|
|
1 TAJUK BARU HARI INI (ISNIN)
ANDA ADA
JAWAPAN?
Sumber :
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
ZN Bertanya,
Apa Nak Jadi?
“Tujuan saya mengirimkan e-mail ini adalah untuk mendapatkan
sedikit penjelasan terhadap senario politik yang melanda
negara kita yang tercinta.
Kebelakangan ini, isu perkauman nampaknya sudah menular dan
kerap bermain di bibir segolongan pemimpin Umno.Yang
memulakan agenda ini adalah ‘beruk hitam’.
Sekarang ini, dengan derasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pun
mencanangkan DEB adalah tidak releven. Si ‘beruk hitam’ itu
pula dengan semangat Melayunya.
Nampaknya macam mereka berdua ni seolah-olah sedang
merancangkan sesuatu yang boleh merugikan bangsa Melayu. .
Di Parlimen pula berlaku pergeseran diantara LKS dan salah
seorang MP Umno. Ini pun pasal isu perkauman juga. LKY dari
Gerakan pun seolah-olah senada dengan LKS. Adakah senario
ini TIDAK membahayakan Malaysia?Satu perkara lagi, apakah
akan terjadi sekiranya sesetengah parti komponen BN keluar
dari pakatan? Persoalannya, kalau ini berlaku, adakah parti
Melayu masih mampu untuk memerintah negara?” – ZS @yahoo.com.
Minta maaf Saudara ZS.
Pertanyaan di atas terlalu berat untuk saya ulas.
Bagaimanapun, saya harap pemantau blog di Ibupejabat Umno
Malaysia akan memanjangkan e-mail Saudara kepada pihak-pihak
yang berkenaan.
Kalau saya memandai-mandai, nanti parah saya kena balun
macam Datuk Mukhriz Mahathir. Dalam saya tak memandai-mandai
pun ada orang di Ibupejabat Umno Malaysia tuduh saya sebagai
penyebar fitnah! – Ruhanie Ahmad |
Apabila
Rambut Sudah Putus, Tepung Sudah Selerak
Sumber ::http://cuitsikit.blogspot.com
Apabila Rambut
Sudah Putus, Tepung Sudah Selerak
Oleh: Anak Mat Lela Gila
Pembatalan projek jambatan bengkok yang dirancang untuk
disambungkan dengan tambak Johor sebelah Singapura merupakan
tindakan yang bukan sahaja sukar diterima akal malah
memperlihatkan standard perhubungan awam dan pentadbiran
kerajaan telah merosot dengan serius.
Pembatalan ini sukar diterima akal apabila memikirkan bahawa
projek tersebut telah ditangguh sejak 2004 kononnya untuk
tujuan kajian lanjut akhirnya dilaksanakan kepimpinan baru.
Setelah hampir 2 tahun mengkaji, kerajaan hari ini
mengarahkan ianya diteruskan pada sekitar awal tahun ini.
Anehnya 3 bulan selepas arahan pelaksanaan Kerajaan
memutuskan untuk membatalkannya.
Tidaklah diketahui oleh rakyat sekalian rakyat jelata apakah
punca pembatalan tersebut secara sebenarnya. Mungkin ilham
Illahi, mungkin campur tangan dewa-dewa penasihat ekonomi
negara dan mungkin juga perasaan ingin memperlekehkan segala
keputusan Perdana Menteri sebelum ini sukarlah ditafsirkan
oleh juak-juak marhen dalam UMNO mahu pun Barisan Nasional.
Sebahagian rakyat jelata yang pantang melihat sebarang
projek besar lalu dianggap membazir maka menerima mereka
dengan hati terbuka dan gembira.
Yang paling bergembira pastilah anak-anak muda lulusan
Oxford dan Cambridge yang merasakan mereka sudah bijaksana
bila menggenggam segulung ijazah dari universiti bekas
negara penjajah itu. Megahnya kumpulan Oxbridge ini sama
megahnya dengan manusia-manusia bergelar kaum MCOBA (Malay
College Old Boys) ketika zaman Anwar Ibrahim dulu. Mereka
ini amat membenci Mahathir dan bersedia melakukan apa sahaja
untuk memburukkan Mahathir.
Manakala sebahagian lagi yang berfikiran kehadapan, berjiwa
besar dan berpandangan jauh melihat isu ini satu lagi
tindakan berundur ke belakang setelah pembatalan projek
landasan berkembar (double track).
Yang juak-juak, hulubalang dan para penggerak UMNO tidak
faham ialah bagaimanakan sebuah projek yang diluluskan oleh
kabinet yang turut dianggotai sebahagian besar ahli kabinet
hari ini boleh membuat keputusan yang berubah-rubah. Ini
Kabinet Negara atau almari kabinet?
