<BGSOUND SRC="survive.mid" LOOP=INFINITE>
New Page 1

“Abang…Nora dah baca sms yang Gia hantarkan pada abg malam tadi” Gia memberitahu ku melalui talipon. Suara Gia kedengaran penuh nada sesal.

“Ehkkk ye ke...tak silap abang sms tu tak siapa yang boleh bukak sbb ….” Ahhhhhh ..aku tak dapat menghabiskan ayat ku...baru aku teringat...sms yang berada di dlm hp ku ada lah status yang telah dibaca sewaktu aku membuka nya pagi tadi. Aku beranggapan…tentu sewaktu aku tidor awal kerana kesakitan semalam membuatkan aku tidak sedar Gia menghantar sms. Mungkin Nora masih belum tidur dan mendengar nada sms yang di terima dan membaca nya. Aghhhhhh… mengapa ini harus berlaku..? Mengapa Gia menghantar sms semasa aku dalam keadaan tak sedar diri?. Pasti Nora telah membaca sms itu….aghhhhh sialan!!! Gia perlu ku temui tapi urursan ku dipejabat masih belum beres. Ina kerani ku telah beberapa kali mengingatkan bahawa aku perlu menghadiri satu lagi mesyuarat di Senai. Aku menghubungi Gia agar jangan kemana-mana sehingga aku selesaikan perkara ini. Namun Gia telah keluar dari pejabat ku pada tengah hari nya. Mungkin berada di hostel dalam keadan tidak tenteram. Berbagai fikiran melanda benak ku…aku buntu…masa ku begitu terikat dengan mesyuarat dan tugas rutin sehingga aku tidak berkesempatan menemui Gia sehingga malam. Keesukan hari nya Gia telah membuat keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Gia akan meninggalkan diri ku!!!!

Dirumah aku dan Nora bertengkar. Segala apa yang berlaku di pejabat ku tempuh hari telah diketahui oleh nya. Tisu bekas air mani dan gincu bibir Gia menjadi bukti sehingga aku tak dapat berkata apa apa lagi. Namun begitu aku masih menafikan pada Nora sekeras kerasnya. Pelbagai alasan ku berikan…tapi Nora tidak mempercayai ku. Malam itu aku keluar rumah mencari ketenangan. Gia telah pergi meninggalkan ku dan aku merasa sepi. Beberapa hari berlalu…timbul kekecuhan di Lovemail bila Nora mulai menghubungi satu demi satu chatters yang diketahui nombor handphone nya. Nora menghubungi Farrah...mungkin Dinda atau sesiapa sahaja. Skandal aku dan Gia tidak dapat dibendung lagi. Sana sini memperkatakan tentang isu persetubuhan ku dengan Gia. Aku tidak tahu bagaimana keadaan Gia di Kuala Lumpur. Setiap kali aku menghubungi Gia…hanya ku dengar esakan tanggis nya yang tak berhenti. Aku mesti lakukan sesuatu. Di circle99, aku mengarang sebuah pengakuan palsu hanya demi untuk membersihkan nama Gia dan juga nama ku. Gia semakin penasaran bila Man juga mengetahui hal ini. Apa daya ku lagi…? Hanya mengharapkan agar Gia kembali kepada ku dan menjalani hidup bersama. Beberapa hari ku dapati perasaan Gia tidak tenteram. Mungkin rahsia skandal kami telah diketahui ramai chatters Lovemail. Dalam suasana tegang sebegitu sikap Gia juga ku rasakan mulai berubah. Gia telah mulai memburokkan nama ku...memberitahu pada Wali atau sesiapa sahaja tentang sikap ku bersama nya selama ini. Gia juga menganggap aku penipu itu dan ini. Persetankan….aku kah yang menipu atau Gia sendiri??? Mengaku dara…diri nya kunun telah tidak punyai harga lagi. Kegadisan nya telah ku ragut sebanyak tiga kali. Beberapa hari sebelumnya aku bertanyakan kebenaran ini dari Gia tentang dara nya. Gia mulai membuat pengakuan.

“Gia sebenar nya telah berkahwin. Bekas hubby Gia kerabat Pahang” Gia menghantar sms pada ku satu hari. Perghhkkk…..kawin dengan kerabat raja!!!

“Gia sebagai menantu terbuang kerana kedua pihak tidak merestui” tambah Gia lagi. Bagaikan script filem Gia menjelaskan pada ku. Aku hanya tersenyum dalam diam. Teringat lagi kata kata Gia pada ku sewaktu kali kedua kami bersetubuh di hotel Kulai.

