RAMZAM'S DIREKTORI IDEA PEMIKIRAN UNTUK NEGARA MALAYSIA
EDISI 2
MULA 25 JUN 2003

01- PENGGUNAAN SIMEN-FERO SIAP BINA DALAM PEMBINAAN DINDING UNTUK RUMAH KOS RENDAH, MAKA RUMAH 3 BILIK DAPAT DIJIMAT KOS. DICADANG JUGA SIMEN-SERABUT SAWIT

02- GULA TEBU DIFITNAH BARAT SEBAGAI PENYEBAB MASALAH GEMUK DAN DIABETES WALHAL MAKANAN BERKARBOHIDRAT PATUT DIPERSALAHKAN, SATU PENYELEWENGAN FAKTA, MAKANAN BERKANJI DIDESKRIPSI SEBAGAI MAKANAN SAJIAN UTAMA YANG BERLEBIHAN DALAM PIRAMID MAKANAN, SILA RUJUK DIET DR. ATKINS

03- PRINSIP ENJIN LAMPAU HABA [PLASMA]  DALAM PENGGUNAAN MINYAK BIO DIESEL DARI MINYAK SAYURAN SEPERTI SAWIT

04- PENGGUNAN AIR BUANGAN BASUHAN DAN MANDIAN SEBAGAI AIR ‘FLUSH’ TANDAS- JULAI 2003

05- PROGRAM MENJODOHKAN WANITA BELUM BERKAHWIN DENGAN JEJAKA BUJANG DARI PUSAT SERENTI, PENJARA DAN SEKOLAH BUDAK JAHAT SEBAGAI JAWAPAN TIADANYA PASANGAN UNTUK ANDARTU… KEMENTRIAN KEBAJIKAN KELUARGA MENSPONSOR MASKAHWIN

06- SKIM UNIK MENGHAPUSKAN PENYELUDUPAN BERAS DAN MENINGKATKAN PENGELUARAN BERAS NEGARA- HARGA BERAS YANG RENDAH RM 1 SEKILO DAN HARGA PADI MENTAH RM 1.50 SEKILO IDEA 19-08-2003

07- Memberikan Nafas Baru Kepada OIC iaitu membentuk dua mekanisme instrumen tindakan baru – pertama menaja keamanan negara anggota, keduanya menyelaraskan kerjasama ekonomi – Sept 2003

08- HARGA TIKET PENGANGKUTAN REL DAN BAS YANG AMAT RENDAH ADALAH KATA KUNCI UTAMA MENGURANGKAN KESESAKAN LALULINTAS KL- idea 05-11-2003

09- Menambah pegangan ekonomi bumiputra dengan menukarkan simpan emas kepada simpanan dana, dianggarkan kekayaan RM 60 billion dapat dijanakan ?  idea 20-11-2003

10- Malaysia tidak mempunyai masa untuk menumpukan isu remeh temeh yang jumud tentang Islam tetapi Malaysia harus menerajui dunia Islam untuk menegakkan dan memperkukuhkan Islam dengan cara melaksanakan projek antarabangsa ? idea 15-11-2003

11- Sistem Pengenalan Elektronik Kenderaan untuk mengurangkan risiko kemalangan di jalanraya dimana penggunaan sistem tag elektronik radio frekuensi digital AM, nov 2003

12- Penggunaan terowong letak-pasang-timbus di kawasan cerun berisiko tinggi ? nov 2003

13- Sibukkan anak muda terlibat lumba haram dengan aktiviti tertentu seperti pertandingan mencari bakat bola, pertandingan sukan rakyat, dll - idea januari 2004

14- Penagih dadah kronik ditempatkan di pusat penahanan di pulau terpencil, pusat serenti hanya untuk golongan pertama yang tidak kronik atau pertengahan. idea januari 2004

15- Pembangunan pertanian di kawasan tanah gambut sensitif terbakar perlu mengekalkan unsur air dan tanah jika hendak diusahakan dimana aras air dikekalkan. Tanah dikorek dalam dan ditimbunkan untuk membentuk struktur pulau atau batas ekstrem. idea 27 januari 2004

