|
h t t p : / / w w w . g e o c i t i e s . c o m / s a h a b a t m g h 8 8 |
|
Perjalanan kita... perjalanan ini... 1 July 2002 Semalam yang hangat Aku demam dari Jumaat dan cuti, Sabtu petang Citah datang, aku masak dan ajak dia makan, lepas maghrib Jedah pula sampai... kita makan lagi... Terusir demam dengan kehadiran mereka. Bila aku malas turut serta mereka tunggu aku sampai jam 10 malam, kasihan pulak.... ok lah aku ikut. Perjalanan ke rumah Citah dulu untuk simpan kereta Citah. Kemudian kami ke Pandan Indah untuk ambil kereta Nor, Jedah nak repair air-cond kereta Nor. Jadi Citah drive kereta Nor ke Shah Alam... aku temankan dia. Mengekor kereta Jedah dari belakang.... wow... korang kena tengok sendiri skill Jedah :) Cicah
beskut tgh malam Ahad Cycling
di Bukit Cerakah Udaranya sejuk... seperti di Buyau... hijaunya bersatu dengan alam meresap ke jiwa setiap kali nafas kuhela... hehhehe... relax Citah... melankolic.... melankolic.... hehhehe... Bas
pulak Makan
tengahari yang enak! Tengah makan... Netty balik dari Cameron Highland, bawa strawberi yang kami belasah sampai habis empat pek dan sayur-sayur yang dipaksanya kami bawak balik.... :) Terima kasih Netty ;) Aku lupa nak pesan bunga-bunga dengan Netty... menyesal tak sudah aku!!! Aku nak bunga ros segar-segar dari Cameron Highland tu.... ------;`@ Nett ajak aku pi Cameron.... no prob Nett, set bila-bila saja... jadik!!! Ada sesapa nak join??? Ita amacam... kita mengulang sejarah di Cameron??? Puteri
Impian Durian Demam
aku dan Piala Dunia Sepakkan Ronaldo sama rancaknya dengan diorang yang kopek durian tu, aku pun terpaksa merasa durian tu... errr.... tempoyak boleh lahh... Aku sokong Brasil... Citah sokong Germany... tapi at last dia berpaling tadah sokong Brasil bila German dah macam tak de harapan nak menang. Aku sorak untuk dua-dua.. hehhehe.... Sebab dah penat dengan aktiviti maka kami menyaksikan piala dunia dengan berbagai aksi bebas... kuak rentang, kupu-kupu, gaya bebas dan kuak mengiring.... hehhee... Habis bola aku, Jedah dan Nett berangkat meninggalkan kediaman Citah... cian Citah tinggal sorang. Teringat petang hari sabtu tu, masa aku tengah panaskan lauk untuk Citah, dia kata nak beli rumah, aku kata boleh lah... aku tak ada duit nak beli rumah. Dia kata nanti ko duduk ngan aku, aku gelak gila... mana taknya...nanti lelama jadik rumah orang2 tua... aku, Jedah, Citah.... hehhehe... bayangkan diusia lewat 60-an... dan kami tinggal bersama...hehehhehe.... masih pergi tenis kah... masih pergi jogging kah... masih pergi cycling kah???? kah kah kah :D Sampai rumah tido... demam aku dah beransur blah... :) 2 July 2002 Jari-jari jadi kaku bila 'orang femes' tu selongkar khazanah kita kat sini... dan semasa aku menulis ini pun serasa ada mata besar kat depan tu memerhati... :) Kenapa mencari hingga ke sini... mungkin jejak jadi nyata bila kabus beredar? Aku sebenarnya jadi segan sekali, bila tulisan yang tidak ada corak tariannya ini menjadi bacaannya. Tapi tak apalah... aku sudi berkongsi... kuharap kalian jua sahabatku... mungkin ada yang boleh dimanfaatkan oleh orang muda ini. Untuk Fajar... Selamat Datang ke MGH 88... where time can't keep us apart... 3 July 2002 Sebelah pagi di pejabat aku klasifikasikan sebagai sibuk tahap taufan Nina! Tapi sekarang semua sudah beres... ya minggir-minggir... saya ingin mengetuk dada keyboard sekarang... semua bos ... sudah out... sikalang... aku lah r a j a..... hehhehehe.... Berterabur meja... biar saja lah... I dont need flat surface hari ni... :) Apa aku nak cerita dengan korang hari ni ya.... hmmm... hari ni aku ada satu azam.... azam nak balik cepat... nak berkemas... aku nak balik Buyau... sabtu ni...tak sabarnya... Ada sesapa nak datang Buyau? Atau ada sesapa nak pi jenguk Acai yang sedang mengeram tu? Isk.... mana ntah aku letak nombor telepon dia... Aku tak dapat contact Ita, tadi Citah bagi tau Ipah call dia, kata Ipah, mak Ita sakit. Aku call Ita, dia kata dari minggu lepas lagi maknya sudah tak sihat dan sudah tak mahu makan. Aku teringat mak Ita, gulai pedas minang dia