Komputer selalu bermain di fikiran kita. Boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah komputer. Komputer sudah menjadi suatu keperluan seperti mana perlunya sebuah televisyen di dalam rumah kita
Buta komputer dewasa ini samalah dengan buta huruf di zaman 1960-an walaupun kita mempunyai segulung ijazah, master mahupun PHD
dari institut pengajian tinggi. Di zaman perkembangan sains dan teknologi ini penguasaan ilmu di dalam bidang komputer merupakan
suatu kemestian. Ia juga merupakan lambang kemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini kerana komputer memainkan peranan penting
dalam menjana ekonomi negara di samping memberikan kemudahan kepada kehidupan mansia di dalam bidang pendidikan, pekerjaan, pentadbiran ,hiburan dan sebagainya.Setiap dari kita sedar sama ada sedar atau tidak setiap hari berurusan dengan teknologi
komputer sama ada di bank, pejabat pos dan sebagainya.
Secara umumnya komputer boleh dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah di programkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Fungsi utama komputer ialah mengubah data kepada maklumat.
Data merujuk kepada maklumat yang tidak teratur yang datang dari pelbagai sudut manakala maklumat pula merujuk kepada maklumat yang lebih tepat, tersusun dan mudah difahami.
Perkataan "komputer" berasal dari perkataan "to compute" yang bermaksud menghitung. jika diterjemahkan secara mendalam bermaksud alat yang dapat menghitung. Alat menghitung ini sebenarnya telah pun ada sejak di zaman dahulu lagi. Donald H.Sanders seorang saintis yang terkenal menterjemahkan komputer sebagai alat penghitung mesin yang cepat, dapat menerima input, memproses sesuai dengan program yang ada(store program) dan menghasilkan input informasi.
|
|