16- Gangguan manusia kepada ekosistem alam semulajadi faktor penyebab wabak penyakit. ambil contoh, wabak selsema burung dimana tanah paya tempat persinggahan burung berhijrah musim sejuk dibangunkan untuk perusahaan menternak, maka pencemaran virus kepada air minuman ternakan memudahkan jangkitan total secara besar-besaran. idea 28-januari-2004

17- Wanita Islam perlu mencari jalan lain dalam soal pemakaian apabila larangan berhijab[bertudung labuh] seperti di Perancis dan Turki, iaitu dengan cara merelevankan pakaian moden tetapi menutupi aurat seperti penggunaan topi, kemeja leher tinggi, cardigan tutup leher, skaf gipsi, cap sukan, sarung kepala dikait dari bulu kambing,  idea 31 januari 2004

18- Potensi penggunaan gelombang mikrowave untuk membunuh virus SARS, selsema burung dan prion penyakit lembu gila melalui kaedah pemusnahan rantaian protein dan genetik. idea 01-februari- 2004.

19- Sumber makanan daripada haiwan dan makanan laut perlu dimasak dahulu dengan suhu tinggi gelombang mikro untuk basmi kuman sebelum dijual kepada orang awam. Paradigma sumber daging  sebagai sumber mineral dan vitamin harus diganti dengan sayur dan buah. Penekanan sumber daging hanya diperlukan sebagai pembekal protein sahaja. idea 05 feb 2004

20- Malaysia boleh membina pesawat angkasa yang berkos rendah dan lebih selamat dengan mengabungkan konsep penggunaan hibrid enjin jet-enjin roket, sfera keselamatan untuk kokpit utama yang boleh terpisah dari kapal induk jika menghadapi masalah seperti Tragedi Colombia 2003 dan penerbangan pulang secara konsep"safe glider" atau "slow glider"..... idea 07 feb 2004

21- Strategi baru membunuh populasi nyamuk iaitu  mengambil kelemahan ciri nyamuk jantan yang menghisap bendalir pokok maka pokok berciri baru dimana mempunyai penarik semulajadi [mungkin bahan feromon betina nyamuk] dan mengandungi bahan anti serangga [insektisid] biologikal. Pokok  ini boleh diberikan kod- pokok sayang nyamuk. idea 20 februari 2004

22- Menukar ciri pokok tanaman tembakau sebagai pengeluar bahan biokimikal pasaran tinggi seperti contoh bioracun anti serangga [racun serangga], bioester haruman [minyak wangi], biodisinfektan antikuman[pembasmi kuman] 21-02-2004

23- Pakej menyelamatkan zoo negara meliputi langkah-langkah; pengwujudan tabung warisan mengumpul derma, dapatkan tajaan komersial syarikat swasta, pakej lawatan pelajar sekolah, penginapan mesra alam di kawasan berbukit dan tanah hutan yang dimiliki oleh pihak zoo. Idea 24-02-2004

24- Formula-formula strategi baru untuk BN lakukan jika berjaya menawan semula negeri Terengganu dalam pilihanraya 2004 ini, melibatkan penyusunan penempatan, skim pinjaman mikro, penggalakkan pelancongan dll. Idea 28-02-2004

25- Pertandingan menulis esei kreatif pemikiran genius oleh suratkhabar tempatan, dimana peserta adalah anak muda dibawah 35 tahun - idea 29-02-2004

26- Sistem Pengundian Elektronik menggunakan internet perlu dilaksanakan sebelum mewajibkan setiap pengundi membuang undi, disamping itu sistem siren automatik pengesanan pengundi hantu juga perlu diwujudkan...... idea 02-03-2004

27- Loji Perwaja Kedah digunakan untuk memproses semula kaca dan besi terbuang untuk menghasilkan produk berkait pertanian yang murah - idea 10-04-2004

28- Konsep penanaman tanpa bajak ZeLI [ Zero Land Impact ] dimana pengselenggaraan tanah secara potongan rumpai sepanjang masa yang tertentu, pembajaan dan peneutralan tanah dengan baja kapur dijalankan secara berkala.Idea 15-03-04

