AHLI PARLIMEN TUMPAT

YB.DATUK.HJ.KAMARUDIN JAFFAR

(BEKAS KETUA UMNO BAHAGIAN TUMPAT

DAN BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI (TUN ABD.GHAFAR BABA)

--------------------------------------------------------

PENGUNDI DI DUN PASIR PEKAN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA YB.USTAZ HJ.AHMAD YAKOB (ADUN PASIR PEKAN) YG DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN PADA 23.3.2004 dan Timbalan PesuruhJaya 1 Pas Kelantan. TERIMA KASIH JUGA KEPADA YAB.MENTERI BESAR KELANTAN, TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT/MURSYIDUL AM PAS PUSAT DIATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN KEPADA YB.UST.HJ.AHMAD YAAKOB

"BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA"

----------------------------------------------

 Doakanlah agar Datuk Haji Kamarudin Jaafar,  Ahli Parlimen Tumpat serta isterinya, Datin Kamariah Kamarudin dan anak-anak NUR ADILAH,SAIFUL ADLI,'SHAHID ADLI,NUR SHIFA serta webmaster dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dijauhkan fitnah dan Hasad dengki dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Kepada semua muslimin dan muslimat, sedekahkanlah surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada Almarhum Dato Haji.Fadzil Mohd Noor (Bekas Presiden PAS), Almarhum Tuan Guru Haji Yakob Bin Ishak ( Ayah kepada Ustaz Haji Ahmad Yakob-Timbalan Menteri Besar Kelantan/Adun Pasir Pekan/Timbalan PesuruhJaya 1 Pas Kelantan) Allahyarham Nik Abdullah Nik Arshad-Bekas Ahli Parlimen Pas Pkln.Chepa) Allahyarham Buniyamin Yakob -Bekas Ahli Parlimen PAS Bachok) Allahyarham Dato Haji Mohd Yassin Jaafar ( Abang kpd MP Pas Parlimen Tumpat) dan juga kepada pemimpin dan Ahli Pas yang telah menemui ilahi. Doakanlah agar roh mereka semua ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

 

 UTAMA



VISI PEMIMPIN

PETA JAJAHAN TUMPAT

PENGHULU DI DAERAH TUMPAT

TEMPAT BERSEJARAH DI TUMPAT

NO.TEELFON AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA DAERAH TUMPAT

NAMA&ALAMAT & TELEFON SEKOLAH RENDAH/MENENGAH KEBANGSAAN  BAWAH YIK DI JAJAHAN TUMPAT

TIKET BAS/KTM

Senarai  Jawatankuasa Pas Pusat/Pemuda/Muslimat 2003-2005

 

LAPORAN  SIDANG DEWAN RAKYAT SEPANJANG 2003

Ucapan 20102003

Ucapan 07102003

Ucapan 09092003

Ucapan 26062003

Ucapan 09042003. 

Ucapan 08042003.

alamat laman ini http://www.geocities.com/parlimentumpat/

http://www.kelantan.gov.my/adr9/

PENGUNJUNG DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KEDUA-DUA ALAMAT DIATAS UNTUK MENDAPATKAN PELBAGAI MAKLUMAT 

 

Tabung Dana Kemanusiaan- Sejuta Mawar Bersama Palestin. Masyarakat yang prihatin digalakkan membuat sumbangan kepada tabung kemanusiaan Palestin melalui:

Akaun Parti Islam Semalaysia (PAS) No Akaun 5604070703248 di Cawangan Maybank Pekeliling Business Centre, Jln Pahang Barat, Kuala Lumpur

KEPUTUSAN PILIHNARAYA UMUM  21.3.2004

P.019 TUMPAT (70,810)

Datuk Kamarudin Jaafar (PAS) 27,919

Mat Nawawi Mat Jusoh ( BN) 

26,099

Majoriti: 1,820

Undi Rosak: 1,072

Peratus Undian: 77,77

Ahli PARLIMEN TUMPAT (P.019)

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

AJK PAS PUSAT 2003-2005

DATUK.HJ.KAMARUDIN JAFFAR 

(Ketua Whip Pas Di Dewan Rakyat )

AJK PERTUBUHAN ANTARA PARLIMEN ASEAN

AJK PERAKAUNAN AWAM (PAC).


 

 

emel: 

Sebarang cadangan dan pandangan sila emelkan ke

 

 


Tarikh Lahir : 3 November 1951

Tempat Lahir : Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan

Pendidikan : SRJK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1970)
University Of Kent, Canterbury, England (1971-1974)
University Of London (1975-1976)


JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG

-------------------------

Pen. Setiausaha, Bhg. Penyelidikan, Jab. Perdana Menteri (1974-1975)
Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI.( 
1986-1991)

EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

KETUA PEMUDA UMNO NEGERI KELANTAN.

KETUA UMNO BAHAGIAN TUMPAT 1998

Jawatan Di Luar Parti : Ahli Parlimen Tumpat 1999-2004

 SETIAUSAHA

AGUNG ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

SEKARANG:

PENGERUSI INSTITUT KAJIAN DASAR (IKDAS)

AHLI J/KUASA PAS PUSAT SESI 2003-2005 

 AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KELANTAN 2003-2005

PANEL PENASIHAT PUSAT PENERANGAN PAS KELANTAN (P3K)

AHLIJAWATANKUASA PAS TUMPAT

AHLIJAWATANKUASA BADAN BERTINDAK BAHASA

 

BIODATA TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN BERMULA 23.3.2004

 

YB.USTAZ.HAJI AHMAD YAAKOB- ADUN PASIR PEKAN 

Di lahirkan Di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Febuari 1950. YB.Us.Haji Ahmad Yakob di besarkan dan di asuh di dalam suasana keagamaan oleh kedua orang tuanya. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS yang tidak asing lagi di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bt Cik Hussin di samping suri rumah dan bergiat dalam urusan Muslimah PAS  Cawangan Berangan yang di segani ramai.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan Awal diSekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Setelah tamat darjah enam, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Bustanul Ariffin Berangan Tumpat. Kemudian memasuki pula Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam Kota Bharu.Setelah tamat pengajian di Maahad Muhammadi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan menamatkan pengajian peringkat Ijazah pada tahun akhir di Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir 

Us.Haji Ahmad Yacob menamatkan pengajian Di Universiti Al-Azhar dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam Kaherah pengkhusususan di dalam Bahasa Arab (1978-1979) Berangkat pulang ke tanahair untuk memulakan khidmatnya sebagai seorang pendidik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Mula-mula (1980) mengajar di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat Johor, Setelah empat tahun lima bulan berkhidmat di tukarkan pula ke Sekolah Menengah Dabong(Gua Musang) Pada 1986 bertukar pula ke Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan setahun kemudian beralih pula ke Sekolah Menengah Rantau Panjang selama hampir lapan tahun (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatanya bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihanraya Umum yang telah di adakan pada tahun tersebut.

Sepanjang kerjayanya sebagai guru agama, Ustaz Haji Ahmad turut bergerak cergas dalam kegiatan dakawah termasuklah menyampaikan ceramah-ceramah agama di masjid, surau dan sebagainya.

KEGIATAN POLITIK

Minat dalam politik tanahair khususnya dalam PAS, telahpun berputik di jiwanya sejak beliau masih di bangku sekolah rendah lagi. Malah almarhum bapanya sendiri Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS yang penting Kawasan Tumpat pernah di tahan di bawah ISA bersama-sama Allahyarham  Haji Nik Abdullah Arshad tokoh PAS yang tidak asing lagi di negeri ini.

Menjadi Ahli PAS 1986 di cawangan Berangan memegang berbagai jawatan dari peringkat cawangan hingga ke kawasan, antaranya Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986) Bendahari PAS  Kawasan,Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999.Sekarang sebagai Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tumpat,Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Tahun 1995 merupakan tahun bersejarah, beliau di tawarkan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umun, bersesuai dengan cita-cita dan matlamat hidup ingin berbakti kepada agama, masyarakat dan tanah air dan untuk melebarkan tapak perjuangan, beliau telah menerima tawaran itu dengan hati terbuka dan sanggup meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru Siswazah selama lebih lima belas tahun demi berbakti kepada perjuangan yang hakiki. Dalam pilihanraya tersebut Us. Haji Ahmad telah di minta bertanding merebut kerusi DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Haji Daud dan beliau menang dengan majoriti sebanyak 2,734. Mengulas kemenangan sulungnya beliau bersyukur dengan kemenangan ini dan berjanji untuk memberikan sebaik-baik khidmat kepada rakyat di kawasan DUN Pasir Pekan tanpa mengira perbezaan fahaman politik, agama dan kedudukan.

Bintangnya mula bersinar apabila di lantik oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan memegang jawatan Exco Kerajaan pada 17 Mei 1997 memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia yang sebelum ini dipegang oleh YB Hj Rozali Isohak EXCO Kerajaan dari S 46 yang telah digugurkan kerana masok UMNO. 

Selepas Pilihanraya 1999 YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar sekali lagi melantik beliau menganggotai jemaah EXCO kali ini bertukar portfolio dengan YB Us Halim Ab Rahman Timbalan Menteri Besar, Kelantan iaitu Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar sehingga sekarang.

Pada pilihanraya Umum ke 11 (21.3.2004) , Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tumpat menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bhg Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi. 

Pada 23.3.2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dan mengangkat sumpah jawatan yang disandangnya dihadapan Sultan Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian bagi mengantikkan YB.Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang bertanding dan menang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

RUMAH TANGGA

Us. Haji Ahmad telah menamatkan zaman bujangnya pada 1980 mendirikan rumahtangga dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid seorang guru dan di kurniakan cahayamata seramai sebelas orang (sehingga ini) dengan konsep "Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab masing-masing, saling bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain".

 ------------------------------------------------------------------------

TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN BERGADAI NYAWA TEMUI RAKYAT DIKAWASAN PULAU- KISAH DIBAWA INI BERLAKU SEMASA BELIAU MENJADI ANGGOTA EXCO KERAJAAN KELANTAN

Jarang kendengaran cerita seorang pemimpin peringkat negeri sanggup bergadai nyawa dengan menaiki perahu kecil menyusuri sungai pada waktu malam semata-mata mahu menemui rakyat.Perahu kecil tanpa dibekalkan dengan alat keselamatan sudah tentu mendedahkan risiko tinggi ketika menyusuri arus sungai yang semakin deras.

Namun bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Yaakob , pengalaman itu bukan lagi perkara asing dalam diari hidupnya kerana berberapa buah  pulau-pulau dikawasan Tumpat terletak didalam Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan yang diwakili olehnya. Untuk sampai ke pulau-pulau tersebut  hanya boleh mengunakan pengangkutan Bot dan perahu berenjin  kerana tidak ada jalan darat untuk sampai ke kawasan pulau-pulau tersebut.

Dua tahun lepas,YB.Timbalan Menteri Besar Kelantan menempuh pengalaman menaiki bot berenjin.Bagi memenuhi jemputan rakyat disuatu majlis disalah sebuah pulau yang terletak kira-kira lima kilometer dari Pengkalan Kok Majid dimana pulau itu didiami oleh 40 keluarga , terpisah dengan tanah besar oleh sungai Kelantan. Jarak perjalanan dari Pkln.Kok Majid ke Pulau berkenaan kira-kira 25 Minit mengunakan bot /perahu berenjin.

Perahu berenjin yang digunakan oleh YB.Tim.Menteri.Besar Kelantan dan rombongan ke pulau berkenaan sepanjang 2.5 meter. Turut serta dalam itu beberapa orang lain dan wakil harakah. 

Perahu berkenaan hampir-hampir dimasukkan air disebabkan muatannya sarat. Keadaan menjadi lebih terdesak lagi apabila berselisih dengan bot lain sehingga alunan ombak nyaris-nyaris memasuki perahu berkenaan.

