Bagi melahirkan golongan remaja yang bermaklumat,berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggung jawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda serta berusaha menanam sikap-sikap positif di kalangan remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS.

        Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja tentang bahaya jangkitan HIV, cara mencegah dan kawalannya. Menanamkan sikap positif dikalangan remaja bagi menghindari tingkahlaku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan HIV serta prihatin akan gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

        Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi remaja lain ke arah pengamalan cara hidup sihat dan bermoral.Selain itu juga ia dapat memperkenalkan kelab PROSTAR Kuala Selangor di khalayak ramai.Ianya dapat mewujudkan kelab PROSTAR di setiap sekolah di daerah Kuala Selangor.

        Membentuk segolongan fasilitator berwibawa di kalangan remaja bagi menggerak dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini bertujuan membentuk remaja aktif dalam persatuan sukarela yang dapat menghindarkan mereka daripada aktiviti yang tidak sihat.

 


  Strategi                                                                             

  Bagi mencapai objektif tersebut, strategi utama digunakan:

·     Mengukuhkan kerjasama pelbagai agensi dan masyarakat seperti Kementerian Belia Dan Sukan,    Pendidikan, badan Agama seta Profesional dengan kumpulan sasar (Remaja) secara aktif dan berterusan dalam merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR

·    Menggunakan kominikasi secara intensif dengan kaedah interpersonal yang sesuai digunakan secara meluas di seiap peringkat seperti perbincangan kumpulan kecil, main peranan(role play), teknik pemujukan dan lain-lain lagi. Di samping itu, pelbagai media cetak dan elektronik digembleng untuk mempromosikan program ini.

 Latihan Fasilitator Rakan Sebaya  

·      Fasilitator berkebolehan akan dihasilkan melalui satu program latihan menggunakan   modul latihan khas dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan citarasa remaja (berbentuk infotainment)

·      Penubuhan kelab PROSTAR sebagai satu badan NGO bertindak mengembangkan dan meneruskan program pendidikan PROSTAR di kalangan remaja diterajui oleh fasilitator rakan sebaya.

·      Penyelidikan dan penilaian secara berkala ke atas aktiviti aktiviti yang dijalankan akan dilakukan secara berterusan.

·      Penilaian impak ke atas tingkahlaku akan dijalankan melalui kajian terperinci serta berkala

  •     Sepanjang 1998, lebih daripada 8,500 kanak-kanak dijangkiti HIV saban hari, iaitu              pada setiap enam minit.

·      UNAIDS melaporkan pada penghujung 1997, 8.2 juta kanak-kanak kehilangan ibu yang mati kerana AIDS sebelum mereka berumur 15 tahun. Penghujung 1998, UNAIDS mengandaikan 33.4 juta penduduk dunia mengidap HIV positif, 43 peratus adalah wanita. Negara yang teruk dijangkiti mencatatkan dua atau lebih daripada lima wanita hamil menghidap HIV positif.

·      Seramai 90 peratus bayi yang dilahirkan ibu HIV positif, menerima virus sewaktu kelahiran atau menerusi penyusuan badan.

·      100,000 kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menghidap HIV positif melalui penerimaan darah atau melalui hubungan seks.

·      Pada 1998,  590,000 kanak-kanak di bawah 15 tahun dijangkiti HIV. Sepanjang virus ini dikesan, seramai 1.2 juta kanak-kanak menghidap HIV positif hingga akhir 1998.

·      HIV bertindak lebih pantas pada kanak-kanak untuk menjadi AIDS. Majoriti kanak-kanak berusia bawah 15 tahun sudah disahkan menghidap AIDS dan ramai sudah meninggal dunia.

·      Seramai 2.5 juta penduduk dunia mati kerana AIDS pada tahun 1998 dan 510,000 adalah kanak-kanak di bawah 15 tahun.

+Maklumat ÷Tanggungjawab × Usaha - Risiko =

Hidup Sihat Tanpa AIDS

 

 
 

 

copyright.prostar©2004k.selangor

 

Hosted by www.Geocities.ws

1