29- Mengenalpasti dan membanteras pendaftaran pengundi hantu dengan cara tambahan maklumat ketelusan tinggi seperti lokaliti- tempat lahir, tempat kerja, perniagaan daripada rujukan Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, KWSP... paparan Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi [MKTPP] perlu ditayang kepada umum untuk penyiasatan parti politik untuk menentusah ketulenan pengundi tersebut - idea 24-03-2004

30- Wujudkan Talian Aduan Terbuka Tingkah-Laku Pelajar Sekolah di Akhbar-akhbar utama tempatan untuk melapor perlakuan pelajar seperti samseng,buli,raging,ponteng sekolah,merokok,vandalisme tanpa menyembunyikan identiti sekolah asal mereka, ianya perlu kerana kini tidak perlu lagi menganggap fenomena buruk yang berlaku di sekolah adalah kes terpencil dan perlu dilakukan penyelesaian tertutup. Idea 02-04-2004

31- Prospek siaran prabayar Astro, idea 03-04-2004

32- Kerajaan Terengganu digesa untuk menyelamatkan 2 pawagam warisan di Kuala Terengganu, idea 04-04-04

33- Jawatan guru besar dan guru disiplin diserah kepada wanita kerana peranan keibuan lebih berkesan menangani masalah samseng dan displin pelajar di sekolah..... idea 08-04-2004

34- Siswasah kelulusan tinggi menganggur diserap menjadi guru ambilan khas yang memperolehi gaji lumayan dan peluang melanjutkan pelajarannya.... idea 17-05-04

35- Kaedah-kaedah mengelak murid sekolah bawa beg berat- utamakan teori, menulis nota dan perbincangan di bilik darjah, kaedah latihan menggunakan kertas copy... bukan bawa buku teks bacaan dan buku latihan... contoh; pelajar disuruh baca dulu bab topik di rumah, kemudian esoknya menjalani ujian soal-jawab mudah....Mei 2004

36- Variasi penggunaan semula gelombang AM tetapi dalam bentuk digital yang dipadatkan dapat diguna sebagai salah satu applikasi jalur lebar. Boleh digunakan untuk menyalurkan komunikasi telefon bimbit, radio digital dan siaran televisyen interaktif maka ini boleh memberikan saingan baru kepada siaran Astro. AM digital juga boleh digunakan dalam sistem pengesanan objek - manusia atau kenderaan di atas permukaann bumi dengan konsep sistem GPS terestrial - boleh digunakan untuk mengesan kenderaan curi atau merekod pergerakkan ketika kemalangan..... Julai 2004

37- Kemungkinan besar hasil tani keluaran bumiputra rendah disebabkan oleh fenomena tanah masam.... Ogos 2004

38- Penggunaan tayar kereta terbuang sebagai tembok pagar untuk ladang dan kebun - idea 12 September 2004

39- Penggunaan tin terbuang sebagai tempat semaian tanaman, tin tersebut ditanam bersama pokok tanaman di ladang dan dibiarkan mereput dengan sendiri - idea 13 September 2004

40- Pengenalan tambang separuh pengangkutan rel dan bas di Kuala Lumpur selama sebulan bagi mempromosikan penggunaan pengangkutan awam - idea 27 September 2004

41- Penghasilan  metanol secara industri sebagai bahanapi perantaraan yang serba-boleh dimana metanol boleh dihasilkan dari apa-apa sumber karbon termasuk gas asli dan sisa kayuan. Bahanapi metanol boleh dihasilkan dengan kos lebih murah daripada etanol - idea 20 Oktober 2004

42- Strategi menangani penagihan dadah di Malaysia secara paradigma ekstrem dengan penempatan penagih kronik di pulau terpencil dan menanam sendiri tanaman dadah untuk kegunaan sendiri dengan konsep biarkan mereka hidup dengan bertuhankan dadah. Apabila khayal itu menjadi terlampau biasa, mereka akan bosan. Menanam sendiri sumber dadah juga menjatuhkan nilai komoditi di pasaran dunia, merugikan para pengedar luar negara apabila ia sudah tiada nilai dagangan- idea 19 november 2004