"Melawat rakyat yang tinggal di kawasan pulau-pulau sudah menjadi kewajipan bagi saya, walaupun kadangkala terpaksa hadapi bahaya semasa menyeberangi muara sungai dan menyusuri sungai kelantan," Katanya sambil tersenyum.

Beliau tidak pulau kelihatan gundah biarpun perahu berenjin yang dinaiki begitu sarat sekali dan hanya tinggal beberapa inci sahaja untuk dimasuki air.

Perjalanan yang begitu mendebarkan itu akhirnya sampai ke destinasi Pulau berkenaan, ketika hari sudah lewat petang. Kedatangan Haji Ahmad ini disambut meriah penduduk setempat dan beliau sempat menziarahi keluarga seorang penduduk yang meninggal akibat sakit barah. Selepas itu beliau menyampaikan takzirah kepada penduduk kampung disebuah madrasah dan kemudian mengimani solat Maghrib. Selepas selesai menunaikan solat maghrib, beliau terpaksa meminta izin untuk pulang ke Pasir Pekan. Ketika itu jam hampir 8.15 malam. Ketika dalam perjalanan balik dua perahu berenjin disediakan bagi membawa pulang TMB dan rombongannya.

Haji Ahmad hanya menaiki perahu yang lebih kecil. Dalam kegelapan malam, pemandu perahu berenjin meredah suasana kelam dan pelita hanya berbekalkan lampu suluh kecil yang dibawa TMB terbabit.

Ketika berselisih dengan bot-bot lain, pemandu berenjin yang dinaiki TMB terpaksa meminta bot berkenaan memperlahankan kelajuannya bagi mengelakkan terjadi gelombang besar yang mendatangkan risiko kepada perahu lebih kecil.

Menurut TMB ini, beliau turut menyediakan kemudahan sebuah bot khas untuk kegunaan penduduk tempatan untuk berulang-alik ke kawasan pulau. Namun pada hari berkenaan, bot tersebut tidak dapat digunakan disebabkan masalah teknikal.

Seorang penduduk pulau berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, orang ramai menghormati wakil rakyat terbabit kerana beliau sering mengambil berat masalah penduduk tempatan.

"Setiap bulan beliau pasti datang menemui penduduk di pulau-pulau yang terdapat dikawasan Tumpat dan Kuala Sungai Kelantan dan seharusnya kesungguhan yang ditunjukkan oleh TMB ini sewajarnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain . "Kami kenal Ustaz ini dah lama, beliau selalu datang ini untuk memberi kuliah serta menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin.

--------------------------------------------

(Temuramah dibawah ini dipetik dari HARAKAH 1-15 MEI 2004)

WAKIL RAKYAT PAS PERLU TERUS TURUN PADANG-TMB

S:Apa perasaan Ustaz selepas dkejutkan dengan perlantikan sebagai TMB?

Perasaan terharu apabila dilantik sebagai TMB. Saya menerima keputusan jemaah terhadap amanah yang diberi dengan penuh kesedaran. Ini memandangkan ia menjadi perhatian dan harapan banyak pihak.

S: Adakah pernah terfikir untuk menduduki kerusi nombor seperrti sekarang?

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk diberi tempat yang begitu tinggi seperti sekarang. Ini memandangkan tugas-tugas yang saya jalankan di Perhubungan PAS Kelantan tidaklah besar sangat sebelum ini. Biarpun begitu di peringkat kerajaan saya diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan beberapa porfolio, yang dianggap sedikit sebnayak dapat membantu tugas saya sekarang.

S: Adakah ustaz menerima jawatan ini kerana diputus oleh jemaah?

Sebelum ini, saya ada memberitahu merima jawatan ini setelah diputus secara jamie. Perkara ini diputuskan berasaskan kepada syura di kalangan pimpinan atasan. Apabila keputusan secara jamie dibuat , kita sebagai pendokong perjuangan Islam kita kena patuh. Dan kita dalam jemaah Islam setiap pergerakan dibuat adalah berasaskan keputusan bersama di kalangan pimpinan. Ia menjadi asas kepada pelaksanaan kerja kita. Saya juga mengatakan saya juga bukan yang terbaik di kalangan pimpinan yang ada sekarang. Walaupun bagaimanapun kerana keputusan jamie dan amanah ini saya terima dengan segala keupayaan yang ada. Saya juga berharap pimpinan lain memberi kerjasama dan bantu membantu dalam melaksanakan tugas secara berkesan.

S:Mungkinkan ia merupakan satu tanggungjawab besar yang tidak dapat dielakkan?.

Ini memang diakui merupakan satu tanggungjawab yang besar. Dalam parti saya dilantik sebagai Timbalan Peseuruhjaya 1 dan dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Besar. Memang ini amanah yang besar dan perlu dipikul. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan tanpa wujud persefahaman di kalangan kita.

S: Sejauh mana penerimaan keluarga terhadap perlantikan ini?

Keluarga dapat menerima tetapi mereka (ibu) menasihatkan supaya dapat melaksanakan tugas dan amanah ini mengikut kehendak agama. Mereka menasihatkan jangan terbabit dengan penyakit-penyakit yang melanda orang politik zaman sekarang. Saya menerima dan dan bersyukur diatas pandangan dan anggota keluarga sendiri.

S: Ustaz mungkin diantara tokoh yang dibayangkan bagi menyambut tradisi kepemimpinan ulama di Kelantan?

UAY: Saya mengangap diri saya sebagai landasan untuk melahirkan lebih ramai lagi kepemimpinan ulama. Tidak semestinya saya sendiri sebagai pewaris kepemimpinan ulama. Di Kelantan kita mempunyai ramai pimpinan ulama tetapi tidak ditonjolkan. Dalam jemaah kita mempunyai ramai ulama muda yang boleh dikedepankan. Mereka mempunyai pengalaman dalam politik semasa yang sentiasa berubah-ubah.

S: Jadi PAS tidak ketandusan pemimpin ulama?

Ya, kita tida ketandusan. Cuma mereka perlu diberi pendedahan, galakan dan bimbingan yang lebih mengikut suasana politik semasa.

S: Macam mana dengan barisan baru Exco Kerajaan PAS sekarang yang dianggotai ramai tenaga muda. Ramai orang bercakap untuk memantapkan kerajaan. Apa pandangan ustaz?

Ya, boleh diterima. Sebab mereka mempunyai pandangan yang baik. Ada juga semangat untuk melihat bahawa kerajaan Kelantan yang diberi mandat lagi terus berupaya membawa mesej perjuangan sebenar kepada rakyat.

S: Apa pandangan ustaz terhadap tekanan hebat dialami PAS pada pilihanraya umun ke 11 baru-baru ini?

Secara detail ia akan didedahkan Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan(JPN). Mereka sedang mengumpul maklumat post mortem daripada kawasan dan Majlis Tindakan DUN. Yang nampak kepada kita ialah sikap "Over Confident" daripada penyokong dan jentera PAS disemua peringkat. Berpunca daripada sinilah terdapat kelonggaran jentera semua peringkat. JPN sudah membincangkan perkara itu dan ia akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri.

S: Adakah ustaz nampak Umno begitu kuat kali ini?

Kekuatan Umno pada masa ini kerana mereka mempunyai peluang yang lebih banyak. Misalnya mereka memanfatkan sepenuhnya peluang daripada skim bantuan kerajaan melalui pelajar-pelajar sekolah seperti One Off dan Skim Baucer Tusiyen. Selain itu, terdapat juga majlis-majlis yang disekolah yang diahdiri orang politik dan berkempen secara jelas di depan Ibu Bapa. Kadang-kadang apa yang dicakap diterima sesetengah pihak, biarpun tidak betul pada hakikatntya. Sedangkan PAS tidak ada ruang, terutamanya tiada media masa. Umno mengugat suasana tersebut. Pelbagai usaha yang dilakukan PAS tidak banyak diketahui orang ramai kerana halangan untuk mesej secara tepat. Selain itu pengundi diatas pagar mulai takut dengan pelbagai ugutan dibuat pemimpin UMNO.

S: Seandainya berlaku parti lawan parti, dan bukan parti lawan kerajaan seperti sekarang, adakah UMNO boleh meningkatkan pretasinya?

Kalau diberi peluang PAS menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat., sudah tentu kita akan mempunyai banyak kekuatan. Kita boleh mesej perjuangan Islam yang difahami sekiranya tidak ada gangguan pihak lain. Rakyat boleh membuat pertimbangan yang adil sekiranya kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama. Sekarang kekuatan UMNO jelas dibantu jentera kerajaan.

S: Adakah pertambahan bilangan Adun BN yang hampir sama dengan PAS menjadikan cabaran kali ini paling sengit?

Saya tidak nampak sengit kerana di Dewan Undangan Negeri , kita memang bersedia untuk mendapatkan pandangan. Insya-allah kita akan menerima lebih banyak pandangan daripada pihak pembangkang. Kita sudah melalui banyak pengalaman, dimana peristiwa penghijrahan beramai-ramai bekas semangat 46 ke dalam UMNO menyebabkan anggota mereka anggota mereka bertambah. Pada masa itu , kita boleh menghadapi kerana dewan ini adalah tempat untuk berbincang demi kebaikan rakyat.

S: Umno pada kali ini menghantar wakil bekas seorang menteri kabinet dan ramai profesional dalam DUN. Adakah ini tidak membimbangkan?

Merka dialu-alukan untuk memberi teguran yang membina. Kita rasa tidak mempunyai sebarang masalah. Kehebatan itu ada dimana-mana. Tidak ada sesuatu yang mengejutkan. Kita beri kepada mereka peluang untuk menyatakan pandangan. Seperti juga di Parlimen, wakil rakyat pembangkang diberi peluang untuk menyatakan pandangan. Ahli-ahli parlimen kita banyak memberi pandangan yang baik kepada kerajaan.

S: Apakah usaha dibuat untuk membaiki pretasi malang yang dialami PAS bagi menghadapi pilihanraya umum ke 11 nanti.

Usaha untuk memperbaiki sudah bermula sekarang. Jentera parti sudah mula turun ke bawah.

S: Ada pendapat mengatakan wakil rakyat PAS kurang mesra rakyat?

Ini termasuk juga ada dalam cadangan dan pandangan yang dikemukakan Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan untuk diatasi. Jawatankuasa Post Mortem bebas memberi pandangan bagi melahirkan suasana lebih baik pada masa sekarang.

S: Wakil rakyat kita terutama di kalangan lulusan agama didapati sukar untuk bertemu rakyat terutama di tempat-tempat tumpuan ramai misalnya di kedai kopi. Betulkah demikian?

Sepatutnya kita mengambil kira perkara ini. Kita masuk ke kedai kopi bukan bermakna hendak minum sahaja. Kita sebenarnya bermesra dengan rakyat. Di tempat itu kita boleh membuat pesanan (ucapan) ringkas kepada yang hadir. Sheikh Hassan Al Bana seorang tokoh ikhwanul Muslimin di Mesir suka masuk ke tempat-tempat tertentu yang dihadiri orang ramai untuk memberi pesanan dan nasihat. Oleh itu saya harap wakil rakyat kita kerap turun bawah.

S: Adakah PAS mempunyai cadangan untuk memantau pretasi wakil rakyat dalam tempoh tertentu?

Perkara ini dalam cadangan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri. Kita akan membuat keputusan nanti. Usaha ke arah itu suda ada.

S: Apa nasihat ustaz terhadap wakil-wakil rakyat PAS?

