Aktiviti 1

Penggunaan Emel dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Kemudahan emel boleh diintegrasikan dalam pengajaran pembelajaran dalam pelbagai cara. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan ada di laman http://www5.jaring.my/sle/sletrain/ssbj/aktivitimel.htm.

Aktiviti emel ini digunakan sebagai aktiviti pengayaan atau aktiviti penerokaan.

Tajuk: Jadual Perkalaan Unsur


 
 

[ Ke Muka Utama ]   [  Kandungan  ]  [ emel ]




Aktiviti 2

Mencari laman Pendidikan

Terdapat pelbagai cara untuk kita mencari maklumat dari Internet

Alamat (URL)

Jika anda telah mengetahui alamat sesuatu laman, anda terus boleh menulis alamatnya (URL – Uniform Resource Locator) dalam ruangan alamat.

Anda akan dipaparkan dengan imej bumi berdasarkan siang/malam. Laman ini boleh digunakan dalam pengajaran Sains, Geografi dan Pengajian Agama mengikut kreativiti guru

Aktiviti 3

Menggunakan Enjin Carian/Direktori

Enjin carian membolehkan anda mencari maklumat berdasarkan perkataan yang anda kemukakan.

Kebanyakan enjin carian juga mempunyai direktori berdasarkan topik laman. Anda boleh menggunakan enjin carian lain untuk mencari bahan-bahan yang anda ingini. Cuba www.yahoo.com, www.excite.com, www.catcha.com dan www.metacrawler.com.

Carian menggunakan Yahooligans

Taipkan alamat www.yahooligans.com.
 

Taipkan perkataan yang ingin anda cari seperti solar system. Hasil carian akan adalah seperti berikut.
 

Carian ini juga akan menghasilkan pautan ke laman yang berkaitan dengan sistem solar.
 
 
 

Aktiviti 4

Membina Bookmark

Internet sebagai gedung maklumat memgandungi jutaan laman yang berfaedah. Kita perlu mempunyai kaedah tertentu untuk memastikan laman yang mengandungi maklumat yang kita inginkan direkod secara sistematik. Sediakan buku atau ruangan yang boleh anda menyimpan alamat URL dan sedikit penerangan laman untuk rujukan masa hadapan.

Satu kemudahan yang disediakan oleh pelayar ialah Bookmark.

Menyimpan alamat laman melalui Bookmark

Anda boleh terus menyimpan alaman laman dengan mengikut langkah berikut:

Membina Fail bookmark baru Memasukkan Alamat dalam Folder Bookmark Untuk membuka laman menggunakan Bookmark

Aktiviti 5

Pengurusan Laman Web
Anda juga boleh melihat panduan menggunakan kemudahan pengurusan laman web Cikgunet di http://mercury.igalaksi.com/sle/mlw/bahagian6.html#Anchor

Selamat mencuba.

[ Ke Muka Utama ]  [  Kandungan  ]  [ emel ]

Hosted by www.Geocities.ws

1