|
|
LAGI ARTIKEL MENARIK DI KOLUM Santai
|
|
KERAJAAN DAH GILA KER NAK JUAL PROTON
Sumber : UtusanMalaysia
Tiga aspek utama tentukan penjualan Proton
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein hari ini berkata, penambahbaikan
tahap teknologi, peluasan luar negara dan harga yang menguntungkan
merupakan antara aspek utama dipertimbangkan dalam penjualan kepentingan
dalam pengeluar kereta nasional.
“Banyak perkara terutama harga, teknologi dan
peluang penembusan pasaran yang harus diperhalusi sebelum memilih rakan
kongsi strategik Proton kerana kerajaan mahu ia mencipta suasana
menang-menang kepada kedua-dua pihaknya,” kata beliau.
Awang Adek berkata demikian ketika diminta
mengulas mengenai cadangan penjualan 51 peratus kepentingan Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton), cabang pengeluaran kereta nasional
yang dimiliki 100 peratus oleh Proton Holdings Bhd. kepada syarikat
asing.
Pada masa ini, kerajaan dilaporkan sedang
mengadakan perbincangan dengan Volkswagen AG dari Jerman dan PSA
Peugeot- Citroen daripada Perancis mengenai kemungkinan untuk menjadi
rakan strategik Proton.
Proton yang dimiliki oleh Kerajaan melalui
syarikat pelaburannya Khazanah Nasional Bhd., sedang berusaha
mendapatkan rakan strategik untuk kembali memantapkan kedudukan pembuat
kereta nasional itu selepas ia menamatkan pakatan dengan rakan teknologi
Mitsubishi Motors Corp. pada tahun 2004.
Bercakap selepas merasmikan Forum Kewangan
Islam Kuala Lumpur Ketiga (KLIFF 2006) yang berlangsung selama tiga hari
bermula hari ini, beliau berkata, kerajaan berharap penjualan ekuiti
kepada firma-firma yang terbabit akan menambah nilai kepada Proton dari
aspek teknologi dan pemasaran.
|
HARGA MINYAK AKAN DIKAJI
Sumber : Utusan Malaysia
Kerajaan kaji semula harga minyak jika turun
bawah AS$50 setong
BACHOK 25 Nov. – Kerajaan berkemungkinan
mengkaji semula harga runcit petroleum sekiranya bahan mentah itu terus
turun di pasaran dunia sehingga di bawah paras AS$50 setong tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek
Hussin berkata, harga sekarang yang turun pada kadar AS$60 setong, tidak
perlu dikaji semula kerana kerajaan masih lagi menanggung beban subsidi
bahan itu yang sangat besar.
‘‘Bagaimanapun, kalau harga itu terus turun
lagi (di bawah paras AS$50 setong) sesuatu yang boleh dikaji semula,’’
katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Penyampaian Kasut
dan Penubuhan Platun Elit Rela serta Penyerahan Borang Anggota Baru UMNO
Cawangan Kampung Kemayang, di sini petang semalam.
Pada majlis itu, Awang Adek yang juga Ketua
UMNO Bahagian Bachok, menerima 43 borang untuk menyertai UMNO cawangan
itu yang sebilangan besarnya terdiri daripada golongan pemuda.
Awang Adek berkata, kerajaan tidak nampak
mengapa harga itu tidak boleh dikaji semula berdasarkan perkembangan
semasa yang perlu disesuaikan mengikut perkembangan global.
Ketika diminta mengulas kenyataan Gabenor Bank
Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa Malaysia terus mencatat
pertumbuhan ekonomi kukuh dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
berkembang pada kadar enam peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama
tahun ini berbanding 5.3 peratus tempoh yang sama tahun lepas, beliau
berkata ia satu petanda yang baik.
Beliau berkata, ini terutama untuk merangsang
ekonomi yang lebih tinggi lagi pada masa hadapan daripada pelbagai
sektor secara menyeluruh, termasuk perkhidmatan, pembuatan dan sektor
pertanian yang kini menunjukkan arah perkembangan yang positif.
Menurutnya, ia juga perlu disokong peningkatan
secara berterusan oleh pasaran saham yang semakin menggalakkan berikutan
pembelian saham pelabur tempatan dan luar negara berikutan peningkatan
saham di rantau Asia.
Katanya, ekonomi negara juga akan mendapat
manfaat daripada suasana dunia yang tenteram sekarang.
– Bernama |
SIAP
SEDIA UNTUK BANJIR BESAR
Sumber : Utusan Malaysia
Siap sedia hadapi banjir besar -- Kerajaan
sediakan 4,050 pusat pemindahan bagi sejuta mangsa seluruh negara
Oleh HABIBAH OMAR dan
SAIFULIZAM MOHAMAD
PUTRAJAYA 24 Nov. – Banjir besar musim
tengkujuh dijangka melanda kawasan Pantai Timur, Tengah dan Selatan
Semenanjung mulai bulan ini, dengan bilangan mangsa banjir dianggarkan
berjumlah kira-kira satu juta orang.
Jabatan Meteorologi mengesahkan, Kelantan dan
Terengganu akan menerima hujan secara berterusan dan kadangkala lebat
serta boleh bertahan selama dua hingga tiga hari dalam tempoh-tempoh
tertentu sepanjang bulan ini dan Disember depan.
Pahang dan Johor pula akan mengalami keadaan
cuaca yang sama mulai akhir bulan ini hingga awal Januari.
Fenomena itu berlaku kerana faktor musim monsun
timur laut di negeri-negeri itu mulai bulan ini.
Kawasan Pantai Barat pula dijangka mengalami
banjir kilat.
Ekoran perkembangan tersebut, Datuk Seri Najib
Tun Razak berkata, kerajaan menyediakan 4,050 pusat pemindahan banjir
yang mampu menempatkan kira-kira sejuta mangsa di seluruh negara sebagai
persediaan menghadapi musim tengkujuh.
Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat (JPBBP) di
sini hari ini berkata, pusat pemindahan itu boleh dibuka bila-bila masa
apabila keadaan memerlukan.
Menurutnya, segala persiapan menghadapi banjir
telah dijalankan dan beberapa peringatan dikeluarkan kepada jabatan dan
agensi terbabit.
“Antara peringatan itu ialah semua tindakan
yang perlu dilakukan hendaklah benar-benar sampai kepada sasarannya dan
tindakan yang perlu diberi hendaklah segera, maknanya pantas dan sampai
kepada kumpulan sasar.
“Umpamanya kalau mereka (mangsa banjir) pindah
ke pusat pemindahan, setibanya di sana bantuan mesti diterima oleh
mereka, oleh itu segala keperluan logistik hendaklah dilakukan terlebih
dahulu,” katanya.
Dalam mesyuarat JPBBP itu katanya, panduan
diberikan kepada jabatan dan agensi terbabit supaya segala aset yang
diperlukan termasuk bot dan helikopter harus ditempatkan di
negeri-negeri berkenaan sebelum banjir berlaku.
