Puisi Online


Longgokan Puisi Tujuh

 

Puisi 61

Apabila pohon berkata-kata


Peristiwa di Ramallah
adalah secebis janji Rasulullah
pernah ternukil suatu masa lalu
kini sedang dan sudah pun berlaku

Apabila pohon boleh berkata-kata
"Hai Hamba Allah: Yahudi di belakangku
bunuhlah ia..."
Petanda kepada seantareo dunia
Islam sedang menuju persada jaya

Yang pastinya Islam akan gemilang
sedang bangsa yahudi akan lintang pukang
lari dan terus melarikan diri 
untuk sering bersembunyi

Mereka... Yahudi laknatuLlah
merampas tanah Palestin
sudah lebih separuh abad

Mereka...Membunuh kejam
jiwa-jiwa umat Islam
tanpa belas kasihan

Kini mereka akan 
menghadapi ulangan
episod-episod ketakutan
dalam jiwa kontang iman

di bekalang pohon 'gharqad' nanti
mereka akan bersembunyi
itulah sebahagian yang berbaki
kejari...kejari...kejari!

nukilan
Akhi Masrawi
Mei 2002

Sabda Baginda SAW : 

"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia !" Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".



Puisi 62

Puisi buat isteriku

Sebening cinta itu 
ku lilit di lipatan ingatan 
biar ia berulit 
dalam mimpi ini 

Lantas selirat kasih 
yang tersimpul dari bebenang ingatan 
menjelma disuluh cahaya 
lilin cinta yang kian padam 

Aku menanti 
hadirnya puisi cinta 
agar menyesak kantung rasa 
dan benak ronta 

agar mampu kulafazkan 
puisi cinta ini 
buatmu isteri 


nukilan, 
Akhi Masrawi
(Buat Sahabatku bernama Aris Hazlan)


Puisi 63

Diari Pejuang


Pejuang
Di sini mulanya 
kau ukirkan setia sebuah lakaran
pada beberapa cebisan
batu-batan kerikil jalanan
tentang kisah-kisah perjuangan

Bermula dari lakaran persetian itu
Kau tidak punya secebis masa
untuk alpa bersantai leka

Pejuang
diarimu itu masih terselit
pada sebongkah janji

Kalimahmu bagai berselingkit dalam cahaya
sambil mengejar sinar lilin kebenaran 
yang kian padam

Pejuang
Sisa air kekuatan itu
di dalam tempayan waktu
masih bisa kau ceduk 
dengan secawan usahamu 
yang mengundang sejuta warna 
kesabaran ampuh
dalam menobat 
rantaian perjuangan itu

Lantas kau semadikan 
dalam saku ingatan anak-anak watan
agar nanti pasti berkesinambungan
episod-episod perjuangan
yang pernah dilakarkan 

Kau masih menanti akhirnya
yang mungkin bukan pasti kau temuinya

Kau cuma ibarat mata-mata rantai
penyambung warisan para pejuang sebelummu
dengan membimbit diari yang sama


Nukilan
Akhi Masrawi
Daur Mayu 27/02


Puisi 64

Kota Kata

Melontar kata 
dalam pekat malam
persis berbisik 
berlagu suram

Melara janji
di simpang usia
dalam kekalutan
mencari jalan pulang

Mengayun buai
dalam belukar setia
menuntut makna
yang membina kota

Lantas diterpa kalam
dalam ayunan buai malam
dan janji suram di hujung simpang
hanya terseret kota dirobohkan

Nukilan
Akhi Masrawi
Mayu 02



Puisi 65 

Hanya kerana namamu Afghanistan

Hanya kerana namamu Afghanistan
kini dunia di pentas kekalutan
bila membicarakan kisah peperangan
demi peperangan yang diperjuangakan
mengorbankan jutaan anak watan
syahid berdarah pejuang Islam
demi membebaskan 
belenggu penjajahan

Hanya kerana namamu Afghanistan
bumi tarbiyah para insan
berdarah kesatriaan
Menghirup udara gunung-ganang
latar wilayahmu Afganistan
punya empat musim pusingan
bunga, luruh, panas dan 
kesejukan yang mencengkam

Hanya kerana namamu Afghanistan
Semenjak anak-anak watanmu membina kekuatan
mengusir bala tentera Soviet Union
dalam peperangan sekitar 1979 hingga 1989
sehingga Soviet Union membuat pengunduran
setelah 15 ribu tenteranya terkorban
dalam percubaan 10 tahun penaklukan
yang tidak bertemu noktah kejayaan 

Hanya kerana namamu Afghanistan
sekali lagi ada percubaan 
untuk melakukan penaklukan
dan menyeret Bin Laden wira pejuang
malah Taliban yang mengasas kerajaan Islam
sesudah menawan Kabul dan 80 peratus jajahan
yang disenaraikan melakukan keganasan
dan disyaki mendalangi serangan kemusnahan 

Hanya kerana namamu Afghanistan
rupanya dasarmu punya galian emas hitam
sumber kekayaan yang sering dikejarkan
agar Amerika boleh membina pengkalan
mengaut keuntungan yang menjadi kegilaan
setelah gagal melalui serangan
terhadap Iraq dalam tahun 90-an
dalam tindakan Saddam menyekat minyak disalurkan