43- Menukar ciri lorong tambahan di lebuhraya boleh mengurangkan kadar kemalangan dimana ianya tidak boleh lagi disalahgunakan sebagai laluan memotong atau memecut idea 21 november 2004

44- Penambahan ciri terusan pinggiran KL dengan sistem terusan outlet sentiasa rendah, sungai KL mercutanda dibuat secara terapung dimana aliran air buangan berada dibawah, manakala air di permukaan untuk kegunaan rekreasi - idea 21-11-04

45- Merawat pencemaran sisa toksik dengan mengunakan air kumbahan atau mendakan teraktif ( activated sludge ) logi rawatan sisa iaitu dengan cara mencampurkan bahan toksik dengan bahan tersebut. Biodiversiti mikroflora yang pelbagai akan menjalankan tugasnya dengan cara menyerap atau mengubah bentuk struktur baha toksik. - idea 25-11-2004

46- Penghasilan metanol di Malaysia amat relevan kerana ianya merupakan salah satu bahan diperlukan untuk menghasilkan biodiesel daripada kelapa sawit. Biodiesel konvensional terdiri daripada bahan metil ester sawit. Unsur metil datangnya daripada metanol. - 04-12-2004

47- Setelah pengwujudan sistem pengangkutan awam yang cekap di KL, kempen tambang separuh perlu diadakan bagi memaksimumkan kesannya keatas aliran trafik. - idea 05-12-2004

48- Kaedah alternatif mengurangkan aliran trafik di KL dengan pengiliran penggunaan kenderaan persendirian diantara nombor plat ganjil dengan dipadan bilangan minggu keberapa. Kaedah denda yang unik boleh dikenakan seperti membayar denda jika bukan mengikut giliran tetapi kenderaan yang mempunyai bilangan lebih pengguna 3 orang dikecualikan. Jika 2 pengguna sahaja bayaran denda adalah RM 50, jika seorang sahaja denda RM 200. Denda itu merupakan kupon atau tiket prabayar pengangkutan rel dan bas. Secara tidak langsung akan menggalakkan penggunaan kenderaan awam - idea 05-12-2004

49- Pihak berkuasa boleh menimbangkan bayaran denda atau saman lalulintas di Kuala Lumpur diganti dengan nilaian kupon atau tiket prabayar pengangkutan awam rel dan bas. Ini akan mengakibatkan tindakbalas berantai yang dapat mengurangkan kadar aliran trafik di KL di mana tiket yang dibeli oleh pemandu akan diguna pula oleh anak atau ahli keluarganya yang lain  - idea 06-12-2004

50- Formulasi tambahan mengatasi kesesakan lalulintas KL, rakyat digalak membeli seberapa banyak kereta tetapi kurang guna kereta bila untuk memasuki kawasan bandar - idea 07-12-2004

51- Mengatasi masalah bekalan air yang kronik dengan mewujudkan loji air mini di tempat yang bermasalah ( mengulangi era sebelum merdeka). - idea 08-12-2004

52- Kecurian jeriji besi waja di longkang majlis bandaran diatasi dengan mengantikan dengan kerangka penutup yang dibuat daripada simen-fero - idea 08-12-2004

53- Orang Malaysia perlu mengamalkan budaya baru iaitu prosedur memakai/menyediakan baju pelampung bila berurusan dengan air contoh pergi memancing, menaiki bot atau menyimpan dalam kereta. - idea 15-12-2004

54- Memartabatkan tumbuhan natif dalam lanskap moden kota dan bandar dengan strategi sususan pokok tempatan diutama manakala tumbuhan luar/import menjadi pinggiran contoh bunga raya ditanam di tengah dan tinggi manakala bunga chrisenthemum ditanam rendah dan mengelilingginya. - idea 16-12-2004

55- Kempen preservasi tanaman hutan asli di kawasan pantai -idea 17-12-2004

56- Potensi pasu bunga pasang siap daripada simen fero.

57- Idea penubuhan taman rakyat di kawasan terbiar di bandar bagi tujuan memberi benih tanaman percuma kepada warga bandar.

58- Sistem saliran berbentuk jejaring kurang risiko kejadian banjir, konsep saling-saliran.