Kita berharap wakil kita penuh istoqamah dengan segala arahan pimpinan dan tolong turun ke bawah untuk turun bawah dan memberi khidmat kepada rakyat sebaik mungkin sesuai dengan keupayaan kita. Kita patut menjadi contoh kepada pimpinan setempat.

S: Sebelum ini, Menteri Besar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat ekoran kesilapan yang berlaku pada masa lalu. Apa pandangan ustaz?

Ini mengambarkan sikap ketelusan yang ada pada kepemimpinan sebenar. Ini sesuatu yang susah hendak dicari dalam situasi politik sekarang. Banyak orang sebenarnya suka berdalih terhadap sesuatu kelemahan yang berlaku. Menteri Besar seorang pemimpin yang ikhals dan telus. Itu bukan kelemahan tetapi ia adalah kebaikan.

S: Mungkinkah gandingan pimpinan kerajaan negeri sekarang menampakkan kemantapan?

Sebagai timbalan saya sentiasa membantu Menteri Besar dalam apa perkara pun khusus dalam setiap keputusan yang dibuat bersama. Kita berharap terus mendokong kepimpinan ulama.

S: Adakah PAS dan BA akan bangkit semula selepas ini?

Insya-Allah saya berkeyakinan kita akan bangkit balik. Ini kerana di depan kita masih lagi banyak lagi isu yang menanti. Sebagai pejuang Islam kita terus istiqamah. Tugas kita membetul apa sahaja perkara yang tidak selari dengan kehendak islam. Masih banyak perkara yang akan kita kemukakan kepada masyarakat. Atas nama perjuangan Islam kita sangat confident. Kita bukan perjuangkan parti semata-mata tetapi membawa mesej Islam yang penting.

 --------------------------------------------------------


Kepada,
Saudara Webmaster
PENGGUNAAN LAMAN WEB, EMEL DAN SMS DI KALANGAN WAKIL RAKYAT

Selaras dengan zaman era globalisasi dan celik Teknologi
Maklumat/komunikasi,(ICT) dicadangkan agar supaya semua Ahli Yang Berhormat,
ADUN/AHLI PARLIMEN SAMAADA DARI KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG yang baru sahaja dipilih dalam pilihanraya umum ke 11 pada 21.3.2004 agar memanfaatkan
penggunaan emel (surat elektronik),khidmat pesanan ringkas(SMS) dan laman web dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan ia
memudahkan YB untuk mengetahui perkembangan di kawasan masing-masing sekalipun
YB berada di luar kawasan yang diwakili termasuk di luar negara.
Ini memudahkan urusan antara penduduk di kawasan berkenaan dengan YB tersebut,
dimana penduduk dikawasan YB tersebut tidak perlu lagi bersusah payah untuk
berjumpa sendiri dengan YB. Bukannya mudah untuk berjumpa dengan YB kerana
kadangkala mereka terpaksa berada di tempat lain atas urusan peribadi mahupun
rasmi, adakalanya apabila penduduk menelefon YB berkenaan apabila ingin
menyelesaikan sesuatu masalah, talian telefon berkenaan ditutup (mungkin YB di
waktu itu sedang menghadiri mesyuarat parti atau mengadakan perjumpaan dengan
Ketua Jabatan kerajaan / swasta di Daerah tersebut).

Setiap emel dan SMS yang dihantar hendaklah diberi jawapan dengan secepat mungkin dan
jika maklumat berkenaan memerlukan lawatan//tindakan susulan, maka YB berkenaan
hendaklah mengadakan lawatan/ tindakan.susulan agar ia tidak menghampakan
pengirim emel dan SMS yang mungkin mewakilii penduduk kampung.

Untuk laman web hendaklah menggunakan dalam dua bahasa iaitu bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. .Selain itu laman web hendaklah juga menyiarkan aktiviti dan program wakil rakyat berkenaan disamping terdapat juga gambar-gambar dan berita yang melibatkan program wakil rakyat berkenaan.
Alamat emel, no telefon bimbit dan alamat laman web  hendaklah disebarkan kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya
dengan apa jua cara , saamaada ketika menghadiri majlis bersama rakyat,
menampalkan alamat emel,laman web dan no telefon tersebut di tempat menjadi tumpuan penduduk seperti
masjid,surau,balai raya, stesen bas , pejabat Penghulu/Penggawa dan lain-lain
lagi.

alamat emel tersebut dihendaklah disebarkan kepada penduduk dikawasan yg
diwakili dan hendaklah YB membuka emel sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitupada waktu pagi dan waktu malam.

Jika emel jarang dibuka, surat yang dikirim akan berlambak dan begitu juga peti SMS akan penuh menyebabkan tindakan juga 
lambat diambil. Bagi menyenangkan YB membuka emeldan mempunyai laman web, YB seharusnya dibekalkan
komputer sendiri yang lengkap dengan internert dan peruntukkan khas ini
hendaklah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan  (Untuk Ahli PARLIMEN ) dan Kerajaan Negeri (Untuk ADUN)
Dengan penggunaan surat elektronik ini (emel) dan SMS , akan memudahkan kerja YB menjadi
lebih senang dan cekap kerana aduan boleh diterima oleh segenap lapisan
masyarakat.

Dengan adanya emel, SMS dan laman web memudahkan lagi rakyat dikawasan yang diwakili oleh YB berkenaan untuk berinteraksi dengan YB tanpa melalui orang tengah dan rakyat boleh menyuarakan pandangan, cadangan atau kritikan berkaitan jika ada masalah yang timbul di kawasan berkenaan dan sekali gus mendapatkan maklum balas daripada YB dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
YB dikehendaki mencontohi sikap YB.Datuk Haji Kamarudin Jaafar ,Ahli Parlimen Tumpat,Kelantan/ Bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri  yang mempunyai laman web sendiri serta menggunakan SMS dan emel bagi memudahkan rakyat dikawasan yang diwakilinya berinteraksi dengan beliau