Selain itu, kata beliau, perbincangan mengenai
pencegahan juga diadakan dengan meminta pengetua dan guru besar
memberikan latihan kepada pelajar sebagai persediaan menghadapi banjir.
Mengenai bantuan kewangan, Timbalan Perdana
Menteri berkata, sebanyak RM80.5 juta telah diperuntukkan tahun ini
untuk pelbagai jenis bencana termasuk pemindahan banjir, bantuan ihsan,
rumah rosak, binatang ternakan yang hilang dan kerosakan tanaman.
“Buat masa ini, kerajaan sedang menimbang
permohonan bantuan dari Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan
Sabah berjumlah RM13.9 juta,” katanya.
Mengenai banjir yang dijangka berlaku di
beberapa negeri dalam masa terdekat ini, beliau berkata, sukar untuk
membuat ramalan tentang keadaan cuaca namun hujan di Semenanjung agak
tinggi daripada biasa ketika ini.
“Di Sabah dan Sarawak pula, keadaan taburan
hujan agak rendah daripada keadaan biasa, jadi kita tak boleh pegang
kepada ramalan untuk tempoh dua tiga bulan ini,” kata Najib.
Menurut Jabatan Meteorologi, sepanjang musim
itu, jumlah taburan hujan bulanan di kawasan berkenaan akan naik
mendadak khususnya di Kelantan dan Terengganu iaitu antara 600 hingga
800 milimeter (mm).
“Pada musim ini tempoh-tempoh hujan di Kelantan
dan Terengganu adalah menyeluruh dan berterusan. Kadangkala ia lebat
serta bertahan selama dua hingga tiga hari.
“Keadaan itu akan berlaku dalam tiga hingga
empat kejadian antara bulan ini dan Disember akan datang,” menurut
jurucakap jabatan itu.
Pahang dijangka menerima pola hujan yang sama
mulai lewat bulan ini hingga awal Januari depan dengan hujan dijangka
turun secara berterusan dan kadangkala lebat.
Seperti mana Kelantan dan Terengganu, keadaan
hujan di Pahang juga dijangka bertahan selama dua hingga tiga hari untuk
dua hingga tiga kejadian sepanjang tempoh tersebut.
Sepanjang musim itu, bahagian timur Pahang akan
menerima hujan yang lebih banyak berbanding di bahagian barat negeri
berkenaan.
“Dalam bulan Disember jumlah hujan bulanan yang
dijangka turun di kawasan tersebut khususnya kawasan pantai adalah
antara 550 hingga 750 mm,” kata jurucakap itu.
Timur Johor juga tidak terkecuali apabila
kawasan itu akan menerima hujan yang lebih menyeluruh berbanding
kawasan-kawasan lain.
Pada bulan depan, jumlah hujan bulanan di
kawasan itu dijangkakan antara 280 mm hingga 680 mm terutama di kawasan
berhampiran pantai menghadap Laut China Selatan.
Jurucakap itu berkata, kawasan Pantai Barat
tidak teruk terjejas sepanjang berlakunya musim Monsun Timur Laut.
Ketika ditanya keadaan negeri di bahagian Utara
Semenanjung seperti Kedah dan Perlis, jurucakap itu berkata, berdasarkan
sejarah dua negeri itu pernah menerima hujan lebat secara berterusan
sehingga menyebabkan banjir tetapi untuk tahun ini kemungkinan itu belum
dapat dipastikan lagi. |
Mukhriz enggan ulas desakan mohon maaf
Sumber : Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 22 Nov. – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz
Mahathir enggan mengulas desakan supaya beliau memohon maaf berikutan
kenyataannya terhadap ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO
ke-57 minggu lalu.
‘‘Tidak ada apa-apa hendak ditambah. Itulah (siaran akhbar semalam)
kenyataan saya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, dalam kenyataan dua perenggannya, Mukhriz melahirkan rasa
kesal berikutan kenyataannya itu dan menjelaskan beliau tidak berniat
untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi sebagai Presiden parti.
Reaksi itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah
pihak yang bertegas bahawa anak bekas Perdana Menteri itu harus meminta
maaf terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini.
Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, kekesalan
yang dilahirkan oleh Mukhriz tidak menjawab persoalan sebab atau punca
utama beliau berbuat demikian.
‘‘Mukhriz sepatutnya secara jujur menjelaskan sebab beliau mengatakan
tiada perkara baru dalam ucapan dasar Presiden UMNO. Setakat melahirkan
rasa kesal, ia tidak menceritakan apa-apa,’’ kata beliau semalam.
Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Mukhriz dilaporkan oleh
sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa tiada perkara baru dalam
ucapan dasar Presiden.
Mukhriz dipetik sebagai berkata: ‘‘Saya rasa ucapan (Presiden) itu
telah disampaikan tahun lalu. Saya mengharapkan ada perkara baru.
Mungkin dia (Abdullah) ada idea lain.’’
Ekoran kenyataan itu, banyak pihak khususnya pemimpin UMNO membidas
tindakan Mukhriz mengkritik ucapan dasar Presiden kerana ia dianggap
mempersoalkan kewibawaan Abdullah. |
Pak
Lah & Fakta: Realiti atau Khayalan
Posted on Thursday, November 23 @
00:00:00 EST
Topic:
KOMENTAR
Siakap Senohong Gelama
Ikan Duri
Bercakap Bohong
Lama-lama jadi Pencuri
Beberapa ketika
dahulu:
"Never mind that I may
not build great
monuments or glittering
cities. What is
important to me is that
what we do today, what
we change today, will
enable us to succeed now
and far into the
future," - Abdullah
Badawi [lihat
Pak Lah: Muhasabahlah
Diri Sebelum Menyindir
Mahathir]
Hari ini:
"Malaysia will build a
new national palace
complex, which will be
ready by 2009. The new
palace, with a cost of
400 million ringgit
(108.1 million U.S.
dollars), will be built
atop a hill on a site
covering 96.52
hectares."
Lihat ulasan blogger
Rocky di
sini
Selesaikan dulu
pembangunan Putrajaya tu
Pak Lah. Jangan malukan
negara dengan pusat
pentadbiran separuh siap,
pejabat kerajaan yang
belum mencukupi dan
lalang yang tumbuh di
kawasan kosong.
Memalukan. Cakap tak
serupa bikin.
Note:
Sumber:
http://cuitsikit.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
APA YANG ABDULLAH AHMAD BADAWI TIDAK BERKATA
BENAR
Contributed by
adamyan on Tuesday,
November 21 @ 08:00:00 EST
Topic:
KOMENTAR
Dimana
Abdullah Badawi Menipu Kita.
Contributed by
adamyan on Tuesday, November 21
@ 08:00:00 EST
Topic:
KOMENTAR
|
|
Cakap-cakap
bahawa YDP
sebenarnya
adalah
seorang
penipu,
disebalik
imejnya yang
warak (itupun
dibayangi
keturunannya),
mecetuskan
perdebatan,
dimana YDP
menipu kita?
