Puisi Online


Longgokan Puisi Satu

 

Puisi 1 

Bicara 

Terungkit kembali 
sebuah memori 
di hujung senja 
antara epilog dan prolog 
yang bungkam 
pada membicarakan 
tentang hakikat 
sebuah perjuangan.. 

akhi masrawi. 
Cairo, Egypt. 


Puisi 2 

Dia

Dia... 
Tidak kukenali 
mengirim salam rindu 
lewat berselindung 
di kantung emel 
dan aku 
masih mencari 
si dia itu 

akhi masrawi. 
GMC
230302


Puisi 3 

Syifa 

Hadirmu meberi erti 
pada diri 
malah keperitan 
untuk menanggung sebuah rindu 
ibarat "nailofar" 
yang dinanti "Iqbal" 
untuk mencuri atau meminta 
hati ini 
dihuni.... 

akhi masrawi, 
Gmc 
230302


Puisi 4 

Arah 

masih menanti 
si penunjuk arah 
yang telah berjanji 
menunjukkan arah 
namun 
si penunjuk arah 
tidak hadir 
sehingga aku tidak terarah 
ke mana perlu aku tuju 
ke hilir atau ke hulu 
ke utara atau ke selatan 
ke barat atau ke timur 

sehingga si penujuk arah tiba 
aku masih terkedu 
berfikir 
berfikir 
berfikir 
arah yang betul 
bagi seorang penunjuk arah 

Akhi Masrawi 
akhir Helw. Tanta
280302


Puisi 5 

Nurhumaira 

Nurhumaira 
hanya nama itu 
yang ku tahu 
melakar metafora indah 
di sebalik tutur bisu 
dan warkah 
yang hadirnya 
hanya sekadar seketika cuma 
dan akhi masih menanti 
siapa gerangan empunya diri 
untuk mengenali 
seterusnya merapati 

akhi masrawi. 
280302 


Puisi 6 

Terlewat 

akukah yang terlewat 
untuk tiba sebelum senja 
demi mencuri hatimu 
atau engkaukah yang terawal 
menjual hati itu 
untuk dihuni 
pengemis yang lain 

akhi masrawi 


Puisi 7 

Ukiran Jihad 

Tika ledak letup kedengaran di Ramallah 
aku masih terleka bertingkah 
bermuhasabah dalam pasrah 
mengenang titis-titis darah 
mengalir dari tubuh-tubuh syuhada' 
Malakar episod-episod perjuangan 
pembebasan... 
perjuangan... 
kematian demi kematian 
dunia saksikan kini 
darah hanyir yang mengalir lesu 
bukan untuk ditangisi cuma 
tetapi ukirkanlah sesuatu 
agar laungan jihad berbalas 
dan palestin kita bebas 
dari belenggu durjana 
yahudi dan zionis yang mencengkam 
hanya dengan satu cara 
kesatuan 
kesatuan 
kesatuan 
dan ukiran jihad pasti tercerna 

nukilan, 
akhi masrawi 
Nuhas Street. 
300302 


Puisi 8 

MDC...(Sue) 
Biar aku tidak mengenalimu 
namun sastera menemukan kita 
hanya sekadar untuk bermukim cinta 
terhadap sastera 
dan mengunggul pena 
untuk kita terus bersama 
bermadu asmara 
di bawah rimbunan maya 
yang lebat terukir rasa 
dan benak yang meronta 
untuk berbicara 
soal cinta 
terhadap sastera... 

nukilan 
akhi masrawi 


Puisi 9 

Lara 

Seketika cuma 
hadirmu 
mencuri hatiku 
tika lara hati ini masih bersisa 
dan terubat tika hadirmu 
namun 
kala lara berakhir 
kau hilang 
dari pandangan 
aku terkasima 

nukilan, 
akhi masrawi


Puisi 10 

(Sebuah Syair Arab di adaptasi oleh Akhi Masrawi) 

'ibadan 

inna lillahi 'ibadan futhana 
tallaqut Dunya wa khaful fitana 

nazaru fiha falamma 'alimu 
annaha laisat lihaiyyi wathana 

ja'aluha lujjatan wat thakhazu 
solihal a'amal fiha sufuna 


adaptasi dari syair 
Imam Syafie Rahimahullah.

 

 Puisi Online           JURNAL


Berminat untuk hubungi aku sila emel kepada: [email protected]
© Hak Cipta Dipelihara - Laman SENTUHAN PUJANGGA 1980-2002
~ untuk paparan 'cun' sila gunakan IE 800 x 600 & text size: medium ~

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws