Eksperimen: Menunjukkan penyesaran logam oleh logam yang lain
 
(a) Jalur-jalur logam magnesium, aluminium, zink sulfat, ferum, plumbum, dan kuprum
     dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.
(b) Larutan-larutan akueus 0.5 mol dm-3 bagi kuprum sulfat, plumbum(II) nitrat, ferum(II) sulfat,
      zink sulfat, aluminium sulfat, dan magnesium sulfat dimasukkan ke dalam tabung uji
     berasingan.
(c) Jalur magnesium dimasukkan ke dalam setiap tabung uji dan permahatian dicatatkan.
(d) Eksperimen diulang dengan menggantikan jalur magnesium dengan jalur-jalur aluminium,
     zink, plumbum, dan kuprum secara berasingan ke dalam larutan baru.
 
(e) Keputusan:
Larutan ion/ logam
Cu2+
Pb2+
Fe2+
Zn2+
Al3+
Mg2+
Magnesium
Kuprum tersesar
Plumbum tersesar
Ferum tersesar
Zink tersesar
Aluminium tersesar
 
Aluminium
Kuprum tersesar
Plumbum tersesar
Ferum tersesar
Zink tersesar
 
Tiada perubahan
Zink
Kuprum tersesar
Plumbum tersesar
Ferum tersesar
 
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Ferum
Kuprum tersesar
Plumbum tersesar
 
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Plumbum
Kuprum tersesar
 
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Kuprum
 
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
(h) Kesimpulan:    
     Logam yang berada di atas dalam siri elektrokimia boleh menyesarkan logam di 
    bawahnya daripada larutan garam logam tersebut.
(g) Penyesaran logamkuprum daripada larutan kuprum(II) sulfat oleh logam zink adalah seperti
     berikut :
            Zink larut dalam larutan dan membentuk zink, Zn2+.
                                                Zn " Zn2+ + 2e-
            Elektron terbebas diterima oleh ion kuprum, Cu2+ dan logam kuprum terbentuk.
                                                Cu2+ + 2e- " Cu
            Persamaan keseluruhan:
                                               Zn + Cu2+ " Zn2+ + Cu
 
4.91 Kekutuban dan voltan
1. Kekutuban terminal sesuatu sel ringkas dapat ditentukan sekiranya kedudukan logam 
    dalam siri elektrokimia diketahui. Logam yang terletak di atas dalam siri elektrokimia akan
    menjadi terminal negetif, manakala logam yang terletak di bawah akan menjadi terminal
    positif.
    Misalan:
    Dalam sebuah sel yang menggunakan logam zink dan logam kuprum, logam zink akan  
   menjadi terminal negatif kerana zink berada di atas kuprum dalam siri elektrokimia.
    Zink lebih cenderung untuk membentuk ion zink.
                                                Zn ®  Zn2+ + 2e-
    Atom zink membebaskan elektron dan oleh itu, zink merupakan terminal negetif. Elektron
    yang dibebaskan oleh zink mengalir melalui litar luar dan diterima oleh ion kuprum(II).
                                                Cu2+ + 2e- ® Cu
    Logam kuprum menjadi terminal positif.
2. Voltan sel-sel ringkas boleh dibandingkan secara kualitatif dengan merujuk kepada siri
    elektrokimia. Ini dapat dibuat dengan membandingkan kedudukan relatif dua logam yang
    digunakan untuk membentuk sel-sel ringkas yang berkenaan.
    Misalan:
   Sel ringkas yang menggunakan logam magnesium dan kuprum sebagai
   terminal-terminalnya mempunyai voltan yang lebih tinggi daripada voltan sel ringkas yang
   menggunakan logam magnesium dengan zink. Ini kerana kedudukan magnesium dan
   kuprum terpisah lebih jauh daripada kedudukan magnesium dan zink dalam siri elektrokimia.

 

 
 
Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi cabaran.....?
Marilah kita bersama-sama untuk menerima cabaran menjawab soalan objektif dan sturuktur serta esei beserta jawapan.
sekiranya anda ada mengikuti nota yang diberi dan menjawab soalan dengan teknik yang betul, tiada sebab anda tidak dapat skor dalam peperiksaan anda.
 
 
 
Menerima Cabaran
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1