Ketua Penolong Pengarah PSPN Perak, Tuan Hj. Abu Hassan  bin Yusoff  ingin melihat PSPN wujud sebagai institusi pendidikan yang  berwibawa dan bergerak seiring  dengan peranan Jabatan Pendidikan Negeri. Beliau menyampaikan      amanatnya itu dalam ucaptama pada hari pertama bersua muka dengan kakitangan PSPN dan Penyelaras PKG seluruh negeri Perak tanggal 29 April 2004 yang lalu. Beliau  turut     mengingatkan semua pegawai tentang dua tugas utama PSPN dan PKG iaitu meningkatkan penggunaan PSS dan mempergiatkan penggunaan teknologi dalam P&P di samping                mempromosikan perkhidmatan yang sedia ada. Untuk itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga dan usaha  bagi meningkatkan jalinan  kerjasama di antara JPN, PPD dan sekolah.

 

Menurut beliau lagi, PSPN mempunyai kepakaran dan       kemudahan dalam teknologi. Sebagai usaha untuk menarik minat ramai guru ke PKG / PSPN, segala perancangan hendaklah disusun mengikut kesesuaian dan keperluan pelanggan. Pelaksanaan setiap aktiviti berkonsepkan teknologi

tentunya akan memberi    pulangan yang berfaedah kepada guru-guru. Tambah beliau, kegagalan merancang sebenarnya akan menyebabkan kita merancang kepada kegagalan.

 

Majlis yang dihadiri oleh   seluruh warga PSPN turut menyaksikan upacara       penyerahan pemangkuan tugas KPP yang dilakukan selama ini oleh En. Ab. Razak bin     Hassan.

Wadah baru di tempat baru

Kemudahan Tersedia Menanti Anda

PSPN Perak menawarkan kemudahan bersifat eksklusif kepada kaum guru yang ingin mengadakan kursus mahupun bengkel di premis ini. Dengan ruang kuliah yang selesa dan dilengkapi peralatan yang berteknologi terkini, PSPN sedia memenuhi keperluan anda. Peminjaman buku dan khidmat rakam salin juga telah beroperasi. Sila hadir dan berjumpa pegawai-pegawai      kami yang sentiasa sudi membantu anda.

 

Kompleks PSPN Perak yang  mula beroperasi pada awal tahun ini tersergam indah di Tasek Damai dan menjadi pemangkin kepada institusi pendidikan negeri dalam penggunaan teknologi berasaskan  sumber untuk kegunaan P&P. Demikan disuarakan oleh KPP PSPN Perak, Tuan Hj. Abu Hassan bin Yusoff dalam ucaptama beliau pada hari pertama melangkah masuk ke PSPN Perak. Beliau turut meminta agar kepakaran teknopen yang ada      diterapkan kepada guru-guru sebagai melengkapkan lagi kemahiran yang sedia ada.

Jalan Tawas Baru Utara,Tasek Damai

30010 Ipoh

Perak Darul Ridzuan

Telefon: 605 292 4933 /605 292 4955

Faks: 605 292 4115

Email: [email protected]

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1