Lebih menimbulkan kemarahan akar umbi UMNO ialah tindakan
kerajaan untuk meletakan keputusan mereka atas batu jembala
rakyat jelata yang tidak layak pun masuk ke mesyuarat
kabinet. Yang ditolak oleh UMNO Johor ialah pemberian pasir
dan ruang udara yang langsung tiada kena mengena dengan
pembinaan jambatan bengkok.
Kebanyakan rakyat yang tidak paham isu mungkin mempercayai
kenyataan kerajaan.
Namun hakikatnya, isu pasir dan ruang udara hanya timbul
jika kerajaan Malaysia mahukan sebuah jambatan lurus yang
dibina secara bersama dengan Singapura. Justeru bila
kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelan asal untuk
membina jambatan bengkok, apa perlu ditimbulkan isu pasir
dan ruang udara lagi? Aadakah wujud hanky panky di kalangan
penasihat ekonomi kerajaan hari ini?
Apakah ini hasil yang didapati oleh konsultansi yang
berharga berpuluh juta ringgit yang diberikan kepada Ethos
Consultan pada tahun lalu?
Kerajaan pimpinan Pak Lah tentulah berhak membatalkan
mana-mana projek yang dianggap tidak perlu atau tidak
relevan dengan pentadbirannya. Tapi janganlah bertindak
untuk menjatuhkan maruah kepimpinan terdahulu, apatah lagi
pemimpin yang bertanggungjawab meletakkan diri beliau di
singgahsana. Ingatlah pepatah Melayu, jangan jadi, seperti
si kudung mendapat cincin.
Menggunakan alasan undang-undang untuk menyokong tindakan
kerajaan hari ini juga nyata bertujuan untuk menjatuhkan
imej dan krdebiliti kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir
sebelum ini.
Apakah Pak Lah dan Kabinet ingin memberitahu bahawa Tun Dr.
Mahathir tidak menjalankan kajian dan perancangan teliti
sebelum mengumumkan projek tersebut? Apakah anggota Kabinet
ketika itu termasuk Pak Lah tidak mengambil bahagian dalam
keputusan ini atau tidak memahami perbincangan?
Menggunakan anak muda sementah Naib Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaludin untuk menjustifikasikan keputusan kerajaan
bukanlah sesuatu yang elok, apatah lagi menggunanakan alasan
yang mungkin menampakkan pembohongan.
Khairy bertanya, apa akan terjadi jika setelah jambatan
separuh siap, Singapura enggan membenarkan pemindahan paip
air dan rel keretapi?
Pertanyaan yang kononnya menyebabkan kerajaan mengambil
tindakan strategis membatalkan projek tersebut dijawab
begitu mudah oleh seorang lelaki tua berusia 80 tahun,
"Soal paip air Singapura, dalam perjanjian dibekalkan...
dalam perjanjian itu... kalau ada keperluan maka paip air
itu boleh dipindah setelah diberi notis selama enam bulan
dan yang akan pindahkan ialah Singapura. Dan Kerajaan
Malaysia tidak perlu bayar apa-apa pada Kerajaan Singapura.
Itu perjanjian kita. Dan kita telah buktikan bahawa
perjanjian ini valid dan kita telah ubah paip air mereka di
daratan sewaktu kita membina jalan dan juga stesen keretapi
baru."
Anak muda, kalau mahu menyanggah orang tua yang berilmu,
penuhkan dulu dada mu. Kata orang cakap siang
pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Jangan nanti
kokok sekampung tapi sekor berlumuran tahi.
Kalaulah penasihat-penasihat Pak Lah hari ini bijaksana
tentulah isu perang mulut antara Tun Mahathir dan Kerajaan
tidak terjadi. Kalaulah Pak Lah bijaksana berunding dahulu
dengan Tun dan mendengar pandangan balas tentulah kerajaan
tidak nampak bodoh di mata rakyat seperti hari ini.
Malangnya, anak-anak muda setahun jagung dalam politik
negara, sebahagiannya tidak pun tahu sejarah negara -
terdidik sekian lama di luar negara - ingin menjadi jaguh
tidak bertempat. Bak kata pepatah jika kail panjang
sejengkal, jangan diduga lautan dalam.
Sudah tiba masanya Pak Lah merombak barisan penasihatnya,
yang zapin mereka sumbang seribu tapi masih menyalahkan
tanah tak rata. Jangan nanti kerana penasihat umpama kaduk
naik junjung, UMNO, BN dan negara tercinta ini punah ranah.
Kita harapkan pemimpin UMNO yang bijaksana tahu menarik
rambut dari tepung supaya tepung tidak berselerak, dan
rambut tidak putus. Malangya, nasi sudah menjadi bubur.
