Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
dengan menggunakan kemudahan emel
Murid melukis rajah atau raksaksa secara individu
atau berkumpulan. Mereka perlu menggunakan emel untuk menerangkan gambar
yang dilukisnya kepada orang lain menggunakan emel. Murid yang menerima
mel akan melukis gambar dari penerangan yang diterimanya. Jika penerima
mel inginkan maklumat lanjut, mereka boleh bertanya juga dengan menggunakan
mel. Apabila penerima mel telah berpuashati, yang ia telah melukis gambar
tersebut dengan tepat, mereka akan bertukar-tukar gambar untuk menilai
sejauh mana ketepatan gambar yang telah dijana itu. Aktiviti ini boleh
dijalankan untuk murid di sekolah yang sama atau untuk sekolah lain tanpa
mengira lokasi.
Dalam latihan ini murid/pelajar perlu menguruskan
suatu acara seperti perlawanan bolasepak, lawatan sekolah, atau majlis
makan malam melalui emel. Mereka perlu bertanyakan perkara-perkara seperti
berapa orang akan hadir, apa yang diperlukan, aturcara majlis, makan minum
(mungkin ada orang yang mempunyai kegemaran makanan tertentu atau ada alahan
kepada makanan tertentu), dan sebagainya. Berdasarkan maklumat yang diterima
melalui mel, murid akan merancang acara atau aktiviti.
[ Ke Muka Utama ] [ Kandungan ] [ emel ]
Pelajar bersedia untuk memperkenalkan seseorang
(yang belum ditemuinya) kepada orang lain. Untuk pelajar menengah, mungkin
berupa memperkenalkan seseorang dalam persidangan atau bagi pelajar sekolah
rendah ia mungkin memperkenalkan pelajar baru pada hari pertama kehadirannya.
Sebagai permulaan, mereka perlu menentukan apakah maklumat yang dikehendaki
dari orang itu. Kemudian kemukakan soalan tersebut melalui emel dan sediakan
pengenalan orang berkenaan secara bertulis atau lisan. Adalah lebih berkesan
jika orang tersebut diperkenalkan kepada rakan-rakannya.
Dalam aktiviti ini, murid/pelajar akan membina
cerita secara kolaboratif. Seorang atau satu kumpulan akan memulakan cerita,
kemudian ia akan dihentar kepada orang lain atau kumpulan lain yang akan
menambah kepada cerita berkenaan dan kemudian dihantar kepada orang seterusnya
yang akan menambah bahan cerita. Akhirnya semua orang akan mendapat cerita
yang lengkap untuk dikongsi bersama.
Pelajar diminta membuat penerangan tentang program
TV, buku atau majalah tidak lebih dari 50 perkataan dan hantarkan kepada
orang lain. Pelajar yang menerima mel perlu meneka berdasarkan penerangan
yang diberi.
Pelajar dari seluruh negara dikehendaki untuk
mengawasi sesuatu aktiviti atau kejadian seperti bila musim buah tertentu,
bila berudu muncul, bila hujan, cuaca hari ini, suhu pagi ini dan sebagainya
supaya trenda atau corak tertentu dapat dikaji di seluruh negara. Aktiviti
ini juga boleh diperluaskan ke negara-negara lain di seluruh dunia. Perbandingan
data ini boleh dijadikan sebagai soalselidik dan eksperimen dimana pelajar
akan menggunakan data sendiri, dan juga data dari sumber-sumber lain.
Melalui aktiviti ini pelajar akan mengumpulkan
maklumat serta lebih bersedia untuk mula ke sekolah atau berpindah ke sekolah
barunya. Melalui pertukaran mel dengan guru dan pelajar sekolah barunya,
mereka akan memahami lebih lanjut tentang latarbelakang sekolah, guru,
pelajar dan budayanya. Mereka boleh mulakan aktiviti dengan menghantar
mel kepada guru yang akan memanjangkan mel tersebut kepada pelajarnya yang
akan menjadi rakan mel atau "e mail buddies" yang akan menjadi rakan pemandu
apabila ia mula tiba disekolah barunya dalam tempoh pembiasaan diri di
tempat baru.
Ramai pakar, penulis atau artis yang boleh dihubungi
melalui emel di Internet. Pelajar digalakkan menghubungi pengarang buku
yang telah mereka baca untuk memberikan pandangan atau bertanyakan soalan.
Mereka juga digalakkan untuk memberi maklumbalas kepada artikel-artikel
dalam buku, majalah akhbar atau program TV yang biasanya ada memberikan
alamat mel.
Komunikasi antara pelajar atau sekumpulan pelajar
berlainan latarbelakang antara sekolah merentas daerah, negeri atau negara
melalui emel. Penekanan harus diberikan kepada persamaan antara kumpulan-kumpulan
ini yang akhirnya akan menjurus kepada aktiviti bersama seperti lawatan
atau mungkin merancang perlawanan bolasepak jika kedua-dua kumpulan meminati
sukan tersebut.
[ Ke Muka Utama ] [ Kandungan ] [ emel ]