yang begitu kaw-kaw punya, ingat tak kawan-kawan? Ingat tak masa jalan raya dirumah Ita. Korang selalu ketawa bila mengingati peristiwa korang yang kepedasan! Aku suka kopi mak Ita!!! Memang best tahap 64! Aku tak pernah jumpo kopi se-best itu! Aku doakan mak cik cepat sembuh. Nanti aku nak merasa kopi-o kaw-kaw dia lagi... Bila menulis tentang sahabat yang seorang ini, kalian pun tahu betapa aku rapat dengan dia. Aku suka rumah dia yang ditengah-tengah bendang... teringat lintuk-lintuk padi dibuai angin mesra, damai dan sungguh asli. Teringat merah kuning buah rambutan... manis lekang laksana madu. Aku rindu dia sebenarnya... dipisak jarak dan waktu. Tadi akhirnya dapat juga aku hubungi dia.... "bila ko nak datang kedai aku ni... aku nak ko letak dalam website gambar kedai aku...." Sure Ita... no problem...bak sini gambar tu... bakal terpampang disini.... :) Email account baru untuk ceo aku pun dah siap aku janakan, dan aku nak balik... nak tumpang nana.... sayonara hari ini... esok saja aku upload... :) 4 July 2002 Aku gembira teramat hari ini... rasanya memang Tuhan anugerahkan aku dengan satu hari yang terindah hari ni. Syukur Ya Allah. What is it all about? Mula-mula aku ambil keputusan canggih dengan apply cuti esok... yiihaaaa..... semangat balik kampung yang membuak-buak.... dan rindu pada omak! Jadi .... Aeen, hasrat murni ko nak jumpa ngan aku esok terpaksa aku tolak baik-baik dan kita susun pertemuan minggu depan boleh? Simpan lah duit ko tu... gerenti bley punya... minggu depan ek...minggu depan... Sebenarnya bukan hanya agenda tu yang terpaksa aku tunda... agenda bersama Cik Ja dan Shila juga terpaksa diposponekan. Second nya, Bodyguard aku datang... nak pulangkan buku-buku yang dipinjam dari tahun 1997. Dia bawa isterinya yang comel, and she is expecting somewhere early October. I'm so happy that those books come back to me. TAPI satu buku tercicir... Kota Arialun... the second book of the saga. Katanya buku tu ada... cuma kena cari masih dalam kotak-kotak... nanti dia akan cari. Aku benar-benar gembira sahabat... akhirnya buku-buku itu kembali dalam simpananku. Lepas ni TAK DE SIAPA PUN BOLEH PINJAM! Maaf, aku rela jika korang kata aku kedekut, tak apa... janji aku ada buku-buku tu! Lagi pun korang tak baca buku macam tu... aku aja yang suka. Terima kasih Bodyguard akhirnya kita berjumpa juga setelah 5 tahun. A father to be, he looks good. Akhirnya ko pulangkan jugak buku-buku tu. Nan ti anak ko aku nak bagi nama... Mohammad Artakus! hahhaha.... atau Siti Laira....keh keh keh.... Petang ni balik dengan Nana, hehhehe... kurang penat sikit.... mekasey Nana... mekasey Raihah.... housemate yang aku tumpang pergi balik kerja.... Tuhan merahmati kamu berdua!!! Upppssss.... nasib tak terlupa.... Aeen call tadi bagi tau Acai dah selamat bersalin baby boy pada 16 June 2002 hari tu. Dia ada kat kampung 06-4979 301. Sapa nak pi tengok Acai... Jedah jom pi tengok Acai nak? Ida jom pi tengok Acai nak? 8 July 2002 S e l a m a t monday blues.... aku tau masa Aeen call aku pagi tadi suara aku benyek... tak mo keje hari isnin laaa.... nak cuti lagi... Sepanjang berhujung minggu, terasa macam-macam yang aku nak tulis disini, dari seumum-umum topik sampai sesensitif-sensitifnya. Err... Citah I'm not against u this time, tapi rasanya sebagai satu pandangan biasa yang perlu kita fikirkan bersama, kalau ada yang merasakannya sensitif maka ia memang pun isu sensitif, untuk menghalangnya dari jatuh kekatagori itu... rasanya... tak dapek den nak nolong eh doh.... hehhehe... Pagi isnin yang blues sebegini ingin aku isi dengan menaip isu sensitif, supaya saraf darah berjalan lancar... hehhehe... Isunya mudah kawan-kawan, isu bahasa inggeris untuk menjadi medium pengajaran sains dan matematik!!! Mungkin para cikgu boleh ulas dengan lebih baik tentang isu ni, yang begitu hangat didada akhbar dan kaca tv. Ini isu apa sebenarnya kawan? Isu pendidikan untuk memajukan bangsa atau agenda politik semata? Aku tak boleh tidak terpaksa juga menyentuh perkara sebegini. Ya lah rasanya ini melibatkan masa depan