ban_ipoh.gif (20KB)
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi Kompetensi Asas Kecemerlangan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Perak secara umumnya bertanggungjawab mengutip cukai tidak langsung seperti:-

  • Duti Import
  • Duti Eksport
  • Duti Eksais
  • Cukai Jualan
  • Cukai Perkhidmatan
  • Levi Keuntungan Luar Biasa
Jabatan juga memberi fasilitasi kepada sektor perindustrian dan pelancungan yang sedang pesat di Negeri Perak. Jabatan juga berperanan mengawal kehilangan hasil negara


cegahi penyeludupan.gif (7KB)
BAHAGIAN PEMERIKSAAN AKAUN

Terdapat tiga cawangan seperti berikut:

  • Cawangan Perakaunan Hasil
  • Cawangan Naziran Premis Berlesen



1.CAWANGAN PERAKAUNAN HASIL

Cawangan Perakaunan Hasil mengikut struktur organisasi baru Negeri Perak telah ditubuhkan pada 01 November 1996. Cawangan ini merangkumi Unit-Unit Perakaunan Hasil, Pusat Pelesenan Bersetempat, Akaun Belum Terima / Tuntutan / Jaminan Bank dan Tindakan Sivil.

OBJEKTIF

  • Memastikan tiada kehilangan hasil berlaku kepada Jabatan di mana duti/cukai dipungut daripada orang/syarikat yang tertakluk kepada undang-undang Jabatan adalah tepat.
  • Memastikan sistem perakaunan hasil/amanah dan perbelanjaan, akaun-akaun Jabatan dan pembayaran tuntutan pulang balik/tarik balik hasil diselenggarakan dengan teratur, cekap dan berkesan.
  • Mengendalikan tindakan sivil di Mahkamah ke atas tunggakan Hasil Jabatan

UNIT-UNIT DAN FUNGSI

1.UNIT PUNGUTAN/PERAKAUNAN HASIL

  • Menyediakan penyata dan analisis pungutan hasil Jabatan.
  • Mengkaji sistem perakaunan semasa dengan perundangan yang ada dan meningkatkan pemahaman di kalangan pegawai-pegawai dan anggota Jabatan.
  • Mengkaji kemungkinan dan kesuaian penubuhan Stesen pemungut / pusat pungutan baru.
  • Menyediakan anggaran hasil Jabatan Tahunan untuk keperluan penyediaan anggaran belanjawan Perbendaharaan.

2.UNIT AKAUN BELUM TERIMA/TUNTUTAN/JAMINAN BANK

  • Menentukan pengurusan ABT Jabatan dibuat dengan sempurna dan memastikan tunggakan hasil / ABT Jabatan dipungut atau dibiarkan.
  • Menyediakan penyata-penyata dan analisis ABT Jabatan, Negeri Perak.
  • Menyemak dan memproses tuntutan pulang balik/tarik balik duti / cukai melainkan tuntutan di bawah Seksyen 99, Akta Kastam 1967 dan Subsidi LPG.
  • Penyediaan penyata tuntutan pulang balik / tarik balik duti / cukai.
  • Menentukan pengurusan Jaminan Bank / Bon Am diselenggarakan dengan tepat dan teratur

3.UNIT TINDAKAN SIVIL

  • Membuat kajian ke atas kes-kes yang dikemukakan bagi menentukan samada kes yang disyorkan oleh Cawangan lain benar-benar boleh diambil Tindakan Sivil atau tidak.
  • Menentukan perkara-perkara asas bagi menjayakan Prosiding Sivil seperti Kuasa Tindakan, Sekatan / Pembatasan Had Masa, pihak-pihak, keterangan dan bidang kuasa mahkamah dipenuhi.
  • Membuat laporan khas yang lengkap, tersusun mengikut kronologi mengenai sesuatu kes Ibu Pejabat.
  • Memulakan tindakan Sebelum Penghakiman dan membawa kes sivil tersebut ke Mahkamah dengan persetujuan Bahagian Perakaunan Hasi, Bahagian Pemeriksaan Akaun dan Skrutini, Ibu Pejabat.
  • Memulakan tindakan Selepas Penghakiman iaitu Pengkuatkuasaan Penghakiman.
  • Menyediakan penyata kes tindakan sivil peringkat negeri.


