pauhatsu | extra | sitemap | daftar kata


Thursday January 6, 2005

RIWAYAT


KLIK LA KAT PERUT PAUH!
Klik Gambar Diatas Untuk Ke Album PAUH
 

ialah nama samaran . Ia bermaksud "buah mempelam kecil" di dalam loghat Terengganu! Biasanya buah pauh ini jadikan salah satu bahan di dalam sambal belacan, jeruk atau boleh dimakan begitu sahaja samada ia belum dan sesudah masak!

Kenapa , tidak nama lain? Sebab dari kecil lagi hidup dikelilingi pokok - pokok pauh! Emak menanamnya di sekeliling rumah ditahun dilahirkan, 1975. Bermacam - macam jenis pokok mempelam yang ditanam. Kalau tak silap ada 9 jenis yang berbeza. Namun sekarang semua pokok tu tiada lagi kerana kerajaan telah menebangnya pada tahun 1992 untuk memperbesarkan jalanraya. Maklumlah rumah tepi jalan. Terpaksalah jadi mangsa.

Jadi untuk mengingati suasana rumah suatu ketika dahulu, maka gunakan nama ini sebagai nama samaran utama. Padahal ketika zaman persekolahan orang memanggil dengan nama PuEH, PuE atau Ore PuE! Tapi PuEH dan tak jauh beza! Jadi kira OKlah!

Dulu watak hanya muncul di majalah - majalah humor tempatan sekitar 1992 hingga 1997. Namun selepas itu kemunculan seperti biskut, sekejap ada... sekejap tak ada sehinggalah tahun 1999! Ini kerana pada tahun 1997/1998 lebih banyak menghabiskan masa di internet! Maka dengan itu muncullah projek web pertama di alamat http://www..org pada 31 November 1997! Kemudian pada tahun 1999 ianya ditukar kepada www..net dan akhir sekali 2003 ke .cjb.net kerana domainnya lebih murah dan komersial!

Bermula tahun 2000, kembali di majalah - majalah dan juga di laman web rasmi . Jika tersua kenari RS biru dengan perkataan PAUHATSU, itu kereta lah.

Sejarah Lahir :
Pada 2, Oktober 1975 jam 10:05 malam, hari Khamis malam Jumaat di dalam ambulan menuju ke Hospital Besar Kuala Terengganu, Terengganu.
Melayu beragama Islam. Berdarah B+ dan disenaraikan sebagai anak bongsu.
Sejarah Keluarga :
Ayah, Mohd Ariffin Bujang dilahirkan pada 10/5/1933 dan Ibu, Mahani Amin pula dilahirkan pada 26/6/1937. Ayah telah meninggal dunia pada 19/4/1996.
Saya mempunyai 5 adik-beradik iaitu 2 abang, 2 kakak dan saya.
1. Zulkifli (1954)
2. Mohd Bakri (1956-2001)
3. Noreda (1958)
4. Norbani (1963-1999)
5. PAUH (1975)
Setakat ini saya mempunyai 17 orang anak saudara termasuk seorang yang meninggal ketika dilahirkan bersama kakak pada 1999.
Sejarah Pelajaran :

Tadika Chabang Tiga K. Terengganu, Terengganu (1981)

Sek. Keb. Pusat Chabang Tiga K. Terengganu, Terengganu (1982-1987)
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan (1988-1992)
Kolej Negeri, Seremban, Negeri Sembilan (1992-1993)
Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor (1993-1998)
Sejarah Sekarang :
Setelah tamat melanjutkan pelajaran selama 5 tahun pada 1998, saya terus bekerja di sebuah beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur dan menetap di Wangsa Maju. Kini bekerja sebagai Programmer di IMAGNIA Corporation S. B. Kuala Lumpur.
Untuk menghubungi PAUH sila gunakan alamat dibawah :
URL http://pauh.cjb.net
E-mail [email protected]

This site is optimized for the Internet Explorer browser 4.0 and Netscape 4.0 or higher. Best minimum view in 800 x 600.
Copyright © 2004 [email protected] / P@UHatsu. All rights reserved Terms and Conditions and Privacy & Security statement
Hosted by www.Geocities.ws

1