Dibawah ini
disertakan
senarai
penipuan YDP
yang perlu
diberi
perhatian
oleh semua
ahli UMNO
dan rakyat
secara
keseluruhannya.
1.
Isu jambatan
bengkok
YDP menyatakan bahawa
GCT telah menarik balik
persetujuan untuk
membina jambatan bengkok
seperti seperti yang
didakwa YABhg Tun Dr.
Mahathir Mohamad, walhal
persetujuan yang ditarik
balik itu adalah untuk
pembinaan jambatan lurus.
Untuk makluman, ini
adalah penipuan
terbesar yang dibuat
oleh kerajaan YDP
kerana khalayak
ramai sedia maklum
bahawa pembinaan
jambatan bengkok
tidak memerlukan
persetujuan S’pore
kerana ianya dibuat
di dalam Wilayah
Malaysia. Kerana
itu isu yang
kononnya sudah
‘selesai’ dengan
roadshownya, buku
kecilnya ini masih
menunggu penjelasan
daripada kerajaan.
Kalau sudah selesai,
kenapa ada lagi
penjelasan?
2. Dongeng
konon dirinya boleh
dikritik, telus dan
terbuka.
Pemecatan bekas
Setiausaha UMNO
Bandar Tun Razak,
tindakan yang bakal
dikenakan ke atas
Dato' Mukriz dan
kecaman bertalu-talu
terhadap kritikan
YABhg Tun sehingga
mendatangkan ura-ura
bahawa Tun Dr.
Mahathir Mohamad
akan dipecat,
dipenjara, di ISA
dan sebagainya,
adalah bukti bahawa
sebenarnya YDP
sedang menukar UMNO
daripada demokrasi
kepada sebuah parti
ala diktator.
Tindakan MT UMNO
membincangkan
tindakan yang bakal
dikenakan ke atas
YABhg Tun Dr.
Mahathir Mohamad
bukti bahawa
Presiden UMNO
sebenarnya tidak
setelus dan
seterbuka seperti
mana yang dilaungkan.
Kononnya ada saluran,
aku yang dah lama
dalam UMNO pun tak
tahu apa saluran
kalau nak kritik
parti, SMS ke,
website ke.
3. Ungkapan
penuh ‘bermakna’ “I
don’t know, and I
don’t involved in
anyway”
Berkenaan penelanan
sebuah GLC yang
berada dibawah
kementerian YDP oleh
syarikat dimana
menantunya mempunyai
kepentingan.
Mustahil seorang
Menteri Kewangan
tidak tahu mengenai
pengambil alihan
sebuah GLC dibawah
kementeriannya.
Jika benar begitu
sama ada Menteri
Kewangan itu terlalu
bodoh, atau rakyat
yang terlalu bodoh
meletakkannya di
situ.
4. Isu
ketuk ketampi.
YDP menafikan
menghantar Azmi
Khalid ke China
untuk meminta maaf
sedangkan
berdasarkan
kenyataan media
adalah jelas bahawa
kerajaan (sebut YDP)
telah mengarahkan
Azmi Khalid untuk ke
China meminta maaf.
Setelah terdedah
bahawa bukan rakyat
China yang terlibat
sebaliknya rakyat
tempatan, YDP cuba
menyembunyikan
kesilapannya dengan
mengatakan Azmi
Khalid ke China
untuk urusan lain
bukan untuk meminta
maaf, apakah urusan
tersebut, masih
menjadi MISTERI…..
5. Kerugian
MAS
Di sebalik slogan
mengenai ketelusan
dan keterbukaan,
kerajaan YDP
menyembunyikan
hakikat bahawa harga
makanan yang
dibekalkan kepada
MAS oleh
pengedalinya LSG
Skychef & Brahim
adalah terlalu
tinggi. Akhirnya
rakyat di beritahu
bahawa antara
pemilik Skychef
adalah adiknya
sendiri, tak
hairanlah kenapa isu
ini (harga makanan)
tidak pernah
diketengahkan.
Disini
kredebilitinya
mengenai ‘ketelusan’
dan ‘keterbukaan’
sudah hancur sama
sekali.
6.
Perolehan Kontrak
Kerajaan Oleh Scomi.
Ketua kerajaan yang
‘telus dan ‘terbuka’
menafikan syarikat yang
dikuasai oleh anaknya,
mendapat sebarang
kontrak kerajaan.
Pendedahan seterusnya
bahawa 20% daripada
perolehan Scomi adalah
daripada kontrak
kerajaan menyebabkan YDP
menukar ayat
‘tidak’ kepada
‘sedikit’
ditambah dengan
‘melalui tender terbuka’.
7. Isu
pengisytiharan harta
oleh MP BN dan
keluarga mereka.
Isu terbaru ini
memperlihatkan
betapa berkecamuknya
kepala YDP. Tidak
perlu diperjelaskan
dengan lebih panjang
lebar, ada antara
ahli portal ini
telah mendedahkan
bahawa YDP memang
ada mengeluarkan
arahan tersebut tapi
bila kena ke batang
hidungnya, keluar
satu ungkapan,
“harta keluarga saya,
tidak ada kena
mengena dengan saya”…
Jadi marilah kita
bertanya kepada diri
sendiri, inikah
pemimpin yang mahu
kita harapkan untuk
memimpin Malaysia
kearah Negara maju?
Berita daripada
Westport mengenai
jumlah import yang
jauh lebih tinggi
daripada eksport
agak membimbangkan,
lautan kereta tak
terjual di kilang
Proton mendatangkan
keresahan. YDP
sebenarnya sudah
tidak diminati
rakyat sebagaimana
ketika mula memegang
kuasa, tindakannya
menangguhkan
pemilihan tahun
hadapan menyaksikan
‘kejayaan’nya
meneruskan tampuk
kuasanya
sekurang-kurangnya
selepas p/raya umum
akan datang, bukan
sebab dirinya masih
popular atau menjadi
pilihan rakyat.
|
| |
| |
|
|
|
|
|
|
No Comments Allowed for
Anonymous, please
register |
|
Re: Dimana
Abdullah Badawi Menipu Kita.
(Score: 1)
by mamaqa900 on Tuesday, November 21
@ 12:46:52 EST
(User
Info |
Send a Message)
|
YDP tu apa?
Undur LAH |
|
|
|
|
MUKHRIZ BERI PENJELASAN
Posted on Tuesday, November 21 @
18:50:00 EST
Topic:
MEDIA
Tiada Niat
Singgung Perasaan Abdullah, Kata
Mukhriz
Posted on
Tuesday, November 21 @ 18:50:00 EST
Topic:
MEDIA
|
|
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama)
-- Exco Pergerakan
Pemuda Umno Datuk
Mukhriz Mahathir hari
ini melahirkan rasa
kesal ekoran
kenyataannya berhubung
Ucapan Dasar Presiden
semasa Perhimpunan Agung
Umno 2006 minggu lepas.
