Salam buat semua...di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghabiskan ibadah puasa dan
Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal
menjelang tak lama lagi.....buat ucapan ni macam
duk kat oversea je...dok leh balik raya...
apa-apa pun saya nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap sepanjang kalian
semua menjadi warga COSMOPOINT TRG....
satu lagi sambil-sambil kutip duit raya jangan lupa study untuk mid-sem exam..
Kalau sudi jemputlah datang kerumah raya nanti...
tapi duit raya untuk 5 tahun ke bawah je.....
Pn.Ruslaini

Assalamualaikum..syukur kehadrat Illahi kerana masih diberikan usia untuk bertemu Ramadhan dan Syawal kali ini..InsyaAllah.
Sempena bulan yang mulia ini. saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan Salam lebaran  kepada rakan-rakan pensyarah, warga kerja  Cosmopoint Kuala Terengganu serta tidak lupakan  warga Cosmopoint yang berada di seluruh Malaysia.
Buat pelajar-pelajar yang sentiasa dekat di hati,
ampun dan maaf  saya pohon andainya ada terkasar bahasa, terguris kata sepanjang menjalankan tanggungjawab mendidik anda semua agar menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.
Akhir kata berhati-hati di jalan raya. Semoga Syawal kali ini membawa seribu kebahagiaan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
 Maaf Zahir Batin
Wasalam...Pn Aida
Assalamualaikum w.b.t.
Bersempena bulan syawal yang bakal menjelang
tidak lama lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut 
HARI  RAYA AIDILFITRI kepada semua warga COSMOPOINT terutamanya warga
COSMOPOINT KT. 
Semoga bulan ramadhan ini dapat membawa
sejuta rahmat buat kita semua. 
Salam Sesuci Lebaran Untuk Semua.

MAAF ZAHIR BATIN

Ikhlas: Cik Ros

Assalamualaikum wbt.
Di bulan yang mulia ini sama-sama lah kita memanjat kesyukuran atas nikmat yang di kurniakan...Penuhi lah bulan Al Mubarak ini dengan amal jariah..
Di kesempatan yang ada ini juga
saya ingin memohon ampun & maaf kepada semua warga Cosmopoint KT terutama kepada pelajar-pelajar saya,jika ada salah & silap yang saya lakukan..
Akhir kata, saya mengucapkan
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya AidilFitri..
Maaf Zahir & Batin
Alhamdulillah dan syukur ke Hadrat Illahi
kerana limpah dan kurnianya dapat kita
berpuasa di tahun ini,
semoga Lebaran yang datang ini menjadikan kita
lebih dekat kepadaNya.
Salam lebaran ini saya tujukan buat semua
pensyarah Cosmopoint Kuala Terengganu dan cawangan lain di seluruh Malaysia.
Selamat Menyambut Syawal juga tak dilupakan buat semua pelajar Cosmopoint Kuala Terengganu.
Ampun dan maaf saya hulurkan buat semua yang terasa hati dengan saya.
Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya. Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Terima Kasih (dari Mr.Rafiq)
 

Assalamualaikum w.b.t….Sempena Syawal yang bakal menjelang tiba, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga Cosmopoint KT…Maaf Zahir Batin
Salam Aidilfitri buat semua warga Cosmopoint K.Trg, Berdoalah moga lebaran yang menjelang akan membawa keberkatan, kerahmatan dan kebahagiaan bagi kita yang bergelar insan. Mohon ampun dan maaf bagi bagi segala kesilapan dan kekurangan.  Moga persahabatan terus berkekalan. Moga hari raya yang dinantikan memberi kegembiraan yang berkekalan. Wassalam.  

| Operasi | Pemasaran | Akademik Cosmopoint | Akademik SLG | MPP |
Hosted by www.Geocities.ws

1