
![]()
| Selamat Datang | Peribadi 1 | Peribadi 2 | Negeriku 1 | Negeriku 2 |
| Link Menarik | Komputer1 | Kelantan Kita | Komputer2 | Webmaster |
Assalamualaikum..., terima kasih kerana sudi melawat laman web peribadi ini. Dalam ruangan ini saya akan menerangkan tentang beberapa perisian percuma menarik yang boleh anda dapati dan muat turunkannya melalui internet.
Perisian ini membolehkan anda mencipta persembahan flash dengan mudah dan cepat walaupun anda sebenarnya tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran teknikal. Hasil Flash ini boleh dimuatkan ke dalam laman web anda atau dijadikan fail .exe yang boleh dimainkan di komputer anda.
Sebuah perakam skrin yang termaju. Ia mampu merakam apa saja yang ada pada skrin anda seperti tertingkap, dekstop, menu, video dll. Ia juga mampu merakam seluruh laman web dengan auto-skrolling...tetapi masalahnya "percuma" untuk 19 hari saja. Contohnya:

Note-It / Atnotes / NotesHolder Lite / Fast Note / Prestonotes
Program seperti nota lekat pada destop anda. Nota-nota ini mempunyai pelbagai pilihan warna, boleh disimpan, diemel, dicetak ataupun dibuang setelah digunakan. Setiap nota juga boleh diubahsuai dari segi fon, warna, teks dan saiz nota juga pemberitahuan dalam bentuk visual dan audio.
Lain-lain Freeware Menarik
Spy Sweeper satu program yang "bagus" untuk mengesan 'spyware' , 'adware' , 'trojan' atau lain-lain yang boleh mengancam 'privacy' komputer kita dan yang pentingnya Spy Sweeper adalah "percuma".
Program "Ad-ware" ini bukan program 'adware' sebaliknya mengesan aktiviti 'adware' yang boleh mengharu-birukan komputer kita. Selain itu berupaya mengesan trojan dan 'spyware' serta membuangnya dari komputer kita. Juga percuma.
"Wintips" pula merupakan panduan yang berguna kepada sesiapa yang ingin mahirkan diri dengan pengetahuan komputer terutamanya cara atau teknik tertentu dalam penggunaan PC. Juga percuma.
ANTIVIRUS PERCUMA
DSAV AE - DialogueScience Anti-Virus Kit
NEGERI KELANTAN KITA