Tindakan kerajaan menangani isu ini seumpama menepuk air di
dulang terkena muka sendiri; Meludah ke langit jatuh ke muka
sendiri jua.
posted by AMLG @5:50 AM 4 comments links to this post
4 Comments:
At 10:07 PM, generation 2020 said...
Tun memang minat sejarah.. dan se dalam setiap ucapan mesti
selit pasal sejarah bangsa dan negara. Beliau tak mahu kita
maju ke hadapan tanpa merujuk kepada sejarah silam. Kita
perlu belajar dari sejarah silam kita. Anak2 muda sekarang
yang konon dari Oxford dan Cambridge itu..adakah mereka tahu
sejarah Malaysia? Adakah mereka ingin memasuki arena politik
utk kemajuan bangsa & negara atau diri sendiri? Saya percaya
jika merekalah penasihat2 PM, Malaysia akan hancur dalam
masa yang terdekat.Terima kasih kerana mengaut untung utk
diri sendiri tanpa memikirkan masa depan rakyat. Terima
kasih PM.
At 7:50 PM, Mamat said...
Tun Mahathir seorang yang bercakap berlapiskan fakta. Bukan
cakap kosong penglipurlara menghibur rakyat. Wawasan beliau
memakmurkan Malaysia dan Malaysia terkenal di mata dunia
At 9:17 PM, orangmudamudahlupa said...
saya amat tertarik dgn bahasa yg saudara gunakan....amat
tinggi dan dalam maknanya. org2 seperti saudaralah yg byk
membuka minda org2 muda spt saya agar tidak mudah terpedaya
dgn media massa yg makin mudah menipu rakyat. syabas!!
At 10:20 PM, paklah said...
paklah nak tipu orang kampung je... patutlah dia nak sekat
blogger.. rupa2nya takut pecah temberang.. media kita pon
banyak menipu..
|
AAB SINDIR DR
MAHATHIR
Sumber :http://cuitsikit.blogspot.com
|
Pak Lah: Muhasabahlah
Diri Sebelum Menyindir Mahathir
OLEH: Kunta Kinte Malaysia
"Never mind that I may not build great monuments or
glittering cities. What is important to me is that what we
do today, what we change today, will enable us to succeed
now and far into the future," - Abdullah Badawi
Abdullah bebas menyindir Mahathir. Namun sekurang-kurangnya
dasar dan pendirian kerajaan pimpinan Mahathir boleh
dipegang pada talinya berbanding kerajaan hari ini.
Dasar dan diplomasi yang penuh lompang, tergesa-gesa dan
kelam kabut mewarnai tiga tahun pemerintahan Pak Lah.
Apabila memegang tampuk pemerintahan, Pak Lah menangguhkan 3
projek utama yang bakal menggerakkan ekonomi negara untuk
sedekad lagi. Pak Lah menangguhkan projek penggantian Tambak
Johor (causeway) dan Gerbang Perdana, Projek Landasan
Berkembar (Double Track)dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Mujurlah projek Smart Tunnel telah berlangsung dan Pak Lah
tidak boleh membatalkannya tanpa menjejaskan rupa fizikal
Kuala Lumpur. Jika tidak nescaya ini juga turut berubah.
Langkah Pak Lah ini sebenarnya mengelirukan kerana kesemua
projek ini diluluskan ketika beliau menganggotai kabinet.
Dengan kata lain, Pak Lah adalah sebahagian yang
bertanggungjawab terhadap kelulusan ini.
Pak Lah sama ada kurang bijak atau mempunyai agenda lain
sukar ditafsirkan bila ia membatalkan projek landasan
berkembar.
[sebenarnya saya masih keliru sama ada projek ini
ditangguhkan, dibatalkan atau akan dijalankan. Ini kerana
dasar kerajaan berubah dengan kerap sehingga sukar untuk
mengesahkan sesuatu keputusan awal.]
Landasan berkembar ini bertujuan untuk mempercepatkan
perjalanan keretapi Utara -Selatan dan merupakan rancangan
jangka panjang untuk memodenkan perkhidmatan keretapi negara.
Rancangan ini merupakan pelan serampang dua mata iaitu
membabitkan kepentingan awam dan ekonomi.
Dalam kepentingan awam, perjalanan yang singkat antara satu
tempat ke satu tempat akan membolehkan orang ramai
menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama berbanding
bas. Ini bukan sahaja akan menjimatkan masa, malah
mengurangkan kemalangan akibat terlalu banyak bas ekspres
dan mengurangkan jumlah kenderaan di Lebuh raya
Utara-Selatan.
