Laman web ini dibina menggunakan Microsoft FrontPage. Ia sesuai dilayari menggunakan Microsoft Internet Explorer 5.0 keatas. Sila tekan 'REFRESH' untuk paparan terkini. Terima kasih.
| l | l |
l |
l | l | l |
Berita Semasa |
|
BERITA SEMASA |
||
|
Tarikh Acara |
Perkhabaran |
Lihat Gambar |
|
l |
||
|
2hb Februari 2003 |
SIRKIT SUKAN PECUT JEMPOL - SIRKIT 2 Pasukan tajaan RADZONE, iaitu LYDIA RACING TEAM telah menurunkan sebuah Honda EG. Walaupun menggunakan enjin 1.5cc, kami tidak dibenarkan bersaing dalam kategori 1500cc tetapi disalurkan dalam persaingan VTEC / Turbo.
Walaupun agak tidak adil kerana kami menggunakan enjin yang kecil cc nya, kami tetap mencuba. Hasil daripada beberapa saringan, ada juga VTEC dan VR4 yang kami tapau. Pun begitu kemenangan dalam mutlak dalam kategori memang sukar menjadi kenyataan.
Kami akan mencuba lagi dalam sirkit yang akan datang selepas 'upgrading' enjin dilaksanakan. |
Sila Rujuk Majalah PUTERA RACING Mac 2003 |
|
l |
||
|
2hb - 3hb November 2002 |
KUANTAN AUTO COMBAT 2002 Sebuah kereta Proton Satria (1.8) telah diturunkan sebagai ayam sabung pasukan tajaan RADZONE, iaitu LYDIA RACING TEAM.
Saingan agak sengit dan kami berhasil mendapat kemenangan ditempat PERTAMA dalam kategori 1800cc NA. |
Sila Rujuk Majalah AUTOZOOM Disember 2002
|
|
l |
||
|
2hb - 3hb Oktober 2002 |
KERETA AUTO SALOON - FINAL Disamping menaja hadiah untuk pemenang kategori Enjin Paling Cantik, syarikat ini akan mengadakan pameran & jualan minyak pelincir RADZONE. Dapatkan penapis minyak (oil filter) PERCUMA dengan setiap pembelian minyak pelincir RADZONE di sini. Hubungi: 019-3886799 (Azmi) |
Sila Rujuk Majalah KERETA Disember 2002 |
|
l |
||
|
31hb - 1hb Ogos - September 2002 |
MERDEKA 12hrs ENDURANCE - 2002 RADZONE telah digunakan sebagai minyak pelincir rasmi untuk perlumbaan lasak 12 jam tanpa henti di Litar Antarabangsa Sepang ini.
Minyak enjin RADZONE CORMET & minyak gear RADZONE GT-SPID, yang kedua-duanya adalah versi Racing Edition, telah menjalankan tugas pelinciran & perlindungan dengan cemerlang. Enjin & kotak gear tidak mengalami sebarang masalah sepanjang 12 jam perlumbaan berlangsung.
Walau bagaimanapun, pasukan kami kurang bernasib kerana gagal menaiki podium disebabkan oleh masalah brek. Kami menghabiskan perlumbaan dengan ketinggalan 8 pusingan oleh pemenang pertama dengan purata ketinggalan masa 20 minit. Jika tidak kerana terlalu kerap memasuki pit, kami mungkin dapat memberikan keputusan yang lebih mengembirakan.
Kereta : Proton Putra 1.8 Pemandu : Saisfadhil / Farouk / Soffiz Mekanik : Lydia Racing Team Keputusan : Ke-8 (kelas B) atau Ke-18 (keseluruhan)
|
Sila Rujuk Page GALERI SIC |
|
Kemaskini terakhir : 1st November 2003 |
Laman web ini diselenggarakan oleh : Diti Marketing Services (0012139493-D) 17, Jalan Bawang Besar 24/35, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5548 4977 |