| SeriAyubiz.Net
e-Commerce |
Gedung
Batik Kelantan & Busana Muslim
Kelantanese Batik & Muslim cloths center |
Online
|
|
| New millenium new style | ************************************ |
| | Order | Buy | Enquiry | Products | FAQ | Gallery | E-mail | Home | | |||
|
Tempahan/Order
|
Apakah barangan yang ditawarkan oleh Seri Ayubiz? Kami menawarkan pakaian belum siap dan pakaian siap. Jenis-jenis pakaian yang kami tawarkan, ada dipaparkan di laman web kami (http://www.geocities.com/seriayubiz/). Bagaimanakah cara untuk menjadi pengedar pakaian Seri Ayubiz.Net? Seperti sekim lain, jaminan security itu penting. Anda hendaklah membuat pembayaran terlebih dahulu. Apabila bayaran sudah dijelaskan, kami akan menghantar barangan tersebut kepada anda. Kaedah ini sama seperti bayaran deposit atau cagaran untuk menjadi pengedar kepada mana-mana barangan. Bagaimanakah kalau pakaian tersebut tidak habis dijual? Jika pakaian tidak habis dijual, anda boleh memulangkannya dan menukarkannya dengan pakaian yang baru. Begitulah seterusnya. Apakah faedah yang saya perolehi jika saya menjadi pengedar ? Kami
menetapkan harga yang murah untuk pengedar berbanding dengan harga pasaran.
Anda boleh menjualnya mengikut harga yang anda tetapkan sendiri.
Apakah ada insentif lain yang menarik ditawarkan? Sudah tentu. Jika anda menempah 10 helai/pasang, kami akan memberi percuma sehelai/sepasang (10 + 1) kepada anda. Dengan kata lain, tempah 10 + 1 percuma. Bagaimanakah cara pembayaran dilakukan untuk membuat tempahan? Anda boleh memilih cara-cara di bawah iaitu: a.
Kiriman wang (money order)
Penghantaran hanya dibuat selepas pembayaran dijelaskan. Bagi pembayaran melalui akaun bank, anda hendaklah memaklumkan kepada kami apabila anda sudah membuat pembayaran (bank in). Apakah ada cara pembayaran lain selain di atas? Buat masa ini pembayaran melalui kad kredit boleh boleh digunakan. Pihak kami sedang mengusahakannya. Insya Allah cara pembayaran melalui kad kredit boleh digunakan pada masa akan datang. "Bayar waktu terima" atau cash on delivery (COD) tidak dapat digunakan. Bagaimanakah penghantaran dibuat? Untuk Lembah Kelang, kami akan menghantar secara percuma. Bagi kawasan di luar Lembah Kelang, belanja pos akan dikenakan. Adakah tempahan diterima jika pengedar datang terus ke premis Seri Ayubiz? Ya. Anda hendaklah menghubungi contact person kami bagi memudahkan anda mendapat khidmat nasihat tentang jualan, harga cadangan dan sebagainya. Apakah ada barangan lain yang ditawarkan untuk diedarkan? Buat masa ini kami hanya mengedarkan kain dan pakaian. Adakah urusniaga pakaian ini menguntungkan? Ya, sudah tentu. Pengedar-pengedar kami sentiasa bertambah. Pengedar-pengedar lama pula terus menjalankan urusniaga mereka. Adakah hanya kaum Hawa sahaja yang sesuai untuk menjadi pengedar? Tidak. Terdapat juga di kalangan pengedar kami itu kaum Adam. Jika saya tidak berhasrat untuk menjadi pengedar, tetapi ingin menempah pakaian untuk kegunaan sendiri, adakah Seri Ayubiz memberi layanan? Ya.
Hantarkan kepada kami saiz anda dan nyatakan jenis pakaian yang anda kehendaki
sama ada jubah wanita, jubah lelaki, kebaya (bersulan atau tidak), baju
kurung (bersulan atau tidak), batik atau skaf. Atau anda boleh dapatkan
pakaian siap-pakai (ready-made) dengan menyatakan saiz anda. Hubungi contact
person kami.
|
||
|
Concept
& Design by Seri Ayu Biz.Net
Visitors:
![]() |