Selain itu, ia juga akan menyebar luaskan penempatan pekerja
Kuala Lumpur sehingga ke bandar-bandar pinggir sempadan
Selangor - Perak.
Dari segi ekonomi, pemodenan sistem pengangkutan keretapi
ini akan mempercepatkan pengangkutan kontena dan barang
dagangan sekaligus mengurangkan pergantungan kepada lori
yang telah menyesakkan Lebuh Raya Utara-Selatan selama ini.
Berapa banyak kemalangan jalan raya, subsidi diesel dan
kesesakan jalan raya yang dapat kita selamatkan jika
landasan berkembar ini terlaksana tidak mungkin difahami
oleh pentadbiran hari ini.
Malangnya, pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi (AAB) hanya
melihat isu keluar-masuk wang kerajaan semata-mata. Dengan
kata lain, jika kerajaan terpaksa bebelanja berbillion
ringgit tetapi tidak mendapat pulangan yang sama ke dalam
kantung kerajaan maka ia tidak wajar dilaksanakan.
Hakikatnya, kerajaan harus berbelanja ke atas pembangunan
infrastruktur untuk menjana ekonomi dan membolehkan lebih
banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan juga
kehidupan yang lebih baik dapat diwujudkan. Melalui
pertumbuhan ekonomi kerajaan akan mendapat semula pulangan
wang melalui cukai. Ini asas akaun negara. Jika pertumbuhan
ekonomi lembab, rakyat jatuh miskin, ekspot negara
berkurangan, apakah kerajaan akan mampu bergantung kepada
hasil petroleum semata-mata?
Apa akan terjadi jika petroleum telah habis dari perut
negara seperti yang didakwa oleh kerajaan, dan pada masa itu
juga kerajaan tidak mempunyai infrastruktur yang baik dan
boleh menjana ekonomi? Apa yang generasi ketika itu akan
buat?
Bayangkan jika kerajaan dahulu menganggap pembinaan Lebuh
Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Link Kedua,
Lebuhraya Pantai Timur, KLIA, Sepang F1, Putrajaya dan KLCC
sebagai membazir, apakah faktor pemangkin ekonomi yang akan
ada pada hari ini? Kalau dicabut semua ini yang kononnya
projek mega dan berkilauan, apa yang pentadbiran Abdullah
Badawi ada untuk menjana peluang ekonomi?
Memang benar wang negara harus dibelanjakan dengan berhemah.
Berhemah bermaksud mempunya perkiraan untung rugi, bukannya
membelanja secara sedikit.
Jika kita ada satu juta pada hari ini, kita berbelanja
secara sedikit demi sedikit mungkin ia akan berjaya
digunakan selama dua generasi wang tersebut. Tetapi apa yang
tinggal kepada generasi ketiga dan seterusnya? Tapi jika
sejuta tersebut dilaburkan kepada satu mekanisme perniagaan
yang boleh menggandakan wang kita maka ia merupakan satu
langkah mewarisi kemakmuran kepada puluhan generasi akan
datang.
Demikian juga wang negara. Kerajaan harus membelanjakan ke
atas faktor-faktor yang boleh menjana ekonomi bukannya
berjimat hanya untuk menunjukkan kedudukan kewangan yang
baik. Tidak ada salahnya meminjam jika hasilnya kita boleh
menjana wang melebihi jumlah pinjaman kita pada masa akan
datang.
Bukan tugas kerajaan untuk memberi wang kepada semua orang.
Tugas kerajaan ialah mewujudkan peluang pekerjaan dan
peluang mencari makan untuk rakyat sebanyak mungkin. Jika
kerajaan beranggapan bahawa pendapatan negara harus
dinikmati oleh semua rakyat secara terus, eloklah kerajaan
mengambil pendapatan Petronas sebanyak RM 35 bilion tahun
ini dibahagikan sama rata kepada 26 juta rakyat Malaysia.
Ini barulah pengagihan yang adil.
"Never mind that I may not build great monuments or
glittering cities. What is important to me is that what we
do today, what we change today, will enable us to succeed
now and far into the future," - Abdullah Badawi
Petikan tersebut sungguh lunak di kalangan rakyat.
Memburukkan pentadbiran lalu dan Pak Lah merupakan Robin
Hood moden.
Malangnya, Kediaman Sri Perdana yang berharga RM 17 juta di
Putrajaya tidak cukup baik untuk Abdullah Badawi. Memasuki
Sri Perdana sahaja beliau melakukan pengubahsuaian berjumlah
RM 15 juta.
Bayangkan Dr. Mahathir hanya membelanjakan RM 24.17 juta
untuk sebuah kediaman rasmi Perdana Menteri, Abdullah Badawi
membelanjakn RM 15.81 juta untuk pengubahsuaian. Janganlah
kita berkokok sekampung tapi...
posted by AMLG @5:56 AM 9 comments links to this post
9 Comments:
At 7:49 AM, Anonymous said...
