Selamat Datang Ke WWW.SPMSEJARAH.CJB.NET << Terima Kasih Kerana Memilih Kami Sebagai Sumber Rujukan Alternatif Anda!

Utama | Editor | Format | Tips | Analisis | Skema | Buku Tamu | Forum

   

 
Baca Dulu Arahan Dan Kehendak Soalan Dengan Teliti.
 
Baca Setiap Ceraian Soalan Kerana Setiap Ceraian Mempunyai Markah Yang Tertentu.
 
Gunakan Pen "Highlighter" Untuk Meningkatkan Tumpuan / Fokus Anda Terhadap Kehendak Soalan.
 
Sebelum Menjawab Sila Rangkakan Jawapan Anda Dalam Bentuk Poin Supaya Anda Tidak Lupa Atau
    Hilang Idea Atau Tertinggal Isi - Isi Penting. Catat Segera Isi -Isi Yang Anda Ingat Itu. Jangan
    Bertangguh!!
 
Jangan Gunakan Lebih Daripada 30 MINIT Bagi Setiap Soalan. Gunakan Masa Itu Dengan Cekap.
 
Ingat, Jawapan Anda Mesti Dalam Bentuk ESEI SAHAJA. Jawapan Berbentuk “Point Form" Atau Nota
    Akan Dipotong Separuh Markah.
 
Soalan Berbentuk Perbandingan - Jangan Buat Kolum Petak . Esei Sahaja, Ingat Tu !!
 
Gunakan Bahasa Yang Mudah, Ringkas, Tepat Dan Padat. Jangan Meleret-Leret Atau Berbunga-Bunga.
    GET TO THE POINT! Jangan Kelentong!
 
Setiap Isi Penting Ditulis Pada Perenggan Yang Berasingan. Jangan Muatkan Dalam Satu Perenggan.
 
Jawab Apa Yang Disoal - Jangan Jawab Ikut Suka. Sila Ambit Berat Dan Teliti.
 
Jawapan Yang Diberi Bersifat Umum Dan Tidak Releven Dengan Kehendak Soalan Mestilah Dielakkan.
     
Pengenalan Dan Kesimpulan Biar Ringkas Kerana Markah TIDAK DIBERI! Kalau Tak Ada Pun Tak Ada
    Masalah, Kenapa Tak Percayakah?
       
Mesti Sertakan Contoh - Contoh Yang Sesuai.
 
Jangan Menulis Sesuatu Fakta Berulang Kali Dengan Harapan Nak Dapat Markah 2kali.
 
Jawapan Hendaklah Ditulis Dengan TERANG DAN KEMAS. Gunakan Pena Yang Berkualiti Dan Terang
    Dakwatnya.
       
Jawab Soalan Mengikut Turutan. Pastikan Nombor Soalan Dicatat Dengan Betul.
 
Jangan Guna Bahasa Daerah Atau Bahasa Slanga/Loghat.
 
Idea Yang Dikemukakan Hendaklah Bernas Dan Matang , Contohnya Soalan Yang Memerlukan Anda
    Memberikan Pendapat.
      
Jangan Terkeliru Dengan Istilah/ Konsep Tertentu Seperti (Adat Perpatih/Temenggung , Kerajaan
    Agraria/Maritim ] dll.
     
Semua Kertas Jawapan Hendaklah Ditulis No.Kad Pengenalan/Angka Giliran Dan No. Soalan Dengan
    Jelas Dan Betul. Sila Teliti Betul – Betul.
     
Susun Kertas Jawapan Mengikut Turutan. Jangan Buat Lawak!
 
 

Utama | Editor | Format | Tips | Analisis | Skema | Buku Tamu | Forum

© SPMSEJARAH 2000-2008 Hak Cipta Terpelihara

Hosted by www.Geocities.ws

1