GPS
GPS ialah singkatan dari perkataan Global Positioning
System (Sistem Penempatan Global) yang berupaya memberikan panduan
tentang arah perjalanan atau tempat yang ditujui dengan syarat nombor
koordinat telah dimasukkan.
- Arah tuju atau perjalanan ditentukan oleh empat
atau lima satelit untuk memudahkan jarak pergerakan sama ada di
laut atau darat.
- Model di atas ialah Global Map 100 dari jenama
Lowrance yang dihidupkan menggunakan bateri alkali saiz AA, sebanyak
empat biji.
- Penjejak bersaiz tapak tangan ini memudahkan
pengguna untuk menggunakannya sama ada didarat atau dilaut.
- Skrin menunjukkan perjalanan dari Kuala Rompin
menuju ke terumbu Batu Puteh.
Menjaga Alatan Pancing
Cara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan
lama ialah 'mencuri' masa sewaktu balik dar aktiviti memancing dengan
mencuci ataupun melakukan servis ringkas untuk semua peralatan yang
digunakan ketika memancing. Mungkin tidak semestinya sebaik saja
sampai di rumah kerana biasalah…keletihan selepas trip memancing
, tapi inilah masa terbaik sebelum air masin atau sebarang benda
asing yang lain meresap ke dalam bahagian peralatan atau sebelum
ianya kering dan melekat pada peralatan. Paling senang yang ramai
pemancing lakukan ialah mandi 'bersama' joran dan kekili selepas
memancing.
 Kekili
pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili
diketatkan sebelum membilas denganair. Ia bertujuan mengelakkan
air dari memasuki dalam badan kekili (housing). Membilas terutama
selepas digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat
pada peralatan yang boleh mempercepatkan karat pda bahagian tertentu.
Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air
terkumpul.
Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag
dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutamanya
pengayuh , bahagian dalam geglung tali dan sebagainya yang dirasakan
perlu. Sekiranya tida WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai
alternatif. Harganya murah di pasaran tempatan. Longgarkan drag
kekili pada tahap minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak,
minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan
gear itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada
air masin mahupun tawar.
Joran
joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas
dan dicuci setiap kali selepas trip memancing. Ramai yang berbangga
menggunakan cincin SiC yang tahan karat dan terbaik , namun saya
biasa jumpa cincin jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap!
Kadangkala empunya joran lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah
- celah kaki cincin terutama yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan
tindak balas oksidasi yang akhirnya membentuk karat pada cincin.
Pemegang joran perlu disental dengan air sabun atau syampu lembut
untuk menanggalkan kesan bau yang tidak menyenangkan. Sapukan lilin
pada penyambung besi supaya ia senang ditanggalkan dan mengeluarkan
bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar.
Mata
kail
Paling baik ,jangan campurkan mata kail yang sudah
digunakan bersama- sama mata kail baru. Karat akan mudah merebak
pada mata kail yang lain terutamanya jenis tidak tahan karat. Asingkan
dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Kalau tidak, buang
saja. Bagi mata kail yang sudah terpakai dan kurang tajam , dapatkan
kikir halus ( handfile) dan asah saja bahagian depan. Kertas pasir
juga boleh digunakan sebagai alternatif. Simpan barang ini bersama
kotak pancing kerana ia mudah dibawa dan masa kita memerlukan adalah
tidak menentu. Untk penjimatan , anda disyorkan menggunakan mata
kail tahan karat. Ia tahan lama dan boleh digunakan berulang kali.
Saya lebuh gemar menggunakan mata kail Gamakatsu yang tahan lasak
serta tahan karat. Anda perlu sedar bahawa harga mata kail naik
berlipat ganda. Terus terang saya katakana , harga mata kail memang
mahal , sebentuk mata kail sampai mencecah angka RM 1 lebih. Maknanya
kita kena bijak menggunakannya
Peralatan
Sampingan
kalau menggunakan playar yang murah jenis berkarat
, ia hendaklah dicuci setiap kali memancing dan gunakan WD- 40 pada
sembur bahagian tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat
keluar dari bahagian bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga
playar tersebut tidak ketat lagi atau lancar pergerakkannya , barulah
boleh simpan untuk trip akan dating. Untuk playar jenis logam tahan
karat (stainless steel) memadai kita semburkan WD- 40 pada bahagian
tengah bahagian bergerak tersebut. Pisau , pemotong dan apa saja
alatan yang digunakan ketika memancing tidak terkecuali untuk dicuci.
Sama juga kotak pancing, sekali - sekala keluarkan semua yang ada
di dalam dan bersihkan ia terutama kesan karat yang ada dalam kotak-
kotak kecil di dalamnya.
