Latihan Tubi
Soalan Objektif
Bahagaian I: Soalan Aneka Pilihan
 
Klikan jawapannya. 
1.                 Antara berikut manakah merupakan elektrolit ?
A.    Kuprum
B.     Larutan glukosa
C.    Sulfur lebur
D.    Asid sulfurik cair
 
2.                  Antara berikut, yang manakah terdapat dalam kalium klorida lebur ?
A.       Ion H+ dan OH-
B.     Ion K+ dan Cl-
C.    Ion K+, OH- dan Cl-
D.       Ion K+, H+, CL- dan OH-
 
3.                  Apabila arus elektrik dialirkan melalui satu sebatian lebur, gas berwarna perang terbentuk di anod. Sebatian itu mungkin
A.    Kalium bromida
B.     Plumbum(II) iodida
C.    Zink klorida
D.    Aluminium oksida
 
4.                  Antara berikut yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi pemilihan ion yang dinyahcas semasa elektrolisis ?
A.    Kepekatan ion
B.     Jarak antara dua elektrod
C.    Jenis elektrod yang digunakan
D.    Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
 
5.                  Antara setengah persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang berlaku di katod semasa elektrolisis larutan natrium sulfat cair dengan menggunakan elektrod-elektrod karbon?
A.    4OH- ® 2 H2O + O2 + 4e-
B.     2H+ + 2e- ® H2
C.       SO42- ® SO2 + O2 + 2e-
D.    Na+ + e- ® Na
 
6.                  Dalam elektrosis asid hidroklorik pekat, ion yang dinyahcas di anod ialah
A.    H+
B.       OH-
C.       Cl-
D.       H3O+
 
7.                  Antara sel kimia berikut, yang manakah boleh dicas semula ?
A.    Sel kering
B.     Sel alkali
C.    Sel merkuri
D.    Sel nikel-kadmium
 
8.                  Apakah yang berlaku apabila sebuah akumulator asid-plumbum dinyahcas?
A.    Ketumpatan bertambah
B.     Tenaga kimia bertukar kepada tenaga elektrik
C.    Ion plumbum bertukar kepada logam plumbum
D.    Voltan akumulator bertambah
 
9.                 Antara berikut yang manakah tidak boleh menyesarkan plumbum daripada larutan plumbum(II) nitrat ?
A.    Ferum
B.     Kuprum
C.    Magnesium
D.    Zink
 
10.              Larutan X klorida cair di elektrolisiskan dengan menggunakan elektrod-elektrod karbon. Didapati gas hidrogen terhasil di katod. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang X?
A.    X  ialah logam tidak aktif
B.     Kedudukan X di atas hidrogen dalam siri elektrokimia
C.    X sangat larut dalam air
D.    Takat lebur X sangat tinggi

Bahagian II Þ soalan aneka pelengkap

 

11.        Suatu pepejal X didapati tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal tetapi mengkonduksikan elektrik apabila dileburkan. X mungkin ialah
I.      Sulfur
II.    Timah
III.  Natrium klorida
IV.  Plumbum(II) klorida
 
A.    IV           
B.  I dan II
C.    II dan III
D.    III dan IV
 
12.        Ion-ion bebas boleh terbentuk apabila
I.       Sebatian ionik dilarutkan dalam air
II.     Sebatian organik dilarutkan dalam air
III.   Sebatian kovalen dileburkan
IV.  Gas dilarutkan dalam pelarut organik
 
A.    I
B.     IV
C.    I dan III
D.    II dan IV
 
13.       Antara sel kimia berikut, yang manakah boleh dicas semula?
I.       Sel alkali
II.     Sel nikel-kadmium
III.   Akumulator asid-plumbum
IV.  Sel mekuri
 
A.    I
B.     IV
C.    II dan III
D.    II dan IV
 
14.        Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang proses penyaduran sudu besi dengan agentum?
I.       Anod terdiri daripada logam agentum
II.     Sudu besi menjadi katod
III.   Elektrolit yang digunakan ialah larutan asid nitrik
IV.  Bekalan elektrik ialah arus ulang-alik
 
A.    IV
B.     I dan II
C.    I dan III
D.    II dan IV
15.        Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi ion yang akan dinyahcas secara pilihan dalam sesuatu elektrolisis?
I.       Kuantiti arus yang dialirkan
II.     Jarak arus yang dialirkan
III.  Jenis elektrod yang digunakan
IV.  Kepekatan ion dalam elektrolit
 
A.    I danII
B.     I dan IV
C.    II dan III
D.    III dan IV
 

 

   (Tamat)

Terima kasih atas lawatan anda semua ke sini.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1