2.CAWANGAN NAZIRAN PREMIS BERLESEN

Cawangan ini adalah diasaskan atas Unit Pemeriksaan Akaun (UPA) yang mulanya diwujudkan pada Oktober 1986 bertempat di Bangunan Sri Kinta Ipoh, Perak. Bahagian Pemeriksaan Akaun telah wujudnya secara rasmi dengan pengisian jawatan Penolong Pengarah Kastam (CPA) pada awal 1993.

OBJEKTIF CAWANGAN NAZIRAN PREMIS BERLESEN

  • Untuk menentukan bahawa Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan dan Duti Eksais serta Duti Import ke atas petroleum dipungut dengan tepat dan sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.
  • Untuk mengawal penyelewengan dan pengelakan cukai melalui siasatan dan tindakan mahkamah.
  • Menentukan pengilang / peniaga memahami dan mematuhi segala kehendak undang-undang dan peraturan

FUNGSI-FUNGSI UTAMA CAWANGAN NAZIRAN PREMIS BERLESEN<

  • Memastikan proses pengilangan mengikut takrif yang betul serta memeriksa penggunaan bahan mentah yang mendapat kemudahan digunakan dengan betul dan tepat.
  • Menentukan segala cukai / duti dikutip terhadap barang siap yang dilepaskan/dijual dikutip dan diisytihar kepada Jabatan dengan betul melalui sistem perakaunan yang betul.
  • Memastikan pengilang/peniaga mematuhi syarat-syarat kemudahan yang dinikmati.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengilang/peniaga ke arah meningkatkan lagi tahap pematuhan undang-undang Jabatan.

AKTIVITI: PEMERIKSAAN AKAUN

Secara am, objektif pemeriksaan akaun adalah untuk memastikan :-

  • Bahawa semua cukai yang patut dibayar kepada Jabatan telah dibayar dengan betul dan kemaskini.
  • Bahawa pelesen-pelesen memahami kehendak-kehendak Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan Akta Eksais 1976 serta lain-lain perundangan sampingan yang berkaitan dengan perniagaan mereka.
  • Secara khususnya, objektif utama pemeriksaan akaun adalah:-
  • Untuk memastikan bahawa semua barang bercukai yang dijual atau dilepaskan selain daripada dijual/ perkhidmatan yang disediakan oleh pelesen telah diikrar dalam penyata C.J.No.3, C.P.No.3 dan Eksais 7 dengan tepat serta menentukan tiada penyelewengan / kehilangan hasil negara dalam sebarang bentuk.
  • Untuk memastikan bahawa cukai-cukai yang berkenaan telah dikenakan dengan betul ke atas semua barang bercukai. Ini melibatkan tanggungjawab bagi memastikan:-

    • Bahawa barang yang dijual / perkhidmatan yang disediakan dicatat dengan betul di dalam inbois dan unsur cukai berkenaan dicatat dengan berasingan.
    • Bahawa barang-barang telah diperjeniskan dengan betul bagi tujuan cukai jualan dan eksais.
    • Bahawa cukai telah dikira dengan betul.
    • Untuk mempastikan semua cukai yang dipungut telah dibayar kepada Jabatan dengan kemaskini dan betul.
    • Untuk mempastikan nilai jualan / nilai perkhidmatan yang diikrar memenuhi kehendak di bawah perundangan yang berkaitan.
    • Untuk mempastikan bahawa segala kemudahan kredit dilaksanakan dengan sepenuhnya.
    • Untuk menentukan bahawa fasiliti seperti C.J.No.5, C.J.5A, C.J.5B dan C.J.No.10, Pentadbiran 2 telah digunakan dengan betul


Links

Kastam Malaysia


[Cukai Dalaman] [Pencegahan] [Stesen Kastam] [Kastam Perak]


Penafian:
Laman ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan memandangkan sifat-sifat media ini, hanya undang-undang, peraturan atau notis terkini yang bercetak sahaja dianggap rasmi.

Copyright © 2004 Kastam Perak. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1