Melalui emel: Norashikin Bt. Mohd Noor

Universiti States California

--------------------------------------

Eksklusif bersama Exco baru
Kelantan rangka pelan bendung gejala sosial
Oleh MJ
Muqadimah: Siapa sangka seorang anak muda yang dianggap pendatang baru dalam arena politik di Kelantan kini menjadi salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Pada pilihan raya umum 21 Mac lalu beliau bertanding di DUN Bukit Panau dan berjaya mengekalkan penguasaan PAS di kawasan itu. Abdul Fatah Mahmood, 41 dilahirkan di Kampung Domis, Bukit Panau. Beliau adalah anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah Kampung Paloh, Bukit Panau, Allahyarham Tuan Guru Mahmood Mat Sah. Ayahnya menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.
Kini kegigihan Haji Mahmood dalam kerja-kerja dakwah, kemasyarakatan dan kebajikan diwarisi anaknya, Abdul Fatah. Abdul Fatah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian menyambung ke Kolej Islam Kelang sebelum mengikuti program matrikulasi di Sekolah Alam Shah. Di peringkat tinggi mengikuti pengajian dalam bidang optometry di UKM sehingga memperolehi ijazah sarjana muda dengan kepujian pada 1990.
Semasa di UKM beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan pernah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail bagi sesi 1985 - 1986.
Selepas menamatkan pengajian Abdul Fatah bekerja di sebuah klinik optometry di Kajang sehingga tahun 1996. Selepas itu membuka klinik sendiri di Kota Bharu. 
Terbabit dengan politik sejak dalam kampus lagi. Setelah kembali ke kampung kelahirannya dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah pada 2003. Kini dilantik juga sebagai Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan. 
Abdul Fatah juga terbabit aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya dilantik sebagai anggota Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.
Mempunyai seorang isteri yang bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah menengah di Tumpat dan tiga orang cahaya mata.
Selepas memenangi pilihan raya lalu di DUN Bukit Panau beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. Portfolio tersebut biar pun nampak 'simple', namun ia begitu mencabar. Lebih-lebih golongan belia sekarang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap identiti dan moral.
Oleh itu, bersesuaian dengan kelayakan sebagai seorang profesional, Abdul Fatah cuba merancang sesuatu bagi membantu kerajaan negeri bagi menangani persoalan tersebut. Ikuti temubual wakil Fikrah (Harakah) bersama beliau di Kota Darulnaim, baru-baru ini.  
Ke mana hala tuju bakal dibawa YB setelah diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan?
Tiga skop utama yang menjadi tumpuan utama iaitu pembangunan wanita, belia dan sukan. Bagi pembangunan wanita kita tumpu kepada dua kategori iaitu mereka yang bekerja dan tidak bekerja. Wanita bekerja ditakrifkan mereka yang bekerja dengan kerajaan. Manakala tidak bekerja iaitu golongan surirumah dan mereka yang dhaif. Selain itu terdapat juga golongan armalah (ibu tunggal). Bagi surirumah kita mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan lebih bermanfaat. Manakala bagi wanita yang dikategorikan sebagai dhaif dan golongan armalah kita akan menyediakan peluang untuk mendapat kemahiran bagi membina kerjaya mereka.
Antara kegiatan yang dirancang terhadap golongan tersebut iaitu memberi mereka kemahiran dalam bidang jahitan. Kita pilih tukang mahir dari butik tertentu pergi ke setiap jajahan untuk mengajar kemahiran menjahit. Misalnya di Tanah Merah kita sudah ada dua kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 25 orang. Kita ambil pemilik butik di Kota Bharu untuk mengajar mereka pelbagai reka bentuk fesyen. Mereka akan dilatih secara tubi dan apabila mahir boleh menjadi agen kepada butik terbabit. Selain itu kita juga mengajar mereka ilmu masakan. Kita telah membuat persefahaman dengan Jabatan Pertanian yang sudah lama mengendalikan kelas-kelas masakan. Manakala bagi wanita yang bekerja dan isteri kepada kakitangan kerajaan, kita akan adakan seminar berkaitan peranan dan tanggungjawab isteri dalam masyarakat. Seminar khas bagi wanita bekerja akan diadakan di bawah tajuk 'Cakna Keluarga', 'Pautan Kasih dan Keluarga Sejahtera'. Ia akan diadakan pada Jun ini. Selain itu kita juga akan mengadakan Minggu Kesedaran Kesihatan Wanita pada Ogos depan. Selain itu kita juga akan mengadakan  seminar membabitkan wanita yang terbabit dalam badan bukan kerajaan berkisar kepada tajuk kemantapan organisasi.
Sebelum ini kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2 juta khusus untuk membantu golongan armalah dan anak yatim. Adakah ia akan diperkemaskan kembali?
Peruntukan tersebut sekarang diletak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat. Segala bantuan diurus di bawah portfolio tersebut yang dipengerusikan YB Haji Husam Musa.
Bagaimana pula pelan tindakan kerajaan negeri khusus untuk golongan belia?
Perancangan untuk golongan belia adalah berkait secara langsung dengan kegiatan sukan. Kita merancang program mengisi masa belia dan kegiatan kesukanan. Kita kategorikan juga kepada tiga kumpulan iaitu belia berkerjaya, belia bekerja sendiri dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Fokus utama kita ialah mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi mengisi masa di waktu petang. Tumpuan yang diberi kepada sukan bola sepak, takraw, badminton dan ping pong. Aktiviti yang sedang berjalan iaitu kejohanan bola Sepak Piala Tok Guru. Kita sudah anjur di Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh. Sekarang di peringkat saringan. Matlamat kita supaya belia mempunyai masa yang terisi. Selain itu kita galakkan adakan perlawanan merebut piala wakil rakyat. Kita juga akan anjurkan kejohanan Takraw Tertutup Piala Exco Belia dan Sukan. Perlawanan itu akan diadakan pada 4 dan 5 Jun ini di Pasir Mas.
Sebelum ini kita lihat, hubungan kerajaan dengan pertubuhan belia agak jauh. Mungkin ada langkah tertentu bagi mengatasinya?
Kita amat mengharap setiap DUN mempunyai paling tidak sebuah pertubuhan belia. Sekarang pertubuhan belia nampak lebih terkedepan di Pasir Puteh, DUN Bukit Panau dan DUN Chetok. Pertubuhan belia diwujudkan di kampung-kampung di DUN terbabit. Ini memudahkan pemimpin kerajaan turun bertemu dengan persatuan belia berkenaan. Mereka juga boleh memohon peruntukan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Kewujudan persatuan ini cukup penting bagi membendung gejala sosial. Sehingga sekarang sudah ada tiga persatuan belia yang baru didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Manakala persatuan belia yang tidak aktif kita minta diaktifkan semula. Kerajaan negeri menggalakkan belia mewujudkan persatuan belia di kampung masing-masing. Ia juga sebagai wadah untuk memudahkan mereka mengadakan aktiviti dan pertemuan. Dengan ini masa mereka lebih terisi dan dapat membentuk kepemimpinan organisasi di peringkat kampung. Sekiranya pertubuhan mereka terbaik, kita juga bersedia memberi hadiah.
Bagaimana cara kerajaan negeri dapat mempertingkatkan hubungan dengan persatuan belia yang sedia ada?
Sebelum ini, apabila disebut persatuan belia, ia dikaitkan langsung dengan politik. Oleh itu kita akan cuba pisahkan di antara dua elemen tersebut. Kita mahu persatuan belia memain peranan yang sebenar. Insya Allah kita akan mempertingkatkan hubungan lebih baik dengan persatuan belia yang sedia ada.
Kerajaan negeri mempunyai Pusat Khidmat Belia yang terletak di Pengkalan Chepa. Apa perancangan YB untuk mempertingkatkan lagi peranan pusat tersebut?
Jawatankuasa yang mengendalikan pusat tersebut sebelum ini mendapat peruntukan kira-kira RM1 juta untuk menaik taraf infrastrukturnya. Bagaimanapun sekarang kerajaan negeri akan mengkaji balik, memandangkan di sebelah tapak tersebut telah dilulus kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan syarikat Mofaz untuk dibina litar perlumbaan. Kerajaan negeri sudah meluluskan kawasan seluas 30 ekar kepada pihak berkenaan, di mana 10 ekar untuk dibuat litar dan 20 ekar lagi untuk diwujudkan infrastruktur. Selain itu kita juga meminta Pejabat Tanah dan Galian mewartakan kawasan seluas 3.5 ekar di Jeram Pasu, Pasir Puteh untuk dijadikan Pusat Pembangunan Belia. Pelbagai kegiatan rekreasi boleh dijalankan di kawasan itu.
Apabila bercakap isu belia, ia secara tidak langsung dihubung kait dengan gejala sosial. Sejauh mana YB melihat tahap keseriusannya di Kelantan sekarang?
Kalau dibandingkan tahap keseriusan di Kota Bharu dengan bandar-bandar lain di luar Kelantan, keadaan di sini masih lagi terkawal. Kita mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk polis. Langkah yang kita buat sekarang supaya gejala tersebut tidak merebak. Kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan sehingga sekarang Alhamdulillah.
Adakah wakil daripada agensi terbabit dilibatkan sama dalam jawatankuasa khusus bagi menangani gejala sosial di Kelantan?
Kita melantik antaranya Ketua Polis Kelantan, Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan, wakil Pemadam dan Yang Dipertua MPKB ke dalam urusetia Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri. Kerajaan negeri sudah melulus pelantikan mereka ke jawatankuasa tersebut.
Apa pula pelan bertindak kerajaan negeri bagi membendung 'gejala kurang sihat' di kalangan remaja terutamanya di bandar Kota Bharu?
Saya sudah mengadakan perbincangan dengan MPKB. Mereka bersetuju untuk mengaktifkan kembali Pusat Khidmat Belia yang terletak di Dataran MPKB. Pusat itu akan berperanan dengan lebih baik termasuk mewujudkan sudut kerjaya dan kaunseling. Kita juga minta MPKB hidupkan kembali Sudut Pidato di Taman Hijau. Selain itu kerajaan negeri akan membuat kajiselidik mengenai pandangan dan harapan belia kepada kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Pihak UPEN sedang mengurus perkara itu. Kita tumpu kepada tiga pendekatan iaitu belia yang bermasalah, normal dan mempunyai syaksiah baik. Hasil daripada kaji selidik tersebut yang dijangka siap sepenuhnya Jun ini, kita akan merangka pelan tindakan yang bersesuaian.
Sebelum ini, kerajaan negeri pernah merangka Dasar Wanita dan Dasar Belia sebagai garis panduan kepada pihak terbabit. Adakah kajian mengenai keberkesanannya akan dibuat semula?
Memang Dasar Wanita dan Belia sudah diwujudkan sebelum ini. Begitu juga peraturan berkaitan sukan digabung bersama Dasar Belia.  Semua perkara itu masih di peringkat dasar dan pelaksanaannya belum lagi diturunkan ke peringkat akar umbi. Sekarang kita fokus kepada aspek tersebut supaya ia dapat diterjemahkan ke bawah. Kita kaji balik supaya ia benar-benar dapat direalisasikan.
Bagaimana pula rancangan kerajaan negeri untuk membantu golongan belia dalam bidang kerjaya?
Kita merancang pada peringkat awal untuk memberi tumpuan kepada sektor pembangunan usahawan dan pertanian. Kita bercadang membantu mereka terutamanya memberi modal permulaan kepada belia yang benar-benar berminat menceburi bidang usahawan kecil.
Adakah kerajaan negeri bercadang mahu mengadakan Hari Belia sebagaimana dianjurkan di peringkat persekutuan pada masa akan datang?
Setakat ini ia belum difikirkan lagi, memandangkan perayaan tersebut membabitkan kos yang agak besar. Lagi pun penyertaan golongan belia dalam persatuan belum lagi menyeluruh di Kelantan. Sekiranya persatuan belia mampu diwujudkan di seluruh negeri, Insya Allah kita akan memikir semula perkara tersebut.

Silap cetak warta pilihan raya hangatkan dewan


KUALA LUMPUR: Kesilapan cetak pada warta kerajaan mengenai keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Mersing menghangatkan Dewan Rakyat sebaik selesai upacara mengangkat sumpah semalam.

Warta kerajaan bertarikh 12 April lalu itu mencatat nama calon Pas, Idris Tukachil sebagai pemenang dengan memperoleh 19,222 undi, manakala Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad Latif hanya mendapat 4,649 undi.

Keputusan sebenar pilihan raya umum pada 21 Mac lalu bagi Parlimen Mersing ialah Abdul Latif memperoleh 18,821 undi, manakala Idris 7,960 undi.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas), membangkitkan isu itu dengan mengatakan Abdul Latif tidak sah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen berdasarkan kepada laporan Warta Kerajaan itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail membuat ketetapan mengenai kedudukan sebenar Abdul Latif sebagai Ahli Parlimen Mersing.

“Warta Kerajaan bertarikh 12 April lalu mencatat pemenang kerusi Parlimen Mersing sebagai Idris Tukachil daripada Pas dengan menang selepas mendapat 19,222 undi berbanding Abdul Latif yang hanya mendapat 4,649 undi

“Berdasarkan laporan Warta Kerajaan ini, adalah tidak sah bagi Abdul Latif mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen,” katanya sebaik upacara mengangkat sumpah jawatan Ahli Parlimen selesai.

Bagaimanapun, Mohamed Zahir berkata, kesilapan itu tidak menjejaskan kedudukan Abdul Latif sebagai wakil rakyat Mersing dan beliau sah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Mohamed Zahir menjelaskan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengisytiharkan kepada Dewan Rakyat bahawa Abdul Latif adalah pemenang sah kerusi Parlimen itu dan beliau sendiri akan menulis kepada SPR untuk membetulkan kesilapan berkenaan.

Warta Kerajaan itu dikeluarkan oleh SPR dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz, yang bertanggungjawab mengenai Parlimen berkata, pihaknya akan menyiasat di mana kesilapannya.

“Tidak semestinya kesilapan itu dilakukan oleh pihak SPR. Ada kemungkinan ketika proses percetakan berlaku kesilapan,” katanya pada sidang akhbar kemudian ketika ditanya mengenai isu itu.

Mohamed Nazri berkata kesilapan dalam Warta Kerajaan itu adalah masalah teknikal dan pihaknya tidak menyedari perkara itu kerana ia tidak diedarkan kepada Ahli Parlimen.

“Kalau ia diedarkan kepada Ahli Parlimen terlebih dulu, tentu kami sedar kesilapan ini lebih awal. Hanya mereka yang mendapatkan warta itu daripada PNMB saja yang akan menyedari kesilapan itu,” katanya.

------------------------------------

-------------------------------------------------

MENDERMA BAGI MMEMBANTU HARAKAHDAILY
Saudara pembaca budiman,
Sambutan yang diberikan oleh pembaca semua terhadap rayuan yang saya buat sebelum ini untuk membantu Harakahdaily amat memberangsangkan. Terima kasih diucapkan.

Malangnya, ada beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pembaca semua. Kami akan cuba menyelesaikan secepat mungkin masalah ini. Diharap saudara/i semua tidak jemu untuk mencuba.

Kami juga membuka akaun kami di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Plaza Sentral untuk memudahkan usaha saudara/i itu.

No akaun BIMB adalah 14023010012360 atau Maybank 564070129350 atas nama Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Sekali lagi saya tegaskan, sumbangan saudari/i semua sangat perlu untuk membolehkan kami memberikan khidmat terbaik menjelang penamaan calon dan hari mengundi ini.

Sekian kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

ZULKIFLI SULONG Ketua Pengarang
[email protected]

Beberapa minggu lepas, server (komputer pelayan) Harakahdaily telah diserang dengan DOS (denial of servis) yang menyebabkan ia tidak dimasuki oleh pelayar sebenar.

Dengan jangkaan bilangan pelayar yang begitu ramai dan serangan-serangan yang bakal berlaku, sistem keselamatan Harakahdaily perlu dipertingkatkan. Kemampuan server juga perlu ditambah untuk mempastikan kami terus dapat berkhidmat untuk anda.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak wargakerja Harakahdaily merayu saudara-saudari semua untuk memberikan sumbangan seikhlas mungkin untuk membantu kami mempersiapkan diri menghadapi kebanjiran pelawat dan serangan yang bakal berlaku.

Hantarkan sumbangan anda kepada

Jabatan Penerangan PAS Pusat, N0 28, Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur. atau masukkan sumbangan anda kepada akaun di Maybank no 564070129350 atau di Bank Islam no 14023010012360 atas nama Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Kepada pengguna Maybank2u.com anda boleh memasukkan terus sumbangan anda ke akaun trusti kami di Maybank iaitu atas nama:
ZANARIAH BINTI MD YUSOF no akaun 164070462105

Sekian, selamat berjuang.

Zulkifli Sulong
[email protected]

 

------------------------------------------------------------------

 

  SIMPOSIUM KERJAYA DI IPT

URUS Setia Kerjaya, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar , Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Simposium Kerjaya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2004 pada 10 dan Julai ini.

Simposium in bertema" Mahasiswa Dinamik Negara Progresif" itu akan diadakan di Kompleks Bestari, UKM Bangi bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada mahasisswa mengenai peluang kerjaya, disamping melahirkan graduan berdaya saing tinggi.

Program kali ini memberi penekanan masalah pengangguran di kalangan graduan IPT awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dalam era globalisasi sekaligus mendidik mahasiswa berfikiran dinamik serta mampu mendominasi kemahiran diperlukan pasaran terkini.

