Tips-Tips
Kerja-kerja menunda bukannya mudah seperti yang
disangkakan, bukan sekadar melabuhkan gewang dan tunggu sehingga
kekili menjerit. Jarak dan kedudukan gewang serta selamanya harus
diambil kira selain sikap sporting pemancing apabila rakan sebelah
sedang bertarung.
Dibawah akan dinyatakan beberapa tips bagi mereka
yang baru menceburkan diri.Terdapat juga gambarajah yang menunjukkan
bagaimana susunan gewang yang dikehendaki untuk mengelakkan ia dari
bersimpul dengan tali pemancing di sebelah.
Laraskan dan pastikan sistem tegangan berada dalam
keadaan yang baik, jangan terlalu maksimum untuk mengelakkan joran
anda patah dan tali anda putus akibat dari 'bebanan' pada gewang.
Jika kekili anda sedang menyalak, pastikan tekong memberhentikan
bot untuk memberi peluang kepada anda bertarung.Gunakan joran yang
sesuai untuk kerja-kerja menunda serta pastikan gewang anda telah
diikat dengan perambut dawai kerana kita tidak tahu spesies yang
akan membahamnya.Kebanyakan mangsa yang menerkam gewang mempunyai
gigi yang menggerunkan seperti alu-alu dan tenggiri.
Turunkan gewang dengan serentak semasa menunda dapat
mengelakkan ia dari bercium sesama sendiri serta dapat mengagak
kedudukan yang dikehendaki. Sebagai contoh dalam kaedah 1: selesai
pemancing pertama melepaskan tali dan berhenti pada kedudukan yang
dikehendaki, pemancing kedua di tengah masih lagi melepaskan tali
dan berhenti pada kedudukannya.Begitulah seterusnya untuk pemancing
yang ketiga.
|