Katanya kenyataan beliau
itu tidak berniat
menyinggung mana-mana
pihak, terutama Perdana
Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi
selaku Presiden Umno.
"Saya menerima baik
teguran Yang Berhormat
Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein, Ketua
Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia terhadap saya
tempoh hari.
|
"Saya berasa
kesal dan ingin
menyatakan
bahawa saya
tidak berniat
untuk
menyinggung
perasaan
mana-mana pihak,
terutama sekali
Yang Amat
Berhormat
Presiden Umno
Datuk Seri
Abdullah Haji
Ahmad Badawi
mengenai
kenyataan saya
terhadap ucapan
dasar beliau
seperti yang
telah dilaporkan
oleh sesetengah
media," katanya
dalam satu
kenyataan
ringkas dua
perenggan.
Komen Mukhriz
pada 15 Nov
lepas bahawa
ucapan dasar
presiden tidak
mengandungi idea
baru menimbulkan
kemarahan
barisan
kepimpinan
Pemuda Umno
kerana ia
dianggap
memperlekehkan
Abdullah.
Mereka juga
menganggap komen
itu sebagai
keterlaluan,
memalukan Pemuda
Umno dan
bercanggah
dengan pendirian
pergerakan itu,
yang sentiasa
menyokong
kepimpinan
Abdullah dan
pendirian
menyokong Ucapan
Dasar Presiden
pada perhimpunan
agung parti itu.
Ketika mengulas
komen Mukhriz,
Hishammuddin dan
barisan
kepimpinan
Pemuda Umno
negeri-negeri
meminta Mukhriz
menyatakan
kedudukannya
sama ada masih
bersama dengan
pendirian
pergerakan itu
atau sebaliknya.
Mereka juga
meminta Mukhriz
memikirkan
sendiri sama ada
wajar bagi
beliau
melepaskan
jawatan exco
dalam pergerakan
itu.
Mukhriz kini
menyandang
jawatan
pengerusi Biro
Hubungan
Antarabangsa dan
Pertubuhan Bukan
Kerajaan Pemuda
Umno selain
anggota
jawatankuasa
Umno bahagian
Kubang Pasu.
Komen Muhkriz
berhubung ucapan
dasar presiden
Umno itu turut
dibidas beberapa
pemimpin Umno
lain yang
dianggap
keterlaluan dan
tidak
mencerminkan
dirinya sebagai
seorang pemimpin
yang
mengutamakan
kepentingan Umno.
-- BERNAMA
|
|
|
|
| |
| |
|
|
|
|
|
Re: Tiada Niat
Singgung Perasaan Abdullah, Kata
Mukhriz
(Score: 1)
by
serling ([email protected])
on Tuesday, November 21 @ 21:34:32
EST
(User
Info |
Send a Message)
|
|
APA LAGI PEMBODEK
AKAN UNGKIT…….…?
Dizahirkan mukhriz kesal
hati
Pandangan ikhlas
tersalah erti
Syabas mukhriz merendah
diri
Begitu sikap pemimpin
hendaki
Jikalau masih pembodek bunyi
Atau pak lah tetap amarah lagi
Nyata silap mukhriz saja dicari
Dipupuk kebencian pada famili
serling
(21.11.06)
selasa
............. |
|
|
|
|
NAZA BERHASRAT UNTUK MEMILIKI
PROTON
Sumber : Berita Harian
Naza kemuka surat cadangan beli Proton
Oleh Fazli Abdullah
Kumpulan tunggu maklum balas Kementerian Kewangan

MODEL BARU: Nasimuddin (kiri) bersama Moon
menunjukkan tanda bagus selepas melancarkan
kereta Naza Suria, di Auto City Juru, semalam.
KUMPULAN Naza mengesahkan sudah menyerahkan cadangan kepada kerajaan
untuk membeli kepentingan ekuiti dalam Proton Holdings Bhd.
Ini sekali gus bakal menyaksikannya bersaing dengan sebuah lagi
kumpulan automotif tempatan, DRB-Hicom Bhd.
Ketua Eksekutif Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin,
berkata kumpulan itu berminat untuk membeli kira-kira 43 peratus
kepentingan ekuiti dalam Proton Holdings yang dimiliki Khazanah
Nasional.
“Kami sudah menyerahkan surat hasrat (mengenai cadangan itu) kepada
Kementerian Kewangan kira-kira dua bulan lalu dan sedang menunggu
maklum balas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran model
terbaru Naza Kia, Naza Suria serta cawangan Pusat 3S (Jualan, Servis
dan Alat Ganti) Naza Kia di Juru, Pulau Pinang, semalam.
Hadir sama Presiden Pejabat Serantau dan Asia Pasifik Kia Motors
Corporation, JH Moon.
Minggu lalu, DRB-Hicom Bhd mengumumkan syarikat itu sudah
menyerahkan cadangannya untuk membeli kepentingan dalam Proton.
Sementara itu, Nasimuddin berkata, beliau menjangkakan Kumpulan Naza
mampu mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 10 peratus tahun depan,
disumbangkan oleh pelancaran enam model baru termasuk kenderaan
pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan
penumpang yang akan dipasang di Gurun, Kedah.
Terdahulu dalam ucapannya, Nasimuddin berkata, Naza Suria dengan
kapasiti 1.1 liter disasarkan kepada golongan muda sejajar dengan
reka bentuknya yang moden dan dinamik.
Naza Suria yang dipasang di kilang kumpulan itu di Gurun, Kedah
mempunyai ruang yang selesa untuk memuatkan lima penumpang serta
menjimatkan minyak.
Harga yang ditawarkan bagi model itu ialah RM46,173.30.
Mengenai pusat 3S Naza Kia di Juru itu, Nasimuddin berkata, pusat
bernilai RM1 juta itu adalah yang ketujuh bagi Naza Kia dan
berfungsi sebagai pusat sehenti bagi 13,000 pemilik kenderaan Naza
Kia di Pulau Pinang.
|
PROTON MENCARI RAKAN STRATEGIK
PERNIAGAAN
Sumber : Utusan Malaysia
Perbincangan Proton dengan Peugeot, Volkswagen
PUTRAJAYA 20 Nov. – Menteri Kewangan Kedua, Tan
Sri Nor Mohamed Yakcop mengesahkan kerajaan hanya mengadakan
perbincangan dengan PSA Peugeot-Citroen dan Volkswagen AG tentang
kemungkinan untuk menjadi rakan strategik Proton Holdings Bhd.
Menurut beliau, perbincangan dengan syarikat
pengeluar kereta dari Perancis dan Jerman itu dibuat bagi memastikan
sebarang pelaksanaan kerjasama tidak menjejaskan kepentingan Proton dan
negara. ‘‘Kita melibatkan Peugeot dan Volkswagen dalam perkara ini
kerana terdapat minat untuk mengadakan kerjasama,” katanya kepada
pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran
kementerian tersebut di sini hari ini.