“Bang…tadi masa Gia mandi keluar darah ..:” Kata Gia membuat pengakuan. Macam lah aku ni bodoh sangat. Setahu aku dara seorang gadis kalau betul lah nak berdarah mesti berbekas diatas cadar selepas kali pertama bersetubuh….bukan setelah bersetubuh kemudian darah keluar sejam waktu mandi. Alasan Gia ku tolak tepi. Yang penting bagi ku ialah kejujuran nya...kasih dan sayang nya…dara tidak penting bagi ku. Semenjak pengakuan itu Gia semakin berani. Sering menghantar sms rindu nya pada ku…walau pun ringkas…tapi aku tahu…antara kami bagaikan sepasang insan yang saling memerlukan. Bila aku bertanya perihal Man…hanya untuk meyakinkan situasi ku bersama nya..Gia sering meluahkan…

“Go to hell with him!” begitu kasar Gia menjawab. Gia mungkin benar benar telah ku miliki. Rindu ku semakin menebal. Sms dan talian menjadi penyambung kasih kami yang berjauhan. Terasa begitu kosong jiwa ku kerana aku perlukan Gia setiap malam. Layanan nya di ranjang membuat aku mulai ketagih sex dari nya. Semakin hari Gia semakin jauh. Kesihatan ku mulai tergugat. Tidur ku tidak pernah lena lagi dan mimpi2 ku hanya mengujudkan illusi Gia sahaja. Sememangnya aku tahu...aku mulai merana dengan perpisahan ini.

Urusan ku dipejabat telah ku abaikan. Banyak mesyuarat tidak ku hadiri dengan alasan badan ku tidak begitu sehat. Benar...aku di hinggapi demam panas sehingga mengurangkan selera ku. Badan ku semakin susut…fikiran ku semakin berserabut. Gia tetap didalam mimpi ku. Rindu ku terhadap Gia semakin hari begitu menyiksakan. Aku benar benar terasa akan kehilangan Gia. Hanya sms dan talipon menjadi penyambung ikatan kasih kami. Sedikit sebanyak membantu aku mengurangkan derita yang ku alami.

Tanpa ku duga..Gia datang lagi ke Kulai. Ingin menemui dan bersemuka dengan Nora untuk menjelaskan sesuatu. Ku lihat jam diwaktu itu hampir 7.30 malam bila Gia menghantar sms ingin menyelesaikan perkara ini dengan Nora. Kedatangan Gia membuat aku berbelah bagi. Gia mahu menginap dirumah ku. Sebenarnya aku tidak mahu kekusutan yang sedia ada menambahkan lagi bebanan ku. Gia telah membuat keputusan nya sendiri. Ingin menemui Nora. Akhir nya...aku berpesan pada Nora agar menerima kedatangan Gia sebagai seorang tetamu dan bukan sebalik nya. Di rumah ku…aku membiarkan Nora dan Gia menyelesaikan isu ini. Hubungan Nora dengan Gia juga ku lihat semakin pulih. Wajah Gia mulai berseri bila Nora menerima Gia sebaik nya sebagai adik ku. Hati ku kembali segar...kekusutan ku semakin menghilang kerana kini Gia sekali lagi berada di depan mata ku. Aku kembali menjalankan perniagaan ku yang terbengkalai sejak beberapa hari ini. Banyak juga yang harus aku kemaskinikan. Wajah wajah ceria staff ku kembali menyerlah apabila melihat aku kembali membuat urusan di pejabat.  Dirumah…Gia pandai membawa diri…membantu dan mengemas seperti tiada apa apa yang berlaku diantara aku, Nora dan dia. Sesekali aku memasang angan-angan…alangkah bagus nya kalau Gia sendiri yang menjadi suri di rumah aku ini?

Nora berada ditingkat atas untuk mandi. Aku dan Gia berada di bawah menonton siaran Astro. Siri berepisod Seven Days begitu ku minati. Kesah sain fiksyen memang sedari kecil menjadi minat ku. Gia duduk di sofa berhadapan dengan ku. Ku renung wajah nya dengan kerinduan…namun apa kan daya…Gia dirumah ku dan kerinduan kami tidak bebas untuk di belai seperti sebelum ini. Gia juga memandang ku dengan penuh kerinduan dan tanpa ku duga… tanpa sedar ku...Gia menampar manja bahu ku. Sentuhan yang sekian lama tak ku dapati lagi dari Gia. Tindakan ini membuatkan hati ku semakin yakin betapa Gia masih seperti dahulu. Berperasaan seperti dahulu dan juga berkeinginan seperti dahulu. Nora masih lagi diatas. Memang kebiasan nya Nora kalau mandi mesti satu jam lama nya. Di kesempatan ini aku juga mencuri menyentuh leher Gia sewaktu aku ingin kedapur mengambil minuman.

