Puisi Online
Longgokan Puisi Tiga
Puisi 21
Ragam
Dulu sudah ada
sekarang juga masih bersisa
mungkin keturunan mereka
menangih harta
dan berselindung
di sebalik kebenaran
ciptaan tuannya
meskipun kezaliman
bermaharaja lela
dulu tiada apa
tapi kini....
kesian pula
dikata 'barua'
nukilan,
akhi masrawi
Puisi 22
Lumrah
Pertemuan
meriangkan
perhubungan
menyenangkan
tapi perpisahan
menyakitkan
apa lagi
bila sudah berjanji
dan kotakannya
belum terlaksana
nukilan,
akhi masrawi
Puisi 23
Musykil
Hanya satu kalimah
memeningkan
tika hadirnya
mengisi benak rasa
dan aku bakal
bertanya-tanya
tentang apa-apa
nukilan,
akhi masrawi
Puisi 24
Bayu Lembah Kontang 1
Mator...
saksi nyata kedatanganku ke lembah kontang ini
hamparan permaidani pepasir kering
warisah silam para nabi
dan aliran Nil yang masih songsang
menjadi teman kala kegusaran
menjadi minuman
melepas dahaga kelelahan
buat anak-anak Nil meneruskan kehidupan
Nil...
Kau tetap mengalir
walau hiruk pikuk Kota Kaherah telah menyaksikan
ramai mana anak-anak nil yang
meneguk airnya saban waktu
meratah isinya saban masa
jauh tersasar memilih kehidupan
hanyut terikut budaya songsang kebaratan
lalai dan alpa soal kehidupan
Piramid angkuh di Giza menjadi bukti
masih tegak berdiri
jawapan yang pasti...
Itulah kuasa Ilahi
dan Spinx tersenyum dengan muka rebehnya
melihat anak-anak Nil
terhanyut kemodenan
Buktinya suatu ketika dahulu
Anak-anak Nil pernah disesatkan oleh Firaun durjana
Namun aku masih tidak mengerti...
Sedangkan Firaun telah lama dimumiakan
Namun masih ada yang menjadi pengikut setianya
Hingga ke hari ini...
Masih ada Qhorun yang tamakkan harta
Bukan cuma di lembah kinanah ini
Bahkan di serata dunia
Masih ada Hamman yang setia pada perintah Firaun moden
Sujud menyembah penuh sanjungan
Walau pada kesilapan dan kesalahan
Pelik
pelik
pelik
dunia ini
Lontarkanlah aku seketika di Hussin
Secebis kota pinggiran Kaherah
Untukku hirup udara segar hembusan
Dari anak didik Al-Azhar
Kulihat pada makam Saidina Hussin
Sayu terkenang kisah sedih itu
Namun kesedihan tetap tinggal kesedihan...
Perjuangan akanku teruskan
Tapi bagaimana???
Kulihat anak-anak didikmu Al-azhar
Semangatku kembali muncul
Lembah subur ini menjadi bukti
Kilang cetak para ulama' silam
Yang agung dengan ilmu di dada
Yang mantap mengeluarkan hujah
Penuh keyakinan...
Betapa mantap Al-Azhar mendidik
Pusu-pusuan anak-anak ajnabi
Datang mengaut segala keberkatan
Dari Ulama'Al-azhar yang mengajar penuh keikhlasan...
....tunggu sambungan Bayu Lembah Kontang 2.
nukilan,
akhi masrawi.
Kubri Quhafah.
Puisi 25
Secangkir Kopi
Kala secangkir kopi dihidangkan
dengan asap yang berkepolan
Di meja makan warung Pak Man
Sambil sempat meratah Pulut udang
Dia tak kukenali
setelah menempah dua cawan kopi
Menabur janji
"Jangan kau tak undi"
Kerajaan hanya ada satu parti
yang sebenarnya pasti
Sogokankah secangkir kopi
Yang telah terhidang ini
kalau cuma secangkir kopi,
untuk turut mengundi
memenangkan sebuah parti
dan bergadai kebenaran yang pasti
sudah tentu secangkir kopi
tidak aku cicipi
nukilan,
akhi masrawi
Kubri Quhafah.
090402
Puisi 26
Lakarlah Puisi Cintamu
Lakarlah puisi cintamu
buat kekasihmu
yang setia menunggu
sejak mula kenalmu
dengan kekasihmu
hingga cetusnya rasa yang satu
antara dia dan dirimu
akan kau kenal
satu puisi cintamu
yang ampuh buat dia itu
hanya dari tiga kalimah
I LOVE YOU
nukilan,
akhi masrawi.
GMC.
Puisi 27
ayah 1
ayah
rintihan dari
seorang anakmu ini
menuntut seribu erti
walaupun kala perpisahan
antara kita
tiada aliran
air jernih dari kelopak mata
namun hati dan perasaan
tetap faham
tentang hakikat
ikatan kasih sayang
nukilan,
akhi masrawi
GMC, Tanta
Puisi 28
Puisi Buat Fatihah Yahya
Dia
cuma hadir sekali
buat mengenal
apa jua
namun
perginya
tidak kemana
jika terikat
suatu rasa
bernama cinta
nukilan,
akhi masrawi
Puisi 29
Mansoura
Terima kasih
kerana menjemputku
ke laman hidupmu
merentas belantara ilmu
guna buat memungut
secebis pengalaman
di hari depan
dan menambah
segugus keyakinan
tika sekarang
nukilan,
akhi masrawi.
Tanta,
Puisi 30
Salam Buat Dia
Bayu...
terbangkan salamku ini
bersama hembusanmu
mewangi menyeret kasturi
disimbah dingin salju
lantas sampaikan
kiriman ini
sembah salamku
buat Dia di sana
walau tidak aku kenali
namun hati ini
telah mengikat janji
meskipun ia belum termetri
nukilan,
akhi masrawi.
Berminat untuk hubungi aku sila
emel kepada: [email protected]
© Hak Cipta Dipelihara - Laman SENTUHAN PUJANGGA 1980-2002
~ untuk paparan 'cun' sila gunakan IE 800 x 600 & text size: medium ~