Nor Mohamed sebelum ini menyatakan keputusan
mengenai pemilihan rakan strategik Proton akan dibuat dalam tempoh tiga
bulan.
September lalu, Proton mengumumkan tentang
kemungkinan untuk mengadakan kerjasama dengan PSA Peugeot bagi mengeluar
dan memasang kereta.
Antara bidang kerjasama yang dikenal pasti
melibatkan inisiatif kualiti, pembangunan vendor dan pengedaran.
Sabtu lalu, laporan akhbar tempatan menyebut
pegawai tertinggi PSA Peugeot-Citroen dijangka mengadakan perjumpaan
dengan pegawai Kementerian Kewangan minggu ini bagi mengadakan
perbincangan mengenai kedudukan mereka dalam Proton.
Khazanah Nasional Bhd., sayap pelaburan
kerajaan memiliki pegangan sebanyak 43 peratus dalam Proton.
Nor Mohamed bagaimanapun enggan mengulas lanjut
tentang perbincangan tersebut dan bila perjumpaan bagi pusingan
seterusnya akan diadakan.
‘‘Belum lagi ditetapkan tarikh untuk mengadakan
mesyuarat seterusnya, saya telah berjumpa dengan Peugeot sebelum ini dan
perbincangan tersebut sebenarnya terus berjalan,” katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya belum
dapat memastikan sama ada PSA Peugeot berminat untuk mempunyai pegangan
dalam Proton.
‘‘Kita tidak tahu lagi apakah terma-termanya,”
katanya.
Ditanya sama ada syarikat asing lain yang turut
menunjukkan minat, beliau berkata, terdapat pihak lain yang menunjukkan
minat menjalin kerjasama. |
TUN DR MAHATHIR KINI SEMAKIN SIHAT
Sumber : Utusan Malaysia
Saya sihat, doktor suruh relaks’
PUTRAJAYA 20 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad,
yang dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 14
November lepas, hari ini berkata, beliau sihat dan akan mematuhi arahan
doktor supaya berehat.
‘‘Saya rasa sihat tetapi doktor meminta saya
supaya relaks,’’ katanya kepada Bernama di pejabat Yayasan Kepimpinan
Perdana di sini.
Bekas Perdana Menteri itu yang juga Pengerusi
yayasan berkenaan, mengalami serangan jantung ringan pada 9 November dan
dimasukkan ke IJN sebelum dibenarkan pulang lima hari kemudian,
sekaligus tidak membolehkannya menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2006
minggu lepas.
Dr. Mahathir berkata, beliau telah membatalkan
beberapa lawatannya ke luar negara, termasuk ke India dan Jepun.
Beliau tidak dapat ke India untuk menerima
Mother Teresa Memorial International Award bagi Keadilan Sosial,
sebaliknya menghantar anak lelakinya, Datuk Mukhriz Mahathir untuk
menerima anugerah itu bagi pihaknya pada satu majlis di Mumbai semalam.
Dr. Mahathir berkata, beliau datang ke yayasan
itu kerana merasa bosan di rumah. Doktor menasihatkan beliau supaya
berehat sebelum meningkatkan aktiviti fizikalnya.
‘‘Saya cuba menulis di rumah. Kini saya menulis
di sini,’’ kata bekas Perdana Menteri itu yang mengetuai kerajaan selama
22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003.
‘‘Saya harap tidak menemui orang ramai walaupun
banyak permintaan,’’ katanya.
Sekumpulan pelajar Sekolah Kebangsaan Permas
Jaya, Johor Bahru, yang melawat yayasan itu semasa cuti sekolah, gembira
mendapat peluang bertemu dan bergambar dengan Dr. Mahathir ketika beliau
hendak meninggalkan yayasan itu.
Dr. Mahathir juga berkata, beliau sedih atas
pemergian ke rahmatullah salah seorang daripada bapa pengasas Malaysia,
Tan Sri Mohamed Khir Johari, 83, kerana serangan jantung semalam.
‘‘Saya amat sedih kerana saya sudah lama
mengenali Allahyarham iaitu sejak beliau bertugas sebagai guru di
sekolah saya,’’ katanya.
Dr. Mahathir berkata, antara kenangan paling
manis bersama Mohamed Khir ialah beliau meminjam kereta Mohamed Khir
pada hari perkahwinannya pada 1956 untuk ke rumah pengantin perempuan (Tun
Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali).
‘‘Saya tidak mempunyai kereta, jadi saya pinjam
kereta beliau,’’ katanya yang menyifatkan Mohamed Khir sebagai seorang
yang sangat mesra dan periang.
‘‘Beliau suka membuat jenaka dan orang
semulajadi menyukainya,’’ kata Dr. Mahathir mengenai negarawan itu yang
dikebumikan di Makam Pahlawan di Kuala Lumpur.
Dr. Mahathir berkata, mereka bersama-sama
menganggotai Saberkas (Sayang Akan Bangsa Ertinya Korban Apa Segala),
pergerakan kebangsaan Melayu yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun dan
berkempen untuk kemerdekaan.
‘‘Sejak awal lagi beliau menunjukkan minat
dalam politik, terutama memperjuangkan nasib orang Melayu,’’ katanya
mengenang kembali perjuangan awal mereka menentang Malayan Union.
Mengenai sumbangan terbesar Mohamed Khir untuk
negara, Dr. Mahathir berkata: ‘‘Kebangkitan awal minat Melayu dalam
politik. Beliau ialah perintis politik Melayu.’’
– Bernama |
KHIR JOHARI MENINGGAL
DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG
Sumber : Utusan Malaysia

|
KHIR JOHARI.
|
KUALA LUMPUR 19 Nov. – Tan Sri Mohamed Khir
Johari, pemimpin veteran UMNO yang juga anggota Kabinet pertama kerajaan
pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, meninggal dunia
akibat serangan jantung di sini hari ini.
Allahyarham yang berusia 83 tahun menghembuskan
nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Puan
Sri Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana
Central, Brickfields di sini.
Christine berkata, Allahyarham tiba-tiba
diserang sesak nafas kira-kira pukul 10.30 pagi ini.
Keluarganya bergegas memanggil ambulans dan
anggota perubatan yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mengesahkan
Mohamed Khir telah meninggal dunia.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan
panggilan ‘Pak Khir’ meninggalkan sembilan anak.
Mohamed Khir pernah menjawat beberapa jawatan
penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan
pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara
pada tahun 1956.
Selain Mohamed Khir, Kabinet pertama Tunku
turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mendiang Tun H. S.
Lee, Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman, mendiang Tun V.T. Sambanthan,
Allahyarham Tun Sardon Jubir, mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham
Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham
Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.
Isteri pertamanya, Puan Sri Kelsom @ Che Tom
Abdul Rahman yang dikahwininya pada 1943 meninggal dunia pada 20
September 1994 dan Mohamed Khir kemudian mengahwini Christine pada
Februari 1996.