Sepanjang simposium, graduan berpeluang berpeluang mengikuti ceramah, forum,dan bengkel serta simulasi temuduga kerja.

Simposium terbuka kepada pelajar di IPTA dan IPTS. Pelajar UKM akan dikenakan yuran RM15, manakala pelajar dari luar pula RM30.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Mohd Solihin Kotni di talian 012-6088809 atau 03-89215956/5070, Faks :03-89256758, Emel: [email protected]; atau datang ke alamat Urusetia Kerjaya, Paras Bawah, Bangunan Pusanika UKM, 43600, Bangi, Selangor. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN LISAN YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) untuk sesi parlimen Mei-Jun 2004

  1. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI  PELAJARAN  menyatakan sama ada beliau telah mengambil tindakan di atas rungutan rakyat terhadap penyelewengan bantuan 'One Off' baru-baru ini
  2. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA  MENTERI                        menyatakan sama ada beliau bercadang untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Khas untuk menilai dan membuat cadangan-cadangan tentang perjalanan Badan Pencegah Rasuah.
  3. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI  PENGANGKUTAN          menyatakan sama ada beliau bercadang untuk meningkatkan lagi mutu dan taraf perkhidmatan dalam negeri.
  4. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT  menyatakan sama ada beliau berpuas hati dengan keadaan moral masyarakat hari ini.
  5. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI DI JABATAN PERDANA  MENTERI  menyatakan sebab-sebab jumlah quota haji pada tahun ini (2004) dikurangkan daripada 50,000 kepada hanya lebih kurang 25,000 sahaja.
  6. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA MENTERI                          menyatakan samaada kerajaan bercadang untuk menilai semula keupayaan agensi-agensi perisikan negara ekoran tindakan-tindakan sama yang telah diambil oleh Kerajaan Amerika dan Britain.
  7. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah tahanan-tahanan ISA akan dibebaskan.
  8. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah mahasiswa menganggur dan apakah langkah-langkah untuk menyelesaikannya.
  9. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA MENTERI                          menyatakan kemajuan usaha penubuhan Akademi Anti-Rasuah Serantau dan peruntukkan RM17 Juta yang diumunkan.
  10. YB.Dato'Kamarudin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PERTAHANAN                 menyatakan berapakah jumlah -jumlah kes rogol, pukul memukul, berkhalwat , pelatih lari, jurulatih lari dan masalah-masalah lain dalam Program Latihan Khidmat Negara

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harakah Perkhidmatan SMS untuk 012,013,017,019 Muat turun SMS

Dapatkan berita terkini melalui SMS

Taip Kod  hrkh news       Hantar 32355

UNTUK LANGGANAN TETAP

Taip Kod hrkh news ON       Hantar 32355

UNTUK BERHENTI MELANGGAN

Taip Kod hrkh news OFF       Hantar 32355
DIARI CERAMAH MELALUI SMS

Taip Kod Negeri 03           

hrkh ceramah 03          Hantar  32355

 

Kod Negeri

Johor                01

Kedah              02

Kelantan          03

Melaka             04

Negeri Sembilan   05

Pahang            06

Pulau Pinang   07

Perak         08

Perlis         09

Selangor             10

Terengganu       11

Sabah      12

Sarawak  13

Wilayah Persekutuan `14

UNTUK LANGGANAN TETAP

Taip Kod      

hrkh Ceramah 03  on            hantar  32355

UNTUK BERHENTI MELANGGAN

Taip Kod      

hrkh Ceramah 03  off       hantar  32355

SETIAP SMS YANG DITERIMA AKAN DIKENAKAN CAJ SEBANYAK 50 SEN.MAKSIMUM 3 SMS SETIAP HARI.Semua bayaran yang diterima Harakah akan disumbangkan kepada Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) untuk membantu mereka yang memerlukan,

Jika ada sebarang persoalan, sila hubungi 03-40212009  Faks: 03-40212029

 -----------------------------------------------------------------------

 


DERMA SIAPKAN MASJID LUBUH KAWAH, ALOR PASIR PASIR MAS.

Muslimin dan muslimat dengan besar hati dipelawa untuk menyumbang kepada Masjid Lubuk Kawah, Alor Pasir , Pasir Mas yang masih dalam pembinaan yang  dimulakan tahun di tapak seluas  0.4 hektar. Ia sebagai mengantikan madrasah lama yang sudah uzur dan menampung pertambahan bilangan jemaah.

Segala sumbangan hendaklah dimasukkan ke akaun Bank Islam (03-027-026585-2) atas nama Masjid Lubuk Kawah, Alor Pasir , Pasir Mas.

 Sumbangan Muslimin dan Muslimat diucapkan Jazakumullah Khairan Kathira dan didoa semoga dimurahkan rezeki.

Sebarang pertanyaan

013-9547262 ( Shamsuddin Mat Daud-Pengerusi Pembinaan)

09-7972141 ( Che Sulaiman)  

=================================================

TANAH WAKAF DAN DERMA

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-NUR

KM, 4 JLN SUNGAI TIANG

GAJAH MATI,

06700 PENDANG, KEDAH.

TEL NO. 04-7597255/04-7592027/047592937

 

 

Muslimin dan muslimat dengan besar hati dipelawa untuk menyumbang kepada Sekolah Rendah Islam Sri An-Nur yang dibawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang. Dengan membeli tanah HM 1064, Lot 43, Mukim Padang Pusing seluas 1 Relong 314 J dengan nilai RM10.00 sekaki dan diwakafkan kepada Sekolah Rendah Islam Sri An-Nur untuk tujuan pembangunan dan pendidikan.

Pihak kami akan mendirikan sebuah bangunan tambahan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat yang dianggarkan RM100,000,00. Sumbangan Muslimin dan Muslimat diucapkan Jazakumullah Khairan Kathira dan didoa semoga dimurahkan rezeki.

 

Nama: ………………………………………………………………………

Alamat Lengkap:…………………………………………………………….

………………………………………………………………………………….

Poskod:……………………….. No.Telefon……………………

 

1.TANAH WAKAF SEKAKI RM10.00

Bersama-sama ini disertakan cek/wang pos bernombor ………………………. Atas nama Sekolah Rendah Islam Sri An-Nur. No Akaun Bank Pertanian Malaysia Cawangan Pendang 1-009-004979-7. Saya mewakilkan kepada Tuan Haji Mohd Shukri bin Haji Senawi untuk membeli dan mewakafkan kembali kepada SRI NUR tanah tersebut sebanyak………………. Kaki atas penama dibawah ini.

 

1……………………………………  2………………………………..

3……………………………………  4………………………………..

 

( sijil wakaf akan dikirim dan diminta tuliskan alamat dengan jelas dan lengkap)

 

2. DERMA /ZAKAF/FAEDAH

Bersama ini disertakan cek/wang pos no………………………… sebanyak RM…………………….. untuk pembangunan dan pendidikan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang Benar,

 

……………………………..         Tarikh……………………….

 

  -------------------------


          SUMBANGAN JIHAD

 

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah amat memerlukan sumbangan ikhlas Dato/Datin/uan/Puan bagi menjalankan program-program kebajikan . Jenis-jenis sumbangan yang boleh dibuat :-

  1.                                    .  Bantuan Bencana Alam

  2.             .   Bantuan Fakir Miskin             .   Tahlil

  3.             .   Bantuan Ibu Tunggal               .   Fidyah

  4.             .   Bantuan Anak Yatim                .   Derma & lain-lain

 

Sumbangan boleh dibuat melalui cek/wang pos atas nama DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH, di alamat Tingkat 2, Bangunan Pas Kedah, Jalan Kota 05000 Alor Star Kedah.Tel:04-7310659 Faks:04-7309494 email:[email protected]  atau dimasukkan terus ke akaun BIMB bernombor 20110100009300.

 

Nama:………………………………………………………………………………………..

Alamat:…………………………………………………………………………………………………………………………..Jenis Sumbangan:…………………………………………………..

Bersama-sama ini disertakan cek/wang pos no………………………….

Sebanyak RM………………………..atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah untuk tujuan di atas.

                            

                                                                                          

-----------------------------------------------------------------------------------------

   TAFAQQUH FIDDEEN DI RUMAH DATO.DR HJ.MOHD ALI

(NAIB PRESIDEN PAS PUSAT/ BEKAS AHLI PARLIMEN PAS PARIT BUNTAR 1999-2004)

03/07/2004:Ust.Ahmad Awang

17/07/2004: Ust.Kamal Ashaari

  Masa: 9.30 Malam

Tempat: Lot 3586 , Pinggir Tmn Tun.Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Sila sebarkan maklumat ini melalui emel dan SMS

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

(TANPA KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Sudahkah Anda Menyumbang kepada TABUNG SERAMBI MEKAH- AKAUN AMANAH KEBAJIKAN DARULNAIM) 

Anda seorang yang ditakdir Allah murah rezeki dan anda bersih dari sikap serta sifat kedekut dan bakhil? Anda ingin menghulur derma tetapi anda tidak pasti kepada siapa derma patut dihulurkan.  Kalau begitu anda patut menderma kepada Tabung Serambi Mekah

Kepada yang bukan islam, anda juga boleh menderma dan derma anda akan dimasukkan ke dalam tabung khusus  untuk pembiayaan projek-projek pembangunan untuk faedah kalangan bukan islam.

 Cek /Wang Pos ditulis atas nama BENDAHARI TABUNG SERAMBI MEKAH dan berpalang dan segala sumbangan tersebut dialamatkan kepada

Kepada,

Tuan Pengurus 

Tabung Serambi Mekah

Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan

Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan

MAKLUMAT PENTING 

Nama :

Menurut peruntukan di bawah seksyen 9(1) Akta Acara Kewangan 1957 ( Disemak 1972 ), satu akaun amanah dinamakan Akaun AmanahKebajikan Darulnaim atau Tabung Serambi Mekah telah ditubuhkan

Tujuan :

Tabung ini diwujudkan dengan tujuan untuk membolehkan Kerajaan Negeri memberi bantuan dan pertolongan dan bantuan kepada golongan-golongan fakir miskin, mangsa-mangsa malapetaka dan bencana alam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan.

Matlamat :

Di antara matlamat tabung ini ialah ;

Membantu dan menolong rakyat Negeri Kelantan yang fakir dan miskin dengan mengadakan Projek-projek Pembangunan Sosio Ekonomi secara langsung untuk faedah dan kesejahteraan hidup mereka.

Mengelola dan membantu rancangan-rancangan atau projek-projek kepada golongan yang ditimpa kemalangan atau malapetaka bagi mengatasi atau mengurangkan penderitaan dan kesusuhan yang ditanggung oleh mereka serta memulihkan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Memberi bantuan kewangan dan derma yang segera kepada mangsa-mangsa malapetaka seperti banjir, ribut, taufan, kebakaran dan sebagainya.

Menjalankan program-program dan projek-projek pembanguanan Islam dalam Negeri Kelantan bagi meningkatkan Syiar Islam dan melahirkan insan yang bertakwa.

Sumber:

Sumber kewangan utama tabung ini ialah daripada hadiah dan  sumbangan yang berbentuk keuntungan, sedekah dan lain-lain bentuk pemberian orang ramai, organisasi, badan-badan, persatuan-persatuan, yayasan, firma-firma, koperasi dan kerajaan-kerajaan selain daripada punca perjudian. Manakala, Wang Tabung yang diterima daripada punca yang berunsurkan riba hanya boleh digunakan untuk membiayai program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas sahaja serta hendaklah diakaunkan secara berasingan dalam akaun tabung.

