| FUNGSI DAN PERANAN |
A. PEMBANGUNAN SUMBER
Membangunkan perisian multimedia bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran melalui PKG.
Menyebar rancangan radio dan TV Pendidikan.
Menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
Mengumpul dan mengedar bahan-bahan bacaan dan bahan sumber untuk keperluan PKG dan PSS.
Mewujud dan menyelaras pembangunan PSE di sekolah.
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada sekolah dalam bidang teknologi maklumat, teknologi komunikasi dan pusat sumber.
Membuat rakam salin video/audio pengajaran untuk keperluan PKG dan sekolah.
Memberi perkhidmatan penggambaran video dan fotografi acara-acara rasmi peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah untuk koleksi jabatan.
Melaksanakan projek-projek khas ke arah penggunaan sumber dalam bentuk projek gerakan membaca, Projek Bina MInda, PABINSI, MAHSURI dan sebagainya.
Menjalankan kerja-kerja promosi bagi peningkatan penggunaan sumber cetak dan elektronik dalam pendidikan.
B. PEMBANGUNAN IKHTISAS
Melatih guru dan kakitangan Perkhidmatan Pendidikan dalam bidang teknologi pendidikan dan teknologi komunikasi.
Menjalankan program perkembangan staf bagi membina kumpulan staf yang berpotensi mengikut keperluan tanggungjawab.
Menjalankan latihan untuk pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan berkaitan mengenai penggunaan dan/atau pembinaan bahan-bahan teknologi pendidikan serta pembangunan dan pengurusan pusat sumber.
Menjalankan pelbagai jenis kajian ( seperti kajian impak, kajian tindakan dan kajian keperluan ) mengenai keperluan, kegunaan dan amalan teknologi dalam pendidikan , pembangunan staf , pembangunan infrastruktur serta program PKG dan PSS.
Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) seperti projek-projek rintis dan projek-projek pembangunan pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan media dan teknologi dalam pendidikan.
Menaikkan taraf dan keupayaan sistem-sistem perkakasan/peralatan dan perisian serta bahan-bahan yang diperlukan bagi PSPN dan PKG.
Mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti PKG selaras dengan keperluan pendidikan negara ke arah pembangunan Teknologi Maklumat.
Membina hubungan strategik dengan pelbagai institusi pendidikan dan pihak-pihak tertentu dalam perlaksanaan aktiviti dengan tujuan untuk mencapai objektif organisasi.
C. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Melaksanakan segala bentuk urusan yang berkaitan dengan BTP, JPN, PKG dan sekolah.
Menjalankan kerja-kerja pembekalan dan penyenggaran peralatan dan bangunan.
Menjalankan kerja-kerja pengurusan seperti pengurusan seperti pemantauan, penilaian, penjadualan dan penyelarasan aktiviti yang dijalankan.
Menguruskan hal-hal perjawatan dan perkhidmatan di PSPN dan PKG.
Memperolehi kewangan dan melaksanakan pengagihan mengikut keperluan aktiviti PSPN dan PKG.
| Halaman Depan | Sekapur Sireh | Pengenalan | Pengurusan | Perkhidmatan | PKG | Maklumat Terkini | Lain-Lain Link |