Assalamualaikum...Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pustaka Hilmi.cjb.net..

 


::. Teori & Kaedah Penterjemahan Arab-Melayu---------------------------------------------------------------------------------------------------

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis kerana sudi menjemput saya memberi sepatah dua kata dalam buku ini. Sebenarnya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berca-kap tentang bahasa Arab, apatah lagi tentang penterjemahan Arab – Melayu. Oleh hal yang demikian, tidak wajar sekiranya saya menyatakan bahawa semua kaedah penterjemahan Arab – Melayu yang dikemukakan oleh penulis dalam buku ini betul dan tepat.

Walau bagaimanapun, saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawa penulis telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan kaedah yang dikemukakan tidak menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, khususnya apabila penulis turut menyertakan maklumat rujukan terhadap fakta-fakta yang dikemukakan yang dirujuk daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat .

Oleh hal yang demikian, saya percaya buku ini sesuai dijadikan buku rujukan bagi mereka yang mengkaji kaedah penterjemahan Arab – Melayu. Harapan saya agar penerbitan buku ini akan menjadi pemangkin kepada kerancakan kajian dan penulisan dalam bidang ini. Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada penulis atas usaha murni beliau ini.

 

TUAN HAJI MOHAMAD YUSSOP ISHAK
Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.

9 November 2008.


Kemaskini: 4 January, 2009
 
Hakcipta terpelihara© [email protected] -- PT 184, Kg. Padang Lepai, Kadok 16450 Ketereh, Kelantan
Hosted by www.Geocities.ws

1