Bagi mengenang jasa Allahyarham Mohamed Khir
kepada negara, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamad Sidek Hassan
mengumumkan Allahyarham diberi penghormatan terakhir mengikut Istiadat
Pengebumian Pembesar Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini.
Hadir memberi penghormatan terakhir di Makam
Pahlawan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
menteri-menteri Kabinet, tokoh-tokoh politik dan para pemimpin korporat.
Jenazah Mohamed Khir disemadikan pada pukul 7
malam ini.
|
GAYA ATAU KEPERIBADIAN
ABDULLAH YANG DIPERSOALKAN
Contributed by
nordin on Monday,
November 20 @ 02:00:00 EST
Topic:
RENCANA
|
Dalam ucapan penggulungan di
Perhimpunan Agong UMNO
baru-baru ini, Timbalan
Presiden UMNO Dato Sri Najib
Abdul Razak berpantun
sebagai menyampaikan mesej
kepada Tun Dr Mahathir
Mohamad supaya menerima cara
pengganti beliau Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi
mentadbir negara.
Sebenarnya Tun Dr Mahathir
sendiri pernah mengakui
bahawa walaupun beliau dan
Abdullah Badawi mempunyai
gaya atau style
kepimpinan yang berbeza,
namun matalamat mereka
adalah tetap sama iaitu
ingin membawa Malaysia
mencapai Wawasan
2020 dengan berjaya.
Ini menunjukkan sejak dari
mula lagi Tun Dr Mahathir
tidak mempunyai masaalah dan
menerima hakikat bahawa gaya
kepimpinan Abdullah Badawi
adalah berbeza dengan beliau.
Jadi apakah perlu Najib
meminta supaya Tun Dr.
Mahathir menerima gaya
kepimpinan Abdullah Badawi
ini, sedangkan Tun sejak
dari awal lagi telah
menyatakan gaya kepimpinan
Abdullah Badawi bukanlah
menjadi penghalang matlamat
mereka untuk mencapai
wawasan dicitakan itu.
Dalam masa yang sama, kita
juga sedar yang Abudullah
Badawi sendiri sebenarnya
ingin menjadikan diri beliau
lebih POPULAR
(walaupun beliau berkata
beliau tidak mahu populariti)
dengan memilih gaya
kepimpinan bermusyuarah atau
gaya demokratik (participative
leadership or democratic
style) ini. Beliau
dengan bangganya sering
berkata segala keputusan
yang dibuat beliau sekarang
adalah secara kolektif
dimana ahli-ahli kabinet
beliau kini bebas bersuara
dalam memberi apa jua
pandangan dan beliau hanya
membuat keputusan
berdasarkan pandangan mereka
ini.
Katanya lagi, keadaan ini
tidak pernah wujud dizaman
Tun Dr Mahathir kerana Tun
Dr. Mahathir dianggap
sebagai seorang pemimpin
yang autokratik, iaitu
mempunyai gaya kepimpinan
yang memaksa (authoritarian
leadership).
Sememangnya Tun Dr. Mahathir
pernah berkata sedikit masa
dahulu bahawa tidak semua
negara di dunia ini mampu
mengamalkan sistem demokrasi
secara total atau meniru
bulat-bulat cara yang
diamalkan di Amerika kerana
dalam keadaan tertentu,
apajua sistem pemerintahan
yang dipilih, ianya perlu
diubah-suai mengikut
latar-belakang sejarah dan
sifat keperibadian penduduk
sesebuah negara itu supaya
sesuatu kejayaan itu boleh
dicapai mengikut acuan
mereka masing-masing. Apakah
dengan berkata begitu Tun
Dr. Mahathir sudah dianggap
seorang pemimpin yang tidak
demokratik atau tidak
percaya pada nilai demokrasi.
Jika benar gaya kepimpinan
yang diamalkan beliau itu
tidak baik untuk negara ini,
mampukah Malaysia mencapai
kejayaan seperti mana yang
dikecapi hari ini?
Sebenarnya tidak ada satu
pun gaya atau style
kepimpinan itu boleh
dikatakan lebih sempurna
dari yang lain kerana setiap
jenis gaya kepimpinan itu
mempuyai aspek positif dan
negetif, namun sesaorang
pemimpin yang bijak
seharusnya pandai
mencampur-adukkan mana-mana
ciri yang terbaik dari
gaya-gaya kepimpinan ini
untuk disesuaikan dengan
orang yang mereka pimpin.
Kurt Lewin, seorang ahli
psychology terkenal Amerika
dalam kajian beliau mengenai
gaya kepimpinan (A
Dynamic Theory of
Personality, 1935)
berkata “children in the
democratic group were less
productive than the members
of the authoritarian group,
but their contributions were
of a much higher quality”
atau dengan kata lain,
pemimpin yang mengamalkan sifat
demokratik mempunyai ramai
pengikut yang lebih pandai
bercakap (their
contributions were of a much
higher quality) tetapi
kurang produktif (less
productive) berbanding
pemimpin yang bersifat
autokratik yang lebih
berjaya menghasilkan
pengikut-pengikut yang lebih
produktif.
Sebenarnya kejayaan
sesaorang pemimpin itu bukan
hanya terletak pada gaya
atau style kepimpinan mereka
sahaja tetapi ianya adalah
lebih kepada kekuatan sifat
keperibadian (personal
traits or personality
attributes) sesaorang
pemimpin itu sendiri. Inilah
yang sebenarnya membezakan
antara sesaorang pemimpin
yang berjaya dengan pemimpin
yang mediocre,
bukannya terletak pada gaya
atau style kepimpinan mereka
semata-mata.
Masaalah yang wujud dalam
kepimpinan Abdullah Badawi
sekarang sebenarnya bukannya
pada gaya kepimpinan yang
beliau amalkan itu tetapi
lebih kepada sifat
keperibadian beliau yang
cacat (defected personality
traits) sebagai seorang
pemimpin seperti mana contoh
yang ditunjukkan beliau
dalam menangani isu jambatan
dan beberapa isu lain
seperti sifat-sifat berikut:
-
Sifat
Penakut – baru
saja Singapura bersuara,
beliau sudah membuat
keputusan yang tidak
memihak kepada negara
sendiri.
-
Tidak
Konsisten
(inconsistency) –bagaimana
sesuatu keputusan yang
begitu strategik boleh
berubah dalam masa tidak
sampai seminggu seperti
pembatalan jambatan
tersebut?
-
Tidak
mempunyai keyakinan diri
(inferiority complex) –
tidak perlu menyebut
beliau “ikhlas” kerana
sememangnya beliau
dituntut bersikap ikhlas
apabila beliau
menawarkan diri sebagai
seorang pemimpin.