Tun misti hidup dalam penyesalan sebab lantik dollah mat
bedawi tu dulu..waktu membaca artikeltu..rasa tertusuk
kekalbu.sampai hati dollah tu sindir TDM sampai macam tu
sekali..taktaulah nak kata..dollah tu memang bodoh atau
dengki..
At 11:44 AM, Anonymous said...
Saya amat tertarik dengan artikel saudara dan setuju
terhadap semua hujah yang saudara kemukakan.
Bagi saya menguruskan sebuah negara sama juga seperti
mengurus sebuah perniagaan. Yang penting berapa banyak yang
kita boleh generate hasil dari pelaburan kita. Dalam
perniagaan, kalau kita ader sejumlah wang yang besar pun
tapi tidak tahu bagaimana nak role wang tersebut, lama-kelamaan
ia akan habis juga. Dalam entiti perniagaan, kita mahu "
maximum profits with minimum cost" hasil dari pelaburan kita.
Saya juga berasa kesal apabila banyak pembangunan yang
sebenarnya boleh menjana peluang pekerjaan dan pendapatan
khasnya kepada golongan bumiputera ini dihentikan.
Mungkinkah ianya akan dilakukan dengan agenda lain?? (Saya
rasa ramai akan memahami maksud saya ini)...sama-sama kita
tunggu...
At 9:40 PM, generation 2020 said...
a stupid statement from our elected PM...
At 5:12 PM, Anonymous said...
Paklah n the team memang bodoh, apa jenis kemajuan pun takde.
jadi bila lagi korang nak buat reformasi, jatuhkan kerajaan
sekarang!! pastu teruskanla projek utk rakyat :-)
At 12:48 AM, Anonymous said...
aku dego cite, nak buat jalan ketapi tu, kene tunggu scolme
take over ktm dulu, pas tu baru buat, boleh mark up price
bilion-bilion!, gasak untung anak beranak, cucu cicit,
sedara-mara, makan, enjoy tak abis!
At 12:53 AM, Anonymous said...
aku dengor, kene tunggu scolme take over krtm dulu, sooo
baru boleh mark up price billion-bilion, bole gasak
anak-beranak!!!
yabedabedu!!!!!!!!!!!
At 1:40 PM, Anonymous said...
Pemimpin yang tiada wawasan macam tulah.Berfikiran
sempit,tidak memandang kehadapan macam katak bawah tempurung.
Ingat tak masa Tun M nak buat lubuhraya utara selatan
dulu,macam2 orang komen, tapi sekarang dari 2 lane dah
jadikan 3 lane.M acam tulah PM, pandang jauh
kehadapan.Samalah dengan landasan berkembar, sekarang kosnya
masih murah, tunggu& tunggu kos berlipat ganda baru nak
terhegeh2. Kesiannya Malaysia dpt PM slow macam AAB.Huwaa.....
At 11:58 AM, Anonymous said...
pak lah.. mangkuk ayun !!
At 8:43 AM, Anonymous said...
Aku doakan AAB cepat-cepatlah dipanggil mengadap Tuhannya
jika dia ingin menjahanamkan bangsa Melayu
|
Untuk Memuaskan Nafsu Oportunis - UMNO
Sumber : http://sangkelembai2006.blogspot.com/
|
Wednesday, November 22, 2006
Untuk Memuaskan Nafsu Oportunis - UMNO
Apa jenis Perdana Menteri yang kita ada sekarang ini? Itu
persoalan semua orang bila membaca kenyataan Abdullah Hj
Ahmad apabila ditanya reaksinya mengenai kenyataan kekesalan
Mukhriz Mahathir atas komen yang diberikan oleh beliau
berhubung dengan ucapan dasar Presiden.
Adakah "respond" dia itu mempunyai ciri-ciri Islam yang ada
had dan ada hari, sehingga doa Perhimpunan Agung UMNO tempoh
hari memohon restu agar Allah menjayakan Islam Hadhari, dan
Allah Yang Maha Mendengar, pasti hairan dengan kekeliruan
hambanya yang membaca doa tersebut*, kerana itu bukan
ajarannya. Dalam masa yang sama Abdullah Hj Ahmad berkata
itu bukan agama baru, tetapi yang peliknya berdoa pun
menggunakan perkataan Islam Hadhari. Tak tahulah kita semua
sama ada Islam Hadhari ini sudah dipersetujui oleh Allah.
wallahbisawab.
