Home | Site Map | Rules | What's New | Address | High & Low Tide | Links

Mencari Asal-Usul

Latarbelakang Trout

Ikan Rainbow Trout dinamakan sedemikian kerana terdapat jaluran merah jambu ditengah badan. Bintik hitam tersebar dari ekor hingga ke muncung. Rainbow trout mengemari air yang deras tetapi akan meninggalkan sungai untuk hidup di dalam tasik. Ia biasanya akan melompat bila terkena pancing dan memberi perlawanan yang hebat. Rekod Rainbow trout terbesar didunia ialah seberat 37 paun dari Tasik Pend Oreille, Idaho pada tahun 1947.

Ikan Brown Trout kadangkala dipanggil Loch Leven trout mempunyai bintik hitam pada badannya dan ada sedikit bintik oren. Ekornya mempunyai bintik yang kurang atau tiada langsung. Spesies ini adalah yang paling sukar di tangkap. Rekod brown trout terbesar ialah 35 paun 15 aun yang ditangkap di Nahuel Huapi, Argentina pada tahun 1952. Misi kami adalah untuk memartabatkan dan memajukan sukan memancing di Malaysia. Usaha ini akan berjaya dengan mendapat sokongan daripada kerajaan persekutuan dan negeri. Lihatlah pada hari ini, sukan memancing semakin mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat. Kita perlu melihat negara maju pada hari ini, di mana sukan ini menjadi satu sukan yang setanding dengan sukan-sukan lain. Kita perlu mencontohi mereka untuk membolehkan kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Sejarah Trout Di Malaysia

Sebelum perang dunia kedua meletus, Jabatan Perikanan telah memperkenalkan ikan trout di Cameron Highland.

Tempat ini dipilih kerana keunikan banjarannya yang mengalir ke barat dan timur. Setelah anak sungai mengalir ke Sg. Pahang dan setengahnya mengalir ke Sg. Perak.Lagipun pada masa itu pembangunan belum meluas di kawasan ini.Sungai-sungai yang terdapat di kawasan ini mempunyai alga, tumbuhan organik yang dihuni serangga, siput atau tumbuhan-tumbuhan lain.

Sebenarnya faktor utama yang membuatkan kawasan ini dipilih ialah kerana suhunya yang sejuk.Trout biasanya berada dikawasan yang suhunya sesejuk 70º F dan sungai yang terdapat di Gunung Brinchang di mana stesen trout ditempatkan hanya 59.8º F.

*F ialah singkatan bagi perkataan Fahrenheit yang digunakan untuk mengukur suhu sebelum sistem metrik Celcius (C).Takat beku bagi F ialah 22º manakala bagi C ialah 0º, takat mendidih bagi C ialah 100º, bagi F pula 212º. Trout pertama kali diperkenalkan dengan percubaan membawa telur Rainbow trout (salah satu spesies trout) yang sudah dipersenyawakan dari Pusat Simpanan Air Bristol, Blagdon, U.K Alfert Holt & Company, tuan punya Blue Funnel Line Of Steamships. Membawa benih ikan dan melakukan pemerhatian dalam perjalanan dari Liverpool ke P.Pinang dengan bantuan keratapi yang menyumbangkan kontena khas membawa benih-benih tersebut pada waktu malam ke Tapah, Perak.

Angkutan pertama oleh kapal S.S Antenor membawa 22 000 telur yang 'bermata' dan tiba di P.Pinang pada 18 April 1935 dan sampai ke Brinchang pada malam 19 April. Benih-benih ini disesuaikan suhunya menggunakan pecahan air batu yang diletakkan pada tangki simpanan. Pemeriksaan yang dilakukan di Brinchang mendapati 50% telur berada dalam keadaan baik.

Proses menyesuaikan ikan dengan kawasan sungai dijalankan perlahan-lahan. Telur-telur tersebut diletakkan pada air yang mengalir pada kadar 7.5 gelen seminit. Setelah ia keluar dari telur, aliran air ditambah kepada 10 gelen seminit. Dalam masa 6 hari (22 April), anak-anak ikan telah melepasi proses penetasan. Pada masa ini anak-anak ikan telah melakukan proses pergerakan dan menyambar makanan yang diletakkan.Permulaanya makanan didapati dari kuning telur itik yang telah direbus dan kemudiannya dari hati binatang yang telah dicincang. Anak-anak ikan masih melalui proses percubaan didalam kolam kecil.

Lima hari setelah anak ikan mula makan, segala-galanya berjalan dengan lancar sehinggalah hari ke-6, ikan mula mati. Pada hari ke-20, catatan ikan mati paling tinggi iaitu 49 ekor. Perkara ini berlanjutan sehinggalah hari ke-28. Selepas itu tidak ada lagi ikan yang mati. 17 Julai 1935, setelah 3 bulan melalui proses pemerhatian, ikan dimasukkan kedalam kolam simen yang besar dan ketika ini ikan sepanjang 3 inci berjumlah 5040 ekor.

Pada Disember 1935, ikan yang diserang penyakit pada sirip akan melalui proses perawatan menggunakan copper sulfate dengan nisbah 1: 2000, dan ikan direndam selama 1 atau 2 minit. Untuk melepaskan ikan di sungai-sungai juga memerlukan kerja yang lebih kerana setiap ikan akan diukur dan diletakkan dalam bekas yang berasingan mengikut saiz.Ikan diletakkan bersama kontena yang berisi 12 gelen air dan ia diletakkan di beberapa sungai seperti Sg. Terla, Sg. Telom, Kuala Terla dan banyak lagi tetapi tidak berjaya.

Percubaan demi percubaan dilakukan termasuklah membawa masuk Brown trout tetapi tidak berjaya, mungkin kerana julat antara kepanasan dan sejuk air tidak banyak berbeza seperti negara asalnya yang mempunyai musim sejuk dan musim panas.Begitu juga penyakit Blue sac yang dikatakan penyebab kematian ikan.Ikan yang hidup pula tidak membesar, disesetengah tempat, ikan seberat setengah paun sudah dikatakan cukup besar. Selain penyakit, memerang dan Orang Asli dikatakan penymbang kepada kepupusan trout yang dibawa masuk ke tanah tinggi. Pada tahun 1938, tidak ada lagi ikan jenis ini yang dibawa masuk dan khabar mengenainya tidak kedengaran lagi selepas perang.

 

 

 

 

 

Home | Site Map | Rules | What's New | Address | High & Low Tide | Links


© 2000 Pannek'c | mailto:[email protected]
No 37 Jalan Kebangsaan 54,81300 Skudai JB, Johore | Malaysia | phone 07-5205406

Hosted by www.Geocities.ws

1