 

Jawatankuasa :

Jawatankuasa:Pentadbiran dan pengurusan Tabung akan dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan ( Jawatankuasa ).  Jawatankuasa ini dianggotai oleh 5 orang ahli yang terdiri daripada :

 

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun atau pada bila-bila masa bagi menimbang kelulusan sebarang pembiayaan yang perlu dilaksanakan segera. Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi dan seandainya pengerusi tidak dapat hadir, ahli-ahli boleh melantik mana-mana seorang dari ahli yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

Laporan Dan Penyata Kewangan:

Laporan dan juga Penyata Kewangan Tabung hendaklah disediakan pada tiap-tiap akhir tahun dan ia perlu mengandungi  maklumat tentang ;

Terimaan dan perbelanjaan Tabung bagi tempoh berakhir pada 31 Dis tiap-tiap tahun.

Harta-harta dan tanggungan-tanggungan pada 31 Dis setiap tahun

------------------------------------------------------------------------------------------------

PELUANG MENDERMA UNTUK SEKOLAH TOK GURU
(DARUL ANUAR PULAU MELAKA)
SEMPENA SAMBUTAN 40 TAHUN DARUL ANUAR
Membina asrama perempuan empat tingkat
ANGGARAN KOS :RM900,000
Menyiapkan bangunan tambahan Darul Anuar untuk kelas pengajian dan aktiviti pelajar
ANGGARAS KOS: RM400,000
Sumbangan anda boleh dihantar atas nama Pengetua/Bendahari sekolah
No Akaun Sekolah: 3018010062895
No.Telefon: 09-7654848
SELAMAT MENDERMA

----------------------------------------------------

DANA ANAK-ANAK YATIM PAS KEDAH (DAYA)

Baru-baru ini sebuah dana yang dinamakan Dana anak-anak yatim Pas Kedah dengan singkatan Daya telah dilancarkan oleh PAS Kedah yang bertujuan untuk membantu anak-anak yatim dikalangan ahli yang memerlukan.

Dana tersebut diilhamkan oleh PAS Kedah dan ditadbirkan oleh Jawatankuasa Daya yang dipengerusikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah , Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Rahman.

Penubuhan Daya ini bersesuaian dengan kehendak fasal 6(3) Perlembagaan Parti Islam Semalaysia (PAS) Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah Darul Aman.

Tujuan daya ini ialah mengutip wang melalui derma , jualan barang, pelaburan,perkongsian, sumbangan orang ramai dan perseorangan, kegiatan pertanian dan sebagainya yang bolehkan menambahkan dana Daya dari masa ke semasa.

Antara bentuk bantuan yang boleh diberikan Daya ialah bantuan makan-minum,tempat tinggal,persekolahan, rawatan perubatan dan kesihatan,musibah,bantuan-bantuan lain yang difikirkan munasabah dan patut oleh Jawatankuasa kecil dengan kelulusan Jawatankuasa Daya.

 

Selain itu Daya berperanan membantu anak-anak yatim untuk melanjutkan pelajaran , membina kehidupan serta kegiatan-kegiatan yang boleh meningkat dan memajukan anak-anak yatim untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.

Bagi menambahkan lagi dana tabung berkenaan , Jawatankuasa Dana dan Jawatankuasa kecil yang ditubuh olehnya perlu mencari sumber kewangan bagi mengisi tabung Daya termasuklah sumbangan orang ramai dan syarikat serta badan koporat.

Oleh yang demikian, bagi sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan ataupun derma, maka bolehlah berbuat demikian melalui Wang Tunai, Cek/ Wang Pos atas nama Dana Anak-Anak Yatim PAS Kedah (Daya) yang dialamatkan kepada,

Pengerusi, Dana Anak-Anak Yatim PAS Kedah (Daya)

Tingkat 3 Bangunan PAS Kedah

Jalan Kota

05000 Alor Setar

No.Akaun Bank 2011010062891

-------------------------------------------------------

Tabung Kemiskinan Harakah bantu tanpa mengira fahaman politik dan terus harapkan sumbangan orang ramai.

Menolong mereka yang berada dalam kesusahan atau ditimpa malang adalah tugas murni kemanusiaan yang tidak boleh sama sekali dicemari oleh apa-apa pertimbangan sempit seperti pertimbangan bangsa , agama atau kepartian dan kelompok.

Berdasarkan kepercayaan itu  Tabung kemiskinan Harakah (TKH) yang ditubuhkan sejak 1999 telah mengenepikan dasar kepartian atau pilih kasih lain dalam meluluskan sesuatu permohonan yang dibuat oleh mana-mana individu kepadanya.

Malah, permohonan yang hanya mendapat sokongan daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) sekalipun tetap diluluskan sekiranya ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Contohnya Harakah bertarikh 16-31 Januari 2004 Muka Surat 9 memaklumkan bahawa permohonan daripada Kamarulzaman Abdul Rahim, seorang peniaga kecil telah menerima bantuan sebanyak RM400 bagi membantu meringgankan bebanan beliau untuk membiayai kos pembedahan anaknya Azman Kamarulzaman 12 tahun. Dimana permohonan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN kawasan berkenaan , Mah Siew Keong dan diluluskan oleh Pengerusi Komiti Tabung kemiskinan Harakah, Datuk Hishamuddin Yahya.

Sementara itu juga, Tabung kemiskinan Harakah (TKH) sentiasa menanti sumbangan kewangan baru bagi membolehkannya terus membantu fakir miskin di seluruh negara.

Setiausaha Eksekutif Komiti Tabung kemiskinan Harakah,Nor Syarini Mat Sutris berkata, pihaknya sentiasa menghargai sumbangan para dermawan yang mahu berkongsi penderitaan yang dihadapi golongan tersebut.

"Tanpa bantuan dan sikap prihatin kita semua, mungkin nasib golongan miskin di negara kita tidak terbela.

TKH sebagai badan pelaksana untuk mengagihkan bantuan yang disalurkan penderma diibaratkan sebagai jambatan kasih fakir miskin memohon bantuan.Tabung Kemiskinan Harakah berusaha membela insan yang kurang upaya dengan seadanya.Dengan tabungan yang terhad, ribuan insan masih memerlukan

Justeru itu, sesiapa sahaja yang ingin menambah dana TKH bolehlah menghantar sumbangan berkenaan dengan mengunakan cek/wang pos atas nama JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT kepada:

TABUNG KEMISKINAN HARAKAH, D/a: No.28, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-40213343 Faks: 03-40255609-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Basikal Istimewa orang Kurag Upaya 

Pengalaman berkerusi roda selepas ditimpa kemalangan pada 1990  memberi idea pada Marham Dollah Kanan untuk mencipta kenderaan yang boleh digunakan oleh golonga yang kurang upaya . Bagi beliau penggunaan kerusi roda memenatkan dan agak terhad. Tambahan pula sejak kecil beliau minat mengubahsuai basikal dan motorsikal.

Berbekalkan semangat yang tinggi dan sedikit modal hasil simpanan beliau membuka bengkelnya  sendiri pada 1996. Walaupun ada yang mengatakan belaiu membuang masa dengan mencipta kenderaan sedemikian, kata-kata seumpama itu tidak mematahkan semangat anak muda kelahiran Sabak Bernam ini untuk meneruskan cita-citanya. Bantuan Dana IKS berupa mesin yang diterima 1999 memudahkan lagi kerja beliau.

Basikal Orang Kurang Upaya (OKU) yang dihasilkan Marham agak istimewa kerana ia amat berbeza dengan konsep kerusi roda yang biasa digunakan untuk golongan yang tidak berupaya ini. Biasanya penggunaan kerusi roda hanya terhad dikawasan tertentu sahaja.

Tetapi dengan menggunakan basikal OKU ini, golongan yang tidak upaya atau  cacat anggota tanggan dan kaki masih boleh menggunakannya di jalan yang tidak rata dan boleh bergerak sejauh lima kilometer. Marham juga memperkenalkan basikal yang digabungkan dengan kerusi roda memandangkan penggunaan kerusi roda amat popular bagi golongan ini.

Basikal OKU ciptaan anak muda gigih ini juga agak unik kerana ia seratus peratus ciptaannya dan bukan diubahsuai dari mana-mana kenderaan. Dengan harga sekitar RM750 sebuah, basikal ini bukan sahaja mampu dimiliki oleh golongan ini bahkan memudahkan lagi pergerakan mereka. Sehingga kini basikal OKU Marham mendapat sambutan bagi penduduk sekitar Sabak Bernam. Kini dengan bengkel yang agak sederhana dan bantuan seorang pekerja, Marham berharap ciptaan beliau ini tidak terhad hanya kepada masyarakat selangor. Impiannya agak tinggi agar suatu hari nanti beliau dapat membesarkan bengkelnya dan berkerjasama dengan pihak yang berminat dengan ciptannya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat basikal OKU atau melihatnya sendiri maka bolehlah menghubungi Marham di talian 013-50658366 atau dibengkelnya dialamat Kejuruteraan Welding Batu 2 Pulai 45200 Sabak Bernam Selangor.

---------------------------------------------------------

BANGUNAN KELAS TAHFIZ PERLU SUMBANGAN RM40,000

BALING-Bangunan baru kelas tahfiz al-quran Madrasah Islahiah Diniah di Memali, Baling Kedah yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Ibrahim Libya hampir siap. Bangunan ini bagaimanapun masih memerlukan sumbangan wang orang ramai sebanyak RM40,000 lagi untuk memasang bekalan elektrik, air dan semua peralatan didalamnya.

Setiausaha Madrasah tersebut, Yusof Hussin berkata, perbelanjaan mendirikan  bangunan baru adalah sumbangan derma orang ramai ." Namun masih belum mencukupi.

Mereka yang berhasrat memberikan sumbangan boleh mengirimkan wang kepada Madrasah Islahiah Diniah Kg.Memali, Baling Kedah. No Akaun 2011010011789 Bank Islam Alor Setar, Kedah.

Untuk keterangan lanjut , Ustaz Hj.Mat Juki bin Hj.Ahmad , mudir sekolah tersebut- No.Telefon :044731412 atau timbalan mudir, Ustaz Yusof Bin Che Mit , No. Telefon : 044732672

 

--------------------------------------------------------------------------------------

TAKZIRAH 

HUBUNGAN ORANG YANG HIDUP DENGAN YANG MATI

Daripada Abbas r.a.w katanya telah bersabda Rasulullah bermula dengan simati didalam kubur itu seperti orang karang di lautan yang selalu menunggu-nunggu dari anaknya atau saudaranya ataupun dari temannya apabila doa itu sampai kepadanya maka dia lebih senang dari segala yang terdapat di dunia ini

Tidak dapat dinafikan bagi orang yang meninggal dunia tidak ada yang menjadi temannya kecuali amalannya, sedekah jariah dan ilmu yang telah dihamburkannya. Selain daripada itu tidak ada apa-apa lagi. Suatu perkara lagi yang dapat memberi mereka pertolongan iaitu doa daripada orang hidup. Dan tidak siapa yang boleh diharapkan untuk mendoakan (si mati) daripada kita sendiri atau ayah kalau masih hidup.

Dengan hadis ini tertolaklah perbuatan sesetengah umat islam yang meminta pertolongan daripada orang-orang yang telah mati yang dikira sebagai keramat kerana keramat itu hanya semasa ia hidup sahaja setelah ia meninggal keramat pun lenyap sebagaimana halnya dengan mukjizat Nabi. Mukjizat nabi tidak ada lagi selepas wafatnya , hanya yang tinggal mukjizat al-quran yang kekal hingga hari kiamat.

