MESYUARAT DEWAN RAKYAT PADA 20.10.2003

Dato'Kamarudin bin Jaffar: Diawal jawapan tadi, Yang Berhormat menyebut bahawa segala aktiviti dan tindakan oleh kementerian adalah berasaskan kepada Akta Pendidikan dan SAR mengikut Yang Berhormat tidak ada dalam Akta Pendidikan. Oleh itu tidak ada apa-apa keputusan tentangnya dan ianya boleh ditarik gerannya secara begitu. Satu lagi kenyataan Yang Berhormat ialah bahawa semua keputusan berkenaan pendidkan dibuat oleh perbincangan di kalangan Barisan Nasional.

Jadi, saya dapat kesimpulan, pertama iaitu bahawa dari segi sekolah agama rakyat ini ada komponen Barisan Nasional.termasuk UMNO yang menuntut hak untuk sekolah agama rakyat mendapat bantuan daripada kementerian.

Keduanya, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat , berbalik tentang Akta Pendidikan yang menetapkan tentang SRJK (C) dan SRJT (T) mengajar melalui bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, jelas tetapi sekolah kebangsaan mengikut Akta Pendidikan, mengikut fahaman saya menetapkan bahawa mata pelajaran di ajar dalam Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia

Adakah Yang Berhormat yakin dengan menggunakan bahasa selain daripada bahasa Melayu untuk mengajar bahasa kecuali mata pelajaran bahasa , sama ada mata pelajaran Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab tetapi untuk Matematik dan Sains, adakah ini selari dengan Akta Pendidikan. Terima kasih.

Dato'Mahadzir bin Mohd Khir: Saya sebut tadi SAR didaftar, kalau dia didaftar. Didaftar dengan Jabatan Agama dan kedudukan ia ialah tetap sekolah yang tidak berdaftar dengan pihak kita. Jadi, dia tidak terkandung dalam ini. Ini yang saya sebut. Kalau Yang Berhormat baca betul-betul Akta Pendidikan Kebangsaan, ia ada dua jenis sekolah iaitu sekolah jenis kebangsaan. Saya sebut disini sekolah jenis kebangsaan ertinya, ini terkandung dalam Akta, sekolah rendah kebangsaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan:

  1. Yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun.
  2. Yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, itu beza dia sebagai pengantar utama. ini telah dimaktubkan ; dan
  3. Yang menjadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Begitu juga dengan sekolah kebangsaan. Ertinya sekolah rendah kebangsaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan.

Ini juga disebutkan satu- persatu. Hanya yang membezakan ialah yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan syllabus dia ialah syllabus kebangsaan. Itu Yang Berhormat harus faham. Macam saya hendak dikatakan menghina-hinakan dalam soal bahasa, saya tidak menghina dalam soal bahasa. Yang Berhormat tidak pernah memperjuangkan tentang soal bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, yang saya tahu dalam rekod saya. Jadi, hari ini Yang Berhormat hendak mengatakan saya tidak memperjuangkan soal bahasa. Saya begitu sensitif dalam soal bahasa.

5.34 ptg.

Dato'Kamarudin bin Jaffar (Tumpat): Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan bercakap ringkas sahaja tentang beberapa perkara di bawah Kementerian Kesihatan hari ini. Pertamanya, saya merujuk kepada perkara 01400- Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan.

Sebagaimana kita dengar Ahli-Ahli Yang Berhormat lain bercakap soal kekurangan doktor-doktor, khususnya doktor-doktor yang berkhidmat dalam kerajaan adalah amat ketara. Kita dengar bahawa kerajaan cuba untuk berusaha melatih para bakal doktor kita ini di pelbagai jenis pusat pengajian tinggi yang terhad di dalam negara dan juga terhad di luar negara. Soal kekurangan tempat ini melibatkan semua kaum, khsususnya yang ada didalam negara ini dan tidak ketinggalan juga, yang agak ketara baru-baru ini ialah daripada kaum masyarakat India, di tanah air kita sendiri.

Jadi masalah ini memang masalah kritikal. Saya ingin bertanya kementerian bahawa adakah kementerian merancang lebih teliti tentang latihan untuk tenaga manusia bagi doktor dan pakar-pakar dan kakitangan lain di dalam bidang perubatan ini? Misalnya , adakah kementerian bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti khusus untuk perubatan- Universiti Perubatan Malaysia.

Misalnya, kalau kita ada universiti-universiti lain yang kadang kala khusus untuk bidang-bidang yang lain, adakah mungkin untuk kita sebagai memenuhi keperluan tenaga di bidang perubatan yang amat teruk di dalam negara kita ini, kita mewujudkan sebuah universiti yang khusus bernama Universiti Perubatan.

Keduanya, di bawah kepala ini , saya ingin juga menyentuh tentang cadangan untuk mengadakan Insuran Keselamatan Negara (National Health Insuran Scheme), dengan izin. Adakah kerajaan mencapai apa-apa keputusan yang agak muktamad untuk membantu sejumlah besar masyarakat dalam negara kita ini yang tidak mempunyai kemudahan-kemudahan insuran kesihatan melalui syarikat-syarikat yang mereka kerja, yang kebanyakkannya rakyat kita tidak terlindung di bawah skim insuran cara tempat mereka bekerja ataupun oleh kerana mereka berkeupayaan membeli insuran kesihatan mereka sendiri.

