NEW STORY
AKADEMI FANTASIA
Masih terasa feeling ketika Adi menyanyikan lagu 'Aku Cinta Kau dan Dia'? Adakah korang masih teringat saat - saat ketika Rosma, Sahri dan kawan - kawannya disingkirkan? Korang rindukan lagu 'Menuju Puncak'? sekarang, penantian telah berakhir.. demam Akademi Fantasia kembali dengan musim baru...
Siapa yang boleh melupakan Azza, Adi, Atie, Burn, Nana, Rosma, Sahri, Liza, Nija, Azizi, Khai dan Vince? Mereka telah membuat hati kita sayu dan mengubah format rancangan televisyen. Dan koranglah penentu juara dalam pengembaraan mereka...
Tahun ini Astro menjelajah ke Utara, Selatan, Timur dan Barat untuk mencari 12 individu yang berbakat untuk musim ini. Hanya 12 perserta daripada ribuan yang datang ke audition akan terima...
Musim ini kita menyaksikan Adam, Anding, Bob, Kaer, Zahid, Fitri, Zarina, Farah, Nurul, Linda, Mas dan Edlin berentap untuk mendapatkan title juara!
ADAM ZAHID KAER BOB
ANDING FITRI NURUL EDLIN
ZARINA FARAH LINDA MAS
>>SPIDERMAN<<
Pada bulan julai ni citer yang paling suka aku tengok ialah spiderman 2. Spiderman 2 merupakan sambungan daripada spiderman yang ditayangkan tahun 2003 kot kalau aku tak silap.. aku pun tak ingat dah...
spiderman 2 mengisahkan spiderman yang mempunyai masalah dalam kehidupan di mana spiderman ni ( atau peter parker ) yang mencintai mary jane watson tetapi dalam masa yang sama terpaksa melakukan tugasnya sebagai superhero untuk menyelamatkan orang yang dalam bahaya, menewaskan perompak dan juga melakukan tugas seperti menghantar pizza.. huhu..
Dalam kisah kali ni spiderman telah kehilangan kuasanya sebab terlalu memikirkan masalah dia.. masalah dengan kawan dia ( harry ), masalah dengan awek dia ( mary jane ), masalah dalam pembelajaran dia yang makin merosot, masalah kerja dia sebagai penghantar pizza di mana dia dah kena pecat dan lain - lain masalah sebagai seorang superhero yang disegani oleh ramai orang termasuk ramli ms... huhu... sampai satu masa spiderman ni telah bertekad yang dia taknak jadi spiderman dah.. dia nak jadi orang biasa yang melalui hidup secara normal... sampaikan rompakan meningkat kepada 71% kat bandar dia tu... suspen giler ah...
Dalam spiderman 1, peter parker ni dah membunuh bapak kepada harry yang juga seorang penjahat ( aku dah lupa nama org jahat yang warna hijau ni daa.. ).. spiderman 2 pulak si harry ni tak puas hati dengan spiderman dan telah menyuruh seorang orang jahat baru yg namanya doctor octopus atau lebih glamer dikenali sebagai doc oct... doc oct ni sebenarnya baik tapi dia telah dicontrol oleh tangan - tangan jahat yang melakukan kejahatan... jadi telah menjadi tugas seorang superhero menewaskan org jahat.. tapi siapa yang tewas kali ni spiderman ke doc oct ?
satu benda yang paling aku suka kat citer spiderman 2 ni ialah banyak mesej yang membina dalam cite ni... kalau korang nak tau apa mesej dia... korang tengok la.. best OoOo... adakah spiderman akan tewas di tangan doc oct? adakah harry berjaya membunuh spiderman? macam mana pulak dengan marry jane dan apakah spiderman betul - betul tak nak jadi spiderman dah ? segalanya akan terjawab apabila korang menonton spiderman 2...
korang boleh tengok thriller untuk spiderman 2 kat website spiderman2 .. kalau korang nak wallpaper spiderman korang klik kat mana - mana gambar yang menarik minat korang kat bawah ni.. mari ramai - ramai kita pi tengok spiderman.. tengok jangan tak tengok... tengok jangan tak tengok...