“Abang…pergi la ke opis…i nak bincang dengan Nora ni” kata Gia kepada ku.

“Nak bincang apa lagi..? kan dah settle..?” aku membalas.

“I nak Nora call abang Man dan bagitau apa yg Nora citer dulu hanya salah sangka jer..” Gia menjelaskan lagi.

“Hmmmmm…ok lah...sat lagi abg gi opis...abg tau beres jee...pandai2 lah Gia dengan Nora ok?” jawab ku. Segera aku ke naik keatas bersalin pakaian . Memang hari ini aku perlu bertemu seorang tetamu dari Batam. Seorang yang bakal menjadi pengurus ku nanti. Aku telah membuat urusan untuk membuka sebuah lagi cawangan di Batam bagi urusan pengambilan tenaga kerja dari Indonesia. Gia ku tinggalkan bersama Nora.

Pertemuan ku dengan bakal pengurus ku tidak berakhir begitu sahaja. Aku perlu membawa beliau ke pejabat ku bagi urusan dokumentasi dan sebagainya. Gia pula ingin pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin urusan Gia juga telah selesai. Ahhhhh…aku tak mungkin membiarkan Gia pulang ke Kuala Lumpur begitu sahaja. Dipejabat aku meneruskan mesyuarat dengan beberapa pelawat yang datang dari Batam termasuk bakal pengurus ku. Hatiku tidak dapat menumpukan perhatian didalam mesyuarat kerana Gia memberitahu ku bahawa dia mendapat demam dan juga akan kembali ke KL pada hari yang sama. Aku sms pada Gia agar menemui ku sebelum pulang. Tunggu ku di tol Kulai sewaktu aku menghantar perwakilan ini. Benar…Gia setia menunggu ku. Kereta Gia diletakkan di tol Kulai dan aku membawa Gia ke JB untuk menghantar tetamu ku balik ke Batam. Di Stulang kami berempat menjamu selera. Waktu feri tiba masih lama lagi dan yang penting aku juga mahu Gia lebih lama bersama ku.

Kini aku berdua lagi dengan Gia. Cuma Gia tidak semesra seperti sebelum ini. Namun begitu Gia bersetuju untuk bermalam bersama ku dihotel. Pasti kerinduan kami dapat di ubati semula. Ini yang menyebabkan aku bangga memiliki kasih Gia yang sejati. Dalam perjalanan tiba tiba Nora menghubungi ku...memarahi ku dengan mengatakan Gia ikut bersama ku ke JB. Aghhhh sudah….bagaimana Nora boleh tahu? Mungkin kah ada pengintip rahsia sehingga Nora juga mengetahui kereta Gia berada di tol Kulai?. Parah!!!….aku mulai kecewa bila Gia panik sehingga tergamak menengking ku. Pertama kali Gia mengeluarkan kata2 bernada tinggi terhadap ku. Jiwa ku tersentuh…sungguh kecewa dengan perubahan drastik Gia terhadap ku. Gia berkeras tetap mahu pulang ke Kuala Lumpur dan akhir nya aku terpaksa merelakan Gia meninggalkan diri ku. Bagi tidak membesarkan masalah ini…Gia ku hantar ke hentian teksi. Ku bayar harga tambang dan ku hulurkan sedikit belanja buat Gia. Aku sendiri diwaktu itu tidak sempat untuk mengeluarkan wang kerana urusan seharian ku begitu padat. Berpisah lah aku dengan Gia tanpa terubat nya rindu dihati. Aku tak dapat meneruskan memandu. Kereta ku pinggirkan dibahu jalan. Air mata ku mulai mengalir melihat teksi yang membawa Gia semakin jauh meninggalkan diri ku. Entah mengapa aku terlalu kecewa dengan kesah percintaan ini. Gia pernah menyuarakan tidak akan meninggalkan diri ku walau apa sahaja yang berlaku. Tetapi hanya dengan sedikit masalah ini..Gia telah mulai berubah. Mungkin kah Gia ingin kembali pada Man? Apa mahu kah Man menerima Gia kembali setelah empat kali aku tiduri? Setelah Gia melayani ku persis seorang suami..??? Aku semakin binggung. Teksi yang membawa Gia telah lama hilang dari pandangan mata ku. Aku kembali sedar dari kesedihan dan akhir nya aku kelewatan menghantar pekerja ku bertugas.

