|
SETELAH
22 TAHUN MEMENDAM RASA
PEMUDA TUNTUT KERUSI PARLIMEN

TAIPING: ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Bukit Gantang Sdr Kamaruddin bin Abu Bakar berharap kerusi Parlimen
yang sekarang disandang bukan anak watan supaya dikembalikan semula
kepada UMNO bahagian.
Katanya, " Sudah 22 tahun kami memendam rasa
kerusi parlimen kami terus diduduki oleh orang lain walaupun ada
kalangan mereka itu ahli umno"
" Kami mahu kerusi itu diserahkan kepada anak
watan Bukit Gantang dan kami ada ramai pemimpin yang boleh
diketengahkan" jelasnya.
Encik Kamaruddin berharap, janji yang telah
dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak untuk mengembalikan kerusi
tersebut menjadi realiti dan bukan janji kosong.
Beliau berkata demikian pada majlis jamuan
malam dan penyerahan baju bentara kepada anggota Pergerakan Pemuda
UMNO cawangan di hotel Legend- in disini baru-bar ini.
Terdahulu Encik Kamaruddin berkata, Anggota
Pemuda cawangan adalah golongan pelapis dan menjadi sayap kanan
kepada cawangan bagi mencorak masa depan parti.
Beliau juga berharap, mana-mana cawangan yang
belum menubuhkan pergerakan pemuda supaya bertindak segara
menubuhkan jawatankuasa penaja.
Di akhir majlis tersebut, Pergerakan Pemuda
Bahagian meraikan majlis ulang tahun ke 58 YB Dato' Mat Isa dengan
memotong kek serta meniup lilin dalam suasana meriah yang dihadiri
hampir 300 orang tetamu.

Encik Kamaruddin bersama
Pemangku Pengarah JASA menyambut ketibaan para jemputan pada majlis
tersebut
UNTUK MELIHAT
FOTO-FOTO MAJLIS BERKENAAN SILA KLIK DISINI |