. Ni yang tak best nih. Mimpi belum habis, dah bangun. Kalau betul-betul dapat pergi menunaikan ibadat haji kan best.

 

08:04 Pagi - Dok fikir pasal laman web ni. Apaa lagi yang nak diupdatekan dan ditambah? Nak tambah bahagian Album. Oklah dulu buat masa nih.

 

Jumaat, 25 Julai 2003

06:20 Pagi - Seperti biasa aku hantar bini gi sekolah. Pagi - pagi ni sibuk dengan kereta dan bas sekolah. Aku naik motor ni senang jer nak mencelah.

 

08:20 Pagi - Godek komputer. Dok update laman web. Buat apa yang patut. Tengah dok sibuk godek komputer nih, bini telipon pulak. Tanya pasal cam mana nak install program SLS kat pustaka tu. Komputer kat perpustakaan tu ada problem sikit.

 

10:40 Malam - Dok chat ngan adik ( Pak Teh ) meelalui emel. Kat ofis dia tak boleh nak bukak bahagian chatting sebab dah kena block. Komputer link dengan network katakan. Hantar satu program IRC kat dia. Suruh dia install kat dalam komputer tu. Tak tahu boleh guna ke tidak. Harapnyer ok jer. Tak ada kerja sangat katanya sebab alat ganti belom sampai. Nak baiki kapal terbang macam mana.

 

Khamis, 24 Julai 2003

07:30 Pagi - Lepas hantar isteri ke sekolah, pergi Wisma Dang Bandang. Nak tanya pasal permohonan pas lawatan sosial yang Sham mohon 2 minggu lepas. Tunggu dekat 2 jam lebih tapi jawapan yang agak mengecewakan. Borang hilang. Macam mana la orang kat Jabatan Imigresen Sabah ni kerja? Cuai dan tak profesianal langsung. Pengurusan yang tidak cekap. Alasannya sebab pegawai yang uruskan bahagian tu dan bertukar. Apa kaitan dengan borang hilang dengan pertukarang pegawai tu. Bagaimana mereka membuat pemfailan permohonan? Semua permohonan tu bukak percuma. Setiap keping borang kena bayar. Lepas tu kena matikan setem hasil sebanyak RM10. Lepas tu bukan Sham seorang yang alami masalah ni. Ramai lagi pemohon yang lain. Kalau seratus orang, dah berapa Jabatan Imigresen Sabah dapat duit secara percuma?

 

Balik, singgah kat Pehabat Pos Likas. Pos surat untuk kak Ruzana. Dia minta hantarkan slip gajinya. Lepas tu terus balik kerumah. Kepala rasa pening. Kat rumah, bukak internet. Setting laman web sekejap.

 

12:20 Tengahari - Pergi ke sekolah, ambil cikgu Nooor. Kepla masih rasa berdenyut tapi boleh tahan lagi. Sebelum balik, kami makan tengahari dahulu kat kantin. Ingat nak ke bangunan federal nak hantar borang permohonan untuk tiket percuma tapi keadaan tak mengizinkan. Badan letih sangat. Cikgu Noor pun tak larat dah. Penat katanya. Esok saja kami pergi hantar borang tu. Sampai di rumah, kepala rasa sakit sangat. Terus baring atas katil. Tertidur sekejap.

 

03:00 Petang - Tersedar bila cikgu Noor kejutkan untuk sembahyang zuhur. Kepala masih berdenyut lagi. Terus pergi mandi. Kena je air sejuk, makin sakit kepala dibuatnya. Terus mandi cepat-cepat. Lepas mandi, makan ubat tahan sakit dan sembahyang zuhur. Kemudian sambung tidur lagi sampai dekat pukul 5.30 petang. Cikgu Noor kejutkan untuk makan petang. Kepala dah rasa ok sikit. Alahan orang mengandung ke nih? Tah ler.... Bini yang mengandung, aku pulak yang poning. Adoi....

 

Rabu, 23 Julai 2003

08:20 Malam - Pergi main badminton. Tak ramai yyang turun main malam ni. Banyak gelanggang yang kosong. Sham beregu dengan En. Jamal. Kami lawan regu cikgu Norman dan cikgu Nik. Main 5 set. kami menang 3 set. Puas hati main malam nih.

 

Selasa, 22 Julai 2003

07:55 Pagi - Dah berapa hari tak update laman web ni. Tak ada masa nak update. Cikgu Noor pulak tak berapa sihat. Banyak masa ditumpukan kepada isteri. Sayang bini katakan. Orang mengandung ni macam-macam kerenah dia. Alahan itu, alahan ini. Suami pun boleh ajalah jugak dibuatnyer. Nasib baik la sekarang ni masih ok lagi.

 

Semalam pergi main badminton kat Stadium Likas. Dah 2 kali tak turun, permainan kucar-kacir sikit. Nak panaskan badan balik. Minggu lepas pergelangan tangan seliuh . Semalam betis pulak sakit. Silap teknik permainan la tu.