kita semua. Di mana aku ingin mula... biar ku kupas cerita dulu ya... Mata pelajaran matematik dan sains untuk sekolah rendah akan diajar menggunakan bahasa inggeris. Keputusan sudah dibuat dan kini cuma implimentasinya saja. Yang aku nak tanya ni... sudahkah kita bersedia? Heh... sorry.... maksud aku, sudahkah anak-anak kecil bangsa melayu kita bersedia? Ahh... kalian saja yang jawap... mereka itu anak-anak kalian... aku masih belum punya. Aku seorang yang positif, aku boleh terima perlaksanaan ini. Tapi bila fikir, apa akan jadi nanti aku jadi kecut perut. Sebab yang belajar tu nanti bukan kita... tapi anak-anak. Guess u all have to implement english in their life since day one. Or else.... well u answer.... I already had mine. Tak payah lah aku tulis panjang lebar... cukup sekadar nak bagi korang fikir bahawa satu ketika nanti akan terjadi satu situasi di mana anak-anak melayu yang agak sukar memahirkan diri dengan bahasa inggeris ini GAGAL dalam kedua-dua matapelajaran penting ini. Bila dah gagal.... macam mana nak masuk universiti... korang jawap... aku tak mo jawap... Bila tak dapat masuk belajar IPT... siapa akan ganti kepimpinan dan institusi negara... korang jawap... aku sudah ada jawapan sendiri. Aku agak terusik dengan isu ini, aku jadi bimbang dengan apa yang akan jadi di masa akan datang... kalau terus-terusan melayu diancam. Aku tau kita boleh... itu pun kalau kita sudah bersedia dan punya semangat ala-ala 'Die-Hard' walau dah jatuh dari kren masuk dalam kapal... patah-patah tulang pun jadik hero jugak! Kalau ada kelemahan memalut pada si tukang implimentasi macam mana... Macam aku kena ajar korang buat webpage ni guna bahasa Korea lah... aku pun tak reti korang apatah lagi...hehehheh.... paham apa aku kata? [ maaf... aku tahu Nabi Muhammad s.a.w cakap ringkas, terus kepada maksud, tak meleret-leret, aku nak buat macam itu juga, tapi aku ingin berbahasa.... :)] p e a c e ~ V ~ B A H A S A J I W A B A N GS A ! ! ! 11 July 2002 Hari ni.... aku boring start dari pagi lagi, petang karang aku nak pi tengok Macromedia MX Launch kat KL. Citah sibuk tak bleh chat ngan aku pagi ni. Tak sukanya mood macam ni... mood tak productif... argggghhhh.... let me go!!! 12 July 2002 Masa di lauching MX semalam.... seorang pun aku tak tegur... aku dah serik nak tegur orang, espeacially dekat event yang macam ni, so I play the game too. But during refreshment aku jumpa pak cik Faizar... class mate UiTM dan ex-officemate aku, sempat lah bercerita itu ini, dan bertukar pandangan tentang macromedia product yang kitorang guna ni, tukar latest call-card dan email juga. I found what I have been searching for the last one year.... sorry bukan boyfriend ya... gals... aku jumpa magazine dan buku-buku... waaa.... aku nak pi borong nanti.... tapi harganya... magazine aje mencecah RM50.... buku2 tu biasalah >RM100 .... Ahhhh aku tak gentar ... pasti aku beli... demi untuk menyingkirkan karat-karat dan ketidak pick-up-an otak aku ni dan untuk menambah skill.... aku pasti beli.... bila... hehhehe... tunggu duit ada.... 18 July 2002 Semalam hari yang memenatkan bagi aku.... ada gajah dalam perut.... kupu-kupu dalam dada.... lalat dalam kepala!!! Sinopsisnya.... ada cabaran baru yang aku tengah figure out ni.... semua kawan disekelilling suruh aku accept! Bidangnya menarik...cuma tawarannya lupa aku nak tanya....hehhehe... ada byk perkara aku kena survey and research.... aku ingin maju... dan kalau ada usaha dan ketekunan Tuhan pasti anugerahkan hasil... betul tak kengkawan? Aku akan mencuba dari perspektif yang lain kali ini... semoga Tuhan permudahkan bagi ku.... dan memantapkan semangatku. Terima kasih buat seorang sahabat yang cukup mengerti, memahami, sanggup menggadai masa, dan mencurah untaian nasihat dan dorongan.... dan jugak sedikit amarah... bagi mengusir gajah-gajah, kupu-kupu dan lalat-lalat... Terharu sebenarnya atas perhatian beliau.... terharu sebenarnya atas kesanggupan membawaku kedaerah tenang... sesungguhnya apalah lagi yang dapat ku ucapkan di sini, hanya terima kasih yang panjang-panjang