Kesimpulannya kita hendaklah berdoa kepada allah semoga mengampun dosa-dosa ayah, anak , isteri, saudara-saudara yang mukmin dan muslin yang telah terdahulu daripada kita kerana mereka sekarang di alam barzakh sedang menghadapi berbagai-bagai gelombang azab (bergantung kepada amalan mereka masing-masing ). Seakan-akan orang yang karam di lautan

Kita alam di barzakh seperti orang yang sedang karam di lautan , terlambai-lambai memohon pertolongan orang dari darat semoga lambaian itu mendapat perhatian yang wajar. Tetapi apakah daya kalau lambaian itu hanya sekadar dipandang, tidak lebih daripada itu. Apakah gunanya menziarahi kubur hanya sekadar mencabut rumput, membersihkan dari daunan kering, menyimpan batu marmar, nisan yang tertegak indah tetapi sekalimah perkataan zikir pun tidak wujud. Oleh itu berdoalah kita wahai kaum muslimin sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Doa itu sebahagian dari ibadat"

Doakan orang tua agar berbahagia di alam yang sangat sengsara , tanpa teman atau saudara, tanpa ibu atau bapa tanpa kekuatan, walau tenaga dan restu yang menjadi harapan semoga katanya:

Sabda Rasulullah s.a.w orang yang mati itu akan mengikutnya tiga. Yang balik dua dan yang tinggal bersamanya satu sahaja.. Yang mengikut keluarganya, hartanya, amalannya. Yang balik keluarganya dan hartanya dan yang bersamanya hanyalah amalannya sahaja.

(Riwayat Al-Bukhari)

 

SUNAT BERI SALAM KEPADA AHLI KUBUR

MENZIARAHI kubur ada adab dan caranya yang tersendiri.Menurut huraian ulama, orang yang menziarahi kubur dituntut melakukan perkara seperti berikut:
Seseorang itu hendaklah bersih dari melakukan hadas dan sunat untuk bertawaduk. Sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur iaitu dengan menyebut salah satu  lafaz salam yang pernah diajar Rasululah s.a.w kepada sahabatnya yang bermaksud:
"Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini daripada kalangan mukminin dan muslimin. Bahawa kami juga, Insya-allah akan menurut kamu (apabila sampai gilirannya). Semoga allah memberi (rahmat ) dan selamat sentosa kepada kami dan kepada kamu bersama)". Hadis sahih riwayat Ahmad Muslim dan Ibn Majah.
Selepas sampai berhampiran kubur kaum kerabat mahupun kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan menghadap muka si mati. Sambil memberi salam secara khsusus kepadanya misalnya jika simati adalah ayah , maka lafaz salamnya adalah berbunyi:
"Assalamualaiukum wahai ayahku."
Dan kalau ibu
"Assalamualaiukum wahai ibuku"
Demikian seterusnya kepada saudara atau kenalan. Berikan salam disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka semasa mereka hidup dulu.
Dalam sebuah hadis dijelaskan apabila seseorang islam apabila lalu dihadapan kubur seorang Islam yang dikenalinya lalu dia memberi salam kepadanya, maka si mati itu (iaitu rohnya) bukan sahaja membalas salamnya tetapi juga mengenalinya.
Malah , si mati lebih bergembira jika salam orang yang hidup itu disertakan dengan doa baginya seperti yang diterangkan dalam sebuah hadis yang lain.
Selepas memberi salam, sunat membaca al-quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.
Selepas membaca al-quran , hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya.

PENDERITAAN ARWAH DI ALAM BARZAKH

Dari Anas r.a katanya bahawa Rasululah s.a.w bersabda : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan (dipertontonkan kepada kaum kerabat kaum kamu yang telah mati. Kalau amal perbuatan kamu baik -mereka gembira mengetahuinya dan kalau sebaliknya , mereka berdoa untuk kamu dengan berkata: Ya Allah, Ya tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah petunjuk, sebagaimana engkau telah memberi petunjuk kepada kami, sehingga kami mati dalam iman" (Riwayat Iman Ahmad dan at-tarmizi)

BERHAJATKAN DOA

Para arwah dialam barzakh begitu berhajatkan doa orang yang hidup, khasnya doa tahlil, bacaan al-quran , zikrullah dan seumpamanya, termasuklah sedekah halal yang diniatkan pahala agar disampaikan kepada arwah tersebut.

Lebih-lebih lagi bagi para arwah daripada kalangan orang yang fasik yakni mereka yang pada waktu hayatnya ada melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat, derhaka pada orang tua, berzina dan seterusnya , tetapi enggan bertaubat.

Ataupun orang yang suka mengekalkan dosa-dosa kecil dan tidak gemar bertaubat atau istighfar. Mereka telah berhajatkan doa saudara-saudaranya yang beriman, berbanding arwah orang yang soleh.

Sebuah hadis lain yang terdapat dalam kitab I'anah Talibin karangan Syed Abu Baklar yang bermaksuf:

" Bahawa roh-roh orang yang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing.

"Setiap rohnya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya: Wahai ahli rumahku , Wahai kaum kerabat dan anak-anakku, wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagikan dan menerima harta pusaka peninggalan kami..., adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami, atau yang pernah memikirkan keadaan yang sedang berada di alam barzakh.

" Kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa-doa dan amalan-amalan soleh. Semoga Allah memberi rahmat kepada kamu. Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang kembali pada malam berikutnya. Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.

Doa kepada kaum muslimin yang telah meninggal dunia sangat diperlukan. Jika simati itu orang soleh, doa tersebut akan dapat meningkatkan darjat rohnya diakhirat. Tetapi sekiranya arwah tersebut dari orang dari kalangan orang fasiq, maka doa,tahlil istighfar ataupun sedekah hala yang diniatkan atas namanya itu. Mudah-mudahan, insya-allah) akan dapat menyelamatkannya daripada azab kubur dan seterusnya pelbagai kesengsaraan lain. Ataupun sebagai meringgankan beban yang ditanggungnya disana

--------------------------------------------------------------------------------------------------

 Mutiara Kata 

Apabila seseorang itu mati maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu amal jariah, ilmu yang memberi manfaat, (yang diajarkanya) atau doa kepadanya oleh anak yang soleh)". Maksud Bukhari dan Muslim
"Perumpamaan ganjaran orang-orang membelanjakan harta mereka di jalan Allah adalah laksana sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai terdapat seratus bijih benih. Allah S.W.T berhak menggandakan bagi mereka yang dikehendakinya dan dialah yang maha luas pengetahuan.
(Al-Baqarah : Ayat 261)
" Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan nafkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan menafkahkan (sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar"
(Al-Hadis: Ayat 7)

FADILAT SURAH AL-QADR

Surah al-Qadr mempunyai keagungan dan kemuliaan tersendiri kerana mengandungi penjelasan mengenai suatu malam kitab suci al-quran diturunkan dari Allah s.w.t ke dunia sehingga dengan membaca surah ini, seseorang akan mendapati kelebihan dan kehebatnya.

Surah al-Qadr mempunyai lima ayat yang bermaksud:

Bahawasanya Kami sudah menurunkannya (al-quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah sebenarnya malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu (adalah suatu malam yang mulia) lebih baik (perbandingannya dengan malam-malam yang lainnya), seribu bulan (kerana) pada malam itu turun malaikat termasuk (pimpinan mereka) malaikat jibrail dengan izin Tuhan mereka untuk (menetapkan) pengaturan segala urusan (pada malam itu (penuh kesejahteraan) sehinggalah terbit fajar (masuknya waktu sembahyang subuh):" (al-qadr 1:5)

Disebutkan satu kisah pada suatu hari, al-Faqih al-iman al-wali al-kabir Ahmad bin Ujail didatangi seorang miskin dan mengadu mengenai kemiskinannya.

Seterusnya dia diperintahkan membaca supaya membaca surah al-qadr sebanyak yang mungkin dan membaca doa:

Dengan membaca nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya allah, rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Nabi Muhamad S.a.w, keluarga dan sahabatnya.

Ya, Wahai Zat yang mencukupi dari sekalian makhluknya, tetapi tiada seorang pun yang memerlukannya dikalangan semua makhluknya. Wahai Zat Yang Esa yang tidak ada bandingannya , putuslah segala harapan tanpa harapan daripadamu, hilang cita-cita melainkan kepadamu, dan amat sukar kecuali menuju Engkau . Wahai penolong orang meminta tolong, tolonglah aku". (dibaca sebanyak tujuh kali).

Sesiapa yang mempunyai hajat besar, dia hendaklah membaca surah al-qadr sebanyak 141 kali kemudian membaca doa berkenaan sebanyak tujuh kali. Jika mengamalkannya, insya-Allah hajatnya akan segera dimakbulkan.

Barang Siapa membaca surah al-qadr sebanyak 1,000 kali pada hari Jumaat, maka dia tidak meninggal dunia sebelum melihat Nabi Muhamad S.A.W di dalam tidurnya.

orang yang membaca surah al-qadr sebanyak 10 kali dan surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali pada seberkas air lalu dipercikkan pada pakain baru, maka dia selalu dalam penghidupan yang lapang selagi pakaian itu dipakai.

Sesiapa membaca surah al-qadr sebanyak 3 kali setiap selesai sembahyang Maghrib dan Subuh kemudian membaca doa seperti dibawah ini, maka diantara dia dan iblis akan dibangunkan sebuah benteng pembendung Yakjuz dan Makjuz.

Doa itu bermaksud:" Ya Allah, Zat yang mempunyai kekuasaan, maka hilangkanlah dariku sebarang kesusahan dan kesukaranku.

Surah al-Kausar adalah yang paling sedikit ayatnya, iaitu hanya tiga ayat sahaja dan berada di dalam juzuk 30.

Sekalipun surah itu pendek dan ringkas, namun ia mempunyai fadilat dan khasiat yang besar iaitu barang siapa ingin bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w maka dia hendaklah membaca surah al-kausar sebanyak 1,000 kali sebelum tidur dengan didahului solat hajat dua rakat.

Kemudian baca surah itu dengan khusyuk dan penuh keyakinan hati serta diteruskan dengan tidur dalam keadaan suci daripada hadas dan najis. Dengan izin Allah dan keagungan surah berkenaan, maka dia dapat bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w.

Surah al-kausar bermaksud: Sesungguhhya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah orang yang terputus dari rahmat allah S.W.T


---------------------------------------------------------------------------------------------------

SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN MASJID DARUL DARUSSALAM

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi kerana Masjid Darussalam dapat didirikan dan masih dalam pembinaan untuk menyiapkan tingkat atas masjid bagi kegunaan kelas , penggajian tahfiz dan akademik. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM50,000.00, justeru kami telah berhutang dengan beberapa syarikat dalam usaha menyiapkan pembinaan masjid ini. Kami menyeru Muslim dan Muslimat agar dapat menyumbang derma untuk pembinaan Masjid Darussalam dalam kawasan Maahad Tahfiz Darulsalam dan SRI Kiblah, Paya 

Cek/ Wang Pos atas nama Tabung Masjid Darussalam.

Bank: No Akaun 545-11-017161 Eon Bank  Berhad, Jalan Parit Dalam Kota Bharu, Kelantan.

untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Urusan: Maahad Tahfiz Darusssalam, 691 Paya Senang, Jln. Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan.      Tel: 09-7485458/012-9655940/012-9549992

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rayuan Derma/Sumbangan

Maahad Tahfiz Daril Naim sedang membina asrama untuk pelajar Tahfiz dan pelajar pondok 80%. Bangunan tersebut telah disiapkan dan anggaran kos yang masih diperlukan adalah sebanyak RM100,000.00 bagi menyiapkannya termasuk pendawaian,mengecat, memasang syiling dan lain-lain. Kami merayu muslimin dan muslimat sekalian memberi derma/sumbangan untuk menyiapkan asrama tersebut. Sumbangan Tuan/Puan boleh dihantar kepada:

BENDAHARI MAAHAD TAHFIZ DARIL NAIM, KOMPLEKS MADRASAH DARIL NAIM, KG.KUBANG BONGOR, 16400 MELOR, KELANTAN

ATAU TERUS ONLINE KE DALAM AKAUN BANK ISLAM CAWANGAN WAKAF SIKU AKAUN NO :03-018-01-007769-4 ATAU KE DALAM AKAUN BANK SIMPANAN NASIONAL. AKAUN NO: 03100-41-00000-496-2.

