BAHAGIAN BUKIT GANTANG

 

 

Anda adalah Pengunjung ke:

Counter

SETELAH 22 TAHUN MEMENDAM RASA

PEMUDA TUNTUT KERUSI PARLIMEN

TAIPING: ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang Sdr Kamaruddin bin Abu Bakar berharap kerusi Parlimen yang sekarang disandang bukan anak watan supaya dikembalikan semula kepada UMNO bahagian.

Katanya, " Sudah 22 tahun kami memendam rasa kerusi parlimen kami terus diduduki oleh orang lain walaupun ada kalangan mereka itu ahli umno"

" Kami mahu kerusi itu diserahkan kepada anak watan Bukit Gantang dan kami ada ramai pemimpin yang boleh diketengahkan" jelasnya.

Encik Kamaruddin berharap, janji yang telah dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak untuk mengembalikan kerusi tersebut menjadi realiti dan bukan janji kosong.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan malam dan penyerahan baju bentara kepada anggota Pergerakan Pemuda UMNO cawangan di hotel Legend- in disini baru-bar ini.

Terdahulu Encik Kamaruddin berkata, Anggota Pemuda cawangan adalah golongan pelapis dan menjadi sayap kanan kepada cawangan bagi mencorak masa depan parti.

Beliau juga berharap, mana-mana cawangan yang belum menubuhkan pergerakan pemuda supaya bertindak segara menubuhkan  jawatankuasa penaja.

Di akhir majlis tersebut, Pergerakan Pemuda Bahagian meraikan majlis ulang tahun ke 58 YB Dato' Mat Isa dengan memotong kek serta meniup lilin dalam suasana meriah yang dihadiri  hampir 300 orang tetamu.

Encik Kamaruddin bersama Pemangku Pengarah JASA menyambut ketibaan para jemputan pada majlis tersebut

UNTUK MELIHAT FOTO-FOTO MAJLIS BERKENAAN SILA KLIK DISINI

KAMARUDDIN ANTARA YG LAYAK JADI CALON........KETUA BAHAGIAN

 

 

TAIPING:  Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Dato' Haji Mat Isa Ismail dengan rasa yakin dan percaya mengumumkan bahawa Ketua Pergerakan Pemuda bahagian itu layak dijadikan calon pada pilihanraya umum yang akan datang.

" Kamaruddin mempunyai kreabiliti yang tersendiri dan memang layak diletakan sebagai calon" jelas YB Dato' Mat Isa.

Katanya lagi, " selain dari itu bahagian ini juga tidak kurang dengan pemimpin-pemimpin yang berkelibar yang boleh diketengahkan".

Berucap pada majlis Jamuan Malam dan Penyerahan baju bentara kepada pemuda umno cawangan, YB Dato' Mat Isa berharap pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak di Utara Perak baru-baru ini untuk mengembalikan semula kerusi Parlimen wajar ditunaikan.

" Mengalir air mata dan rasa sebak saya, apabila mengetahui pengumuman itu, kerana beberapa tahun kebelakangan ini isu ini menjadikan saya kurang senang dan gelisah" jelasnya.

YB Dato' Mat Isa selanjutnya rasa gembira di atas pengumuman dan ikrar Pergerakan Pemuda bahagian itu yang akan bekerja keras dan mempastikan semua kerusi dalam Parlimen Bukit Gantang dipertahankan.

 

 

@Hak Cipta Idrisadam 2007

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1