dan dalam. T E R I M A K A S I H M A S I T A H a.k.a C I T A H Sorry lah aku byk susah kan ko Citah... dan an rasa an akan susahkan ko lagi nanti... hehehhe... Ayu tak berapa sihat dan menurut emailnya dia masuk hospital.... kena drip lagi.... cian dia... ni mesti morning sickness dah jadi afternoon dan evening sickness ni... tambah lagi tak lalu makan... mmg lah lemah... Tengok lah tu pengorbanan seorang ibu... sedari awal.... hey.... i don't wanna take this too seriously... just.... treasure your mom, appreciate with love and care ok... :) Untuk Ayu.... jgn kerja berat2 dan bawa bebanyak rehat ok... hope u gonna be fine from now onward. Hujung minggu ni aku, Citah, Yah dan Nana nak pi Melaka... get away from KL... dan malam esok ada mini gathering kat rumah aku.... meh datang.... aku nak buat spagethi..... marieee marieee marieeeeeeeeee..... selagi stok masih ada! I'm gonna be busy... doakan idea dan creativity aku mencurah-curah kawan... aku dalam penilaian.... 19 July 2002 Dekat sebulan aku tak dapat contact Ita, mesej Hasnah pula menambah kegelisahan. Alhamdulillah hari ini talian Digi berkarat Ita telah berjaya kutembusi.... 'rindu awak, sayang awak' ... well I tought I was kinda cute saying that to Ita... of course I miss her damn much... what most I couldn't get her on her birthday! Ita I'm so sorry... don't blame me... blame Digi!!! Sama jugak lah bila aku try call Cuna... Hey Cuna.... apsal Digi ni??? Hari ni aku sedikit relief...sikit saja... angan nya nak produce lagi dua design sebelum tengah hari atau petang... Malam tadi aku menggodak komputer Raihah... alhamdulillah adalah sedikit hasil. Aku berdebar sungguh sebenarnya... Semoga Tuham melapangkan minda dan meninggikan daya imaginasi aku supaya boleh keluar design entahapapantah yang org tengok mcm...wow....this is something else.... heh heh... setakat hari ni aku belum berjaya mengimpreskan orang sedemikian rupa lagi.... hehehe... Kerja office pula tiba-tiba membuak-buak... biasalah mereka ni semua orang nak cepat... aku akan buatlah... tapi tunggu lah... kira seri lah kita... u lambat... i pun lambat lah.... apa kata kalau kerja yg depa dok suruh aku buat tu aku buat tiga bulan lagi... ensem tak aku? 22 July 2002 Melaka... 'orkid lah'... 'puas hati lah'... 20 & 21 Jun, hah! ... cuti-cuti Malaysia ke Melaka.... peserta tak ramai tapi cukup meriah dan unik sekali. Starring Yah, Nana, Citah dan aku. Perjalanan kali ni bermula dengan makan malam kat rumah aku... (aku andaikan lah). Jumaat 19 July tu, aku masak spagethi dan puding laici, utk kawan-kawan makan sambil buat bising. Balik kerja dengan Nana, sampai rumah terus masak kuah dia (ramuan rahsia dari istana hamba). Sorang pun tak nampak batang hidung lagi... orang paling dekat pun tak sampai-sampai. 8 lebih Jedah sampai dengan ofis mate dia dan rakan cycling kitorang Rafidah. Aku call Citah dan Yah, Citah on the way, Yah pula masih kat Setiawangsa... Seronok malam tu... walaupun spagethi tu tak lah menjadi sangat... belasah aja lah. "Puas hati lah...." :) Lepas Jedah balik tu... 'cabaran baru' yang aku cakap 18 July dulu datang rumah pula. Kepala aku pening dah... mana tak, macam paksa aje, Yah dan Raihah pulak asyik bercakap on the negative side of the cabaran, Yah serang aku habis-habisan sampai aku rasa tengkuk aku panas, sesuatu yang berbeza, apa yang ada dalam diriku sama sekali bercanggah dengan apa yang mereka usulkan, aku tak berkira agaknya dan ketidak berkiraan itu jika mengikut rasional yang mereka bincangkan adalah suatu kebodohan. Aku terus terang tak tau nak buat apa. Contoh design pertama diterima bulat-bulat... aku cukup risau tentang itu. They people don't know anything about this industry... scary... but if that so, it is all depends on me to advice and suggest! This people look up to my simple work. Somewhere I feel honoured and appreciated. Jadi macam mana ni... nak accept ke tidak? Nampak gaya macam diorang bersungguh-sungguh. Yah tanya plan aku, aku diam menyimpan bicara. Mungkin jika Yah terbaca, aku punya rancangan sebenarnya dan rasanya kau pun