59- Restoran di kawasan lebuhraya atau jalan utama perlu mempunyai kemudahan tandas awam yang 'selesa' ( tidak perlu mewah atau eksklusif) untuk menarik hati pelanggan. - idea 17-12-2004

60- Isu bank mengenakan caj keterlaluan, pejabat pos dicadang menghidupkan kembali fungsi simpanan wang untuk golongan rakyat berpendapatan rendah. - idea 19-12-2004

61- Sistem pengaduan secara SMS amat sesuai dilaknakan untuk organisasi kerajaan dan swasta dimana pengaduan terus ke peringkat atas dan memudahkan analisa data bagi tujuan pengurusan - idea 21-12-2004.

62- Menambah-nilai kebun getah dengan penanaman tanaman tahan redup seperti orkid, cendawan, herba-ulam tertentu, ternakan lembu-kambing-ayam-itik-arnab dan ternak ikan dalam kolam konkrit. - idea 23-12-2004

63- Sokong Subang untuk menjadi LCC sementara KLIA perlu dinaik-taraf untuk menjadi lapangan terbang terbesar di dunia, dalam kata erti lain Subang menjadi lapangan terbang sokongan sementara KLIA sekarang ini yang berada di fasa pertama harus dinaiktaraf - idea 24-12-2004

64- Kelab bimbingan veteran perlu diwujudkan di setiap arena jenis sukan dimana atlit veteran cemerlang boleh meluahkan pengalaman suka duka peribadi dan semangat juang kepada atlit baru. -idea 24-12-2004

65- Wanita melayu perlu mengamalkan pemakanan anti-oksidan iaitu ulam/sayuran asli tempatan elak kejadian kanser merbahaya - idea 26-12-2004

66- Kurangkan risiko penggunaan gas di dapur domestik dengan menggunakan format tin gas kecil kurang 1 kilogram e.g. 500 gram, 300g, 250g.

67- Ekoran tragedi ombak besar yang berlaku di utara pantai barat semenanjung berikutan gempa bumi besar di Sumatera pada 26-12-2004, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan;
i- sistem siren amaran kecemasan kepada orang awam
ii- tempat perlindungan ketika kecemasan/ darurat dibawah program Nyawa Umat Untuk Hidup Ke Masa Hadapan atau singkatan- "N.U.H.H."
iii- untuk binatang dan tumbuhan perlu pusat perlindungan spesies.   - idea 27-12-2004

68- Kerajaan perlu mengadakan inisiatif kepada syarikat akhbar/media cetak untuk keluarkan produk bacaan/bahan bercetak lebih berkos rendah... meliputi langkah;
i- pengurangan cukai
ii- pengurangan kos pengangkutan dengan menggunakan NGV
iii- caj rendah untuk angkutan rel dan kapal terbang
iv- pengeluaran sendiri dalam negara kertas mutu tinggi/rendah/sederhana
v- inisiatif kepada syarikat keluar bahan dakwat karbon/warna.

Motif lain, syarikat akhbar/cetak mempunyai tangungjawab besar dalam membina minda dan terlibat secara langsung dengan proses pendidikan negara maka itu harus dibantu kerajaan. - idea 04-01-2005

69- Berikutan tsunami 26-12-2004, pembudayaan besar-besaran penggunaan baju pelampungan perlu diperluaskan, ia boleh dibuat dengan kaedah lebih mudah dan murah dengan gandingan bahan kain tahan reput air, botol air mineral/minuman berkarbonat dan gabus polisterina terbuang.

70- Setiap kampung disyorkan mengabungkan modal sendiri dan menubuhkan entiti KOMER iaitu Kumpulan Organisasi MeMajukan Ekonomi Rakyat dimana biayai usaha tani, usaha niaga. Contoh kedai IT, kedai jahit, bengkel membaiki motor dan kereta, menyewa jentera bajak atau jentolak pada kadar rendah kepada anak kampung mereka sendiri.