 

03:50 Petang - Pergi rumah Kak Ja kat Rampaian. Hantar album gambar Adam dan fail yang Ustaz Azhan minta.

 

Sabtu, 19 Julai 2003

10:29 Pagi - Baru balik dari servis motor. Sebelum tu pergi hantar Cikgu Noor ke Sekolah Kebangsaan Inanam sekejap. Ada kursus komputer katanya. Harapnya motor dah tak buat hal lagi. Balik tadi pun dah ok.

 

Ni nak update laman web sikit. Tambahkan bahagian Album. Hantar surat kat [email protected] sekejap. Nak minta jawatan System Support. Minta jelah.... Kot-kot dapat. Bagi resume jer.

 

Semalam Abang Joe hantar SMS. Katanya dah beli kereta Ford Laser 1.3 yang second hand. Lesen tak ada lagi. Camana nak bawak tu? Poning ngan abang aku nih. Aku pulak tak lepas lagi. Belajar naik turun bukit tak pas lagi. Naik jer bukit, bila berhenti nak gerak balik, terus undur kebelakang. Cikgu Noor lagi la. Baru satu jam belajar. Lembab betul la cikgu kelas memandu tu.

 

11:31 Pagi - Dok update laman web lagi. Penat jugak dok mengadap komputer nih.Kat luar tu redup jer. Angin kuat pulak tu. Update laman web bahagian Album Sekolah dan Album Ragam. Nanti bukak penyertaan untuk untuk pelajar. Bagi bahagian Album Ragam pulak, buat satu pertandingan gambar ragam terbaik. Tunggu bila ramai penyertaan baru boleh buat pertandingan. Meriah la sikit.

 

Jumaat, 18 Julai 2003

09:53 Pagi - Baru lepas basuh motor. Baca suraat khabar jap. Kat luar tu nampak redup jer. Nak hujan ker? Malam semalam dah hujan lebat. Terperangkap ngan isteri kat Anjung Selera sebab hujan turun lebat sangat. Hujan reda saja, kami terus balik ke rumah. Isteri tak lalu makan. Nak makan tom yam katanya. Orang mengandung ni dia punya taste lain sikit. Sekejap nak itu. Sekejap nak ini.

 

Baca surat khabar sambil tengok iklan kerja yang lebih baik. Ada jugak tapi kelulusan aku tak memenuhi kretireanya. Kalau dah ok, gaji pulak rendah sangat. Susah jugak.

 

Dalam pukul 11:40 pagi ni nak pergi ambil isteri kat sekolah pulak. Petang ni da lawatan ke Perpustakaan Negeri Sabah katanya. Nak keluar lagi. Harapnya motor tu dah ok. Dah servis pun meragam jugak. Berhenti jer dekat ngan lampu isyarat, enjin mati. Kaburator tersumbat ker? Tadi masa lepas pergi basuh dah ok enjinnya. Harapnya tak meragam lagi. Kalau tak, pergi hempuk jer pomen motor kat kedai tu.

 

03:15 Petang - Nak keluar pergi ke Perpustakaan Negeri Sabah tapi hujan turun pulak. Tunggu hujan reda dahulu. Tah ler hari ni hujan tak menentu pulak. Kejap hujan, kejap berhenti. Bila reda saja, kami pergi ke KK terus dengan motor. Murid - murid yang mengikuti rombongan sudah sampai dengan bas bersama cikgu Susanna. Perpustakkan Negeri Sabah ni nampak biasa sahaja. Ramai orang tapi tak berapa sunyi. Banyak kedengaran orang bercakap.

 

Balik, kami singgah dekat Likas Mart. Nak beli susu untuk ibu mengandung. Beli susu Anlene. Bolehlah tu. Baik untuk tumbesaran otak bayi. Hujan pulak turun renyai-renyai. Kami redah sajalah. Dah dekat dengan rumah. Risau pulak dengan orang yang membonceng nih. Dah ler bawak "orang" dalam perut tu. Baru lagi pulak tu.

 

08:23 Malam - Keluar pergi makan dekat Anjung SSelara. Cikgu Noor tak lalu nak makan kat rumah. Letih sahaja. Ingat nak keluar pergi main badminton kat Stadium Likas. Batalkan sahaja demi isteri tersayang. Kami oder daging masak merah dengan sup ekor. Sedap jugak. Lepas makan, releks kejap sebelum balik. Ingat nak ronda dulu tengok suasana malam kat tepi pantai tu tapi hari nampak nak hujan. Sampai je kat rumah, hujan turun dengan lebatnya. Kalau pergi ronda tadi, mesti balik basah kuyup.