Tindakan kenyataan anak ulamak dan cucu Mufti Pulau Pinang
itu, amat bersesuaian seperti lagak seorang Firaun Hadhari
dan jenis pemimpin yang tidak ada ilmu. Tiada langsung ada
ucapannya yang boleh dijadikan perangsang dan membawa
kebaikan. Seolah kuasa yang ada seakan tiada penamatnya.
Inilah sebabnya Allah turunkan bermacam bala ke atas negara
ini.Firaun pun jika tidak mengaku dirinya Tuhan, mungkin
Allah tak suruh Nabi Musa dan Harun pergi membetulkannya
tetapi apabila dia melampaui batas, engkar akan seruan yang
dibawa oleh Nabi Musa dengan pendekatan yang baik maka Allah
menghancurkan kerajaan Firaun itu dan melenyapkannya dari
muka bumi ini. Dan hari ini segala peninggalan Firaun
dijadikan ingatan kepada orang-orang beriman tetapi
malangnya Abdullah Hj Ahmad tidak pernah mengambil ingatan
ke atas apa yang berlaku itu. Itu sebab kesemua perkataan
dia jadi songsang dan lintang pukang.
Jika Firaun yang di Mesir percaya dengan nujum, Firaun di
Malaysia yang hadhari pula percaya kepada nombor. Itu sebab
digabungkan No 13 yang menjadikan nombor bertuah olehnya
dengan No 11 yang digunakan oleh Timbalannya, menjadi tarikh
bermula Perhimpunan Agung UMNO ia itu pada 13hb (Isnin)
11(Novermber) 2006 (13-11-2006) dengan taklimat Presiden di
Dewan Merdeka.
Dalam ucapan taklimatnya dengan tanpa rasa malu dan bersalah
mengumumkan perbelanjaan sejumlah 600juta bagi disalurkan
dan digunakan oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang berjummlah
191 Bahagian tidak termasuk Serawak.Apakah ertinya ini?
Pemberian wang pembayar cukai melalui Ketua UMNO Bahagian
hanya bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang
ditanggung oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang hampir mahu
bankrap kerana tidak ada kontrak baru? Tindakan ini
menyelamatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang akan mendapat
keuntungan dan komisyen dari projek dan ini akan
menyelesaikan masalah kehidupan Ketua-Ketua UMNO Bahagian
tersebut.
Ini akan menyebabkan mereka terhutang budi maka akhirnya
tergadai "body" dan terlaksanalah "Mana Titah Patik Junjung".
Ketua UMNO Bahagian dengan ini akan merasakan bahawa
kepimpinan Abdullah Hj Ahmad adalah pemimpin yang baik
tetapi sebenarnya perbuatan itu bukan untuk kepentingan
Melayu tetapi untuk kepentingan Ketua-Ketua UMNO Bahagian
itu sahaja. Kalau berdasarkan pengalaman setelah ditolak
beberapa projek diluluskan, sekurang-kurang 20% ke 30%
keuntungan dari jumlah harga projek akan dikontra kepada
Ketua UMNO Bahagian yang mencadangkan nama kontraktor.
Maka bertanyalah kita, siapa mulakan politik wang dan rasuah
dan siapa pula menggalakkannya? Tanya dan jawab sendirilah.
Golongan oportunis dalam UMNO ini akan terus bermaharajalela
yang kini diketuai oleh Abdullah Hj Ahmad. Itu sebab bila
RTM menayangkan berulang kali ucapan seorang Ketua UMNO
Bahagian dari Selangor di Perhimpunan Agung UMNO kita akan
lihat bahawa realiti yang ada tidaklah begitu. Di kawasan
UMNO bahagiannya berpuluh orang Melayu menderita bila diusir
dari kawasan terokaan mereka dan justifikasi yang diberi
adalah "mereka itu semua orang Indon". Kalau mereka Indon
pun, adakah mereka itu binatang? Adakah ini ajaran Islam ada
Had dan ada Hari.
Itu sebab berdasarkan pengalaman dalam kes Setinggan Sungai
Midah di Bahagian Bandar Tun Razak pernah dicadangkan semua
setinggan itu yang terdiri dari orang Melayu jati, yang
membesarkan anak-anak di kawasan itu puluhan tahun supaya
mereka mengaku diri mereka "babi" dan bukan "manusia". Ini
kerana semasa isu babi di Bukit Pelandok, Abdullah Hj Ahmad
yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri mengumumkan
bahawa kesemua kandang babi yang dipecahkan termasuk babi
yang ditembak mati akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan.
Jadi "babi" lebih baik dari manusia, maka eloklah manusia di
Kampong Berembang yang Ketua UMNO Bahagian bercakap soal
minda kelas pertama dengan semangat Melayu kelas ketiga
meng-kategorikan penduduk sebagai "babi" agar mudah-mudahan
diperolehi kemudahan seperti mana babi Bukit Pelandok
dilayan oleh penggembalanya.
