 |
Etika Pemancing
- Menbawa balik ikan yang diperlukan sahaja.
- Jangan membuang sampah merata-rata ·
- Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot
·
- Mematuhi peranturan memancing dan pengendalian
bot ·
- Hormatilah hak pemancing lain ·
- Hormatilah peraturan padang pancing persendirian
·
- Sebarkan pengetahuan ·
- Menyokong pemuliharaan alam sekitar tempatan
·
- Jangan melepaskan ikan dan tumbuhan luar ke perairan
awam .
Saranan
Melepaskan Semula Tangkapan
Kini saya telah menemui setikit tip hasil dari mereka
yang berpengalaman untuk kerja-kerja memulihkan spesis berparuh
ini agar ia terus bebas di perairan kita. Sekiranya anda mempunyai
kaedah lain untuk menyelamatkannya, kemukakan kepada saya. Mungkin
idea anda yang terbaik.
- Tekong seharusnya tidak memegang gaff apabila
spesis ini sedang 'menari' di permukaan, sesetengah tekong akan
mula 'bertanduk' di kepala apabila ada pemancingnya sedang beraksi
dengan spesis ini. Jika ia mencangkuk ikan tersebut dan membawanya
pulang, pasti suatu hari nanti periuk nasi mereka semakin sempit.
- Jika boleh, biarlah si pemancing dan super model
ini hanya bergambar pada sisi bot sahaja.
- Basahkan tangan sebelum memegang spesis ini untuk
mengelakkan lendir yang terdapat pada badan ikan tersebut terhakis.
Lendir ini bertujuan untuk menghalang kemasukkan penyakit.
- Dengan cara memegang paruh ikan tersebut dan
menariknya serta menolak kebelakang dengan perlahan, peratus untuk
memulihkannya mungkin berjaya(hanya cara ini sering digunakan).
- Satu markah kepada mereka yang berjaya 'mendaratkan'
spesis ini dalam setiap pertandingan yang dianjurkan, tak perlu
lagi kita melihat spesis ini tergantung kering di meja hakim dengan
nombor yang tertampal di badannya.
- Sememangya spesis ini mampu memberi tentangan
yang hebat, tidak salah untuk anda untuk mengujinya namun sikap
sporting harus disemat pada pemancing. Pemancing yang beretika
akan tabik kepada anda sekiranya selepas anda bertarungnya, ia
dilepaskan semula setelah selesai bergambar tanpa terdapatnya
kesan cangkukan pada ikan tersebut.
|
 |
|