|
Sejarah Awal Sekolah
|
|
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1987. sekolah ini telah diasaskan oleh
seorang ketua kampong yang bernama Iprom a/l Ending Jot. Pada awal
pembukaanya sekolah ini masih menumpang di bangunan lama(hadapan) Sekolah
Kebangsaan Naka dengan menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Lamdin.
Bilangan murid yang berdaftar pada ketika itu ialah seramai 56 orang dan 8
orang kakitangan. Guru besarnya yang pertama ialah Encik Mansor bin
Ariffin. Keadaan kelas pada masa itu ialah kelas bercantum iaitu Tahun 1,
Tahun 2 dan 3, Tahun 4, 5 dan Tahun 6. |
|
|
|
Pada tahun 1991, bangunan lama Sekolah Kebangsaan Naka telah dikosongkan
dan murid-muridnya dipindahkan ke bangunan Sekolah Kebangsaan Lamdin di
kampung Lamdin. Guru besar ketika itu ialah Encik Ismail bin Ahmad.
Peruntukan untuk membina bangunan telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan
Kedah dan bangunan ini dibina secara bergotong-royong. |
|
|
|
Dari setahun ke setahun,
jumlah murid kain bertambah. Di atas usaha wakil rakyat pada masa itu,
Dato’ Dr. Afifuddin bin Haji Omar maka satu peruntukan yang besar telah
diluluskan. Satu bangunan baru telah dibina. |
|
|
|
Pada tahun 1993,
bangunan baru telah pun siap dibina dan pengurusan sekolah telah berpindah
ke bangunan yang terdapat pada sekarang. Bangunan ini mempunyai dua blok
bangunan bilik darjah setiap satu mempunyai tiga tingkat, sebuah kantin,
tapak perhimpunan, garaj letak kereta dan sebidang padang permainan.
Prasaran asekarang adalah lebih lengkap. Guru Besar pada ketika itu ialah
Encik Nor Rashid bin Mat Sabri. Pembinaan bangunan sekarang ini mendapat
peruntukan dari Bank Dunia. |
|
|
|
Pada tahun 2002,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan lagi peruntukan untuk
pembinaan sebuah makmal komputer dan dibenarkan beroperasi pada tahun 2003
dan dilengkapkan dengan 14 buah komputer. Sehingga sekarang, Sekolah
Kebangsaan Lamdin mempunyai 124 orang murid dan 21 orang kakitangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|