Mengapakah saya perlu menderma darah?
Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalngan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Sumbangan anda akan dapat menyelamtkan nyawa mereka.
2. Adakah saya layak untuk menderma darah?
Ya. Jika anda berumur 17 tahun ke atas (kebenaran bertulis ibubapa atau penjaga diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45 kg. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sila maklumkan pegawai bertugas sekiranya anda mengambil sebarang ubat-ubatan sebelum mengisi borang pendaftaran penderma darah.
3. Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah?
Anda harus cukup sihat jika hendak menderma darah. Kesihatan dan keselamatan anda amat penting bagi kami. Ada akan diminta untuk mengisi borang pendaftaran penderma darah terlebih dahulu dan menjawab beberapa soalan mengenai sejarah perubatan anda. Setitik darah akan diambil untuk ujian paras heamoglobin (ujian kepekatan darah) dan ujian kumpulan darah. Sekiranya paras heamoglobin anda 12.5gdl ke atas anda layak untuk saringan tekanan darah dan sesi kaunseling. Semua malumat yang diberikan oleh anda adalah sulit.
4. Berapa lamakah masa diambil untuk menderma darah?
Proses menderma darah ini akan mengambil masa di antara 7 hingga 10 minit bergantung pada salur darah anda. Anda dinasihatkan untuk berehat terlebih dahulu di tempat menderma sebelum beredar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
5. Adakah jarum itu menyakitkan?
Anda cuma akan berasa sakit sedikit apabila jarum dimasukkan dan tidak lagi selepas itu.
6. Berapa banyak darah yang akan diambil?
Sebanyak 450ml (untuk ‘triple bag’), 350ml (untuk ‘double bag’) dan 300ml (untuk ‘single bag’). Amaun yang diambil perlu kurang daripada 1 pain (586 ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan mereka.
7. Bagaimanakah rasanya selepas menderma darah?
Kebanyakan orang akan berasa lebih selesa selepas menderma darah. Anda dinasihatkan supaya mengambil makanan ringan sebelum menderma darah.
8. Bolehkah saya melakukan aktiviti sukan selepas menderma darah?
Boleh. Walau bagaimanapun cuba elakkan daripada melakukan aktiviti berat untuk tempoh 5 jam selepas menderma darah. Banyakkan minum air putih dalam tempoh 24 jam.
9. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menggantikan darah yang telah didermakan itu?
Plasma digantikan semula dalam tempoh 24 jam. Anda perlu minum 4 gelas air putih tanpa alkohol dan jangan melakukan kerja berat dengan menggunakan tangan anda untuk tempoh 5 jam. Darah merah memerlukan jangkamasa 4 hingga 8 minggu untuk digantikan dan selepas itu anda boleh menderma darah semula.
10. Apakah yang akan dibuat kepada darah yang telah didermakan itu?
Darah anda akan diuji untuk menentukan kumpulan darah dan jangkitan virus seperti siflis/VDRL, hepatitis B & C dan AIDS (HIV). Sekiranya darah anda melepasi semua ujian-ujian saringan ini, darah anda akan disimpan untuk kegunaan pesakit. Darah juga boleh diasingkan kepada beberapa komponen darah dan digunakan untuk merawati lebih daripada seorang pesakit.