Adakah kerajaan melalui kementerian ini, akhirnya sekarang ini telah mempunyai satu cadangan yang konkrit untuk dicadangkan kepada masyarakat tentang bagaimana hendak menjamin hal-hal kesihatan rakyat dijaga dengan sebaik-baiknya melalui suatu skim insuran negara.

Ketiganya, saya hendak bertanya kepada kementerian melalui kepala ini tentang keadaan penswastaan di Kementerian Kesihatan yang berlaku setakat ini. Penswastaan khususnya hospital-hospital dan penswastaan beberapa bidang kesihatan seperti yang dilakukan oleh sebuah Syarikat Ready Care, yang mengambil bahagian di dalam satu skim penswastaan di bawah kementerian ini.

Soalan saya ialah setakat manakan mengikut kajian kementerian ini, skim-skim penswastaan ini berjaya untuk:

  1. Meningkatkan mutu khidmat kesihatan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat;
  2. perbandingan dengan kos yang sedia ditanggung sebelum ini berbanding dengan kos yang terpaksa ditanggung melalui penswastaan setakat ini.
  3. Apakah kesan kepada rakyat , Pengguna Khidmat Kesihatan Negara ini dari segi penswastaan yang sedia ada sekarang ini.

Seterusnya saya beralih kepada 031900- Radioterapi yang peruntukkannya RM19 Juta. Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada kita sendiri atau keluarga kita, ada yang terlibat dengan penyakit yang memerlukan radioterapi iaitu penyakit kanser. Saya baca di muka surat 452, tentang radioterapi iaitu ia bermatlamat untuk tahun 2004, memberi khidmat radioterapi kepada 28,100 orang pesakit luar, 6,000 pesakit dalam.

Saya hendak tanya kementerian, adakah kementerian membuat satu perkiraan tentang khidmat radioterapi ini berbanding dengan jumlah sebenar rakyat negara kita yang mengalami penyakit kanser dan yang memerlukan perubatan radioterapi ini. Adakah jumlah yang dijangkakan, yang dirancangkan 28,100 campur 6,000 iaitu 34,100 orang berapa peratus daripada jumlah sepenuhnya pesakit-pesakit barah supaya kita dapat tahu matlamat kementerian untuk memberi khidmat setakat mana.

Kalau tidak, adakah kementerian bercadang untuk meningkatkan lagi peruntukkan dalam bidang radioterapi ini untuk memberikan khidmat kepada peratusan yang lebih tinggi di kalangan pesakit-pesakit , khususnya pesakit-pesakit barah.

Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan radioterapi ini, khidmat-khidmat yang mutakhir dalam bidang radioterapi seperti mana sebagaimana saya sudah pun ada di Australia, ada di Hong Kong, sekarang ini ada di Singapura iaitu khidmat PET Scanning untuk pesakit-pesakit kanser. Negara kita belum ada, khidmat itu perlu dan oleh itu adakah kementerian bercadang untuk menempah peralatan untuk mengambil kira penykait ini.

Harus diingat bahawa bakal Perdana Menteri kita ada mempunyai keluarganya pesakit barah. Maka saya harap kementerian mengambil kira hal ini untuk bukan sahaja pembesar-pembesar negara kita tetapi seluruh masyarakat kita yang mana barah diakui sebagai salah satu penyakit yang terbesar yang mengambil nyawa rakyat kita di Malaysia.

Ketiganya bawah kepala Butiran 032200. Farmasi dan Bekalan yang mana peruntukkan yang besar saya akui RM564 juta lebih, Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu mengikut perkiraan di kementerian daripada RM564 juta lebih ini, berapa peratus kalikah jumlah yang dibelanjakan oleh seluruh negara dalam bidang membeli ubat atau membayar untuk ubat dan farmasi.

Saya ingin mengetahui dan ingin mebawa perhatian kita bahawa kos ubat adalah tinggi dan oleh itu saya menyeru kepada pihak kementerian untuk mencari jalan untuk merendahkan kos ubat kepada masyarakat kita. Kita tahu misalnya di Afrika ramai rakyatnya berjuta-juta mati kerana kos peruntukkan untuk HIV/AIDS yang begitu tinggi yang tidak mampu dibayar oleh rakyat di Benua Afrika. Kita bersyukur di negara kita pesakit HIV/AIDS saya rasa tidaklah sebesar itu tetapi umumnya kos ubat, kos farmasi meningkat. oleh itu saya ingin tahu apakah peratusan yang kementerian belanjakan berbanding dengan keseluruhan pebelanjaan yang ditanggung oleh rakyat  dalam negara ini dalam perbelanjaan untuk farmasi.

keduanya , daripada yang kita belanja RM564 Juta ini, adakah ini meliputi ubatan tradisional, herba,akar-akar kayu, ataupun yang ada dan kalau ada, berapakah jumlahnya? Kalau tidak ada, apakah perancangan kerajaan dalam bidang ini?

Jadi masalah ini memang masalah kritikal. Saya ingin bertanya kementerian bahawa adakah kementerian merancang lebih teliti

 

Hosted by www.Geocities.ws

1