Fikiran ku tidak tentu arah selama Gia meninggalkan diri ku. Pelbagai persoalan timbul tanpa mendapat jawapan yang khusus. Mungkin kah cinta ku benar2 menjadi milik Gia? Apa kah Gia juga benar2 menyintai ku sebagaimana janji janji yang telah disemadikan di Danga Bay seketika dahulu? Gia…kau mulai menunjukkan sikap yang tidak ku fahami. Hari hari berlalu dengan seribu persoalan yang tak pasti. Gia sekali sekala menghantar sms rindu nya pada ku…tapi sms rindu itu bukan nya pengubat luka dihati ini. Akhir nya kehangatan rindu Gia terhadap ku terserlah jua. Gia bersetuju datang ke Kulai tanpa pengetahuan sesiapa pun dan kami akan menginap bersama dirumah yang bakal ku sewakan. Pekerjaan untuk Gia juga telah menanti sebagai Admin Officer di salah sebuah kilang yang berurusan dengan ku. Gia hanya menantikan aku menghantar wang tambang nya sahaja dan….

“Abang…abang Man dah tahu nombor talipon abg Gia di Seremban” suatu hari aku menerima sms dari Gia.

“Dah tu…apa Gia nak buat ni?” aku mulai bingung dan terus menghubungi Gia di talian.

“Gia kena pergi ke Seremban dan tunggu disana sehingga abg Man datang” Gia memberitahu ku lagi.

“ So…Gia tak leh datang sini?” aku bertanya dengan begitu kecewa. Sememang nya Man @Sakai mungkin telah tahu nombor talian di Port Dickson. Gia meminta pertolongan ku untuk membuat surat palsu. Surat tawaran palsu dari kilang mengatakan Gia telah diterima bekerja di Ogomo(M) Sdn Bhd. Setahu aku nama kilang sebegitu tidak ujud di Pasir Gudang atau dimana-mana kawasan perindustrian seluroh Johor. Walau pun begitu aku berjanji akan membuat seperti mana yang Gia kehendaki. Bagi ku apa sahaja yang Gia alami adalah milik ku jua. Cinta ku terhadap Gia begitu ikhlas. Tapi ada kah Gia juga ikhlas menyintai diri ku?

Setiap saat yang ku lalui tanpa Gia disisi membuat diri ku sering mengelamun sendirian. Nora nampak perubahan diri ku. Selera ku putus lagi dan aku lebih banyak mendiamkan diri...menyendiri membawa hati yang kerinduan. Hanya gambar Gia menjadi pengubat derita ini. Gia semakin sepi tidak lagi menghubungi ku. Walau pun aku sering sibuk dengan perniagaan dan tugas ku seharian. Gia tetap dihati…..kenangan bersama nya memberi kekuatan pada diri ku untuk terus menjalani sisa sisa kehidupan ini. Masa terus berlalu bersama sepi yang kian membara. Buat seketika aku perlu membiarkan Gia sendirian mencari ketenangan nya. Mungkin Gia tidak mahu ku ganggu sehingga persoalannya di Port Dickson dapat diselesaikan. Kembalilah segera pada ku Gia…semaikan rindu yang semakin layu ini.

Gia kerap meminta diri ku menjadi kuat dan tabah sewaktu didalam perpisahan ini. Kata kata nya membuatkan jiwa ku masih berfungsi. Curahan kasih dan rindu nya walau hanya melalui sms membuat aku mampu menjalankan perniagaan dengan hati yang tenang. Sehingga suatu hari….Nora menghubungi ku.

“Abang…tadi Gia hantar sms ugut macam macam. Kalau Nora tak pegi Port Dickson dan jelaskan dengan keluarga Gia…Gia kata dia nak datang Johor. Nak ajak abang kawin” kata Nora.

