PENDIDIKAN
[ menu pendidikan ] [ sekolah rendah ] [ sekolah menengah ] [sekolah agama ] [ Politeknik ] [ home ]


Sekolah Menengah


        Setelah tamat sekolah rendah, aku menyambung pelajaran aku ke sekolah menengah. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Air Hitam, Batu 15. Ini adalah sebuah sekolah yang baru. kalo tak silap aku adalah 2ndbatch.Pelajar yang belajo di sini pon tak ramai.

        Semasa di sekolah menengah, aku banyak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum seperti sukan dan pengakap. Aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. Dalam pengakap, aku telah mengambil bahagian dalam berbagai perkhemahan antaranya ialah Jambori Pengakap Peringkat Negeri Johor, Kursus Kepimpinan dan sebagainya.

        Aku bersekolah di sini sampai form 3 sahaja kerana selepas PMR aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran aku di Sekolah Menengah Vokaysional,muar. Aku telah ditawarkan untuk kursus Automotif. Matapelajaran di sini banyak yang berkaitan dengan teknikal. Di sinilah timbulnya minat aku dalam bidang yang berkaitan dengan teknikal.

Hosted by www.Geocities.ws

1