AKTIVITI MEMANCING

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

Cabaran Kelong Batu Pahat 22 September 2001.

Perjalanan aku ke Batu Pahat mengambil masa kira-kira 2 jam. Seawal pagi lebih kurang pukul 4.30 pagi aku sudah bertolak ke sana. Sebelum bergerak aku dan Jamaluddin telah singgah sebentar di Pasar Borong Kota Tinggi bagi memperolehi ikan segar dan udang. Perjalanan seterusnya ialah menuju ke rumah Jeffry di Kampung Istana Batu Pahat. Setelah bertemu dengan Jeffry kami terus ke Beserah. Kami singgah di Beserah untuk mendapatkan makanan dan ais. Lebih kurang pukul 8.00 pagi kami sudah sampai ke Sarang Buaya, Batu Pahat. Tunggu punya tunggu, pukul 10 baru bot sampai kerana bot tersebut baru menghantar orang ke kelong.

Perjalanan dengan Bot ke Kelong mengambil masa 30 minit dengan enjim 30 kuda. Bayaran mengikut kepala atau terendah RM50.00 untuk pergi dan balik. Bayaran untuk memancing di kelong sekitar RM20.00 seorang bergantung kepada kelong yang diduduki. Terdapat banyak kelong di sana. Purata kelong hanya mampu menampung 3-5 orang sahaja bergantung kepada bilangan joran yang digunakan. Jika joran yang banyak digunakan pastinya bilangan orang yang ada di atas kelong mestilah kurang. Spesis ikan yang biasa dipancing ialah tebal pipi, kurau, jenahak, gemang dan sebagainya. Umpan yang biasanya digunakan  ialah ikan hidup seperti  ikan parang, beliak mata, umpun-umpun, sotong dan sebagainya. Oleh kerana kawasan ini berpasir dan berlumpur sudah pasti umpan yang sesuai perlu digunakan. Oleh itu, jangan lupa mambawa Appolo jika sampai ke kawasan ini bagi memperolehi anak ikan untuk dijadikan umpan segar.

Kekangan memancing di kelong :

1.    Ruangan yang sempit, balingan joran terhad.

2.    Banyak teritip pada batang nibong. Oleh itu, pemancing perlu menggunakan tali yang agak kasar bagi mengelak diputuskan oleh ikanikan yang juga kasar.

3.    Kelong yang tinggi sukar untuk mendaratkan ikan. Disarankan juga jangan membawa barangan yang terlalu banyak.

Cabaran Kelong Batu Bahat buat pertama kali ini gagal kerana beberapa sebab yang ketara. Antara puncanya ialah 3 daripada 5 orang pemancing yang menyertai kali ini mabuk laut dan sampai tidak larat untuk bangun. maklumlah kelong tersebut bergoyang mengikut alunan ombak yang memukulnya. ianya tidak ubah seperti berada di atas bot juga. Pada jangkaan awal, kami anggap kelong ini statik sahaja tanpa ada gangguan daripada ombak tetapi oleh kerana keadaan ombak yang kasar pada kali ini menyebabkan jamaluddin, jefry dan kawan jefry tersandar lesu. Hanya aku dan adik jefry sahaja mampu bertahan. Nasib kami baik pada hari tersebut kerana hanya aku yang membawa telefon bimbit aku ke tengah laut. Kalau tidak pastinya tidak dapat menelefon pembawa bot untuk datang ambik di kelong. Ini kerana selepas menghantar pemancing bot akan kembali ke Jeti semula. Kami sampai ke jeti lebih kurang pukul 12.00 tengahari iaitu hanya mampu bertahan 1 jam di kelong. Kalau ikutkan hati aku memang hendak memancing lagi tetapi mengenangkan nasib kawan-kawan dah lembik so ikut mereka balik ke darat le kalau tidak mana ada bot nak balik lagi. Ini kerana sewaktu kekawan aku mabuk sempat juga aku melabuhkan pancing aku . Dengan Bando SGX5000 tali benang Heculles 80 paun ada juga ikan yang menyampar bila aku turunkan umpan kembung seekor. Tapi dengan kekuatan perambut 60 paun sahaja, sudah tentu mangsa tak sempat muncul pun. Perambut putus bergesel dengan teritip pada batang nibung. Yang pasti, aku akan kembali lagi ke sini suatu masa nanti.

