4.9 Siri Elektrokimia
1. Siri elektrokimia ialah sususan logam-logam untuk membandingkan kecenderungan logam
    untuk membentuk ion.
                               K+
                              Na+
                              Ca2+
                               Mg2+
                              Al3+                            Kecenderungan logam
                              Zn2+                            menjadi kation semakin
                              Fe2+                            bertambah (iaitu semakin
                              Sn2+                               elektropositif)
                              Pb2+
                              H+
                             Cu2+
                              Hg+
                              Ag+
                              Au+
 
2. Logam yang lebih cenderung mengion di atas dan logam yang kurang kecenderungan
   mengion terletak di bawah siri elektrokimia.
3. Dalam satu sel elektrokimia, logam yang lebih cenderung mengion menjadi terminal
    negatif, manakala logam yang kurang cenderung mengion menjadi terminal positif sel
    tersebut.
4. Voltan sesebuah sel kimia bergantung kepada perbezaan kecenderungan mengion bagi
    logam-logam yang digunakan dalam sel tersebut. Lebih besar perbezaan kecenderungan
    mengion, lebih besar voltan yang terhasil.
5. Membina siri elekrokimia
   Siri elektrokimia boleh dibina dengan membandingkan voltan bagi sel-sel ringkas yang    
   didirikan dengan menggunakan pasangan logam berlainan.
 
 
 
Eksperimen : Membina siri elektrokimia bagi logam-logam
 
(a) Sebuah bikar berisi larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm-3 disediakan.
(b) Sekeping jalur kuprum dan zink dibersihkan dengan kertas pasir.
(c) Kedua-dua jalur itu dicelupkan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat dalam bikar.
(d) Jalur-jalur logam itu disambungkan kepada sebua volmeter melalui litar luar seperti yang
     ditunjukkan dalam rajah.
(e) Logam yang menjadi terminal positif dan terminal negetif ditentukan.
(f) Eksperimen diulang dengan menggunakan pasangan logam-logam berikut yang dicelup ke
    dalam elektrolit yang sesuai:
 
   i)          magnesium        -           kuprum
   ii)         aluminium         -           kuprum
   iii)         zink                  -           kuprum
   iv)        ferum                -           kuprum
   v)         magnesium        -           aluminium
   vi)        aluminium         -           zink
   vii)        ferum                -           zink
 
(g) Keputusanyang diperoleh dicatatkan dalam jadual seperti berikut:
 
Pasangan logam
Voltan (V)
Elektrod negatif
Magnesium / Kuprum
2.7
Magnesium
Aluminium / Kuprum
2.0
Aluminium
Zink / Kuprum
1.1
Zink
Ferum / Kuprum
0.8
Ferum
Magnesium / Aluminium
0.7
Magnesium
Aluminium / Zink
0.9
Aluminium
Ferum / Zink
0.3
Zink
 
(h) Daripada keputusan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa:
i)           Logam yang paling elektropositif ialah magnesium.
ii)         Logam yang paling elekronegetif ialah kuprum.
iii)        Susunan logam-logam dalam siri yang elektrokimia mengikut yang paling
          elektropositif dahulu ialah magnesium, aluminium, zink, ferum, kuprum.
(i) Siri elektrokimia ialah susunan logam-logam mengikut kecenderungan logam untuk
    menghilangkan elektron atau membentuk ion positif.
(j) Siri elektrokimia boleh digunakan untuk beberapa tujuan seperti berikut:
i)           Meramalkan kebolehan logam untuk menyesarkan logam lain daripada larutan
          akueus garamnya.
ii)          Menentukan kekutubab terminal sesuatu sel ringkas.
     iii)       Membuat perbandingan kualitatif voltan sel-sel ringkas.
 
 
 
 
MUKA SURAT SETERUSNYA
 
 
 
Perkataan atau frasa yang diwarnakan jingga - frasa penting yang perlu diingat kerana soalan SPM sering berpandukan isi tersebut.
 
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1