![]() |
||||||||||
| SEJARAH PKMS | ||||||||||
| SEJARAH PKMS | SEJARAH PERTUBUHAN | PILIHAN DEWAN | SENARAI PARTI | WARISAN BANGSA | ||||||||||
| Muka Depan Sejarah Masyarakat Aktiviti Borang Ahli Fasiliti / Khidmat Pengurusan & Pentadbiran Gambar Gambar Kenangan PKMS |
||||||||||
| Dengan kedatangan wakil British , Mac Michael ke Tanah Melayu ( Malaya ) yang memaksakan Duli - Duli yang Maha Mulia Sultan - Sultan menyerahkan negeri Melayu dan pusakanya kepada Mahkota British dengan gagasan Malayan Unionnya . |
||||||||||
| Maka dengan sebulat suara bangkitlah rakyat Melayu membangkang penyerahan itu . | ||||||||||
| Pada 01hb March - 04hb March 1946 , berhimpunlah wakil - wakil seramai empat puluh ( 40 ) Pertubuhan Melayu seluruh tanah Melayu di satu perhimpunan Kongres Melayu dan tujuan - tujuannya . Singapura diwakili oleh Kesatuan Melayu Singapura . | ||||||||||
| Kemudian mereka berjumpa di Johor Bahru dan di situlah telah didirikan UMNO ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ) dan di situlah telah di serukan " Hidup Melayu " sampai disahut oleh sekelian rakyat Jelata Melayu dan di sepanjang dan selebar - selebar Tanah Melayu . | ||||||||||
| UMNO Singapura telah didaftarkan pada 20hb Februari 1961 , sebelumnya ia merupakan salah sebuah cawangan UMNO Malaya Johor Bahru dan kemudiannya berkembang menjadi Umno Bahagian Singapura pada tahun 1954 . |
||||||||||
| Pada 31hb Ogos 1957 Malaya mendapat kemerdekaannya daripada British dan Parti Perikatan iaitu UMNO - MCA - MIC menjadi Pemerintah Malaya . | ||||||||||
| Pada tahun 1955 hingga tahun 1959 Parti Perikatan tersebut juga telah membuahkan kejayaannya di Singapura di dalam pilihanraya - pilihanraya Majlis Perundangan dan Majlis Bandaran dengan memenangi kawasanundi - kawasanundi di Pulau - Pulau Selatan , Ulu Bedok , Tanglin , Telok Blangah , Geylang dan Kampong Kembangan . | ||||||||||
| Alamat kami 218F Changi Road PKMS Building Singapore 419737 Tel : 63455275 64470468 Fax : 63458724 |
||||||||||
| Singapura mencapai pemerintahannya sendiri pada tahun 1959 . | ||||||||||
| Pada 16hb September 1963 Singapura mendapat kemerdekaan daripada British dengan cara bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Malaysia. | ||||||||||
| UMNO Singapura memainkan peranan politik yang aktif di kalangan masyarakat Melayu di mana ia mendesak untuk kemajuan sosio- ekonomi orang - orang Melayu pada awal 1960an pada waktu Singapura masih sebahagian Malaysia . | ||||||||||
| Pada 09hb Ogos 1965 Singapura dipisahkan daripada Malaysia . | ||||||||||
| Sesudah perpisahan , UMNO Singapura terpaksa menyesuaikan kepada keadaan politik semasa negara Singapura yang Merdeka dan berbilang bangsa dan juga terpaksa memutuskan perhubungannya dengan UMNO Malaysia . | ||||||||||
| Pada 05hb Mei 1967 , UMNO Singapura menggunakan nama baru :- PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) atau SINGAPORE MALAY NATIONAL ORGANISATION ( SMNO ) . |
||||||||||
| Cogan kata PKMS ialah :- BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT |
||||||||||
| Seruan PKMS ialah :- MERDEKA |
||||||||||
![]() |
||||||||||
| Gambar Banggunan PKMS Pada Tahun 1980 | ||||||||||
| ASAS - ASAS DAN TUJUAN - TUJUAN | ||||||||||
| Memperjuangkan dan mempertahankan sehingga terlaksananya hak kedudukan keistimewaan orang - orang Melayu dalam Singapura yang diakui Anak Bumiputra Pulau Singapura sebagaimana tersebut di dalam Perlembangaan Singapura . | ||||||||||
| 1 2 3 4 5 6 7 |
||||||||||
| Memelihara dan menggalakkan perasaan muhibbah antara rakyat Singapura yang berbagai - bagai keturunan bagi mewujudkan satu bangsa yang bersatu dan kuat . | ||||||||||
| Menjalankan apa jua ikhtiar dan langkah bagi kebajikan dan kemajuan ahli - ahli dan rakyat Singapura amnya . | ||||||||||
| Menjalankan segala ikhtiar bagi mengembangkan Bahasa dan Kebudayaan Melayu . | ||||||||||
| Memelihara dan mempertahankan Agama Islam serta menjalankan segala ikhtiar bagi mengembangkan Agama Yang Maha Suci itu dengan tidak mengganggu hak lain - lain Agama. | ||||||||||
| Mengawal dan mempertahankan asas - asas pemerintahan demokrasi berparlimen . | ||||||||||
| Menentang sebarang rupa corak penjajahan . | ||||||||||