Itu sebab jangan hairan jika wakil pemuda UMNO bergelar
Datuk dan Ustaz meminta Menteri Penerangan meletakan jawatan
kerana didakwa gagal melaksanakan Islam Hadhari. Yang
anehnya bila bercakap kepada perwakilan UMNO - orang Melayu
hebat tetapi bila dia ditamatkan jawatan sebagai pemikir
JASA, dengan berang dan marah-marah dia mengamok di pejabat
Pegawai Kanan Jasa sehingga membalikkan meja. Itu semua
orang di JASA tahu. Bagaimanapun jangan marah dengan beliau
ini kerana Abdullah Hj Ahmad sudah mengajar bentuk lain
dalam Islam. Dalam Islam Hadhari "Kesabaran saya ada hadnya",
lalu puas orang yang tahu mengenai Islam memikirkan bahawa
sekarang sudah ada pengajaran baru iaitu - sabar itu ada
hadnya - kerana kita sebelum ini diajar supaya bersabar
tanpa had kerana sabar itu sebahagian dari iman..
Sang Kelembai: Memang semua orang tahu, bahawa Abdullah Hj
Ahmad memanggil Hishamuddin Tun Hussein dimakan malam
Presiden dan marah-marah kerana Pemuda UMNO tidak berkata
apa-apa atas ulasan Mukhriz Mahathir. Jadi yang marah-marah
dengan Mukhriz Mahathir bukan pemuda tetapi Abdullah Hj
Ahmad sendiri. Itu sebab "respond" Abdullah Hj Ahmad macam
orang baru bangun tidur.
* Terima Kasih kepada mereka yang menghantar komen...saya
telah memperhalusi ayat tersebut.
# posted by SANG KELEMBAI @ 2:18 PM 6
comments links to this post
|
U Must Not Object - UMNO
Sumber :
http://sangkelembai2006.blogspot.com/
Sunday, November 19, 2006
U Must Not Object - UMNO
Mengingati nasihat orang tua - tua dan memang telah menjadi
pegangan dalam agama kita, kalau Allah nak tunjuk, dia pasti
akan terjadi. Begitulah UMNO bila pemuka yang menjadi
pengampu Presiden parti itu tidak memperdulikan tertib bila
diadakan program selawat Nabi bagi memulakan Majlis
Perhimpunan Agung UMNO pada 14hb Nov 2006. Sepatutnya
Selawat Nabi dibuat dalam keadaan semua orang sudah berdiri
tegak dan bukan seperti yang disiarkan melalui TV seluruh
negara, yang mana Selawat Nabi dialunkan dalam keadaan
Presiden UMNO itu masih berjalan masuk ke Dewan Persidangan.
Dalam majlis perkahwinan pun, jika diadakan bacaan Selawat
Nabi, pengantin itu terpaksa berdiri dulu sebelum memasuk
dewan atau duduk di atas pelamin bersanding. Maka apa yang
disaksikan oleh kita semua ialah Selawat Nabi yang diadakan
sewaktu Perhimpunan UMNO itu adalah sesuatu yang bercanggah
dengan tertib Islam dan dari segi hukum perhimpunan itu
tidak akan mendapat sebarang keberkatan jauh sekali lagi
pahala kerana selawat itu lebih bertujuan untuk mendewakan
Abdullah Hj Ahmad.
Kita orang Islam sebenarnya sudah terdidik supaya mengikut
tertib melafazkan, membacanya "selawat nabi" dengan berdiri
dan ini sepatutnya lebih utama dari berdiri sewaktu
mendendangkan lagu "Negaraku" kerana selawat ke atas Nabi
adalah satu penghormatan kepada junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W.
Jadi tidak hairan jika ayat Al-Nisa 4.59 hanya sebagai
hiasan sama seperti bendera, banting dalam Dewan Merdeka itu.
Ayat yang berbunyi "Hai orang-orang yang beriman, taatilah
Allah dan taatlah Rasul(NYA) dan ulil amri di antara kamu.
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnah
NYA) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih
baik akibatnya"
Bila kita lihat dalam pembahasan usul agama, tidak seorang
pun menegur kesilapan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat UMNO
itu. Jika isu agama yang mencabar tertib perlaksanaan yang
akan memberi kesan kepada orang-orang Islam tidak berani
ditegur bayangkan perkara-perkara lain? Beranikah mereka
untuk menegurnya, jawapannya sekali lagi seperti yang kita
tahu ialah Nahi atau Tidak.
