Kekili Lemax Y2k
Kekili ini adalah salah satu barangan Lemax sempena
menyambut alaf baru. Ia dinamakan sebagai Millenium Y2K. Terdiri
dari dua model iaitu 3600 dan 3800.Dilengkapi tiga butir alas bebola
manakala kadar kelajuan ialah 4.6 bagi model 3600 dan 4.8 bagi model
3800.Dikategorikan sebagai kekili yang mampu menyimpan tali dengan
laju.
Model 3600 mampu memuatkan tali sepanjang 170 meter
dengan garis pusatnya 0.25mm, model 3800 pula memuatkan tali sepanjang
175 meter dengan garis pusatnya 0.30mm.
- Talian Pertanyaan : 04-4844524,04-6412372,03-9577826,07-3521273,088-243808,082-242633
Joran Lemax White Hawk
Joran baru ini adalah produk Lemax yang mampu mencabar
ikan lautan. Siri White Hawk Terdiri daripada lima model iaitu 250S
yang berukuran 5 kaki,256S yang berukuran 5.5 kaki, 260S yang berukuran
6 kaki, 266S yang berukuran 6.5 kaki dan 270S yang berukuran 7 kaki.
Ketahanan setiap model pula masing-masing ialah
8-20,10-30,12-30,12-40 dan 15-40 paun.
- Talian Pertanyaan : 04-4844524,04-6412372,03-9577826,07-3521273,088-243808,082-242633
Joran ringan Figo
Joran ringan jenis dua bahagian ini merupakan salah
satu produk terbaru dari Figo. Ia sesuai digunakan untuk memancing
ikan kecil ataupun udang galah. Terdiri dari empat model, iaitu
4 kaki (4-8 paun), 4.5 kaki (4-8 paun), 5 kaki (4-10 paun)dan 5.5
kaki (4-10 paun).
Walaupun saiznya agak kecil,namun rekaannya cukup
teliti.Menjadi pilihan terbaik bagi penggemar joran kecil.
- Talian Pertanyaan : 04-4844524,04-6412372,03-9577826,07-3521273,088-243808,082-242633
Tali ASSO Casting
Tali tangsi ASSO yang berasal dari Itali sememangnya
sudah dikenali umum. Tali tangsi ASSO Casting jenis nylon diperbuat
khas untuk memancing ikan besar. Sama ada pancingan dasar ataupun
memancing dipermukaan, ia boleh digunakan dengan baik disamping
menunjukkan kehebatannya ketika berada dalam suasana yang genting.
Mutu talinya yang lembut dan lancar memudahkan kita
membuat balingan yang jauh. Ia mempunyai fungsi pencegah kerosakan
lima kali ganda lebih tinggi berbanding tali tangsi yang setaraf
dengannya.Tali tangsi yang berwarna putih susu ini juga sukar dikesan
oleh ikan.
Pretasi ASSO Casting amat menonjol dan menerima
pujian ramai sehingga dipilih sebagai barangan berjenama yang bermutu
tinggi.Ketika ini, ia mempunyai 9,11,14,16,22 dan 29 paun untuk
dipilih oleh pemancing. Dijual dalam ukuran 100 dan 200 meter.
- Talian Pertanyaan : 03-78759888
Ryobi Cynos Vs 2000 ZM-T
Kekili ini mempunyai gelendung buatan aluminium
serta memiliki fungsi mencegah tali dari tersimpul.Ryobi yang turut
mengandungi 2 rotor sistem keseimbangan adalah bertujuan untuk memastikan
ia tidak mengalami gegaran semasa menggunakannya.
Sistem anti pembalikan pelbagai arah dicipta bagi
meningkatkan kejayaan semasa menaikkan buruan. Ia mengandungi 3
biji alas bebola, tangkai pemegang dan warna logam. Merupakan salah
satu senjata terbaru dari Ryobi.