tahu, kerjaya in bukan matlamat hidupku, sekadar memenuhi perjalanan. Atau mungkin memang begini hidupku, jalannya tak pernah pasti, kabusnya berselirat, pun begitu jalan itu dapat kulalui jua. Mungkin sebenarnya keputusan itu sudah ada, sekadar terikat dengan budi bahasa, adap sopan dan erti menjaga peri kemanusiaan. Itulah lemah dan kuatnya orang melayu, apatah lagi yang berhati lembut. Kadang-kadang aku kecundang menghitung peluang justeru meninggalkan ruang yang kecewa, itulah sebabnya kurasa mengapa kali ini aku memerlukan sedikit ruang masa, supaya apa pun keputusan ku nanti tidak disesali. Insyaallah Tuhan akan membantu aku membuat pilihan. Sabtu pagi, dengan agak malas aku siap-siap. Semua mood agak luntur sebab dua orang sahabat yang aku ingin jumpa di Melaka, punya alasan untuk menidakkan pertemuan. Hampir jam 10pg kami bertolak. Merentasi lebuhraya utara selatan seperti tidak endah mana kami ingin pergi dan akhirnya berjaya melepasi dua exit selepas Air Keroh. Baru saja tersedar bila papan tanda ke Tangkah di depan mata. Akhirnya kami ke Tangkak menyambut kelangsungan kami. Hehehhe... syurga kain ya??? Maka kami mandi kain disitu, duit yang tipis-tipis kami tinggalkan bertimbun-timbun di kedai kain Bunga Raya (iklan ini tidak dibayar siarannya). Kali ini pilihanku sama sekali lain dari selalu... kain bertanah hitam dengan bunga merah jambu dan hijau lumut dengan bunga kuning air, untuk mak warna krim dengan bunga sekuntum-sekuntum jelas. Mak suka corak yang jelas. Aaahhhh........ kain terlalu banyak semuanya cantik-cantik saja, aku jadi rambang mata. Sukar juga ingin berundur dari Tangkak yang kami kunjungi secara tak sengaja, tapi pastinya satu pengalaman dan kenangan manis buat kami. Terpaksa juga menghala ke Melaka kerana booking hotel akan disimpan hingga jam 4ptg saja. Meredah jalan kampung berpandukan papantanda dan direksi orang yang kami temui sepanjang perjalanan. Kami sampai juga kebandar Melaka. Seolah berada di suatu tempat lain. Kami berpusing-pusing, jalannya sukar, tapi berjaya juga menemui Emperor Hotel. Attach-room supaya senang kami nak sembang. Citah puas hati sungguh dengan bilik tu, aku lompat-lompat atas katil macam dalam cerita orang putih tu. Di tingkat 14, menghala ke Selat Melaka, pemandangan sungguh sempurna, kapal-kapal berlabuh... dan deretan kenderaan jelas dari jendela kaca bilik kami (yg selama dua hari tu kami panggil 'rumah'). Kami keluar makan, mungkin silap gerai akhibat lapar sangat, kemudian ke Mahkota Parade mencari juadah buat Nana yang berakhir di Kenny Rogers. KR Melaka lain sikit agaknya :) Sungguh indah kenangan, kami share satu hidangan tiga orang...! Peduli apa orang nak pandang... kami bahgia begini, kami susah ada kamu nak peduli? Kemudian pusing-pusing bandar hilir dan sekitarnya sampai Pulau Melaka. Ya lah semua orang nak tengok laut... Kami cerita-cerita untuk makan malam di Umbai. Balik semula ke emperor, melanyak TV dan cakap kuat-kuat. Citah yang tak berapa sihat mudah saja lenanya di bawah selimut tebal. Setelah mandi dan solat aku juga menyertainya hingga maghrib, selepas solat kami bertolak ke Umbai. Perjalanan tanpa arah selalunya sukar dan acara brain-storming melihat papan-papan tanda yang sungguh 'poor' di Melaka memang memenatkan. Tapi kami jumpa juga Umbai akhirnya. Dan udang, sotong serta ikan menjadi raja dalam perut kami yang padat malam itu. Begitu asyik meratah sampai lupa nak abadikan kenangan lantas menjeleskan korang semua... hehhehe... walau camna pun "Puas hati lah...." Balik malam itu perjalanan lebih mudah, sampai di hotel lena bertamu. Pagi esoknya aku paling lewat bangun, selepas subuh pun aku sambung bergulung lagi. Kata Citah matanya enggan pejam, jadi lah dia pengira bintang dan pendakap bulan, katanya langit sungguh indah malam itu. Rahmat Tuhan keatasmu terhadap nikmat tidur yang tidak diberinya. Haaah.... besar kuasa Mu Tuhan. Setelah bersarapan, kami menjejaki Bandar Hilir. Alhamdulillah ada parking kosong. Kemudian kami menapak seluruhnya. Bermula disekitar 'Bangunan Merah'. Studthuys, nak