Direktori Ramzamuda Ke-3
mula.... 01 Julai 2007


12- Penanaman bijirin padi huma secara komersial sebagai bijirin organik , makanan kesihatan disegi khasiat antioksidan dan bijirin ternak ayam-itik yang murah disamping potensi bijirin millennium baru dikala cuaca bumi lebih panas dan kering.

11- Flat Pekeliling perlu dikekalkan sebagai memorium pembangunan Malaysia pertama, pengubahsuian semula yang lebih menyelesakan perlu dibuat seperti cantum dua rumah sebagai satu unit rumah dengan buat pecahan pintu tengah, perlu pakai lif laju-tinggi , kawasan padang parking boleh ubahsuai jadi bangunan parking tiga tingkat manakala bumbungnya adalah padang permainan berumput dan padang bola. Sekelilingnya perlu bina tembok tinggi untuk elak penjenayah dan pemasangan cctv. Mungkin flat pekeliling baru boleh dijadikan flat kediaman kakitangan kerajaan. Peruntukan berbilion ringgit bina penganti Pekeliling boleh dibangunkan di kawasan lain atau di jajaran landasan keretapi berkembar di antara Ipoh ke Seremban.

10- Masalah jemuran kain di rumah flat di bandar diatasi dengan kaedah jemuran terlindung dengan pemidai bilah kecil aluminium atau buluh yang diterbalikkan pada sudut 45°, apabila dilihat dari bawah, jemuran tidak nampak tetapi sinaran matahari dan udara panas masih boleh melaluinya, selain itu bingkat bermotif geometri Islamik boleh ditambah pada ruang balkoni rumah untuk menambah cantik.

09- Ekoran tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kaedah paling selamat - pindah tapi masih guna, pindahkan sahaja ppenduduk di kawasan risiko tinggi manakala  kerugian pemilik bangunan bangunan sedia ada digunakan untuk aktiviti ekonomi berpopulasi rendah seperti menternak burung wallet, burung merpati, tanam cendawan dan menternak arnab. Pangsapuri Highland Towers yang masih ada juga boleh ditukar fungsi seperti itu juga, ini boleh menyelamatkan kerugian berjuta ringgit pemilik rumah asal - disember 2008

08- Usaha menambahkan sumber makanan ternak dan sumber protein dapat kurang kebergantungan kepada import dan merendahkan kos daging ternak, contoh harga ayam RM 4.50 sekilo atau daging lembu RM 15 sekilo. Sumber kanji adalah seperti berikut; bijirin tropika alternatif - padi huma, sekoi, betari, ubi kayu. Untuk protein - ikan baja, kulat getah, mendakan teraktif terawat sisa sawit, sisa isirung sawit, ternak cacing organik - Julai 2008

07- Insentif pengurangan kadar faedah pinjaman perumahan untuk rumah baru buat atau rumah sudah siap sekitar bawah 6% ( dan juga pemanjangan tempoh bayar balik 25 tahun hingga 40 tahun - pembayaran diambil alih oleh keluarga terdekat - spt anak, cucu, ikut pusaka ) dipertimbangkan boleh meransang ekonomi negara secara positif dimana, lebih ramai rakyat mampu membuat pinjaman, kadar faedah yang tinggi sekarang adalah kadar lama ditetapkan dikala kos sara hidup 5 tahun sebelum ini lebih rendah, lebih banyak rumah dibeli bermakna lebih banyak perbelanjaan ubahsuai-semula rumah, pembelian barang kelengkapan rumah dan meransangan lebih rumah untuk disewa apabila penyewa asal berpindah rumah sendiri maka pasangan suami-isteri yang baru kahwin dapat peluang hidup di rumah sendiri tidak lagi menumpang rumah ibu-bapa. Kadar bayaran untuk perumahan lebih rendah merangsang rakyat untuk membeli kenderaan tambahan seperti kereta kedua atau motorsaikal tambahan atau sekurang2nya dapat memberi ruang isirumah untuk pergi melancong dalam negara.

06- Rancangan strategi semula kos sara hidup akibat peningkatan melampau harga minyak dunia; Malaysia perlu menimbangkan strategi subsidi sifar terhadap harga barang kawalan ( sekurang2nya mahal 1 sen atau 5 sen dari negara jiran, akan sebabkan penyeludupan keluar sifar ) tetapi mengunakan peruntukan subsidi tersebut untuk menolong rakyat melalui insentif terus kepada rakyat termiskin, sederhana, kelas menengah, para pengeluar barangan mentah tempatan dan juga pengusaha makanan industri kecil dan sederhana dengan pelbagai cara dan kaedah. Seterusnya kos sara hidup rakyat diturunkan dengan menetap harga produk lebih murah seperti harga makanan, ayam,daging dsb kerana kos pengeluaran dikurang dari peringkat akar umbi maka harga produk keluaran Malaysia lebih murah dari jiran walau harga minyak dunia tinggi.

05- Alasan Malaysia kekurangan tanah untuk penanaman tanaman makanan? Kawasan penanaman kelapa sawit dan getah peringkat awal sesuai untuk penanaman bijirin iaitu kira2 anggaran 10%  kawasan penanaman, jika kaedah ladang sawit/getah secara pagar dibuat, lebih banyak kawasan untuk pengeluaran bijirin dapat dibuat walau hasil komoditi utama kurang sedikit, kebaikan sampingan, tanah ladang lebih baik dan seimbang disegi nutrien.

04- Kaedah memerangi spekulasi harga minyak mentah dunia oleh pedagang Barat ; Negara pengeluar minyak utama mengumumkan peningkatan pengeluaran minyak tetapi untuk jualan ehsan harga rendah contohnya $80 Dollar AS hanya untuk negara miskin... 13-07-2008

03- Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berani untuk mengformulasikan idea-idea baru dalam pembinaan negara kita sendiri tanpa perlu mengharapkan orang luar kerana kita mesti mempercayai kebolehan diri kita sendiri untuk berjaya bersesuaian dengan konsep peranjakan paradigma yang ditekankan di dalam Wawasan 2020 - jan 2008

02- Perencanaan semula strategi subsidi akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tidak menentu dengan meniadakan bentuk subsidi sedia ada tetapi mengubah kepada bentuk lain yang lebih berkesan membantu rakyat. Contoh; tiada lagi harga subsidi minyak masak, gula, tepung, petrol tetapi menukar bentuk kepada penurunan bil letrik, air, tambang kenderaan awam, makanan percuma di sekolah. Pemberian subsidi mengikut formula pendapatan setahun dan bilangan tanggungan keluarga - 10 jan 2008

01- Pemupukan dan pemeliharaan serangga baik (pemangsa) spesies tempatan untuk kebun atau ladang seperti kumbang 'ladybird', ulat pemakan kutu daun, aneng2, pingat2 dsbgnya - 01 julai 2007

end list
1


Hosted by www.Geocities.ws

1