Selepas aku balik dari Batu Pahat, Malam itu aku meneruskan sambungan memancing di

Sesiapa yang berminat untuk memancing di kelong bolehkah menghubungi Haji Kamil untuk mendapatkan khidmat sewa bot ke kelong. Sekian jumpa lagi. - Jangan serik ke laut jika mabuk.

 


KETEGORI LAUT DALAM

PERAIRAN MERSING / TIMUR JOHOR (Laut Dalam)

1.    Mersing  - Dari sungai berhampiran dengan Pantai Air Papan, Mersing menggunakan bot 15 kuasa kuda menuju ke Pulau Besar bersama rakan-rakan. Ikan yang diperolehi seperti Cupak, Kaci, Jenahak, Ketarap (Bayan), Pari, Tenggiri, Delah, Kerapu dan sebagainya. Pancing dasar dan kadang-kadang menunda gewang. Umpan sotong, udang dan rahsia...Balik singgah ke Unjam untuk pancing Appolo.  Kos paling jimat dalam dunia....berapa rahsia...hanya orang tententu sahaja yang tahu kosnya...nak tahu..nak ikut..hubungi aku...hehehheeh.

2.    Penyabong, Endau - Menggunakan bot besar menuju ke Tioman. Ikan bagus-bagus seperti Cupak, Kaci, Cermin, Kerapu,  Haruan Tasik dan sebagainya yang bersaiz besar. Teknik pancing dasar sahaja. Umpan - sotong baru dan ... rahsia.Balik singgah unjam pancing Appolo....ikannya hehehehehehhe cukup makan. Kos..RM550- 24 jam.

3.    Kuala Sedili Besar- Bot besar juga...menuju ke pulau-pulau utara (Mersing) atau ke Selatan (Batu Sawa, Rumah Api, Tukun Kalbert, Karang Ngah, Karang Mas dan sebagainya) seperti Pulau Yu...Ikan yang biasa dipancing seperti Cupak, Ketarap (Bayan), Kerapu, Tebal Pipi, Haruan Tasik, Kaci, Merah, Jenahak, Ibu Gelama dan sebagainya. Teknik - pancing dasar. Umpan - sotong, udang dan rahsia.... Kos - RM400 hingga RM600 (24 jam). Biasa bersama tekong handalan (Pak Bong).

4.    Kuala Sedili Kecil - Menuju ke Batu Sawa atau muara sungai Sedili Kecil. Tempat biasa bagi Akhbar Utusan  dan Majalah GiNgail mengadakan pertandingan memancing. Ikan yang biasa dipancing - Pari, Kerapu, Kaci, Tanda dan sebagainya. Teknik - dasar sahaja, umpan - sotong atau udang. Kos - Beli minyak jer.

5.    Teluk Romania, Sungai Rengit - Bot biasa menuju ke Laluan Kapal dan pulau-pulau berhampiran. Ikan yang dipancing seperti kerapu, jenahak, ketarap, kaci, senangin dan kurau. Teknik -pancing dasar dan umpan - sotong dan udang hidup (paling mujarab). Kos - Entah ler...biasanya free sahaja..ikut orang jaring...tak dapat ikan pancing sebat ikan jaring sama jer hehehhehhheh.

6.    Teluk Sengat - Menuju ke Muara Sungai Johor. Ikan yang dipancing biasanya Siakap, Tebal Pipi dan Kerapu. Teknik- dasar atau apung, Umpan - Ruat (umpun-umpun), udang hidup.Kos - RM200 24 jam. Sanggup tahan panas ler...dan berembun baru dapat siakap yang kasar-kasar.