-
Tidak
Bertanggungjawab
(unaccountability) –
sepatutnya beliaulah
yang harus tampil
kehadapan untuk menerang
sesuatu keputusan
sebagai ketua kerajaan,
bukannya menolak
tanggung-jawab tersebut
kepada Menteri-Menteri
beliau.
-
Tidak Bijak
– Sudahlah angan-angan
“Jambatan Indah” tidak
dapat, wang rakyat pula
terpaksa dugunakan untuk
membayar ganti-rugi yang
berjumlah beratus juta
ringgit itu. Dalam kotek
ini, mungkin Mat Jenin
lebih cerdik lagi dari
beliau, walaupun cuma
berangan-angan tetapi
beliau tidak payah
membayar satu sen pun
malah hatinya tetap
gembira kerana
angan-angan tersebut.
-
Angkuh
– “Itu
Idea Saya”,
walaupun jelas orang
lain yang mencetuskan
idea tersebut. Selalu
mengatakan yang beliau
adalah pemimpin pilihan
ramai walaupun
mengetahui kepercayaan
rakyat boleh
berubah-ubah pada
bila-bila masa sahaja.
-
Pelupa
(short attention span) –
samada beliau tidak
ingat atau pura-pura
tidak ingat, sebab itu
beliau lebih senang
menjawab, I
don’t know, I’m not
involved.
-
Rhetorik (platitude)
– banyak cakap
benda-benda yang indah,
namun cakap hanya
tinggal cakap.
-
Salah letak
kepentingan
(wrong priority) –
meletakkan kepentingan
keluarga mendahului
kepentingan Negara.
-
Lemah dalam
pengurusan waktu
(Bad time management) –
terkenal sebagai seorang
yang tidak menepati masa,
bagaimana beliau boleh
dijadikan pemimpin
contoh jika pekara
sekecil ini pun beliau
tidak mampu
menguruskannya.
-
Yang paling penting
sekali beliau adalah
seorang PEMBOHONG
(a liar) – beliau
berkata yang beliau
“sangat prihatin”
terhadap bantahan rakyat
Johor yang tidak mahu
menjual pasir dan
memberi ruang udara
kepada Singapura
sehingga beliau
membatalkan keputusan
membuat jambatan
tersebut. Tetapi
pernahkah kita lihat
atau membaca laporan ada
segolongan rakyat Johor
yang membantah keputusan
kerajaan tersebut sama
seperti yang kita lihat
bantahan rakyat ketika
kenaikan harga minyak
dulu? Kenapa kerajaan
yang sama sedikit pun
tidak mahu berganjak
dari keputusan mereka
jika mereka benar-benar
prihatin kepada bantahan
rakyat terhadap kenaikan
harga minyak yang
ternyata lebih
menyusahkan rakyat?
Untuk pengetahuan Najib,
yang membuat rakyat dan
Tun Dr. Mahathir merasa
marah kepada Abdullah
Badawi bukannya kerana
gaya kepimpinan beliau,
tetapi sifat-sifat
keperibadian yang
tersebut diatas yang
membuat rakyat
menanggung malu kerana
mempunyai seorang
Perdana Menteri seperti
beliau.
Dalam apa keadaan pun,
Najib tidak perlu
menegur Tun Dr. Mahathir
kerana Tun Dr. Mahathir
sendiri telah pun
membuktikan yang beliau
jauh lebih layak sebagai
seorang pemimpin kerana
beliau telah berjaya
meletakkan nama Malaysia
dipeta dunia. Sepatutnya
Najib harus berani
memberitahu Abdullah
Badawi mengenai sifat
keperibadian beliau yang
menjadi buah mulut
rakyat Malaysia sekarang.
Sebenarnya Najib telah
mencemarkan nama baik
beliau sendiri apabila
mengagong-agongkan
seorang pemimpin yang
mediocre
seperti Abdullah Badawi
ini kerana jika
sesaorang itu memuja
sesuatu yang
mediocre bermakna
orang tersebut juga
termasuk dalam gulungan
yang sama.
Adakah Najib juga
mempunyai
personality traits
yang sama?
|
|
|
|
|
|
YBHG DATO' MUKHRIZ
MAHATHIR BERJAYA
Contributed by
AloQStaQ on Sunday,
November 19 @ 17:00:00 EST
Topic:
KOMENTAR
|
YBhg Dato' Mukhriz Tun Dr.
Mahathir telah berjaya
membuktikan kepada seluruh
dunia rupa sebenar pemimpin
yang berpura-pura. Pemimpin
yang penuh dengan lakonan
(yang tak sempurna) dan
bertopengkan keagamaan
hadhari kononnya ....
"Pemimpin adalah
insan biasa. Insan biasa
tidak sempurna sifatnya.
Insan biasa dijadikan tuhan
dengan segala kelemahan agar
insan itu senantiasa insaf
tarafnya sebagai makhluk.
Insan biasa tidak maksum',
kerana itu ia harus terus
beristighfar memohon
kemaafan Ilahi, membetulkan
diri sepanjang hayat.
Teguran dan kritikan adalah
sesuatu yang sihat untuk
insan dapat cepat melakukan
pembaikan. Lakukanlah
teguran dan kritikan secara
ikhlas - secara jujur;
secara konstruktif - secara
rasional untuk kebaikan kita
bersama supaya langkah dan
perbuatan menegur itu
menjadi satu amal - satu
jariah yang membawa kepada
kebaikan."
-Sumber:
Dipetik dari Ucapan Dasar
Presiden pada Perhimpunan
Agung Umno 2006;
http://www.bharian.com.my/Misc/Umno55/artikel/paklah/20061115172742/Article5
Komen:
Tidak sampai 24jam kenyataan
di atas dari mulut seorang
pemimpin negara hadhari yang
membenarkan dirinya di
kritik, beliau sendiri
membuktikan dengan jelas di
hadapan kita kenyataan
tersebut hanyalah retorik
dan penyedap telinga
semata-mata kerana sejurus
selepas ucapan dasar itu
Datuk Mukhriz mencuba uji @
"test" pemimpin hadhari
tersebut dengan mengkritik
ucapan dasar presiden,
seperti berikut ...

Mukhriz: Nothing new
in speech
DATUK Mukhriz
Mahathir said he was a
"little bit'
disappointed with the
presidential speech,
claiming it offered
nothing new. "I think
it’s an address he
delivered last year. I
was hoping for something
new. Perhaps, he has
other ideas."
"We were hoping that
there would be some kind
of attempt for
reconciliation, some
attempt to specifically
answer the questions,"
he said, when met by
reporters.
-Sumber : The Star
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/16/nation/16036138&sec=nation
Komen:
.... terbukti beliau
secara automatiknya di
"smash" oleh Pak Lah
sendiri dan para
anggota² pengampu .....
‘Kenyataan Mukhriz tidak betul’ -Pak Lah
DATUK Seri
Abdullah Ahmad Badawi
menyifatkan kenyataan
Exco Pemuda Umno, Datuk
Mukhriz Mahathir, yang
memperlekehkan ucapan
dasarnya pada pembukaan
Perhimpunan Agung Umno,
Rabu lalu, sebagai tidak
betul sama sekali.