Tali
Pancing
Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala
terutama sebelum turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan
aiur bersih supaya air masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan
garam di dalam gelungan tali. Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan
pergerakannya sewaktu keluar dari gelendung. Sekiranya terdapat
tali yang dah calar, buang saja dari mengelakkannya ianya putus
sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang menyesal apabila tali
putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. Jangan sama
sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut dengan
tangan kadang kala boleh mencederakan. Paling sesuai bagi saya ketika
menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong.
Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan
mengambil alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak
ruginya!
Produk daripada Tica
"WOI!!! Siapa nak cuba kekili baru ni?" Seorang
kawan yang baru balik dari SEA TACKLE melambakkan barang yang disumbangkan.
Melihat kekili sudah tak berselera, namanya pula Tica dai China.
Melangkah malas saya menuju ke mejanya dan membelek-belek barang
baru tersebut supaya tak dikatakan sombong. Ambil satu yang paling
kecil tanpa memilih dulu kerana tak ada 'rasa' untuk mencubanya.
Seminggu
selepas itu saya melawat padang pancing haruan dan entah macam mana
kekili yang saya tidak sukai tersebut boleh terbawa. Setelah mendapat
3 ekor haruan menggunakan tali 15 paun , saya bertukar selera kepada
tali yang lebih kecil. Tidak ada kekili yang cemik sebelum ini yang
dimuatkan tali 6 paun. Balingan pertama yang saya buat tidak ada
sambutan tetapi karauan yang lembut mengasyikkan saya untuk mambaling
lagi. Sedap juga melayan kekili ini kerana getaran yang diberikan
seakan tidak terasa. Getaran tetap ada tetapi tidak kuat, mengkin
masih baru.
Sehingga senja saya asyik mebaling dan menyimpan
tali tanpa memikirkan ikan kerana rintangan yang diberikan gelendung
serta pertolongan 3 alas bola amat menggiankan. Sebelum balik seekor
haruan 1.4 kg menyambar umpan. Susupan ikan melalui rumput rampai
menggetarkan hati tetapi dengan kawalan yang baik serta kekili yang
tegap , ikan ini berjaya dinaikkan. Seperti menepuk air ke dulang
barulah saya mengambil berat kekili tersebut. Malangnya , dalam
ramai kawan - kawan , ada yang berkenaan. Dia ambil dulu baru mintak!
Selepas itu tidak ada model baru yang saya lihat sehinggalah Sea
Tackle menjemput untuk menghadiri pelancaran barangan Tica pada
bulan lepas.
Sebelum
ini kita hanya mendengar barangan yang diimport dari Sweden , Jerman
, Jepun dan banyak lagi. Kalau adapun dari negara tembok besar ini
adalah barangan negara lain tetapi dikeluarkan di China. Sea Tackle
sebagai pengedar tungga jenama ini berusaha untuk mendapat tempat
di hati rakyat Malaysia setelah eksport Tica di Amerika Syarikat
serta Australia mencapai tahap penjualan yang menggalakkan.
Jenama baru ini akan menggunakan teknologi terkini
sebagai satu kelebihan dalam persaingan dan sentiasa merekabentuk
sesuatu yang unikdan baru dalam dunia pancingan. Joran dan kekili
adalah senjata utama yang dibawa masuk walaupun pengeluarannya merangkumi
segala peralatan untuk dunia pancingan. Tica berasal dari syarikat
EverWinner Industrial Fishing yang beribu pejabat di Taiwan dan
berpengalaman selama 34 tahun. Selepas itu ibu pejabatnya berpindah
ke Shanghai, China pada tahun 1989.
Pada
mulanya ia beroperasi sebagai pengilang kepada jenama yang terkenal
dan melakukan kerja-kerja rencam berkenaan pengeluaran joran dan
kekili. Pengalaman - pengalaman sebagai pembekal kepada syarikat
berjenama adalah asas Tica untuk mengeluarkan jenama tersendiri.
Selain itu , kilangnya adalah paling lengkap kerana segala-segalanya
dibuat dibuat dibawah satu bumbung tanpa perlu dibawa keluar ke
kilang lain. Kerana inilah ia berupaya mengeluarkan barangan yang
murah tetapi spesifikasinya amat lengkap , tahan lama serta moden.
Sehingga hari ini Tica telah mengeluarkan 80 model
kekili pelbagai siri dan 140 jenis joran. Ia adalah perkembangan
yang bermula semenjak 1997 apabila kekili serta joran yang dikeluarkan
adalah lebih cantik dan tidak ketingglan juga dilengkapi rotor seimbang
, sistem tegangan mulit stop, sistem anti kekusutan dan balanced
handle. Setiap kekili baru yang dikeluarkan mestilah melepasi standard
yang telah ditentukan pengurusan Tica dan setiap tahun terdapat
peningkatan dan penciptaan peralatan yang khas untuk kegunaan kita
semua.
|