 

PERAIRAN MUKAH, SARAWAK (Laut Dalam)

1.        Kuala Mukah - menuju ke beberapa karang yang terdapat di perairan tersebut. Ikan yang biasa diperolehi seperti Kaci,  Kerapu, Landok, Merah, Bayan, Pari dan Tenggiri Batang(bermusim). Ikan memang besar-besar dan perlukan tali yang kasar juga serta batu (ladung) yang besar juga. Biasanya main koyan jer dengan kekuatan tali 500 hingga 1000 paun. Batu hampir 250 gram. Arus tak payah cakap kalau setakat batu No. 8 tu..terbang yooooooooo. tapi main Tenggiri Batang boleh pakai rod & line. Memadai tali 20 paun. Teknik - dasar atau tunda. Umpan - sotong, isi ikan / anak ikan serta rahsia untuk Tenggiri Batang.Kos - kalau memang kat sana RM200 - RM500 untuk 24 jam.

2.    Kuala Penipah - menuju ke Karang 9. Jarak dekat lebih kurang 45 minit sahaja dengan 40 kuda. Ikan yang biasa di buru pada bulan Mac hingga Jun ialah Tenggiri Batang. Kalau malas tunda so pancing baeah ler .Ikan Kerapu, Kaci, Merah, Landok dan sebagainya.Unpan - ikan selar, kembung, apa lagi haaaaaaaaa..oooooooo ikan parang saiz sederhana (paling galak). Tali pancing jangan besar sangat...memadai 20 paun. Mata kail kuat  punya dan pasang dawai kuat hehhehehe. Gasak ler macam mana nak ikat ikan tu asalkan nampak macam ikan tak kena cucuk dah ler. Kos - RM200 12 jam.

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

KATEGORI PANTAI / MUARA

KUALA MUKAH, SARAWAK (Kategori Pantai)

KUALA PENIPAH, MUKAH, SARAWAK.(Kategori Pantai)

KUALA MATU DARO, SARAWAK.(Kategori Pantai)

KUALA IGAN,SARAWAK.(Kategori Pantai)

KUALA OYA, DALAT,SARAWAK(Kategori Pantai)

KUALA METADING,MUKAH, SARAWAK-(Kategori Pantai)

KUALA LIUK, BALINGIAN,MUKAH,SARAWAK-(Kategori Pantai)

KUALA BEGENDAN, MUKAH, SARAWAK(Kategori Pantai)

MUARA SUNGAI LEBAM, KOTA TINGGI -(Kategori Pantai)

MUARA SUNGAI SEDILI KECIL, K. TINGGI(Kategori Pantai)

MUARA SUNGAI SEDILI BESAR, K. TINGGI(Kategori Pantai)

MUARA SUNGAI JOHOR (PERMAS JAYA)(Kategori Pantai)

PANTAI MERDEKA, KEDAH (Kategori Pantai)

BUTTERWORTH (Kategori Pantai)

BALIK PULAU, PULAU PINANG (Kategori Pantai)

BATU FERINGGI , PULAU PINANG (Kategori Pantai)

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

KATEGORI SUNGAI (IKAN)

SG. KOTA TINGGI

SG. SEDILI KECIL

SG. MAWAI

SG. MUKAH, SARAWAK.

SG. ULU MUKAH, SARAWAK.

SG. SIDAM, KEDAH.

SG. OYA , SARAWAK.

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

KATEGORI SUNGAI (UDANG)

SG. MUKAH,SARAWAK.

SG. BALINGIAN,SARAWAK.

SG. PENIPAH,SARAWAK.

SG BEDENGAN,SAARWAK.

SG. MATADING,SARAWAK.

SG. OYA,SAARWAK.

SG. MATU,SAARWAK.

SG. DARO,SARAWAK.

SG. KOTA TINGGI,JOHOR.

SG. MAWAI, JOHOR.

SG SEDILI KECIL,JOHOR.

SG MUDA(SIDAM),KEDAH.

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

KATEGORI BELUKAR,PAYA,PARIT DAN SEANGKATAN (HARUAN,TOMAN,PETUTU,BUJUK,JALAI)

JALAN OYA-IGAN,SARAWAK

JALAN IGAN-MATU/DARO,SARAWAK

JALAN BALINGIAN-MUKAH,SAARWAK

KAMPUNG SENTOSA,KEDAH.

[Back]

Di Sini Kita Bermula / Start Hire  Sewa Bot / Boat Carter   Lokasi Memancing / Fishing Location  Aktiviti Memancing WM / WM Fishing Activity  Web Master/Peribadi

Hosted by www.Geocities.ws

1