Cek/wang pos berpalang atas nama Bendahari Maahad Tahfiz Daril Naim .

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 09-7831212 /012-9555016. 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Skim Wakaf Tapak dan Bangunan

PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (PUPIS)- KOLEJ ISLAM AL-AZHAR (KIAZ) KOTA BELUD, SABAH.  

NO PENDAFTARAN :00139859-U

Kepada kaum muslimin dan muslimat yang dermawan. Kami sekretariat PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (PUPIS)- KOLEJ ISLAM AL-AZHAR (KIAZ)  memohon jasa baik tuan-puan agar sudilah kiranya untuk memberi sumbangan derma ikhlas dalam bentuk wang zakaf, imfak fisabililah dan wakaf untuk pembangunan , pendidikan, kebajikan dan aktiviti dakwah khas kepada saudara baru yang berjumlah 5,000 orang dari berbagai suku keturunan di Kota Belud, Sabah di bawah pengurusan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari (PPTOB). Kami sedang menguruskan pembelian sewa-beli sebuah bangunan separuh banglo diatas sebidang tanah mempunyai keluasan tapak 5,000 kaki persegi bernilai RM250,00.00 untuk dijadikan Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Semua sumbangan muslimin dan muslimat juga digunakan untuk membina sebuah masjid diatas sebidang tanah seluas 1 ekar dengan permulaan sebanyak RM90,000,00. Segala sumbangan boleh dikreditkan di dalam akaun Bank Islam Cawangan Bandar Baru Bangi atas nama:

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN BESTARI    NO AKAUN 12-029-01-003493-7

RM50 SEKAKI PERSEGI. Segala sumbangan akan dibacakan Al-Quran 30 Juzuk untuk arwah-arwah kaum kerabat yang menderma. Semoga Allah s.w.t memberkati dan dimurahkan rezeki

Cek/Wang Pos/Kiriman Wang Pos atas nama PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN BESTARI dan dengan nama allah mewakilkan kepada Us.Mohd Farhan Abdullah selaku Amil (PPTOB)  dan Pengerusi (PUPIS-KIAZ) untuk membeli dan mewakafkan kembali (PUPIZ dan KIAZ) tapak dan bangunan tersebut

Sebarang pertanyaan sila hubungi 

Pusat Pengajian Tahfiz Al-quran Bestari

S 57 Jln 3/3A Serdang Jaya

433000 Seri Kembangan , Selangor.

Tel:  03-89439172 ,012-6613555 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

MASJID PUSAT CEMERLANG
Masjid berperanan mengisi keperluan duniawi dan akhrawi masyarakat islam sebagai pusat:
  • ibadah
  • Pembangunan Keluarga
  • Pendidikan
  • Sebagai penyebaran dakwah islamiah
  • Sebagai pusat perancangan kegiatan
LATAR BELAKANG DKMH
Skim dana Kompleks Masjid Al-Hikmah dibentuk pada 2001 untuk menyediakan dana bagi program pembinaan kompleks masjid yang diharapkan menjadi " Model" sebagaiman sewajarnya Institusi Masjid berperanan dan berfungsi dalam membina " Tamadun Khayra Ummah"
MENGAPA SOKONGAN ANDA PENTING
  • Tanpa sumbangan anda Kompleks Masjid Al-Hikmah tidak dapat dibina
  • Mempastikan program pembinaan berjalan lancar dalam jangka masa yang dirancangkan
  • Diharap semua pihak menjayakan misi besar ini untuk memartabatkan " Tamadun Khayra Ummah"
SUMBANGAN MELALUI ARAHAN BANK
  • Dengan mengisi borang Arahan Bank
  • Kadar sumbangan mimumun RM10.00 setiap bulan
  • Simpanan dalam akaun tidak kurang daripada arahan pindah akaun
  • Anda boleh menambah sumbangan pada bila-bila masa atau menamatkannya
SUMBANGAN MELALUI TAQAFUL WAKAF (STQW)
Pelan Takaful Waqaf membolehkan seseorang peserta merancang program kewangan mengikut kemampuannya untuk tujuan membantu dan mengumpul derma melalui amalan waqaf. Peserta dapat mengumpul wang secara beransur-ansur dalam tempoh pilihannya yang boleh disumbangkan sebagai waqaf, suatu amalan yang digalakkan dalam islam. Perolehan manfaat di bawah Pelan ini , sama ada disebabkan peserta meninggal dunia sebelum tempoh Pelan matang atau genap tempohnya akan dibayar terus oleh Syarikat Takaful Malaysia kepada institusi yang akan menerima wakaf peserta. Inilah cara mudah untuk sesorang melakukan ibadah wakah bersama Syarikat Takaful Malaysia
SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI STQW
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 70 tahun
  • penyertaan hendaklah matang pada usia peserta tidak melebihi 75 tahun
  • Tempoh matang bermula sama ada dengan 5,10,15,20,25,30,35,40,45 atau 50 tahun
  • Amaun minumun ialah RM10.00
  • Isikan Borang Cadangan dan Akuan (BCA)
Pihak yang akan menerima wakaf ialah KOMPLEKS MASJID AL-HIKMAH

WAKAF LOT TANAH &BANGUNAN

KOMPLEKS MASJID AL-HIKMAH

KOTA BHARU KELANTAN

2684-A, Tanjung Mas, Jln Pengkalan Chepa

Kota Bharu, Kelantan

Dengan segala hormatnya kami AJK Kompleks Al-Hikmah mempelawa kepada Muslimin & Muslimat menyumbang secara wakaf kompleks Masjid  Al-Hikmah, secara lot 

 
RM10 bagi 1/15 kaki persegi RM50 bagi 1/3kaki persegi
RM100 bagi 2/3 kaki persegi RM150 bagi 1 kaki persegi

Sumbangan Ikhlas RM..........................................

Sebagai maklumat lanjut, kompleks Masjid  Al-Hikmah akan berperanan sebagai

  • Tempat kuliah mingguan yang dihadiri tak kurang 1000 orang
  • Kelas Fardu Ain untuk saudara Baru & Umum
  • Pusat Dakwah dan pertemuan Islam
  • Di lokasi mudah dan strategik

     

    Nama:..................................................................

    Alamat .............................................................................

    .........................................................................................

    Poskod :....................... Tel/Faks.......................

    kepada Bendahari kompleks Masjid  Al-Hikmah,

    Peti Surat No.37, Pejabat Pos Besar Kota Bharu,

    15720 Kota Bharu, Kelantan

    Tel: 09-7734054   Fax: 09-7734054    HP:019-9611707

    E-mail: [email protected]

    Bersama-sama ini disertakan cek/wang pos bernombor ............... sebanyak RM..........................atas namaKOMPLEKS MASJID AL-HIKMAH (No.Akaun BIMB Wakaf Siku Kota Bharu: 3018010082073.  Saya mewakilkan kepada  Tuan.Hj.Wan Zainuddin bin Hj.Wan Yusoff   untuk mebeli &mewakafkan belian tersebut kepada kompleks Masjid  Al-Hikmah.

     sebanyak ....................... kaki persegi untuk diriku/keluargaku/Allahyarham/Allahyarhamah untuk nama berikut:

    1......................................                    2.--------------------------------------

    3......................................                   4.........................................

    Sekian, terima kasih

    Yang Benar, 

    .............................         Tarikh..........................    

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dimaklumkan bahawa beberapa buah Sekolah agama  dibawah memerlukan bantuan/sumbangan orang ramai untuk menampung projek pembanguan sekolah yang sedang dijalankan bagi memberi keselesaan kepada pelajar

 
Nama Sekolah Bilangan Pelajar Tujuan sumbagan melalui/atas  nama
Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Pasir Mas 1,6000 orang Menyiapkan pembinaan bangunan tambahan empat tingkat yang membabitkan kos RM1.7 juta.
Pembinaannya dimulakan bulan ini
akaun Bank Islam (03-027-01-002432-9) di atas nama Pengetua SMU (A) Arabiah Pasir Mas

Tel:09 :790 9054.

Maahad Tahfiz Pulai Chondong kini   menyiapkan pembinaan bangunan tiga tingkat yang dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM680,000 untuk menempatkan bilik darjah, bilik komputer dan makmal.
Tabung PIBG Maahad Tahfiz Al Quran, akaun Bank Islam (03-018-01-005297-8) atau telefon 09 787 8916.
SMU (Arab) Ar Rahmah Kenali, Kubang Kerian    menyiapkan pembinaan bangunan asrama dua tingkat, membabitkan kos RM550,000.   Jawatankuasa Pembangunan sekolah melalui akaun Bank Islam 3018010055048 atau telefon 09 765 2854

 

WAKAF LANTAI BANGUNAN ASRAMA 5 TINGKAT  MUASASAH DARUL ULUM  HARGA RM40 .00 KAKI PERSEGI

Muslimin dan Muslimat dipelawa menyumbang kepada Muasasah Darul Ulum Pokok Sena Kedah khusus untuk tujuan Bangunan Asrama 5  tingkat yang memerlukan lebih  RM900.000.00

Nama:..................................................................

Alamat:.................................................................................

Tel/Fax.......................

Kepada,

Bendahari Muasasah Darul Ulum

No.15 TKT 1 , 1558 Bangunan PAS Kedah,

Jalan Kota,

05000 Alor Setar

Tel:04-7311853 Fax:03-7339768

Bersama-sama ini disertakan cek/wang pos bernombor ............... sebanyak RM..........................atas nama MUASASAH DARUL ULUM (No .Akaun BIMB Alor Star : 2011010033350. Saya mewakilkan kepada  Tuan.Hj.Mohd Hassan Bin. Abd.Aziz untuk mebeli &mewakafkan kembali  kepada Muasasah lantai Bangunan Asrama 5  tingkat sebanyak ....................... kaki persegi untuk nama berikut *(diri sendiri/ibubapa/anak/lain-lain.

*1......................................

2.--------------------------------------

3..........................................

4...............................................

Sekian, terima kasih

Yang Benar, 

.............................         Tarikh..........................    

 

 

semoga sumbangan /para dermawan akan diberkati dan terlebih dahulu diucapkan jazakulullah  khairan kathiran dan didoakan semoga terus dimurahkan rezeki.



Buku Koleksi Ucapan Dasar Muktamar PAS Kali ke 36 hingga 48

Oleh : Allahyarham Dato' Haji Fadzil Mohd Noor

Setiap pembelian, anda telah menyumbang kepada DANA PAS

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi alamat
di bawah:-

MOHD HERMEY NASIR
113, Taman Mulia Jalan Kesang Laut,
84000, Muar, Johor
.

wakil jualan Melaka: Ustaz Mohd Noor-0133295079

Abd.Karim 013-6212152/06-2659340

Terengganu (Kemaman) Ust.Hermey 012-2700925

En.Zulkifli Bin Mohd Omar 019-3899065

--------------------------------------------------------------------

 

PAS PUSAT

PAS KELANTAN

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

PEMUDA PAS PUSAT

AGENDADAILY

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

TATACARA MENGHADIRI TEMUDIGA

HARAKAHDAILY

KOPERASI BELIA ISLAM

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEM. PENDIDIKAN

JAMAAH ISLAM MALAYSIA

 PARLIMEN TUMPAT [email protected] terpelihara


Hosted by www.Geocities.ws

1