- Talian Pertanyaan : 03-78759888
Cili
Pro - Fishing
Cili adalah barangan yang tidak boleh tertinggal
semasa memancing. Ia mempunyai fungsi mengelak tali dari tersimpul
dan bertindak sebagai penyambungan dalam sesuatu kombinasi. Cili
yang diperbuat daripada Korea ini sudahpun dipertingkatkan prestasi
semasa dalam proses penghasilan.
Selain itu, bahagian penyangkut yang boleh dilipat
sehingga 90 darjah membolehkan ianya tidak mudah tertanggal. Mempunyai
ukuran 5/0 hingga 12, merupakan barangan murah yang perlu dimiliki
oleh setiap pemancing.
- Talian Pertanyaan : 07-2342630, 07-2342575, 02-2970066,
02-2972914
Joran
Pole Protech
Joran panjang ini mempunyai tiga jenis ukuran iaitu
3,4,5 meter serta dua jenis warna untuk dipilih iaitu merah dan
hijau. Ia adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk memancing
ikan air tawar bersaiz kecil dan sederhana.
Ukurannya agak panjang berbanding joran biasa. Mempunyai
tahap lengkungan yang tinggi dan tidak mudah patah. Di setiap bahagian
penyambungan, ia tidak mempunyai gelang bagi tujuan mengelakkan
daripada ditimpa bencana.
Model Protech 300 merupakan model terbaru. Bahagian
tangkainya mempunyai rekaan mencegah kelucutan.
- Talian Pertanyaan : 07-2342575, 07-2342630, 02-2970006,
02-2972914
Kekili
D.A.M Quick LC 1000 & LC 2000
Selepas menyepi sekian lama, akhirnya D.A.M , jenama
lama dari Jerman kini menghasilkan barangan terbarunya. Kekili menegak
D.A.M Quick LC 1000 hanya seberat 285 gram manakala D.A.M Quick
LC 2000 pula seberat 315 gram. Kedua-duanya memiliki kadar kelajuan
1:15. Berbadan ringan dan menunjukkan prestasi yang terbaru membolehkan
pengguna ingin terus memilikinya. Selain itu, kekili ini yang mengandungi
empat butir alas bebola tanpa karat, gelendung gabungan aluminium
emas yang berkilau, sistem anti pembalikan yang sempurna sesungguhnya
memberikan kekili ini mencapai nilai yang tertinggi.
Dengan gabungan pengalaman dan penghasilan teknologi
selama lebih 50 tahun, D.A.M Quick LC 1000 boleh diyakini dan bertenaga
turut dilengkapai alat tegangan berbentuk bintang yang boleh diubah-suai.
Tangkai pemegang yang boleh dikendali dengan seimbang pastinya memberikan
kelancaran dan keselesaan yang lebih.
- Talian Pertanyaan : 03-78759888
Tali
Perambut Amika Itali
Tali perambut ini digunakan khas untuk memancing
ikan besar di laut dalam. Garis pusatnya bukan sahaja kecil malah
kekuatannya amat menakjubkan. Menepati citarasa pemancing laut dalam
kerana ia mempunyai ketahanan kombinasi daripada 30 paun berukuran
0.5mm hingga 500 paun yang berukuran 2mm.
Tali pancing Amika yang mempunyai kekuatan dua kali
ganda sesuai untuk aktiviti pancingan menghanyut dan pancingan dasar.
Ini adalah kerana strukturnya membolehkan taliannya tahan lasak
dan memiliki kekuatan yang luar biasa.
Disebabkan talinya lembut dan tidak mudah tersimpul,
membolehkan pengail mampu melakukan balingan yang lebih jauh. Sekiranya
memperolehi ikan besar, ketahanannya dapat dibuktikan dan mampu
mengekalkan kekuatan untuk pertarungan yang lebih lama. Selain itu,
jenis talinya yang tidak menyerap air dan lutsinar memberikan satu
kelebihan lagi kerana dapat menggelakkan daripada dikesan oleh ikan.
Memang tidak dinafikan, tali pancing ini adalah tali yang bermutu
tinggi untuk kegunaan pancingan laut dalam.
- Talian Pertanyaan : 03-9571263, 019-6672886,
019-6514247
|