“Kalau Gia putus dengan tunang nya…Gia akan rampas abg!” tambah Nora lagi. Kenyataan ini membuatkan fikiran ku menjadi buntu. Nora juga menjelaskan bahawa Gia sendiri telah mengaku mengikuti ku ke kilang dan seterusnya ke Johor menghantar pengurus ku pulang ke Batam. Segala apa yang aku dan Gia ingin rahsiakan selama ini telah musnah. Tidak menjadi rahsia lagi. Gia menghina dan memburukkan nama ku tanpa sedar betapa diri nya sendiri telah membuka pekong didada. Pengakuan Gia membuat hati ku mulai memikirkan betapa Gia sebenarnya tidak ikhlas menyintai perhubungan aku dan dia. Gia juga tergamak memburukkan nama ku pada Nora dan juga pada Wali sehingga Wali memusuhi diri ku. Cinta apa kah ini? Sungguh aku benar benar kecewa dengan sikap Gia. Janji yang di padu hilang entah kemana. Cinta yang di luahkan musnah tak bersisa. Keikhlasan ku selama ini di persendakan. Gia telah menunjukkan sikap sebenarnya. Sikap yang tak pernah aku fikirkan ujud didalam hati seorang wanita yang ku puja selama ini. Bila persoalan ini ku tanya pada Gia….hanya alasan yang tak relevan diberikan. Jelas sekali Gia selama ini bermuka muka meraih simpati pada setiap yang dikenali nya. Teringat kembali antara sedar ku betapa Gia mengutuk Wali dan Son dihadapan ku. Memburukkan mereka itu dan ini…dan dihadapan mereka…aku pula diperkatakan itu dan ini. Siapakah sebenar nya insan bergelar Gia ini? Apa kah cinta ku begitu murah sehingga tergamak Gia mengata tentang diri ku dibelakang? Apakah wang belanja yang ku berikan ikhlas selama ini hanya sebagai bayaran bagi khidmat sex yang diberikan pada ku? Baru kini ku sedar…Gia hanya satu watak! Ibarat primadona sex yang kehausan…tandus mencari seorang kekasih di ranjang!!!

Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Beribu persoalan silih berganti bermain di fikiran. Mengapa aku terpedaya dengan wanita yang tidak pernah jujur dalam hidupnya? Ini kah sikap seorang janda kerabat Pahang yang dianggap sebagai menantu terbuang? Apa kah Man juga dijerat sebegini dan akhir nya satu ikatan dihancurkan? Mengapa kah cinta ku dibalas dan dilayani sehingga berakhir diranjang? Selama ini apa jua bebanan nya ingin ku rasakan bersama….ingin ku kongsi suka dan duka. Cinta ku ada lah ikhlas. Aku mahu menjadi seorang kekasih selama nya. Kekasih yang akan berakhir sebagai kekasih…bukan kekasih yang menongkat nafsu mengomol tubuh yang telanjang tanpa bulu…!!! Aku menyesal menabur benih tak keruan. Kasih yang ku beri…najis yang kau hulurkan Gia…aku tidak rugi meniduri mu selama ini…tapi kau…kau yang sebenar nya rugi kehilangan ku selamanya!!!

Walau apa pun Gia…selama mana pun….abang tetap menyintai mu….dan juga membenci mu! Tinggal lah kenangan kau dan aku. Ulu Bendul…Port Dickson….Danga Bay….Kulai…menjadi saksi. Pergilah kemana jua mencari ujud mu yang sebenar. Aku tahu kehilangan mu bagaikan racun bagi ku. Aku tahu nafsu ku akan berterusan merindui kehangatan tubuh mu. Aku tahu kesepian akan menjadi milik ku tanpa mu. Aku tahu perjalanan hidup ku menikmati cinta bersama mu bakal berakhir. Aku tahu sandiwara baru akan kau layarkan di ufuk sana. Tapi aku tidak tahu siapa kah pasangan baru yang akan kau basahi diranjang seterusnya? Memang Gia seorang kekasih sejati…kekasih yang penuh serakah!!!

 

Hosted by www.Geocities.ws

Aku menyesali diatas segala yang telah berlaku...nikmat hanya seketika...namun hidup ku bergelumang dengan noda dan dosa. Ya Allah...ampunkan lah segala dosa ku ini. Kepada insan yang kecewa dengan keterlanjuran ku ini...harap ampunkan jua dosa dosa ku. Gia...tidak akan Allah ampunkan dosa2 kita selagi kita tidak memohon ampun dari mereka. Hadapi lah kenyataan ini dengan redha....
Hosted by www.Geocities.ws

1