"Beliau (Mukhriz)
menyatakan sesuatu yang
saya fikir tidak betul
sama sekali," kata
Presiden Umno itu.
Menjawab soalan
sama ada anak bekas
Perdana Menteri itu
menelefonya: "Dah
merepek, macam-macam...
dia tidak menelefon saya,
cukuplah dah merepek ni...
saya nak bersembahyang,
nak berlepas ke Hanoi."
Komen:
Maka sudah sah lah
segalanya yang diucapkan
oleh Presiden dalam
ucapan dasar terebut
hanyalah kata-kata manis
dan retorik sahaja yang
pada hakikatnya tidak
perlulah beliau laksanakan.
Alhamdulillah,
keberanian Mukhriz
mengkritik ucapan dasar
Paklah tersebut secara
langsung menggambarkan
rupa bentuk sebenar hati
budi pemimpin hadhari
yang dianggap ramai
sebagai ulul albab yang
terulung dan berdarah
ulamak ini ....
Sebenarnya, tidak ada
salah sedikit pun komen
Mukhriz terhadap ucapan
dasar Presiden (yang
mengatakan ucapan
tersebut bukanlah
perkara baru dan ucapan
tersebut hanyalah
seperti ucapan Presiden
tahun lalu) ... Terbukti
pada hari ni Rafidah
Aziz yang kuat mengipas
Pak Lah memberi
pengakuan terbuka :

Quote : Rafidah Aziz (Utusan
Malaysia Online :
19Nov2006);
‘‘Presiden
perlu mengulangi mesej
yang sama beberapa kali
kerana tidak semua yang
hadir pada perhimpunan
itu adalah orang yang
sama pada 10 atau 15
tahun lalu."
‘‘Terdapat
generasi baru terdiri
daripada Pemuda, Puteri
dan Wanita, malah ahli
UMNO sendiri yang
sebelum ini tidak
mendapat mesej Presiden,’’
katanya kepada pemberita
pada Rumah Terbuka
Aidilfitri Wanita UMNO
di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), hari ini.
-Sumber: Utusan
Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Komen:
Hah! dengan pengakuan
Rafidah Aziz ini
membuktikan kritikan
Mukhriz adalah benar dan
tidak ada sebarang cacat
celanya... Kalau pun
Ketua Pemuda Umno
mengatakan Mukhriz
diberi tempoh 2 hari
untuk menjelaskan
kenyataannya, Rafidah
Aziz juga mesti
menjelaskan kenyataan di
atas. Jika tindakan
diambil terhadap Mukhriz,
sewajibnya tindakan
serupa perlu diambil
terhadap Rafidah Aziz.
Yang pasti, Rafizah Aziz
seolah-olah mengiyakan
kenyataan Mukhriz tentang
ucapan dasar Presiden
.... Maka
terperangkaplah Pak Lah
dan Rafidah dalam
polemik yang mereka
sendiri ciptakan ....
Satu bercakap tak serupa
bikin, yang satu lagi
bikin tak serupa cakap
....
|
| |
| |
|
|
|
|
|
Associated Topics
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous,
please
register |
|
Re: Ybhg Dato'
Mukhriz Mahathir BERJAYA!
(Score: 1)
by mynes on Sunday, November 19 @
17:41:13 EST
(User
Info |
Send a Message)
|
mmg peranagi haram diorang
ni... mmg tak boleh pakai. anyway,
tahniah to mukhriz.
pak bodolah is a born loser and will
always be. kak piiii dah lak dah nyanyuk...
pak lah jadi pm baru tiga tahun
dikatakan dah 10 - 15 tahun. anyway,
since dia bersetuju dengan apa yg
mukhriz kata, mari kita tgk "hukuman"
utk kak piii dah mcm mana pulak...
|
|
|
Re: Ybhg Dato'
Mukhriz Mahathir BERJAYA!
(Score: 1)
by nordin on Sunday, November 19 @
18:12:11 EST
(User
Info |
Send a Message)
|
Masa mula jadi PM dulu bukan main
dia suruh ahli kabinet dan keluarga
terdekat mereka mengistiharkan harta,
nak tunjuk yang dia tu bersih dari
segala unsur rasuah. Tapi bila mai tang
anak pinak dia sendiri, dia kata depa
tak payah istiharkan sebab depa bukan
ahli kabinet.
Cakap tak serupa bikin.
|
|
|
Re: Ybhg Dato'
Mukhriz Mahathir BERJAYA!
(Score: 1)
by muslimbest on Sunday, November 19 @
19:51:13 EST
(User
Info |
Send a Message)
|
hisham paling kuat menyalak
dlm kes ni, mcm anjing kurap. maybe die
da sedar yg tahun depan die nak kene
tendang, so tahun ni die jilat menyalak
puas2 dgn harapan PLB dan KJ akan
naikkan die. die pun sedar mukriz leh
mengatasi die, so skrg ni die gunakan
point ini utk menyalak dan jatuhkan
muhkriz.
bye bye pida, hisyam.
|
|
|
Re: Ybhg Dato'
Mukhriz Mahathir BERJAYA!
(Score: 1)
by
serling ([email protected])
on Sunday, November 19 @ 21:17:13 EST
(User
Info |
Send a Message)
|
MUKHRIZ DITUBI...
PENGETUA GEDEBEE DILINDUNGI ?
Mukhriz diberi dua hari
Tajuk utama BM hari ini
Hebat hisham menangani
Exco kanan Pemuda ditubi
Tamparan oleh PG susupi
Sejak 2004 beliau senyapi
Menteri apa sikap sebegini
PG tampar murid dilindungi
...................
P/S:
Kisah satu Pengetua Gedebee (PG)
tampar 5 murid di Kuantan berlarutan
sejak 2004 tapi Hisham selaku
Menteri
pelajaran tidak peduli, kenapa ?
|
|
|
Re: Ybhg Dato'
Mukhriz Mahathir BERJAYA!
(Score: 1)
by arinn02 on Monday, November 20 @
00:21:13 EST
(User
Info |
Send a Message)
|
| Tahniah wat Datuk Mukhriz.Teks
ucapan Pak Lah ituhari pun yg tahun2
lepas tu,telah diubahsuai skit utk
persidangan kali ni.Buat pun last
minute.Pak Lah main baca jer.Hapah haram
bukan nyer dier ingat aper yg di ucapkan
tu.Ucapan pun tengok teks jer.sebab tu
cakap dier pun dolak dalik.sekajap leh
kritik,pastu tak boleh plak.Pak Lah
lembabbbbbbbbbb,tu yg kekadang asyik
tertido jer. |
|
|
|
|
Surat Tun Dr
Mahathir

MUKHRIZ MULA BERSUARA
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Tun Dr Mahathir & Tunku
Abdul Rahman

|