Inilah budaya yang ada. Sekiranya perkara-perkara yang
menguntungkan politik mereka dan dapat menonjolkan diri
sebagai panglima kepada Abdullah Hj Ahmad maka dengan serta
merta mereka semua melenting dan mempertahankannya tetapi
sekiranya ada perkara yang dibangkit itu sungguhpun sesuai
dengan kehendak Islam tetapi tidak akan menguntungkan dari
segi politik maka semuanya akan diam - kelu lidah untuk
berkata - kata.
Apa yang dikatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, anak muda
yang berada dalam kelompok "anak muda berkeris" ialah ucapan
Abdullah Hj Ahmad adalah pendapat lama Abdullah Hj Ahmad dan
tidak ada yang baru disampaikan oleh nya. Datuk Mukhriz
Mahathir tidak pula mengatakan bahawa beliau menentang
ucapan dasar yang diberikan oleh Presiden. Namun demi
menunjukkan sikap kepahlawanan semberono maka bertali arus
budak-budak suruhan mempertahankan ucapan dasar Abdullah Hj
Ahmad.
Perlu kita sedar dahulunya di zaman Tunku, Tun Razak, Tun
Hussein Onn dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad , ucapan dasar
Presiden UMNO akan dibawa dulu ke dalam Mesyuarat Majlis
Tertinggi UMNO untuk diluluskan sebelum dia dibaca. Dan jika
ada satu dasar, dasar itu datangnya dari kehendak dan
pandangan kesemua anggota Majlis Tertinggi yang kebetulan
terdiri dari mereka yang memegang jawatan Menteri penting
dalam kerajaan. Maka berkumpul segala dasar-dasar ahli-ahli
Majlis Tertinggi yang memegang potfolio untuk dibawa bagi
dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO yang menjadikan ini
"endorsement" hakikat "Dasar Parti Menguasai Kerajaan"
seperti yang digariskan oleh Manipol 11 Mei 1971.
Tetapi jika membaca ucapan dasar yang dibuat oleh Abdullah
Hj Ahmad jelas bahawa ucapan itu merupakan ucapan dasar yang
berpegang kepada prinsip "Dasar Perdana Menteri Menguasai
UMNO". Oleh itu apakah sebenarnya peranan ahli-ahli UMNO
dalam era kepimpinan Abdullah Hj Ahmad ? Apa yang ada hanya
sekadar Abdullah Hj Ahmad yang bangga dengan keturunannya
yang mana diketahui bahawa keturunan bukan satu yang boleh
dibanggakan membabi buta kerana Nabi Noh sendiri mempunyai
anak yang kafir dan Nabi Muhamad S.A.W juga mempunyai bapak
saudara yang menentang ajaran Islam dan jika Badui yang
terkenal sebagai penggembala dibanggakan maka sesuailah
ahli-ahli UMNO khasnya pemimpin yang ada hanya bertaraf unta
yang memerlukan air dan seperti kambing yang mencukupi
sekiranya diberikan pucuk-pucuk daun atau rumput.
Itu sebab kita semua tidak perlu hairan dengan "respond"
mereka mengenai kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir itu. Yang
dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz ialah tiada apa-apa yang
baru atas ucapan dasar Abdullah Hj Ahmad. Sepatutnya
orang-orang UMNO yang hendak membela ketuanya yang sejak
awal menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan tetapi
sekarang kelihatan menggunakan Islam untuk kepentingan
politik dan kuasa menjelaskan ketidakbenaran dakwaan Datuk
Mukhriz itu dan bukan melarikan isu yang sebenar.
Seperkara lagi yang perlu diingat bahawa Datuk Mukhriz dalam
Perhimpunan Agung UMNO tersebut hadir dalam dewan bukan atas
tiket Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya wakil UMNO Kubang
Pasu. Sepatutnya yang hendak mengambil tindakan kepadanya
ialah Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu - Datuk Johari Baharom.
Maka dengan cara Pemuda Umno menangani isu kenyataan Datuk
Mukhriz itu, maka sendiri kita dapat berfikir sejauh mana
cara berfikir Pemuda UMNO.
Sang Kelembai: Dalam perpatah Cina, dikatakan oleh Confusius
bahawa "Emas tidak akan takut dengan api dan orang bijaksana
tidak akan takut dengan khabar angin (fitnah)". Tun Dr
Mahathir Mohamed tidak akan hilang emas jika dibakar dan
akan menjadi emas semula tetapi Abdullah Hj Ahmad yang
dianggap permata kalau dibalingkan ke pelimbahan (longkang)
akan bertukar menjadi kaca apa bila tidak berkuasa nanti.
# posted by SANG KELEMBAI @ 11:06 PM 18 comments links to
this post
|
|