71- Berikutan tsunami, kita semua perlu mula menghormati alam sekitar dengan melakukan pembangunan mesra alam atau pembangunan mengikut ciri asal ekologi tempat itu, contoh kawasan gambut berpaya boleh dijadikan kawasan ladang dengan aplikasi konsep terusan dan ban permatang, terusan boleh menyimpan kapasiti asal air manakala kawasan permatang untuk penanaman komersial, dengan itu juga biodiversiti tanaman dan binatang fauna asal dapat dikekalkan dan dipelihara disamping mengurang risiko kebakaran gambut. Kawasan berpantai/ muara sungai perlu ditanam bakau-nipah di kawasan pinggiran air manakala kawasan sempadan tanah kebun perlu ditanam pohon natif setempat... idea 10-01-2005

72- Aduan sms untuk aduan bagi jabatan kerajaan atau agensi swasta membolehkan pemantauan keberkesanan kerja di kawasan sub-sektor , aduan yang berulang menunjukkan ketidak-keberkesanan kerja pekerja di kawasan tersebut. Kawasan yang cekap akan menunjukkan aduan menurun dan menjadi angka kecil, pekerja di tempat tersebut berhak untuk kenaikan pangkat dan gaji.

73- Menangani denggi dengan kaedah ''umpan biak dan bunuh'' iaitu membiarkan nyamuk membiak selama 5 hingga 7 hari kemudian ditapis dengan pam... idea 20 januari 2005

74- Keberkesanan kempen basmi nyamuk di bandar, pihak majlis tempatan harus mempunyai jadual tetap pembersihan sesuatu sub-sektor kawasan seliaannya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, selepas pembersihan itu maka PBT boleh saman kompaun premis yang tidak bersih/menakung air....idea 22-01-05

75- Pasca-tsunami, penternakan udang/ikan air payau di kawasan bakau secara kolam takungan boleh ditukar secara penternakan dalam sangkar yang lebih mesra alam... idea 26-01-2005

76- Terjemahan pintar di televisyen memudahkan rakyat Malaysia berkebolehan multi bahasa dimana bahasa asal dalam ejaan rumi disamping sarikata berbahasa melayu... idea 27-03-2005

77- Kaedah awet getah diaplikasi keatas kayu bukan spesies balak untuk hasil perabot bermutu, cotoh kayu pokok buah-duriah,sentul , spesies hutan sekunder-ketapang,ru, atau pokok spesies pendatang - eukaliptus.... idea 02-04-2005

78- Keadah murah dan mudah untuk mengurang pencemaran sungai dengan pembinaan kolam penahanan air buangan ( retention pond ).... idea 05-04-2005

79- Denda yang paling berpatutan dikenakan kepada pemusnah alam sekitar ialah, mereka mestilah membiayai penanaman semula pokok hutan ditempat lain bersamaan keluasan dan pembinaan kolam rawatan air buangan sebelum dialirkan kedalam sungai....idea 07-04-2005

79- Diantara kaedah yang boleh dijadikan alternatif mengelak penyeludupan diesel atau subsidi bahanapi;
i- pemantauan secara menyeluruh menerusi sistem maklumat bersepadu penggunaan bahanapi
ii- sistem rebet minyak ditukar guna beli barang keperluan bagi pengguna biasa
iii- rebet minyak ditukar kepada potongan cukai untuk syarikat

80- Mengutamakan makanan kaya antioksidan seperti ulam-ulaman, sayuran herba asli tempatan untuk mengurang risiko kanser atau melawan kanser.......idea 29-10-2005

81- Membantu industri filem tanahair dengan membeza kategori filem seni dengan filem popular dan sokongan kemudahan tayangan filem seperti Panggung Seni yang juga boleh berfungsi sebagai Pentas Drama/Teater dan Auditorium mini untuk konsert atau seminar awam ....... idea Jun 2006

82- Wawasan Global untuk negara miskin/sedang membangun iaitu memajukan produk bijirin murah seperti sekoi/betari ( pearl millet/sorghum bicolor ) sebagai makanan ternak ayam/itik yang murah dan produk bahanapi bio daripada sawit, nipah, jatropha, avokado dan kabung....... idea 10 Jun 2007

83- Penguasaan bijirin dan bahanapi bio tropika dunia memulakan satu dunia baru yang lebih makmur di mana memulakan penguasaan negara miskin tropika kepada ekonomi dunia di mana Malaysia berperananaftif  menginisiatif wawasan ke arah itu.