Hanya kerana namamu Afghanistan
akan kekal berstatus sebuah watan
yang disarati ketegangan 
sosial, politik, etnik dan keagamaan 
serta dibelenggu oleh kemiskinan
rakyat-rakyat yang menderita kelaparan
dan politik yang sering bergoncangan
ayuh! carilah mercu jayamu Afghanistan


Nukilan
Akhi Masrawi
Mayu 02



Puisi 66


Seorang Atartuk itu

Mual untuk aku riwayatkan
kisah seorang manusia bergelar Atartuk
punca khilafah Uthmaniah yang hilang itu
kerana bisa meruntun kesedihan Umat Islam 

Lantaran masih ramai yang belum tahu
tentang kisah seorang Atartuk itu
yang tahu pun cuma dari buku
sumber bacaan yang sudah keliru

Seorang Atartuk itu
kononnya "Bapa Permodenan Turki"
jolokan itu barat tonjoli
dengan maksud demi mengkaburi 
mata umat Islam tentang kisah kejatuhan
Khilafah Islam Turki pada 24 Mac 1924

Seorang Atartuk itu
sejarahnya ternukil
di biasan minda umat Islam
setelah orientalis menukarinya

Kononnya Atartuk punya jasa besar
mencetus revolusi kemodenan turki

Kononnya Atartuk penyelamat Turki
dari belenggu pentadbiran Islam

Sebenarnya seorang Atartuk itu
alat guna zionis antarabangsa 
untuk membuka Palestin pada 1948
setelah ranapnya ketuanan Islam

Sebenarnya seorang Atartuk itu
menggesa rakyat Turki meniru barat
menggalakkan minum arak secara terbuka
mengarah revolusi bahasa Turki yang bebas 
pengaruh Bahasa Arab dan Pasri
menatijahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
dan azan dilaungkan dalam bahasa Turki
apalah punya revolusi?

Sebenarnya seorang Atartuk itu
seorang manusia sekularis
menolak agama dalam urusan dunia
menukar masjid menjadi muzium 
dan menutup masjid serta menghalang 
Umat Islam menunaikan solat berjamaah

Seorang Atartuk itu
hingga akhir hayatnya
didatangkan Allah pelbagai seksa
Sejuk sirna, panas sepanjang masa
hingga saat sakaratnya
ingatannya hilang

Jasadnya menjadi bangkai
tiada yang sudi memandikan
mengkafan dan menyembahyangkan
diawet selama sebilan hari sembilan malam

Mayatnya tidak diterima bumi
kemudian diawet lagi
dan diletakkan di sebuah muzium 
selama 15 tahun 

Usaha untuk menanam mayat itu
diteruskan lagi 
tetapi malang bumi masih tidak menerima
mayat seorang Atartuk itu

Ulama-ulama sezaman dengannya
telah mengatakan bahawa 
"Jangan katakan bumi Turki, seluruh bumi Allah 
ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Masih adakah seorang yang seperti
seorang Atartuk itu kini?


Nukilan
Akhi Masrawi
Tanta 27/5/02




Puisi 67

Bilah-bilah kaca

Aku menilik akar tuturmu
ada selirat getar yang bersembunyi
di sebalik tabir ketakutan
akan kehilangan diriku

Usahlah dikau bimbangi
soal hati dan perasaan ini
umpama bilah-bilah kaca
yang pernah berderai pecah

Kala suatu waktu dahulu
si pemungut bilah-bilah kaca itu
pernah terluka pilu

Andai tika ini
kau pemungut bilah-bilah kaca tadi
aku bisa menolongmu sehingga usai

Nukilan
Akhi Masrawi
Diari cinta
1 Jun 2002


Puisi 68

Istana tabah

Sukar untuk aku bina
sebuah istana tabah
dari batu-bata sabar
yang ditempa 
dari butir-butir
pasir kehidupan
berbalut perjuangan
demi mengenal 
selingkar pengorbanan
yang perlu diadun 
dengan rempah-ratus
keimanan tulus
dan taqwa 
yang tercipta 
terhadap Maha Esa

Nukilan
Akhi Masrawi
1 Jun 2002



Puisi 69

Izinkan

Aku berbicara dengan seorang wanita
kataku padanya "Izinkan aku singgah
di laman hidupmu!"

Hanya untuk memukimkan cinta
yang kian meronta benak

Namun aku masih belum mendengar 
sebarang jawapan daripadanya

Sehingga menyesak kantung rasa
dengan persoalan dan kerunsingan
yang menghantui jiwa

Katanya padaku "Kenalilah diriku
sebelum kau mukimkan cintamu"
Akhirnya aku terkedu

Nukilan 
Akhi Masrawi
Tanta
5 Jun 2002



Puisi 70

Sebening impian

Sebening impian 
yang dilakarkan
pada selembar
kanvas kehidupan
nyata mengisahkan
sebuah perjalanan
tentang pengorbanan 
dan perjuangan
mencari kejayaan
dalam kehidupan

Nukilan
Akhi Masrawi
Tanta
5 Jun 2002

 

 Puisi Online           JURNAL


Berminat untuk hubungi aku sila emel kepada: [email protected]
© Hak Cipta Dipelihara - Laman SENTUHAN PUJANGGA 1980-2002
~ untuk paparan 'cun' sila gunakan IE 800 x 600 & text size: medium ~

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws