BUAH DURIAN

06/07/07

Home
DURIAN
PINK GURLZES
KAMPUNGKU, WARISANKU
GALERI GAMBAR

 

<Deskripsi dan fakta<kegunaan >  <cerita menarik> < lokasi> < resepi buah durian>

Selamat Datang ke Laman Web

Assalamuailaikum..

Dalam web ini kami ada menyediakan pelbagai infomarsi tentang buah durian.Anda bolehlah menggunakan ia sebagai bahan rujukan anda .Kami yakin masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak tahu tentang buah durian malah, ada yang tidak pernah melihatnya.Jadi marilah baca tentang buah durian.......

          BUAH DURIAN

 Deskripsi dan Fakta

Durian merupakan “Raja Buah” di kalangan buah. Nama saintifik bagi durian ialah Durio Kutejensis. Pokok buah durian yang tua berketinggian 100 kaki manakala pokok durian yang muda berketinggian kira-kira 20-30 kaki. Buah durian mempunyai permukaan kulit yang berduri. Ada sesetengah buah durian yang berwarna hijau kekuningan manakala sesetengah yang lain berwarna hijau keperang-perangan. Terdapat beberapa jenis buah durian yang dikenal pasti iaitu nasi kunyit, emas kertas, hutan, kucing tidur, gula batu, jantung. “Ripan anghe” dan “Ohiop”. Kesedapan isi buah durian mengikut kepada jenis buah durian itu sendiri. Isi durian juga berwarna kuning keemasan. Pokok durian mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan buahnya. Untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanamnya di kawasan berbukit. Biasanya berat durian mencapai 1 hingga 2 kilogram. Buah durian yang paling mahal ialah nasi kunyit yang mencecah RM 60.00 manakala buah durian yang paling murah ialah buah durian tebuk tupai yang berharga RM 4.50

<atas>

 

Kegunaannya

 

Durian boleh dimakan begitu sahaja. Antara akanan yang boleh dihasilkan ialah kek, aiskrim, kuah durian, lempuk & tempoyak.  Rasanya sungguh enak sekali. Rugi kalau tidak mencubanya.

<atas>

Cerita menarik

Air kosong yang diisi di dalam pangsa durian boleh diminum kerana habuk isinya yang tertinggal di dalam pangsa boleh menyekat rasa panas apabila kita memakannya. Selain itu, musim buah durian sama dengan musim buah rambutan iaitu bulan Mei, Jun dan Julai. Biji buah durian juga boleh ditanam dan mengambil masa yang lama untuk tumbuh, manakala biji buah durian kahwin mengambil masa yang singkat untuk tumbuh.

 <atas>

 Lokasi

Tempat yang sesuai untuk menanam buah durian ialah kawasan berbukit. Di Balik Pulau, buah durian boleh didapati di Kebun Pondok Upeh, bersebelahan dengan Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, Kebun Titi Serong, Kebun Genting, bersebelahan dengan Kolej Teknologi Tinggi Mara, Kebun Sungai Pinang, terletak bersebelahan dengan Sungai Pinang, Kebun Sungai Rusa, bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Kebun Teluk Bahang, terletak di atas Bukit Teluk Bahang, Kebun Pulau Betong, terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pulau Betong.                               

                                                                      <atas>

Resepi Buah Durian 

Sumber:1)Pakcik Ismail Haji Abas(Penjual

                  Durian)

                2)Penjual durian(Namanya tidak   

                    mahu disiarkan) 

                3)Internet:www.youtube.com   

                    (http://ms.wikipedia.org/wiki/

                    Pokok_Durian)

 

Hasil Carian :1)Nur Liyana

                        2)Nor Ezani

                        3)Nur Hasmira

                        4)Amirul Amran

 

       ~tamat

<atas>

 

Home | DURIAN | PINK GURLZES | KAMPUNGKU, WARISANKU | GALERI GAMBAR

This site was last updated 06/07/07

Hosted by www.Geocities.ws

1