 

Khamis, 17 Julai 2003

07:48 Pagi - Sekarang ni dah menjadi rutin setiap pagi, pergi hantar isteri ke sekolah. Dah ada motor katakan... Dulu isteri pergi sekolah tumpang kereta kawan dia. Sekarang ni tak payah tumpang orang lagi. Suami pulak yang hantar. Senang sikit. Nak pergi lewat pun tak apa. Tak payah tunggu orang. Kalau tunggu orang, banyak pulak songehnyer. Kena pulak kawan yang kita tumpang tu jenis yang selalu mood tak berapa OK.

 

Sekarang ni banyak fikir pasal anak. Pasal nak jadi bapa yang penyayang, ibu yang pengasih dan macam-macam lagi lah pasal keibu - bapaan nih. Budget tu kena berkira sikit. Bukan sikit tapi banyak jugak. Dekat - dekat nak bersalin pun banyak nak pakai nih. Kalau pergi hospital swasta lagi banyak. Kalau nak selesa la. Untuk isteri tersayang, mesti bagi yang terbaik kalau nak anak yang baik. Perangai pun kena jaga semasa isteri mengandung nih. Banyakkan buat amal ibadat. Jauhi perkara yang tidak elok. Jangan sombong dengan orang lain. Sentiasa ceria selalu. Ini terutamanya ibu yang mengandung, sebab anak dalam perut tu boleh dipengaruhi oleh sikat dan tabiat ibunya. Dari awal pembentukkan otak ni lah kena jaga kerana ia penting untuk kecerdasan dan kepintaran bayi tersebut.

 

Cewah.... Banyak pulak cakap pasal keibu-bapaan nih. Mungkin hati tu dah tak sabar menunggu isteri bersalin. Masih baru lagi ni. Jangan terburu-buru. Masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Yang pentingnya, suami isteri mesti saling bantu - membantu. Selalunya, masa beginilah suami lebih menyayangi isterinya. Isteri pulak, masa gini lah nak mintak itu ini.

 

12:37 Tengahari - Tunggu isteri balik dari sekolah.. Katanya dalam telefon tadi tak payah jemput. Ok sajalah sebab perut aku pun berasa tak sedap. Asyik masuk tandas jer dari pagi tadi. Makan apa pulak yang tak kena nih? Tah ler... Petang ni nak pergi klinik kesihatan ibu dan anak. Buat pemeriksaan "ibu" mengandung nih.

 

Nak buat apa yer? Scan gambarlah. Nak update bahagian Album. Banyak lagi gambar yang belum di updatekan. Scanner pulak dah tak berapa elok. Hari tu rosak kat bahagian spring. Ada penyangkut yang patah tapi dah betulkan. Mungkin dah lama agaknya. Mutu gambar yang di scan tak berapa bagus sekarang nih.

 

Rabu, 16 Julai 2003

09:35 Pagi - Update laman web. Pagi tadi pergi hantar motor servis. Cikgu Noor pergi kursus ngan Kak Lina. Takper sebab hari ni last day kursus. Ingat nak hantar dia tapi motor tu tak ok lagi. So, tak boleh hantar dia lah. Ustaz Azhan datang ambil di kedai motor. Petang ni baru siap motor tu. Banyak yang perlu diservis.

 

Sekarang ni banyak yang perlu difikirkan. Almaklumlah, bakal jadi ayah dan ibu. Tapi belum pergi jumpa doktor lagi untuk pengesahan dan pemeriksaan lanjut. Mungkin esok atau lusa pergi jumpa doktor. Bawa Cikgu Noor jumpa doktor kerajaan dulu. Daftar dulu. Nanti kalau ada apa-apa hal, senang nak rujuk.

 

Semenjak tahu nak jadi ayah ni, hati happy sokmo. Makan lalu jer tapi kesian ngan Cikgu Noor. Masuk bili air jer, mesti nak muntah. Loya tekak katanya. Biasalah tu.... Alahan ibu mengandung. Kekadang si suami pulak yang lebih....

 

Bukak internet nak masuk web www.cari.com tapi tak boleh. Tak tahu apasal pulak tak boleh masuk. Masuk bahagian borak ler apa lagi. Semalam dok study pasal IRC. Dah lama tinggal benda alah nih. Ada pulak yang tanya pasal IRC nih. Nak kata tahu tu, tak la jugak. Tapi bila orang tanya tu, kita dengan sendirinya akan ambil tahu tentang perkara tu. Sedikit sebanyak dapat juga pengetahuan.

 

Selasa, 15 Julai 2003

08:30 Pagi - Lepas hantar Cikgu Noor ke Hotel Ruby, terus balik rumah. On the way, singgah beli surat khabar. Semalam ada berita kembar siam bercantum kat Indonesia. Hari ni ada berita kembar siam bercantum lagi tapi kat India. Banyak sangat cerita pasal kembar bercantum. Mungkin disebabkan berita pasal kembar dari Iran yang mati dalam pembedahan di Singapura minggu lepas

Hosted by www.Geocities.ws

1