Selamat datang ke laman web RADZONE

Laman web ini dibina menggunakan Microsoft FrontPage. Ia sesuai dilayari menggunakan Microsoft Internet Explorer 5.0 keatas. Sila tekan 'REFRESH' untuk paparan terkini. Terima kasih.

Laman Utama

Profail Syarikat

Profail Produk

Keahlian Eksklusif

Pusat Servis

Pengedar

l l

l

l l l

Berita Semasa

Galeri Racing

Galeri Expo

Iklaneka

Sudut Artikel

FAQ's


 

SOALAN YANG BIASA DI TANYA (FAQ)

Soalan 1:

Apakah makna ‘RADZONE’ ?

Jawapan:

‘RADZONE’ diterbitkan daripada kata asal ‘RED ZONE’ iaitu ZON MERAH (pada meter rpm kenderaan). Ianya kemudian ditukarkan kepada ‘RADZONE’ untuk tujuan komersial.

Soalan 2:

Apakah bahan yang digunakan oleh minyak pelincir ‘RADZONE’ ?

Jawapan:

Minyak pelincir ‘RADZONE’ menggunakan bahan-bahan asas berkualiti tinggi yang dirumus khas bersama bahan Perawat Enjin (Engine Treatment) serta bahan Pelindung Anti Haus (Metal Treatment) supaya enjin lebih tahan lasak dan tahan lebih lama.

Soalan 3:

Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ‘RADZONE’ diperbuat daripada minyak terpakai (recycle oil) ?

Jawapan:

Tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ini bagi menidakkan saingan hebat minyak pelincir ‘RADZONE’ di pasaran.

Soalan 4:

Adakah prestasi minyak pelincir ‘RADZONE’ sama sahaja dengan minyak-minyak pelincir lain di pasaran ?

Jawapan:

Tidak. ‘RADZONE’ adalah ‘RADZONE’. Ianya diformulasikan khas untuk prestasi yang cemerlang dengan pelindungan terhadap enjin.

Soalan 5:

Apakah kelebihan menggunakan minyak pelincir ‘RADZONE’ ?

Jawapan:

Jawapan:   Banyak. Diantaranya ialah minyak pelincir ‘RADZONE’ tidak memerlukan sebarang pelincir tambahan. Ia dirumus khas supaya kekal berprestasi cemerlang  walaupun semasa enjin panas terutama ketika didalam kesesakan lalulintas dan perjalanan jauh. Ia juga bertindak memberi perlindungan kepada bahagian-bahagian enjin yang bergeser sekiranya berlaku kebocoran minyak pelincir.

Soalan 6:

Adakah minyak pelincir ‘RADZONE’ boleh dipercayai ?

Jawapan:

Mengapa tidak. Setiap produk pelincir ‘RADZONE’ membawa jaminan pengeluar terhadap kualiti dan spesifikasinya. Ianya dipastikan menepati standard piawaian antarabangsa seperti yang telah ditetapkan oleh ‘American Petroleum Institute’ (API).

Soalan 7:

Apakah nasihat anda sekiranya saya ingin mencuba produk pelincir ‘RADZONE’ ini ?

Jawapan:

Minyak pelincir RADZONE mempunyai pelbagai kategori produk untuk pelbagai kategori pengguna. Pastikan anda mendapat nasihat mekanik yang bertauliah untuk lebih kepastian. Anda juga boleh merujuk kepada talian hotline 03-55119167 atau laman web kami www.radzone.go.to untuk keterangan lanjut.

Soalan 8:

Apakah ‘tips’ untuk mendapatkan prestasi terbaik apabila menggunakan minyak pelincir RADZONE ?

Jawapan:

Pastikan anda menggunakan hanya minyak pelincir RADZONE. Jangan sekali-kali menambah sebarang pelincir tambahan walaupun anda biasa berbuat demikian.

Soalan 9:

Kata orang barang baik tidak murah dan barang murah tidak baik. Apa komen anda ?

Jawapan:

Harga pelincir RADZONE bukan murah, cuma lebih rendah dari saingan sekelasnya. Yang penting lebih ramai pengguna kenderaan dapat menggunakan minyak pelincir yang lebih berkualiti. Cuba dulu baru tahu.


Kemaskini terakhir :

1st November 2003

Laman web ini diselenggarakan oleh :

Diti Marketing Services (0012139493-D)

17, Jalan Bawang Besar 24/35, Seksyen 24,

40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5548 4977

Hosted by www.Geocities.ws

1