sebut mcm mana tu ya? Melihat-lihat cenderahati yang banyak-banyak berderet disebelah gereja merah tu. Rasa nak jenguk kedalam gereja tu tapi Yah kata tak begitu selesa. Akhirnya kami posing-posing saja di taman yang cukup menenangkan itu. Pelik juga, taman itu ditengah-tengah pusat kunjungan tapi ada damainya. Aku suka pokoknya, bunganya dan bonsainya. Kami ke Muzium Belia, melihat potret Mahathir dan Anuar Ibrahim zaman muda-muda... kami ketawa... tiada sengketa! Bahagian atas muzium menempatkan galeri seni.... aku digam di sini, terpesona melihat hasil seni, lukisan berbagai media, sering saja ditinggalkan mereka bertiga. Ada beberapa lukisan yang benar-benar menarik hatiku, kalaulah aku boleh mempunyainya, masakan aku mampu! Kemudian ke deretan kedai-kedai antik dan aku terpikat dengan sebuat kopi-tiam! Suasananya berada di zaman lampau... boleh ke, pokok pisangnya yang meneduhkan hatiku. Cendol ditengah hari memang sempurna, apatah lagi berpeluh-peluh melawan panas matahari. Ditepi sungai melaka dengan semangkuk cendol setiap seorang, pak cik polis trafik dimeja sebelah mengomel-ngomel tentang jalan melaka yang menjadi one-way. Mereka ramah mengusir segan kami dan menjemput sembang yang agak sempurna. Mungkin sisipan mimpi Nana.... tentang polis...hahhahha... (hanya Yah, Citah, Nana dan aku yang faham ayat ini). Menyambung perjalanan, kutip peta di kaunter informasi, terpikat lagi aku dengan bahagian belakang yang menghala ke sungai melaka... bergambar disitu lagi... Kemudian menghala ke AFamosa. Sekadar bergambar didepannya saja, kami tak naik bukit dibelakangnya, penat lah. Tapi kami ke replika istana melaka. Ya ... Puteri Elaira pulang ke istana! Bila kaki memesrai lantai istana, terasa begitu semulajadi. Binaan kayu memang sebati dengan jiwa melayu... itu sebenarnya. Melihat-lihat sekitar istana, pingin sekali jadi puteri, wah.... kacaknya putera raja!!! Patung lah...!!! Tawa berderai... Yah sudah bersila di Balai Rong Seri... hehehehe... "Puas hati lah...." Keluar dari sana bertinggung di pangkin bawah istana, anginnya sungguh damai sekali membawa salam dari masa lampau dan penuh kemelayuan. Aku tak ingin balik! Bergambar di tangga depan istana sebelum 'beta' berlalu. Melihat cendera mata yang banyak-banyak lagi. Sebenarnya hati sudah terpaut dengan 'wind-chimes' melayu dari tempurung dan buluh... memang aku ingin beli... tapi masih ingin memilih-milih lagi... tak terlalu besar... kecil sedikit lah.... buluh diraut seperti angklung ditengahnya ada kayu bulat yang akan memukul buluh jika angin bertiup. Aku dah tengok dalam Anjung Seri dulu. Berpatah balik ke Studthuys, Yah dan Nana nak naik beca, aku dan Citah jalan kaki, wind-chimes yang aku suka ada kat situ, tampak lebih sempurna. Sudah masa untuk check-out (1pm) dari Emperor, kami laju-laju cari jalan pulang... berpusing-pusing juga, walaupun sudah 'mahir' jalan Melaka...hahhaha... "orkid lahhhh..." Setelah check-out,kami ke Perigi Hang Tuah, berbuih mulut mengutuk papantanda jalan yang memang tak berguna langsung... lebih baik tanya orang. Sampai juga kesana. Telaganya aman sekali, airnya sejernih air mata anak dara, batu lingkungannya dari masa lampau... sekurang-kurangnya ada yang abadi disitu. Setimba air kuangkat keluar, sekadar membasahkan muka dan mengusir sisa peluh yang mula melekit. Ya lah kalau sudah disini tidak pula merasa airnya... tidak kah membazir juga berpusing-pusing tadi? Aku jumpa inang-inang, beli 5 bungkus utk kawan ofis dan mak. Melihat-lihat gerai cendera mata lagi, tak ada yang aku suka! Entah mengapa belacan dan cencaluk tak pulak menjadi pilihan, mungkin tak ada geng nak membelasahnya kat rumah... :) Kemudian menyusur jalan Tengkera...melewati masjid yang penuh nilai seni bina yang berharga... terus lagi meyusur persisir pantai ke Klebang. Aku dan Citah yang duduk di belakang bernyanyi riang, Nana yang pedih telinga kuatkan radio..hahhaha... Melewati Shah Beach Resort yang pernah aku dan Haslina diami sewaktu berkunjung ke Melaka di tahun 1998. Terus ke pusara Hang Tuah. Pusaranya panjang, dalam