![]() |
||||
|
|
||||
|
Ketiadaan ubat/vaksin untuk mencegah atau menghapuskan AIDS menyebabkan penyakit ini terlalu sukar dikawal. Di Malaysia, keadaan ini sudah mencapai tahap yang membimbangkan kerana kes-kes HIV/AIDS telah meningkat dari masa kesemasa dengan drastik.Walaupun pelbagi kajian telah dijalankan tetapi vaksin penyembuh penyakit virus HIV masih belum di temui . Statistik yang dilaporkan ke Kementerian Kesihatan menunjukkan 50 % kes terdiri dari golongan remaja dan belia berumur bawah 29 tahun. Masalah ini dikenalpasti berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu dimana 76% terdiri dari penagih dadah dan 5% melalui hubungan seks. Gejala sosial dan keruntuhan moral di kalangan remaja boleh menyebabkan masalah HIV/AIDS menjadi semakin serius. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja pada Februari 1994 mendapati 18% dari 6110 responden remaja kedua-dua jantina diseluruh Malaysia di bandar dan luar bandar mempunyai pengalaman seks bebas (75.1% berumur 16 hingga 21 tahun). Masalah penyalahgunaan dadah oleh golongan remaja telah lama berlaku di Malaysia. Jumlah yang terlibat meningkat dari tahun ke tahun. Contohnya pada 1990, seramai 7372 kes penagih baru telah menigkat kepada 13,140 kes baru pada tahun 1995. Perkembangan negatif ini jika tidak ditangani segera, pastinya akan memburukkan lagi masalah HIV/AIDS. Memandangkan potensi yang tinggi untuk perebakan HIV dikalangan remaja di Malaysia, maka langkah segera yang khusus untuk golongan remaja harus dijalankan. Antara langkah yang ketara menangani masalah HIV/AIDS dikalangan remaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dengan mewujudkan program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja)
|
||||
|
|
||||
![]()
copyright.prostar©2004k.selangor