84- Proton dan Petronas boleh menjadi pemacu utama untuk mengenengahkan wawasan bahanapi bio dunia yang baru.

85- Malaysia memerlukan satu pusat pemuliharaan baka tanaman komersial yang bukan komoditi dimana menekankan penulenan baka sayuran untuk kegunaan domestik. Penghasilan baka tulen dapat mengelakkan kemudaratan akibat bencana luar jangka dimana penggunaan baka kacukan yang berluasa sekarang ini tidak dapat berfungsi memberi hasil jika tidak terima bekalan dari pengeluar benih di negara barat.

86- Kaedah penanaman sayuran yang baru dimana tiada memerlukan pembajakan dimana boleh digunakan kaedah tapak tetap dengan gandingan pasir, penutup bumi dan bata simen...... Jun 2007

87- Pengurusan kebun buah tanpa rumpai dengan penutup bumi seperti karpet span atau gabungan plastik buangan dengan sisa selulos kayu.

88- Ternakan kolam dengan kaedah semulajadi sepenuhnya seperti pengitar sisa makanan ( guna kerangan air tawar, udang halus ), pengitar nitrogen dan CO2 ( guna rumpair ).

89- Pengawalan siput babi dengan penaburan baja dan kapur pertanian di sekeliling kebun manakala serangga pemakan daun dikawal dengan siraman air sabun sisa basuhan.

90- Kaedah bersepadu untuk mengurang dan menghapuskan populasi belalang juta di Afrika dengan menanam spesies tanaman tertentu yang mungkin kalis serangan belalang seperti keladi dan sukun (sumber kanji) , buluh (sumber kayu api), jatropha dan avokado (sumber bahanapi bio), tanaman toksik bunuh belalang secara langsung seperti spesies renek hutan Amazon..... Jun 2007

91- Konsep kebun rumah yang paling mudah dengan penambahan atap plastik di tepi rumah, pokok sayur boleh ditanam secara semiponik atau semiterra dimana kaedah tersebut adalah kaedah konvensional yang terubahsuai yang memudahkan penyiraman pada kekerapan rendah dalam seminggu.

92- Rahsia kesuburan tanah pertanian orang Melayu adalah penggunaan kapur alkali untuk menghilangkan kemasaman tanah. Pembaziran sumber seperti baja buatan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dan melarut-resap ke sistem saliran sungai dan mencemari laut.

93- Kaedah pagar kayu tahan lama dengan pembalutan simen bermatrik guna kertas buangan atau kain buruk.... 01 Julai 2007

94- Kebun rumah bebas makhluk perosak dengan penanaman penghalau serangga seperti sengkuang, bawang putih, pudina, serai wangi.

95- Penggunaan pudina sebagai penutup tanah kawasan kebun dan sebagai anti-serangga pemakan daun.

96- Penanaman tanaman buah kontan bersepadu serentak hasil dengan labu madu, labu air, melon susu dan tembikai beri hasil berganda kepada pekebun kecil.

97- Agenda baru penanaman tanpa bajak menjimat kos dan pemuliharaan alam sekitar. Dimana diguna kaedah 'adaptor', liputan pasir bebas rumput dan pensempadanan konkrit.

98- Membudayakan penanaman padi secara kering ( dengan hasil sama atau lebih cekap dari padi sawah ) sebagai persediaan menghadapi kekurangan air di masa depan.

99- Penggunaan penutup bumi guna semula dibuat dari gabungan matriks plastik dan racikan kayu buangan di kawasan ladang dan kebun selamatkan alam sekitar tanpa racun rumpai.

100- Paradigma wawasan pertanian baru berkonsepkan - tanaman kekal atau komoditi di kawasan rendah berair yang distruktur terusan dan ban. Manakala kawasan tinggi dikhususkan untuk tanaman komersial dan bijirin sepanjang tahun.

next............. RamzDirektori^3

previous.............. RamzDirektori^1

main page......... RamzWorld-Research1987to2057

end list...


1




Hosted by www.Geocities.ws

1