kereta di atas jalan pulang menghala ke Kuala Linggi, kami mengagak-agak saiz orang zaman dulu... mungkin mereka tinggi-tinggi... besar-besar... siapa tahu? Kata Yah siapa tahu kalau nisan di sebelah kaki hilang, tau tau ada satu batu di hujung sana, maka diandaikan pusara itu panjang begitu. Seterusnya kami berhajat ke Dutch Fort di Kuala Linggi... Kami masuk ke simpang 'Kubu Supai'... pelik juga... askar adalah... pantai di situ sungguh cantik, jika terus-terusan aku di situ pasti bergugus puisi bakal lahir, kami segan-segan dan patah balik.... merentasi sungai Linggi yang cantik... menuju Port Dickson. Berhenti di Batu 4... membentang surat kabar hari itu jadi alas duduk sambil makan rambutan Melaka yang Citah beli di Perigi Hang Tuah. Cerita-cerita dan ketawa... "puas hati lah....". Cuaca panas sepanjang hari... mukaku kerut-kerut, peluh meliar, rasa penat menjalar, hampir saja kami berempat tidur di bawah pokok-pokok rhu yang berderet itu. Perjalanan dari PD ke KL dinakhodai Citah, Yah sudah penat. Tak putus-putus sepanjang perjalanan kami nyuarakan rasa puas hati perjalanan kali ini. Sempat mengejar solat di rumah Citah, sempat juga menjahit kain smayang yang retas, sempat juga menjeling komputer baru berjenama Citah! Aku tidak punya... Menghala Klana Jaya, makan kuew tiaw kerang dan tahu bakar di gerai dekat rumah... puas hati lah... Angkat semua barang-barang naik kerumah... penat juga sebenarnya... mencongak-congak belanja dan menyelesaikan duit terdahulu dan terakru. Tak sampai pun RM90 seorang!!! Murah juga percutian 'mewah' kita ni??? Nak buat lagi... plan seterusnya mula meniti... :) Bila semua selesai... Citah dan Yah nak balik, terasa sedih pula aku. Kalau boleh ingin tinggal bersama saja. Bukan tak jumpa lagi... Citah tu sejengkal cuma, Yah pula bila aku balik minggu depan adalah dia tunggu aku di Pilah... Kasih sayang sahabat yang membelenggu sebenarnya, segar dan murni selamanya... kuhantar sampai lif, selamat jalan sahabat... terima kasih untuk hujung minggu yang sungguh menyeronokkan hingga semua beban dibenakku terusir... terima kasih kalian. Selepas pintu lif tertutup tu... Nana dah kuncikan aku kat luar gril... waaaaaa.... nasib baik dia buka balik kalau tidak aku nangis kuat-kuat kat depan pintu rumah.... Wah... ada Salih Yaacob kat TV, agak bagus persembahannya buat aku dan Raihah tak kering gusi. Kami 'test-drive' wind-chimes yang aku beli tu, klong-klong-dok-kletang-kletung bunyi dia, very nature, dari dua tu, yang terbaik akan berada dalam simpananku! 24 July 2002 Hari ini bermula dengan membuka email, Citah forward satu artikel yang aku rasa nak share dengan korang semua. Pesanan Roh Kepada Manusia begitu lah bunyinya tajuk artikel tersebut... Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai
orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :"Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuang- kan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu : "Demi Allah,wahai orang yang memandikan
jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikatkan ia pun memanggil-manggil dan Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepat- kan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah
kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguh-
nya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak
dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu,
Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai
ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan
ini kerana Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik
saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak
ada jalan bagimu Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik
saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah
roh 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia
yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari kuburnya:- Sekian untuk ingatan kita bersama. 25 July 2002 Sewaktu membuka mata disergah alarm enset, bulan di luar tingkap. Teringat lagu 'rembulan kesiangan' yang pernah dinyanyikan oleh Razzi Rahman sekitar awal 90-an. "rembulan
