Pusat Kecemerlangan REMAQ
adalah sebuah pusat yang berfungsi sebagai satu unit strategi
penyelidikan berorintasikan pemasaran yang efektif. Tugas REMAQ adalah
menyokong dan membantu para usahawan di Malaysia ini melalui
pendekatan perkongsian pintar. Perkongsian ini diasaskan kepada
pendekatan bersepadu dan menyeluruh melalui konsep rangkaian serta
strategi pengurusan bekalan nilai terbalik.
Usahasama antara universiti dan
agensi promosi keusahawanan telah dikenalpasti sebagai penggerak
kejayaan untuk Bumiputera Commercial and Industrial Community (BCIC).
Perkongsian ini akan meningkatkan keupayaan usahawan dari segi amalan
dalaman terbaik dan pengetahuan pemasaran yang relevan. Tiga entiti
terlibat dalam perkongsian ini, iaitu: REMAQ-pusat kecemerlangan dalam
penyelidikan pemasaran, Governco-agensi yang menyelenggarakan pelbagai
bantuan kepada usahawan dan Bumicity sebagai operator yang menguruskan
hal-hal berkaitan pengedaran. Perkongsian ini membantu memperbaiki
tahap daya saing perniagaan IKS pada jangkamasa
panjang.