Cetusan
Inspirasi
Anda
RENUNGAN
1) Fikiran membawa kepada pekerjaan. pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian
2) Jangan sekali-kali meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
3) Dunia ini umpama lautan yang luas.Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai karam di dalamnya ...andai muatan kita dalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
4) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
5) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehiduoan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
6) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
7) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
8) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila- bila masa ia akan pecah.
9) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
10) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
11) Kata- kata lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata kasar yg dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
12) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya 6 kaki.
13) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia selalu mengecewakan agama.
14) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
15) Keikhlasan itu umapama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
16) Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan
17) seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
18) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan
19) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memilikinya janganlah lupa pada Yang maha Berkuasa.
20) Sahabat yang jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya
21) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
22) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
NEXT PAGE
Page 2
Page 1

++++++++++
Powered By Mohd Razali Ajer  ++++++++++
(Copyright 2006 - 2011)
Home | Mobile | Article | Games | Forum | Music | Software | Video | Islamic | Sembang | About Me
MOBILE
HOME
Software
Java Games
Themes
VIDEO CLIP
ARTICLE
Islamic
Computer
Workshop
Information
GAMES
Arcade
Action
Sport
Classic
Board
FORUM
MUSIC
SOFTWARE
Lagu
Music Clip
Computer Software
Latest Clip
ISLAMIC
Al - Quran
Renungan
SEMBANG
Jom Borak
User Guide
Tips & Trick
GALERY
Wallpaper
Fatwa
Web Link
Guest Book
About Me
Support Us
FLASH TESTI
Friendship
Love
Birthday

You Are Visitor Number:



Since
1 January 2007
South Florida Sal
Free Hit Counters
Hosted by www.Geocities.ws

1