kesiangan, pudar tak bercahaya, Pagi ini rasa malas-malas saja, kerja di ofis agak banyak, begitu juga kerja yang harus kusediakan untuk 'cabaran baru' itu. Semalam 'cabaran baru' tu, hantarkan sebuah laptop untuk aku - dipinjamkan supaya senang aku buat kerja di rumah. Malam tadi setelah kulakar dua layer design untuk front_page aku terlelap, didodoi cd Petaling Street aku. Hehhehe... macam mana ni? Sekarang aku tak punya alasan lagi, system sudah ada, tempat sudah ada, aku perlu deliver hasilnya.... Hujung minggu pula aku nak balik kampung, tak larat nak heret laptop berat tu bawak balik ahhh.... Hehehhehe.... nampak tak aku baru saja beri alasan bertimbun-timbun, orang yang hidup berpermaidanikan alasan tak pergi kemana, rasanya aku tetap akan buat, memang aku mesti buat pun, berat ke... tak ada masa ke... balik kampung ke... mengantuk ke... aku kena siapkan juga! "I don't believe in reasons, only solution!" - itu juga slogan aku mula kerja kat sini dulu, and it works, so don't concerntrate on developing reasons, provide the solution... at least. Rezeki kita tu beralun-alun kawan, tak semua orang mempunyai rezeki yang sama. Aku aman dalam masalah kewangan begini, aku nampak cantiknya masalah begini, ada cara sebenarnya, ada rahsia disebaliknya. Dan bila rezeki 'cabaran baru' itu muncul bergetar juga hati diserang gajah dan kupu-kupu, tapi rasanya itu sekadar memeriahkan suasana, jika tiada, tidak indah pula perjalanan ini. Untuk Zaidah a.k.a Jedah, good luck untuk second interview hari Jumaat ni. Semoga kita sama-sama memulakan sesuatu yang baru. Semoga semuanya akan bertambah cantik dan indah-indah belaka, supaya plan kita nak pi umrah tu dapat diteruskan nanti... bila... wallahualam... 26 July 2002 Terasa banyaknya perkara yang ingin kutuliskan disini... Bermula dari pagi yang macam nak buat semua benda sekalli gus.... masakan boleh... apsal lah pulak... time-time macam ni... bertimbun-timbun dan menimbunan kerja.... dari dua belah pihak pulak tu... ish... time tak de kerja tu... aku kat sini macam ikan buntal dalam perigi jer.... hehhehe.... pepatah apa tu? Tengahari pergi makan dengan Citah, ngomel-ngomel kita sepanjang hampir sejam setengah itu. Makan tengahari yang kami sungguh puas hati. Bila pulang ke ofis, terus sambung menjelajah Cirque du Soleil yang kutemui linkasinya dari fajaronline :) thanks fajar. Flash worknya membawa kubermimpi!!! Nanti-nanti aku juga ingin produce sesuatu seperti itu... mimpi lagi aku...hehehhe.... penangan entri mimpi fajar lah ni... :) Pergilah tengok.... best... Aku banyak kerja sangat-sangat, pun begitu tak ada satu pun idea aku yang aku boleh bangga dengan (apa sudah jadi bahasa mesia aku ni) Semuanya lembik-lembik yang aku sendiri pun boleh muntah tengok. Now tell me... how to come out with something else... at least aku tengok pun boleh kata... ok laa sikit... waaaaaa.... Jauh lebih senang nak menulis dari produce menda entahapapntah ni... Kadang-kadang aku rasa nak pi amik arts ke.... graphic design ke... ada ke short course yang murah...hehhehe...terasalah soalan bodo yg aku bagi kat korang ni... betul... aku ni ada idea tapi bekku... dia tak mo turun ke mouse... tak mo turun ke monitor... tak mo berendam dalam hard disk.... Kalau boleh ada magic power 'cep-plink' kat kepala aku bagi keluar menda2 amazing kan best.... jap...cep-plink....cep-plink....cep-plink.... tak jadik pun.... [ Citah... sorry ek... time aku betulkan seat belt tadi ko terkejut... : senarionya mcm ni... Citah tgh laju drive, an bukak seat belt, an rasa dia ingat an nak turun time dia tgh laju tu kut.... hehehhe... tak de laa... aku nak betulkan saja... talinya berbelit sikit... aku belum nak buat kerja bodo tu lagi.... peace citah...peace... sorry for being so ME.... so frankly, so expressive... sampaikan dia terkejut-terkejut .... peace Citah...hehehhe ] cep-plink.....cep-plink......cep-plink.....cep-plink.....cep-plink.....cep-plink...... tak jadik pun..... :(
|
|
h t t p : / / w w w . g e o c i t i e s . c o m / s a h a b a t m g h 8 8 |